Wednesday, October 27, 2021

Khairy dilantik Naib Presiden Persidangan Kesihatan Sedunia Ke-75

 


Tahniah diucapkan kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, dilantik sebagai Naib Presiden bagi Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) Ke-75 yang akan berlangsung pada 22 hingga 28 Mei tahun depan di Geneva, Switzerland.


WHA adalah badan pembuat keputusan tertinggi untuk WHO dan dianggotai oleh 194 negara anggota.



Terdahulu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan pelantikan Khairy sebagai Naib Presiden bagi WHA Ke-75 yang akan berlangsung pada 22 hingga 28 Mei tahun depan di Geneva, Switzerland.


Beliau berkata, pelantikan dibuat secara sebulat suara dalam Mesyuarat Jawatankuasa Serantau bagi Pasifik Barat ke-72 (WPRCM) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Himeji, Jepun.


Tambah beliau, pemilihan Khairy adalah sebagai pengiktirafan terhadap peranan aktif yang dimainkan Malaysia dalam platform kesihatan dunia.


Sementara itu, Khairy Jamaluddin mengucapkan terima kasih terhadap pemilihannya sebagai Naib Presiden Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) Ke-75 yang akan berlangsung pada 22 hingga 28 Mei 2022 di Geneva, Switzerland.


Jelas beliau, pihaknya akan mengetengahkan suara Pasifik Barat kepada perhimpunan dunia khususnya membabitkan prinsip kesaksamaan, solidariti dan akauntabiliti.


“Terima kasih di atas pemilihan Malaysia sebagai Naib Presiden WHA. Kita akan membawa suara Pasifik Barat kepada perhimpunan dunia khususnya membabitkan prinsip kesaksamaan, solidariti dan akauntabiliti,” kata Khairy dalam ciapan di Twitter hari ini.


No comments: