Showing posts with label Haron Din. Show all posts
Showing posts with label Haron Din. Show all posts

Thursday, March 7, 2013

PRU 13: Haron Din Sah Tanding Parlimen Arau


Segala persoalan terjawab apabila, Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din tetap dengan pendirian untuk bertanding di Parlimen Arau walaupun Barisan Nasional (BN) meletakkan calon 'popular' termasuk dalam kalangan ulama pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Ini kerana persediaan telah pun dibuat olehnya dan juga parti dalam menghadapi situasi di kawasan berkenaan menjelang pilihan raya nanti. Katanya selepas merasmikan Markaz Pilihan Raya Pas di Simpang Empat, malam tadi.

Haron berkata demikian ketika ditanya mengenai desas-desus bahawa BN akan meletakkan calon agak popular termasuk dalam kalangan ilmuwan atau ulama untuk menentangnya di kerusi Parlimen Arau pada PRU Ke-13.

Ditanya mengenai potensinya untuk memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya kali ini, Haron berkata, beliau yakin mendapat sokongan daripada pengundi berdasarkan keadaan semasa dan pencapaian lalu.

Berdasarkan pilihan raya 2004, kata Haron, dia kalah dengan majoriti dalam lingkungan 3,243 undi tetapi pada 2008, hanya tewas dengan majoriti 300 undi, sekali gus membuktikan bahawa sokongan semakin kuat kepadanya dan Pas yang mungkin membolehkannya untuk mencapai kemenangan.

Menjawab satu soalan berhubung calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Pembangkang menang PRU Ke-13, Haron menjelaskan, pihaknya memberi tumpuan terhadap pilihan raya terlebih dahulu.

Gambar di bawah adalah persiapan PAS untuk menghantar Unit Analnya berjuang di Lahad Datu... Dengar khabar Inspektor Haliza (janda meroyan Abbi) turut menawarkan body (diri) untuk berkhidmad..

Thursday, February 14, 2013

DAP Intai Rahsia Pertemuan Sulit Anwar-Haron Din


Pertemuan sulit Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din mencetuskan pelbagai tanda tanya.Haron sudah mengesahkan pertemuan itu tetapi menolak cakap-cakap bahawa Ketua Umum PKR itu berjumpa beliau ada kaitan desas desus kononnya majlis syura ulama menolak Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan rakyat memerintah selepas PRU 13.

Apa sebenar dibincangkan Haron dan Anwar hanya diketahui mereka dan timbalan presiden PKR, Azmin Ali yang mengakui turut serta dalam pertemuan itu.

Justeru itu, pertemuan sulit itu sudah jadi buah mulut bukan sahaja dikalangan pemimpin dan ahli-ahli PAS tetapi pemimpin DAP kerana merasakan ‘ada sesuatu’ mahu disembunyikan Anwar berhubung
perjumpaannya dengan Haron pada awal bulan ini.

Tambahan pula ada media melaporkan majlis syura bukan sahaja menolak Anwar dilantik sebaga perdana menteri tetapi berkemungkinan seorang pemimpin dari luar pakatan pembangkang.

Untuk rekod, sebelum ini ura-ura sama pernah jadi bualan dalam pakatan pembangkang malah antara nama berkemungkinan dilantik sebagai Perdana Menteri adalah Tengku Razaleigh Hamzah.

Ku Li dilihat pembangkang sebagai tokoh yang layak dilantik jadi PM selain Anwar memandangkan ahli parlimen Gua Musang itu dikatakan tidak ada masalah dengan pemimpin pembangkang dan sesetengah pemimpin UMNO.

Itu cerita hampir dua tahun lalu dan sejauh mana kebenaran dakwaan majlis syura membincangkan menolak Anwar dan mencadangkan nama lain, masih belum terjawab kerana tidak ada mana-mana ahli majlis syura mengesahkannya.

Apapun ada juga lojiknya Anwar dikatakan berjumpa Haron untuk ‘meminta nyawa’ jika desas desus mengenai majlis syura itu benar.

Anwar mungkin boleh berjumpa Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ‘meminta nyawa’ untuk terus jadi PM tetapi Menteri Besar Kelantan itu sudah belajar kesilapannya daripada isu kalimah Allah.

Nik Aziz yang sebelum ini menyokong kalimah Allah boleh digunakan agama lain akhirnya terpaksa tunduk dengan keputusan majlis syura ulama bahawa kalimah itu hanya untuk agama Islam sahaja.

Sebab itu Anwar terpaksa berjumpa Haron untuk menjelaskan pendirian pakatan rakyat sebelum ini yang bersetuju kalimah Allah digunakan agama lain tetapi mendapat tentangan majlis syura ulama.

Namun, pertemuan yang membelakangkan DAP sebagai sekutu dalam pakatan tentu menyebabkan timbul rasa curiga pemimpin-pemimpin DAP.

Sebab itu, Pengerusi DAP Karpal Singh pada Selasa mengulangi pendirian partinya mahu Anwar sebagai PM jika pakatan rakyat memerintah negara kelak.

Beliau sengaja membuat perakuan itu untuk mendapat reaksi balas daripada pemimpin PAS sama ada menyokong pendirian DAP dan pakatan rakyat sebelum ini yang tetap mahu memilih Anwar sebagai PM.

Malah, Karpal menyifatkan dakwaan kononnya Majlis Syura PAS menolak Anwar bagi menduduki jawatan berkenaan sebagai satu spekulasi.

Sebelum ini pun, sudah timbul keraguan dalam DAP dan PKR apabila ada pemimpin PAS pada Muktamar parti tahun lalu mahu Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang dipilih sebagai PM.

Walaupun Hadi menegaskan sanggup jadi nelayan bukannya PM tetapi sesetengah pemimpin PAS yang tidak tergolong dalam kelompok Anwarinas mahu Hadi jadi PM memandangkan Anwar berdepan banyak isu moral.

Persoalan ini terutama topik pertemuan Anwar dan Haron akan terus cetus macam-macam spekulasi selagi Haron atau PAS tidak berterus terang kepada ahli-ahli dan penyokong parti itu.

DAP tentu tidak senang dengan dengan pertemuan sulit Anwar dan Haron.

Manakala bagi pemimpin, ahli-ahli serta penyokong PAS, mereka tentunya tidak berharap jawapan daripada Anwar kerana mereka tahu Anwar akan cerita atau janji lain dengan DAP dan ‘cerita lain’ juga
bila berjumpa PAS.

Mungkin juga yang tersepit dalam hal ini adalah Haron kerana pertemuan sulit itu mengejutkan banyak pihak dalam PAS yang selama ini tahu Haron tidak begitu mesra dengan Anwar.

Justeru itu Haron kena beringat kerana jerat tidak pernah lupakan pelanduk.

Tidak mustahil selepas Nasharuddin Mat Isa dipecat daripada Majlis Syura Ulamak, selepas ini giliran beliau pula.

Jika tidakpun, Haron mungkin akan dikorban dalam PRU 13 apabila PAS menamakannya sebagai calon yang akan bertanding di Parlimen Arau, Perlis.

Sekiranya Haron tewas dalam cubaan kali ketiga sebagai calon PRU – bermakna kredibiliti serta pengaruh Haron dalam PAS sudah tiada lagi dan sekaligus menunjukkan jalan keluar beliau daripada jemaah PAS.

-Agendadaily

Monday, February 11, 2013

Haron Din Sahkan Jumpa Anwar


Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mengesahkan wujud pertemuan antara beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa lalu dan menganggapnya sebagai perjumpaan biasa sepertimana bertemu dengan individu-individu lain.

“Pada Selasa lalu, ada 200 orang jumpa saya tanpa mengira latar belakang politik. Pertemuan dengan saya tidak sepatutya dijadikan isu sebab saya dengan Anwar kawan lama, dulu masa di ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia) kami sudah kenal, semasa beliau dalam Umno kami masih berkawan…dia datang rumah saya, semasa dia dalam penjara saya pergi melawat dia.

“Pertemuan dengan saya adalah sebagai sahabat, tiada agenda berasingan. Pertemuan itu sering berlaku dan itu betul, pertemuan itu tiada agenda berasingan,” katanya kepada Antarapos.

Beliau turut melahirkan kekesalan apabila ada pihak yang menjadikan pertemuan dengan Anwar sebagai modal politik sambil menambah turut bertemu ramai orang setiap hari bagi mendapatan nasihat.

Dr Haron menegaskan dakwaan mengatakan Majlis Syura Ulama menolak Anwar memegang jawatan perdana menteri tidak benar kerana ia tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat badan tertinggi parti Islam itu yang dipengerusikan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Bila saya kata kami kawan biasa, perjumpaan itu tiada perkara khusus dalam berbincang atau memutuskan apa-apa mengenai parti…tiada kaitan dengan parti, ia perjumpaan biasa.

“(Majlis Syura Ulama) tidak pernah bincang isu itu, mungkin pertemuan saya dengan Anwar dikaitkan dengan itu tapi ia hanya pertemuan biasa,” katanya.

Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR yang turut serta menemani Anwar mengesahkan pertemuan itu kepada Antarapos.

Namun, Azmin tidak mendedahkan kandungan pertemuan itu sebaliknya berkata ia turut membincangkan tentang polemik penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu yang tercetus sejak Disember lalu.

“Saya kebetulan pada malam tadi (Selasa lalu) ada pertemuan peribadi dengan Dr Haron Din dan perkara ini (kalimah Allah) kita bincangkan,” katanya.

Monday, August 1, 2011

[foto inside] MB Kedah Azizan Razak, Haron Din Stabil Di IJN

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Razak yang dimasukkan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur untuk pemeriksaan jantung berada dalam keadaan stabil.

Bernama yang memetik kenyataan Setiausaha Akhbar beliau, Mohd Helmi Khalid sebagai berkata menteri besar itu yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung.

Manakala pemimpin tertinggi Pas Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Haron Din turut sama dimasukkan ke Institiut Jantung Negara (IJN) petang tadi.

Kedua mereka menghadapi masalah jantung.