Friday, April 8, 2022

Adik Akid Menangis Ebit Lew Hadiahkan Rumah Baru


Adik Akid yang tular di media sosial pada Khamis tidak dapat menahan sebak apabila pendakwah popular, Ebit Lew menghadiahkannya rumah baru.


Keperitan adik Akid sekeluarga yang hidup dalam serba kekurangan dan lebih menyayat hati Akid mencari duit sendiri untuk sesuap nasi, mendapat perhatian Ebit Lew.


Menerusi perkongsian di akaun Instagram dan Facebook miliknya, Ebit berkongsi perjalanannya ke Kota Bharu selepas subuh dengan menaiki kapal terbang dari Subang pada 7.30 pagi.


“Selepas Subuh terus keluar rumah. 7.30 pagi tadi terus fly dari Subang ke Kota Bharu. Terus ke rumah adik Akid.


“Syukur kami akan bina rumah baru untuk Akid. Terus beli semua barang untuk buat rumah baru. Dua jam selesai beli dan bayar semua barang untuk buat rumah,” tulisnya.


Menerusi perkongsian itu, Ebit turut memuat naik video adik Akid yang tidak dapat menahan air mata apabila beliau berkunjung ke rumahnya.

“Adik Akid kenapa menangis? Saya tak sangka ustaz datang rumah saya. Saya suka sangat dekat ustaz. Selalu tolong orang. Saya nak tolong orang macam ustaz.


” Adik akid jangan sedih. Kita ada Allah.


“Tadi pun semua ada bersama. Terima kasih Penghulu, orang kampung, Imam, NGO lain, kak Raja Anita, Abang Amran. Terima kasih My Fund Action viralkan video. Terima kasih Kru @PertubuhanKasihUmatMalaysia,” katanya.


Pada Khamis, tular di media sosial menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh MyFundAction yang melihatkan keadaan daif oleh keluarga adik Akid di negeri Kelantan.


Dalam video tersebut, difahamkan bahagian dalam rumah adik Akid telah roboh disebabkan keadaan kayu yang digunakan semakin rapuh sejak Oktober tahun lepas.


Lebih menyayat hati apabila Akid mengatakan ramai individu menuduh keluarganya kuat meminta dan mengambil duit penduduk kampung.


Walhal, dia sendiri perlu keluar mengambil upah seperti mencuci tandas dengan upah RM6 untuk membeli barangan keperluan dapur seperti bawang dan tepung untuk dibuat alas perut seisi keluarga.


1 comment:

Anonymous said...

Jho Low dan Kaum DAP@ Lee Kwan Yew tepok tangan lihat bodoh bangang sesama Melayu berdebat dan bercakaran sesama Melayu.

Apabila Sapura Energy(SE) di rundung musibah , setelah anak Mahatir campak saham , kepentingan rakyat perlu dijaga kerana kerugian nya akan akibat kehilangan wang pelaburan rakyat.

Itu sangat jelas dan munasabah. Kerana SE sudah berstatus GLC dan perlu di selamatkan.

Atas penjelasan di buat DSNR, Rafizi tersepit lalu menjawap dia sendiri pun tidak setuju Tindakan kerajaan Mahathir dan PH, dan DSNR ‘smash’ Rafizi dengan sindiran “kalau tidak setuju kenapa tak bantah Ketika itu , dan hanya luahkan pada hari ini ketika hendak debat sahaja?

Ada kah Rafizi takut kepada Tun Mahathir yang menjadi Perdana Menteri yang sentiasa pergunakn ‘badut” nya Zeti Aziz atau pun Jaleel Rashid?

Nampak nya kemelut debat Rafizi Anwar Tin VS Najib melondehkan lagi Melayu sama terus Melayu bercakaran. Jho Low dan kaum DAP bersama Tuan DAP Parti Lee Kwan Yew di Singapura tepok tangan saksikan betapa bodoh bangang nya pimpin Melayu bercakaran sesama sendiri angkara seekor kaum Cina bernama Jho Low.. Jho Low sampai sekarang lesap.

Jho Low lebih hebat dari Sadam Hussin, Osama Ben Laden, Al Chapo, Ochoa Bersaudara dan Pablo Eskobar semua ditangkap ada dibunuh.

Kes AMLA Zety depan bijik mata pun semua agensi penguasa negara tak mampu buat apa apa..!!

Pada isu isu ini, akhirnya PH takut untuk melaksana kan RCI Tabung Haji kerana takut hal sebenar terdedah.

Malah rakyat menyaksikan sendiri bagaimana aset Tabung Haji bernilai RM19 bilion di heret ke SPV MoF Lim Guan Eng.

Lojik akal bertanya jika Tabung haji tidak ada duit mana mungkin ujud aset sejumah RM19 bilion?

Kenapa menjawap tidak setuju pada hari ini dan berdiam diri Ketika kejadian menyeret wang rakyat dari PNB kepada syarikat kroni Mahathir, Rafizi berdiam diri?

KHALAS