Isu pihak berkuasa yang berat sebelah dan melindungi premis perniagaan tanpa lesen menjadi perbualan hangat pada minggu ini.
Antara yang paling mendapat liputan tentunya dakwaan seorang pemilik rangkaian burger, Asri Janggut sehingga dia bertemu dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Isnin
1 comment:
PARTI BARU TIADA KEPENTINGAN, WALAUN TERKINJA KINJA BERGUMBIRA.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, mendakwa ada salinan surat menunjukkan campur tangan Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Guan Eng dan dan bekas peguam negara yang mengarahkan pembatalan pembekuan aset taikun hartanah, Tan Sri Lim Soon Peng berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perkara itu didedahkan Takiyuddin ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah diraja di Dewan Rakyat hari ini.
Takiyuddin mendedahkan beberapa salinan surat membabitkan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas menteri kewangan, Guan Eng dan bekas peguam negara, Tan Sri Tommy Thomas kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2018 dan tahun lalu.
"Saya nak sebut satu kes, Tan Sri Lim Soon Peng, dia terbabit dalam penggubahan wang haram daripada 1MDB sebanyak RM4 juta tetapi apabila dia dihadapkan oleh SPRM, beliau meminta peguamnya membuat surat representasi kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 20 Oktober 2018 semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH).
"Apa yang berlaku, surat daripada peguam ini diminitkan oleh Perdana Menteri ketujuh (Tun Dr Mahathir Mohamad) pada masa itu. Minit itu berbunyi, 'saya berpendapat, penyelewengan oleh mantan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) tidak boleh disalahkan (kepada) Tan Sri Lim (Soon Peng).
"Oleh itu pembekuan akuan peribadinya atau syarikatnya tidak boleh dikekalkan'. Ditandatangani, 5 Disember 2018, siap dengan cop perdana menteri," katanya.
Pendedahan Takiyudin mesti disiasat secara telus dan terperinci oleh SPRM dan PDRM kerana ini melibatkan salah guna kuasa dan pencabulan undang-undang di peringkat tertinggi.
Walaun unta kena tanya Dr Mahathir, dengar cerita parti baharu yang bakal Dr Mahathir tubuhkan tetap berpegang kepada prinsip membenteras rasuah dan salah guna kuasa, tapi pendedahan Takiyudin nie, walaun unta nak kira macam mana tu..!?
kalu rasa tak betul jangan jadi bacol kasi saman... kikkkk
Post a Comment