Thursday, July 23, 2020

Kerajaan Shafie Di Sabah Bakal Tumbang Dalam Masa Terdekat



Berita hangat tentang kerajaan Shafie di Sabah akan bertukar dalam masa terdekat kian bertiup kencang.


Menurut kata Ketua UMNO Bahagian Kimanis, Datuk Mohamad Alamin, kerajaan Sabah kini semakin pincang termasuk Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal yang juga Ketua Menteri Sabah yang didakwa semakin hilang sokongan daripada ahli partinya sendiri.


“Saya dengar angin bertiup semakin kencang dan jangkaan peralihan ini akan berlaku semakin dekat. Berapa cepat itu kita tidak pasti tetapi khabar angin ini semakin kencang.


“Kita tunggu sahaja, mudah-mudahan ada berita yang mengejutkan akan berlaku. Bukan mengejutkan sangat tetapi ia sudah dijangka akan berlaku,” katanya pada sidang media di Parlimen.


Sebelum ini blok penyokong kerajaan yang dianggotai Warisan, Pakatan Harapan (PH) dan Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO) diketuai Mohd Shafie menyandang 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.


Seterusnya >>>

No comments: