Showing posts with label KL112. Show all posts
Showing posts with label KL112. Show all posts

Saturday, January 12, 2013

Puak LGBT Menyokong Himpunan Shamsidar #KL112 #HKR112


Dengar sini bagitau isteri , girlfriend , adik , kakak , ibu mertua tentang sarkas PR telah tiba di KL..... Arrgggghhhhhhhh!!!!!!!!

#KL112 #HKR112 Perusuh Mula Membanjiri Ibu Kota


Perusuh di kawasan Masjid Negara mula berarak ke Stadium Merdeka.

Pusat bandar Kuala Lumpur mula dibanjiri oleh perusuh Pakatan Rakyat yang hadir Perhimpunan Menyusahkan Rakyat di Stadium Merdeka.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)


#KL112 : Gambar Budak Chegu Bard Paw Duit Peniaga!



Penganjur HKR paw duit peniaga....

Inilah sebenarnya tujuan Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran pembangkang. Nak kumpul duit penuhkan tabung pilihan raya parti masing-masing.

Gambar ehsan ~ Mymassa.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

Friday, January 11, 2013

#KL112 Live Dari Padang Kelab Sultan Sulaiman - Setengah Juta Kehadiran



Hampir setengah juta yang hadir... hah! mimpi laa... yang sebenarnya lebih kurang 5 ribu je yang hadir. Setiap penceramah berucap dalam 5 minit kemudian diselang selikan dengan persembahan sajak. Orang ramai yang hadir sebab nak tengok hiburan artis je beb..

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

#KL112 Perhimpunan Untuk Dapat Dana – Bekas Timbalan Ketua Penerangan AMK


Bekas Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (PKR) Syamsul Hidayat Mohd Sharif yang pernah menjadi anggota jawatankuasa perhimpunan haram BERSIH 1 pada 2007 berkata beliau tidak menolak kemungkinan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan esok bertujuan untuk membawa masuk dana bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-13.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

#KL112 SAMM Rancang Mulakan Provokasi Awal Di Kg Baru!


Perhimpunan Kebangkitan Rakyat (KL112) yang yang mensasarkan kehadiran sejuta rakyat yang bakal diadakan oleh Pakatan Pembangkang pada 12hb Januari ini di Stadium Merdeka merupakan satu pembohongan besar terhadap rakyat di negara ini.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

#KL112 : 'Jangan Letak Pasir Dalam Periuk Nasi Kami' - Pemandu Teksi


MOHD. Syahrir Abdul Aziz (kiri) menunjukkan laporan polis bagi membantah Himpunan Shamsidar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, semalam.

'Jangan letak pasir dalam periuk nasi kami'.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

#KL112 : Lokasi Yang Tidak Lojik


Pelik memang pelik apabila pembangkang yang riuh pukul canang konon satu juta orang akan hadir perhimpunan mereka Sabtu ini memilih Stadium Merdeka.

Lojik akal akan berkata kalau betul angka itu sudah semestinya Stadium Bukit Jalil lebih sesuai berbanding Stadium Merdeka yang hanya mampu memuatkan 30,000 orang.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)

Thursday, January 10, 2013

Video Rungutan Rakyat Terhadap #KL112




Rakyat sudah bosan dengan gimik yang dilakukan oleh Pakatan Haram! Semakin hari samakin Haram Jadah! Tak Abis-abis nak menyusahkan orang ramai!

#KL112 Kalau Tak Mau Stadium Merdeka... Boleh Pakai Stadium Bukit Jalil



Mukadimah: Stadium dah bagi... cukup ke untuk sejuta perusuh nak masuk?

12 Jan nanti kita akan lihat orang yang sama berdemo.. yang biasa dapat upah setiap kali puak pakatan adakan rusuhan di ibu kota.. pendek kata tada kebangkitan pon!

Puak pembangkang ni ibaratkan Tin Kosong penuh retorik sahaja!

Agendadaily: Pengurusan Stadium Merdeka menetapkan penganjur himpunan pembangkang Sabtu ini memastikan jumlah peserta tidak melebihi 30,000 orang selari dengan kemampuan kapisiti stadium berkenaan.

Syarat ini mengambil kira kapasiti stadium tersebut yang hanya boleh menampung seramai 30,000 orang bagi memastikan struktur dan harta benda Stadium Merdeka yang diwartakan sebagai hartanah warisan kebangsaan sentiasa dijaga dan dipelihara

Merdeka Heritage Trust dalam satu kenyataan Rabu kata penganjur memohon menggunakan premis itu mulai pukul 2 hingga 5 petang Sabtu ini.

Sementara itu penganjur ada pilihan selain Stadium Merdeka sebagai lokasi himpunan yakni Stadium Bukit Jalil.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) PSM, Ahmad Halmi Harun dalam satu kenyataan kata pihaknya tiada halangan untuk meluluskan permohonan pakatan pembangkang menggunakan stadium  berkenaan.

Katanya  penganjur bagaimanapun perlu mematuhi prosedur tempahan dan penggunaan selaras dengan kelulusan yang diberi PSM.

Berbanding Stadium Merdeka yang hanya boleh menampung 30,000 orang, Stadium Bukit Jalil mampu isi sampai 100,000 orang.

Tidak Perlu Huru-Hara Untuk Bela Nasib Rakyat


Pembangkang tidak seharusnya mencetuskan huru-hara dengan mengadakan perhimpunan atau protes jalanan jika mereka benar-benar ikhlas dalam membela dan memperjuangkan nasib rakyat, kata Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Azraful Azman.

Beliau berkata, ini kerana perhimpunan dan protes hanya akan menyusahkan kehidupan orang ramai termasuklah menjejaskan periuk nasi para peniaga.

"Tengok perhimpunan-perhimpunan sebelum ini apa yang mereka dapat? Hanya timbulkan huru-hara dan kalau itu diteruskan ia bukanlah sesuatu yang baik untuk apa yang kita nikmati selama ini," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Ditanya mengenai cubaan pembangkang yang mahu mencetuskan peristiwa ala "Arab Springs", Azraful berkata, ia sangat keterlaluan kerana keadaan di negara ini jauh berbeza dengan beberapa negara di Asia Barat yang dilanda "Arab Springs", termasuk Syria.

Katanya, pembangkang harus sedar bahawa jika "Arab Springs" menular ke Malaysia, kehilangan nyawa dan kerugian harta benda tidak dapat dielakkan sepertimana yang berlaku di Syria sekarang. - BERNAMA

Wednesday, January 9, 2013

#KL112 : Banner Tuntutan Tukar Jalur Gemilang Di Pasang di Sekitar Ibu Kota!


Agak-agaknya apa lagi Anwar Ibrahim nak tukar? Lagu kebangsaan, bunga kebangsaan, agama rasmi persekutuan? Adakah kita akan tunggu dan lihat sahaja?

Mengapa pihak penganjur begitu sakit hati dengan bendera negara Malaysia, sehingga menuntut agar Jalur Gemilang agar diganti. Gerakan untuk menukar Jalur Gemilang oleh juak-juak Pakatan Pembangkang telah dimulai sejak awal tahun baru 2012. Kini genap setahun tuntutan mereka yang masih belum terlaksana.

Baca Lagi...