Saturday, July 25, 2020

Warga Bangladesh Md Rayhan dihalau terus dari Malaysia




Lelaki warga Bangladesh dikenali Md Rayhan Kabir yang muncul dalam sebuah dokumentari Al Jazeera akan diusir keluar dan disenarai hitam daripada memasuki Malaysia seumur hidupnya.


Rayhan menjadi sasaran pihak berkuasa selepas dia muncul dalam dokumentari 25 minit bertajuk “Locked Up in Malaysia’s Lockdown” menerusi program 101 East terbitan Al Jazeera pada 3 Julai lalu, dengan mendakwa Malaysia mendiskriminasi pendatang asing tanpa izin (PATI) ketika menangani Covid-19.


Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata tindakan itu diambil setelah individu yang dikehendaki oleh agensi terbabit berjaya ditahan petang semalam.


“Kejayaan ini adalah hasil daripada risikan dan buruan berterusan selama dua minggu.


“Saya mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai terlibat atas usaha dan komitmen mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Beliau berkata Md Rayhan telah ditahan oleh sepasukan Pegawai Imigresen daripada Unit Risikan Operasi Jabatan Imigresen Putrajaya kira-kira 5.45 petang di Setapak. Seterusnya>>>

No comments: