Showing posts with label George Soros. Show all posts
Showing posts with label George Soros. Show all posts
Monday, October 15, 2012
Ezam: Lihat Pertemuan Najib-Soros Dari Sudut Berbeza
Senator Mohamad Ezam Mohd Nor berkata, pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan George Soros harus dilihat dari perspektif yang berbeza, yang dilakukan oleh seorang yang berstatus"pesaing" atau "hamba."
“Berjumpa antara seorang pesaing atau lawan dengan berjumpa antara tuan dengan hamba tentulah berbeza,” kata Ezam menjawab kritikan beberapa pihak susulan pengakuan Najib, kelmarin, bahawa beliau pernah mengadakan pertemuan dengan Soros dua tahun lalu.
Menerusi kenyataan SMS dikeluarkan hari ini, Ezam berkata, Rasulullah SAW juga pernah berjumpa dengan beberapa orang ketua Yahudi dan Quraish yang menjadi lawannya.
Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Najib dan Soros adalah pesaing dalam kelas mereka tersendiri.
"Kebiasaanya, seorang jeneral perang zaman dulu dan kini berjumpa lawan mereka... begitulah Tun Mahathir dan Najib berjumpa Soros sebagai pesaing yang masing-masing memegang kepentingan berbeza," katanya.
Namun, Ezam menyelar tindakan sesetengah pihak yang mendakwa pertemuaan antara Najib dan Dr Mahathir dengan Soros sesuatu yang meragukan dan mempunyai agenda.
Tambah Ezam, apa yang terjadi di beberapa negara jelas menunjukkan Soros sebagai seorang berpengaruh untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan jika ia tidak dibendung dari awal.
"Dalam konteks ini, Soros jelas daripada apa yang berlaku di Georgia, Hungrary, Mesir dan banyak lagi negara-negara lain adalah seorang tuan yang mempunyai agenda dan niat jahat untuk meruntuhkan asas, nilai budaya, agama di sesebuah negara dengan diganti nilai liberal tanpa batas dengan topeng hak asasi manusia dan demokrasi," katanya lagi.
Pada 20 April 2010, Ezam pernah mendedahkan orang-orang kepercayaan Anwar, termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Azmin Ali pernah mengadakan pertemuan dengan Soros di Amerika Syarikat pada tahun 2003.
Ezam ketika itu masih menjadi Ketua Angkatan Muda Keadilan mendedahkan pertemuan orang-orang kepercyaan Anwar dengan Soros itu diatur oleh Elizaberth Wong, yang kini merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor.-SH
Saturday, October 13, 2012
Bongkar: Perbezaan Jumpa Soros Dengan Bekerja Untuk Soros
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat jangan terkeliru dengan terma ‘jumpa Soros’ dengan ‘bekerja untuk Soros’ kerana kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza.
Muhamad Rahimi Osman dihubungi untuk diminta mengulas dakwaan portal Mkini dotcom yang mewar-warkan perjumpaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menemui penyangak matawang Yahudi, George Soros secara terbuka di Kuala Lumpur beberapa tahun lepas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga turut didakwa pernah berjumpa dengan George Soros dua tahun lalu di New York.
“Dr Mahathir dan Najib hanya jumpa Soros, tetapi tidak bekerja untuk Soros, sedangkan SUARAM, Mkini terima duit Soros yang boleh dimaksudkan bekerja untuk Soros. Anwar juga bekerja dengan badan Soros, ICG, International Crisis Group.
“Perumpamaan mudah seperti contoh sahabat Rasulullah SAW yang berjumpa dengan Abu Jahal untuk berunding demi kepentingan umat Islam, berbanding dengan seorang Muslim munafik yang bekerja untuk Abu Jahal bertujuan untuk menghancurkan Islam,” kata Rahimi.
Hujah Rahimi turut disokong oleh seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari.
“Mereka dapat imbuhan dari Soros yang mengikat mereka untuk memberikan sesuatu sebagai pulangan dari apa yang sebelum ini telah diterima. Situasi ini akan mengikat mereka untuk mematuhi apa sahaja arahan dari Soros sebagai majikan.
“Mereka menjadi tali barut kepada tuan mereka sekaligus membelakangkan kepentingan negara,”katanya.
Menurutnya perjumpaan pemimpin negara berdasarkan kapasiti jawatannya dengan mana-mana tokoh di luar negara adalah perkara biasa.
“Tian Chua dan Elizabeth Wong berjumpa dan menerima imbuhan dari Soros dan Anwar pula menggunakan kedua-dua tokoh PKR itu untuk menjayakan agendanya,”katanya lagi.
Baca lagi...
Friday, August 12, 2011
Pendedahan Panas: George Soros Taja MALAYSIAKINI
Tony Yew dalam Stop The Lies (www.stopthelies.my) mendedahkan bagaimana Malaysiakini yang memperoleh sumber dana daripada Media Development Loan Fund (MDLF), sebuah pertubuhan yang dikaitkan dengan George Soros bagi membiayai operasinya sejak tahun 1999.
Katanya, MDLF sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendakwa Malaysia tidak mempunyai saluran alternatif untuk menyampaikan suara berikutan kawalan kerajaan ke atas media dan dengan adanya Malaysiakini, sebuah portal berita bebas, mereka memanfaatkannya untuk menyalurkan pandangan dan berita ke seluruh dunia tanpa sekatan.
Blog ini mendedahkan, pada 1999, South East Asia Press Alliance menyediakan geran sebanyak AS$100,000 kepada Malaysiakini dan kemudian pada 2001, MDLF menerusi CAMP (Centre for Advanced Media, Prague) iaitu sebuah badan teknologi MDLF telah membayar Malaysiakini sebanyak RM188,000 untuk membangunkan aplikasi dipanggil Adengine dan setahun kemudian MDLF membuat pelaburan tambahan sebanyak RM1.3 juta dalam portal berita itu.
"MDLF mempunyai poket yang dalam (banyak wang) kerana mereka memperoleh dana dari sumber-sumber Association of Alternative Newsweeklies, Bank Vontobel, Calvert Social Investment Foundation, DOEN Foundation, Dreilinden gGmbH, Foundation for Democracy and Media, Fritt Ord Foundation, John D. and Catherine T. MacArthur Foundation, Omidyar Network, Open Society Institute, Oxfam NovibresponsAbility Ventures I, Swedish International Development Cooperation Agency (SIDA), Swiss Agency for Development and Cooperation, Alexej Fulmek dan David Haas.
"Apakah Premesh Chandran masih mengatakan tidak satu pun dana tersebut datang daripada George Soros? Saya tiada apa-apa dengan Soros tetapi dia yang bertanggungjawab terhadap krisis kewangan 1998. Jadi, dia bukan sahaja menjatuhkan nilai mata wang kita tetapi juga memberi wang kepada Malaysiakini," katanya.
Katanya, Malaysiakini boleh berbangga sebagai sumber berita bebas tetapi jika melihat kepada sejarah dan sumber kewangannya, ia nyata menceritakan segalanya.
Pendedahan seterusnya baca disini...
Subscribe to:
Posts (Atom)