Tuesday, January 5, 2021

Gempar Annuar Musa Dipecat Ganti Ahmad Maslan!


Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dipecat sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).


Sumber BN yang dihubungi sebentar tadi mengesahkan perkara itu, serta memaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan akan mengambil alih tugas Annuar selepas ini.


"Pecat jawatan (Setiausaha Agung BN) saja," katanya ringkas ketika dihubungi sebentar tadi.


Difahamkan, keputusan itu dibuat Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam satu mesyuarat di ibu pejabat UMNO, hari ini.


Ahmad Zahid pada hari ini juga, mengadakan pertemuan bersama ketua-ketua UMNO bahagian bagi mendapatkan penjelasan berhubung usul UMNO bahagian menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15.


Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini dikritik hebat akar umbi UMNO yang mengaitkan beliau kononnya membawa suara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam BN.

No comments: