Saturday, October 13, 2012

Bongkar: Perbezaan Jumpa Soros Dengan Bekerja Untuk Soros


Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat jangan terkeliru dengan terma ‘jumpa Soros’ dengan ‘bekerja untuk Soros’ kerana kedua-duanya mempunyai maksud yang berbeza.

Muhamad Rahimi Osman dihubungi untuk diminta mengulas dakwaan portal Mkini dotcom yang mewar-warkan perjumpaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menemui penyangak matawang Yahudi, George Soros secara terbuka di Kuala Lumpur beberapa tahun lepas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga turut didakwa pernah berjumpa dengan George Soros dua tahun lalu di New York.

“Dr Mahathir dan Najib hanya jumpa Soros, tetapi tidak bekerja untuk Soros, sedangkan SUARAM, Mkini terima duit Soros yang boleh dimaksudkan bekerja untuk Soros. Anwar juga bekerja dengan badan Soros, ICG, International Crisis Group.

“Perumpamaan mudah seperti contoh sahabat Rasulullah SAW yang berjumpa dengan Abu Jahal untuk berunding demi kepentingan umat Islam, berbanding dengan seorang Muslim munafik yang bekerja untuk Abu Jahal bertujuan untuk menghancurkan Islam,” kata Rahimi.

Hujah Rahimi turut disokong oleh seorang lagi bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari.

“Mereka dapat imbuhan dari Soros yang mengikat mereka untuk memberikan sesuatu sebagai pulangan dari apa yang sebelum ini telah diterima. Situasi ini akan mengikat mereka untuk mematuhi apa sahaja arahan dari Soros sebagai majikan.

“Mereka menjadi tali barut kepada tuan mereka sekaligus membelakangkan kepentingan negara,”katanya.

Menurutnya perjumpaan pemimpin negara berdasarkan kapasiti jawatannya dengan mana-mana tokoh di luar negara adalah perkara biasa.

“Tian Chua dan Elizabeth Wong berjumpa dan menerima imbuhan dari Soros dan Anwar pula menggunakan kedua-dua tokoh PKR itu untuk menjayakan agendanya,”katanya lagi.

Baca lagi...

1 comment:

Anonymous said...

soros ada kirim Rm40Juta ke Umno Sabah.. tapi sangkut kat Hong kong ...