Showing posts with label Bob Lokman. Show all posts
Showing posts with label Bob Lokman. Show all posts

Wednesday, April 3, 2013

#PRU13: Bob Lokman Diperalat Lagi Cerca PM Belum Bubar Parlimen


MELAKA - Tidak sudah-sudah bekas selebriti yang kini aktivis Pas, Bob Lokman, terus diperalatkan oleh pakatan pembangkang khususnya Pas untuk membuat tuduhan, tohmahan dan cercaan kepada kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) di pentas ceramah mereka.

Terbaru malam tadi, sekali pun kredibilitinya di pentas politik dan kewajaran pembangkang memperalatkan beliau terus dipersoalkan ramai orang, Bob Lokman membuat tuduhan liar yang tidak berasas kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kata Bok Lokman, Perdana Menteri sengaja melambat-lambatkan pengumuman pembubaran Parlimen kerana mahu mencetuskan huru-hara sekali gus membatalkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Walaupun tuduhan Bob Lokman itu terang-terang tidak berasas dan tidak akan dipercayai umum, namun dia tetap menegaskan sedemikian ketika berucap dalam ceramah di pentas pembangkang di Taman Indah 2, Padang Jambu, Bukit Baru dekat sini malam tadi.

Lebih keterlaluan, dia secara membuta-tuli mengaitkan persoalan huru-hara dan kelewatan pembubaran Parlimen dengan tragedi pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan lain-lain tragedi di negara ini sebelumnya.

Katanya, Perdana Menteri mempunyai taktik untuk membatalkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) iaitu dengan mengadakan huru-hara.

"Najib penakut tak bubar Parlimen. Mungkin tak bubar Parlimen ini ada satu taktik lain yang boleh membatalkan segala-gala yang mencetuskan huru-hara.

"Al-Maunah berlaku dekat pilihan raya, kes Ibrahim Libya juga dekat pilihan raya dan Lahad Datu juga berlaku dekat pilihan raya. Apa makna ini?

"Pemimpin ini penuh pengalaman dengan kejahatan dan penipuan dan mereka ini orang yang sangat tersusun dalam mengatur kerja mereka walaupun kerja-kerja jahat," katanya.

Populariti Bob Lokman nampaknya semakin menurun terutama di kalangan penyokong Pas sendiri apabila kehadiran beliau hanya mampu menarik kira-kira 200 orang khayalak ke program ceramah itu. - UTUSAN ONLINE


Saturday, February 16, 2013

PRU 13: Bob Lokman Tolak Tawaran PAS Bertanding Di Subang


Tahniah Bob, kerana membuktikan beliau hanya sekadar pelawak dan mampu menjadi pemimpin negara....

Pelawak PAS, Bob Lokman yang kini penceramah agama dan politik Pas mengesahkan beliau tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bob atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman berkata, wakil Pas pernah menawarkan beliau untuk menjadi calon di kawasan Subang, Selangor akhir tahun lalu, namun tawaran itu terpaksa ditolak atas sebab kesihatan.

“Saya mengalami sakit jantung sejak tujuh tahun lalu. Biarpun berminat dalam bidang politik, saya menolak tawaran Pas sebab saya tidak bertenaga, jadi wakil rakyat perlu kuat dan bertenaga untuk bekerja siang dan malam.

“Kalau dikira dalam bidang politik, jika untuk bantu orang, saya memang berminat. Walaupun tidak bertanding, saya kini giat membantu parti dengan memberi ceramah kepada orang ramai bergantung kepada jemputan penganjur,” katanya semalam.

Bob Lokman sememangnya dikenali dalam industri hiburan dan keputusan beliau menjadi ahli Pas 19 Februari 2011 di Kedah lalu memulakan fenomena penyertaan ramai selebriti ke dalam parti itu termasuk Aishah, Abby Abadi, Renggo Arrow dan Hairie Othman.

Beliau berkata, ceramah disertainya bagi memudahkan orang ramai berfikir untuk menentukan parti terbaik yang perlu dipilih pada PRU13 nanti.

“Dalam semua parti, perjuangan Pas mempunyai jalan yang paling panjang kerana kalau kita mendengar ceramah Pas, ia berkisarkan tentang dunia dan akhirat.

“Berlainan pula dengan parti lain yang berceramah hanya cenderung kepada dunia sahaja termasuk hal ekonomi,” katanya.

Kata beliau, selagi Islam tidak menang, ini bermakna Pas belum menang secara keseluruhan, sebaliknya jika Islam diterima oleh semua orang, ia membawa Pas berada di atas.

Ditanya mengenai rakan artis iaitu penyanyi, Wan Aishah Wan Ariffin, 48, yang dikhabarkan menjadi calon pada PRU13 nanti, beliau berkata, khabar angin itu diterima secara positif.

“Beliau layak bertanding kerana mempunyai personaliti menarik. Lagipun beliau (Aishah) memang belajar dalam bidang Sains Politik sebelum ini,” katanya.

Thursday, January 17, 2013

Bob Lokman Hilang Akal Mempertahankan Patrick Teoh Hina Islam!



Pada mulanya Nik Aziz dan Haji Hadi mencetuskan kekeliruan ekoran pendirian mereka menyokong Guan Eng dalam isu kalimah Allah! Kini Ustaz segera PAS, Bob Lokman pula menyokong Patrick Teoh yang menimbulkan kenyataan kontroversi menghiris umat Islam... Seterusnya klik pada tajuk entri....

Sunday, June 3, 2012

Bob Lokman Jadi Duta Kopi Kuat Produk PAS


Tahniah Bob kerana berjaya menjadi duta kopi kuat produk PAS! Majlis pelancaran Kopi tersebut dilakukan di Stadium Darulaman sempena majlis Himpunan Hijau kemarin.

Pacak jangan tak pacak Bob!

Aku tengok makin lama makin serabut Bob Lokman ni bila join PAS.... Harap rakan-rakan artis yang lain dapat menarik Bob kejalan yang benar....


Eloklah Bob Lokman bermuhasabah banyak-banyak. Tidak rugi mencerminkan diri sendiri! Sebenarnya kalau Bob Lokman benar-benar tengok muka dia kat cermin dengan pandangan tauhid dan keimanan, dia sendiri akan jadi takut melihat wajah dia sendiri!

Sunday, December 25, 2011

Ceramah Tak Bertauliah, Bob Lokman Kena Lagi...


Apa celup Bob? Ni bukan kes pertama Bob kantoi... Kalau nak mengajar kat sekolah pun mesti ada tauliah.. mesti ada sijil atau diploma atau ijazah. Kalau si Bob Lokman ni nak jugak beri ceramah sana sinun... Minta lah kat Nik Aziz... KERAjaan PAS bagi tauliah agar bob boleh bagi ceramah sesuka hati dia.

Bila dah kena... mula lah nak cakap ini semua kerja UMNO, walhal salah ssiapa?

Bok Lokman, bekas pelakon, kini terkenal sebagai penceramah bebas dalam kalangan pembangkang, semalam diberi notis oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kerana disyaki menyampaikan ceramah tanpa tauliah.

Beliau disyaki menyampaikan ceramah di hadapan jemaah Masjid Taman Sri Mahkota Aman, Batu 11, Jalan Gambang dekat sini, selepas solat Maghrib. Ceramah itu bermula jam 8 malam dan tamat lebih sejam kemudian.

Sebaik sahaja selesai, Bob Lokman, atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, didekati seorang kakitangan Jaip dan mereka dilihat berbincang di beranda masjid.

Mereka mengambil maklumat daripada Bob Lokman, sementara jemaah menunaikan solat Isyak.

Bob Lokman dan beberapa rakannya meninggalkan masjid beberapa minit kemudian.

Sumber Jaip mengesahkan Bob Lokman diberi notis kerana disyaki menyampaikan kuliah Maghrib tanpa tauliah dan kebenaran Jaip.

Sumber itu juga memberitahu, Jaip akan menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 yang menetapkan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali.

“Kita akan siasat perkara ini di bawah Seksyen 161, Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bob Lokman pernah menerima waran tangkap Jabatan Agama Islam Selangor kerana tidak hadir beri keterangan berkaitan ceramah agama tanpa tauliah dua bulan lalu.

Thursday, November 17, 2011

[video] Bob Lokman Kafirkan Rakyat Johor!


Bob Lokman berkata rakyat Johor disifatkan murtad kerana terpaksa keluar seawal jam 5 pagi untuk pergi bekerja di Singapura,beliau menuduh rakyat Johor tidak melakukan solat kerana keluar dari rumah awal pagi dan pulang pada waktu petang.Katanya mereka mereka ini tidak ada masa untuk bersolat.

Maka kesemuanya dihukum murtad.Begitulah penghinaan dan dihukum murtad terhadap rakyat Johor. Bob Lokman beranggapan beliau sudah setaraf alim ulamak dengan hanya menyertai PAS kemudian sudah boleh mengkafirkan orang lain. Baca lagi di sini...

Saturday, November 12, 2011

Sekali Lagi... Bob Lokman Kata Orang Johor Murtad!!



Pelakon, plawok Bob Lokman yang masuk PAS, terdahulu telah menghukum fatwa rakyat Johor yang bekerja di Singapura adalah murtad.

Kali ini ketika Bob Lokman berceramah di Dewan JKKK, Kg Baru, Sg Ara Bayan Lepas. Dihadapan hadirin beliau mengulangi serangan terhadap rakyat Johor bahawa mereka jatuh murtad. Menariknya kalangan puak PAS percaya dengan dakwaan Bob sambil bertakbir.


Hujahnya "Kerja di Jurong Singapura,duduk Ulu Tiram, Jam 5 pagi dah keluar dari rumah, 7 pagi dah sampai tempat kerja. Berapa lama 10 tahun dah mereka tak sembahyang subuh?"

Katanya lagi "10 tahun tak sembahyang subuh shiekh!, pergi kerja 5 hari seminggu kemudian cuti hari Sabtu dan Ahad barulah dia (rakyat Johor) qado sembahyang, dia qado tidor hingga bangun paling awal tu pun sampai 10 pagi!!"

"Dalam tauhid termasuk dalam bab riddah perbuatan murtad adalah perbuatan dia (rakyat Johor) Habis semua jatuh murtad kemudian tak payahlah nak pergi jumpa Mufti Perak Harussani nanti dia kata pulak tak apa sebab tak tau diri dah jatuh murtad", Kata Bob.

Dengan angkuhnya ustaz segera ini mengaku didepan hadirin kononnya beliau baru mendapat hidayah!

Sebenarnya apa yang Bob Lokman maksudkan beliau baru mendapat hidayah untuk mengkafirkan umat Islam Johor! Sambung baca di sini...

Sasaran peluru kapor Bob sebenarnya tidak tepat... Tidak semua orang yang menetap di Johor dan kerja di Singapura adalah rakyat Johor? Malah ramai perantau yang merantau tinggal di Johor untuk bekerja di Singapura adalah dari negeri-negeri lain. Paling ramai dari negeri Kelantan. Negeri Nik Aziz. Apakah mereka itu juga murtad?

Tuduhan Bob mungkin hanya berdasarkan beberapa kes terpencil. Namun menjatuhkan hukuman murtad pada kesemuanya adalah satu keterlaluan. Lebih-lebih lagi, mungkin berapa kerat rakyat Johor yang kerja di Singapura, yang ramainya hanyalah perantau dari negeri lain.


Rakyat Johor kebanyakannya bekerja di Singapura paling lama pun 4 tahun kerana selepas itu mereka terpaksa tunggu untuk dapatkan permit baru selama 3 bulan, Itu pun kalau dapat. Kalau tak dapat, maka kontrak mereka tidak dapat disambung.

Sebab itu kebanyakkannya bekerja di Singapura untuk mengumpul wang, kemudian balik Malaysia buka perniagaan sendiri.


Namun memurtadkan seseorang Islam adalah tuduhan yang amat berat. Apakah rakyat Johor mahu berdiam diri?

Wednesday, November 9, 2011

Bob Lokman Akan Didakwa 14 Feb Kerana Memberi Ceramah Tanpa Tauliah


Pelakon yang menyertai parti PAS Bob Lokman hari ini memberi keterangan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana didakwa menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat Selangor pada 10 Oktober lalu.

Beliau memberi keterangan selepas pegawai JAIS berjaya mengesan lokasinya. Beliau dikatakan memberi keterangan selama sejam bermula pukul 10 pagi.

Menurut Bob katanya perbicaraan akan berlangsung pada 14 Februari depan.

Sebelum ini dilaporkan jabatan berkenaan telah mendapat waran tangkap kerana Bob engan memberi kerjasama.

Beliau enggan menghadirkan diri selepas diarahkan oleh jabatan berkenaan memberi keterangan berhubung perkara tersebut.

Mengikut Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003, yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Beliau boleh dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor jika gagal memberi keterangan dengan sengaja dan tertuduh boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan.

Apa celop Bob!

Wednesday, November 2, 2011

Wanted Bob Lokman! Waran Tangkap Sudah Dikeluarkan!


Jabatan agama Islam Selangor (JAIS) telah memperoleh waran tangkap untuk menahan selebriti bertukar ahli politik dan pendakwah celop Bob Lokman kerana memberi ceramah tanpa Jais akreditasi.

Pengarah Jais, Marzuki Hussin memberitahu pemberita pada hari Selasa, bahawa waran itu telah dikeluarkan pada 28 Oktober dan ia membenarkan badan agama untuk menangkap Bob jika dia telah dikesan di negeri ini.

"Jabatan kami masih mencari untuk Bob, beliau mahu membantu siasatan yang melibatkan beliau. Kami dalam proses mengambil tindakan undang-undang untuk menghendaki Bob untuk hadir di mahkamah (syariah).

"Dia akan dibebaskan dengan ikat jamin selepas kenyataan beliau telah dicatatkan," kata Marzuki.

Beliau memberikan maklumat terkini mengenai kes Bob selepas JAIS menahan beliau untuk memberi ceramah di hadapan lebih 70 orang di Masjid Sungai Lui di Hulu Langat bulan lepas.

Ia dilaporkan bahawa Bob telah diarahkan untuk hadir di jabatan Jais tetapi beliau enggan, berkata lebih rela ditangkap.

"Nak tangkap? tangkaplah" kata Bob celop dalam satu kenyataan terdahulu..

Bob sedang disiasat di bawah seksyen di bawah Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Jais, di mana pesalah boleh didenda sehingga RM3,000 atau hukuman penjara dua tahun, atau kedua-duanya.

Ia bukan kes pertama seperti Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, juga didakwa bagi kesalahan yang sama.

Apa Celop Bob!

Thursday, October 13, 2011

Waran Tangkap Bob Lokman


Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan mendapatkan perintah waran tangkap daripada mahkamah terhadap penulis lirik, pelakon dan pengacara terkenal, Bob Lokman seandainya masih berdegil enggan hadir memberi keterangan.

Pengarah Jais, Marzuki Hussin berkata, selebriti yang nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, itu juga melakukan kesalahan lain jika enggan mematuhi perintah hadir terhadapnya.

“Sepatutnya pagi tadi (semalam), dia hadir ke Ibu Pejabat Jais, tetapi dia gagal berbuat demikian.

“Dia (Bob Lokman) berdegil datang, Jais akan memohon waran tangkap,” katanya ketika dihubungi mengulas kes Bob Lokman mengadakan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, Isnin lalu.

Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu ceramah tanpa tauliah.

Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menyebut: “Mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara mengenai agama Islam tanpa tauliah diberikan mengikut Seksyen 118 adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.” Disebabkan enggan hadir memberi keterangan dengan sengaja pula, selebriti itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor.

Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor itu, boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Sementara itu, Bob Lokman ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai ketidakhadirannya ke pejabat Jais.

Malah, pengacara itu seterusnya mengeluarkan perkataan kesat kepada wartawan. Laporan muka depan Harian Metro, semalam menyiarkan bahawa Jais mengesahkan membuat tangkapan terhadap selebriti yang juga pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman kerana mengadakan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, pada Isnin lalu.

Marzuki dipetik berkata, Bob Lokman tidak memiliki tauliah dan tidak pernah memohon daripada Jais untuk memberikan ceramah. Laporan semalam turut memetik sumber Jais, selebriti itu bersama dua lagi iaitu Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas dan nazir masjid berkenaan ditahan Jais ketika berucap selepas solat Maghrib di hadapan 70 jemaah. Katanya, mereka dibawa ke balai polis berhampiran untuk diambil keterangan sebelum dilepaskan atas jaminan polis. Bagaimanapun, katanya, Bob Lokman dan dua lagi rakannya gagal hadir di Ibu Pejabat Jais di sini, walaupun diminta berbuat demikian.


Stay in touch with Bro Jinggo

Tuesday, October 11, 2011

Bob Lokman Ditahan JAIS


Pelawak, pengacara dan penulis lirik terkenal Bob Lokman ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) malam tadi, kerana menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

Bob dikatakan ditahan ketika menyampaikan tazkirah di sebuah surau di Hulu Langat dan dibawa ke balai polis berdekatan.

Sementara itu, seorang pemimpin Pas, Bob, Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan dan nazir surau berkenaan juga diminta memberi keterangan kepada JAIS sebagai saksi pada jam 10 pagi tadi.

Difahamkan Bob memberi ceramah agama dikatakan menyeleweng jauh kerana tidak ada latarbelakang agama cuma pengetahuan 'ikut-ikut' kepada hadirin surau itu malam tadi.

Kebanyakan ceramah yang disampaikan oleh Bob berunsur politik dan mengutuk kerajaan serta menghasut jemaah agar membenci kerajaan.


Ramai hadirin yang tidak senang hati kemudian mereka melaporkan kepada pihak berkuasa JAIS. JAIS sudah lama mengikuti jejak Bob Lokman di Selangor cuma menunggu masa sahaja untuk dicekup.

Apa celop Bob!

Stay in touch with BroJinggo