Penerbit dan pengarah tersohor, Mamat Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Slim River 12.30 tengah malam tadi.
Khabar duka itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman, Hafiz Nafiah, lapor Utusan Online.
Menurut Hafiz, Allahyarham difahamkan pengsan di restorannya, Sarang Art Hub sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.
“Allahyarham pengsan di Sarang Hub, tempat dia dan dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.
“Maklumat awal yang kami dapat, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Ipoh hari ini ,” katanya.
Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di tangga usia 58 tahun dan meninggalkan seorang isteri, Hasmah Hassan serta lima orang anak.
Penerbit dan pengarah hebat itu pernah dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi selepas mengalami sesak nafas pada Oktober 2019.
Allahyarham cukup disegani dalam dunia perfileman tempatan dan karya-karyanya sering pecah panggung serta memberi kesan cukup hebat kepada penonton.
Antara karya hebat pengarah tersohor itu adalah Man Laksa, Zombi Kampung Pisang, Rock, 16 Puasa dan Hantu Kak Limah
No comments:
Post a Comment