Friday, January 11, 2013

#KL112 Perhimpunan Untuk Dapat Dana – Bekas Timbalan Ketua Penerangan AMK


Bekas Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (PKR) Syamsul Hidayat Mohd Sharif yang pernah menjadi anggota jawatankuasa perhimpunan haram BERSIH 1 pada 2007 berkata beliau tidak menolak kemungkinan Perhimpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan esok bertujuan untuk membawa masuk dana bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-13.

(Baca lagi Klik TAJUK ENTRI)


“Sebaik sahaja pucuk pimpinan PKR mahu mengadakan demonstrasi haram BERSIH 1, tiba-tiba dana dari luar negara masuk dan PKR bertukar wajah, bendera-bendera PKR juga disumbangkan oleh pihak tertentu dari luar negara dan bendera itu bukan ditempah di Malaysia,” katanya kepada media di mana beliau dahulu merupakan salah seorang staff di ibu pejabat lama PKR di Brickfields.

Katanya dahulu PKR sangat miskin sehingga gaji pekerja tertangguh selama dua hingga tiga bulan, tetapi kini parti itu bertkar sekelip mata menjadi parti kaya.

Menurutnya perhimpunan yang dirancang pakatan pembangkang esok adalah siri-siri demontrasi jalanan BERSIH yang bertujuan mengugat kestabilan politik dan menjatuhkan kerajaan.

“Ini merupakan siri-siri propaganda mereka. Tidak ada satu pegangan yang hendak diperjuangkan dan sejarah itu berulang.

“Kali ini mereka tahu, tahun ini berlaku satu lagi pilihanraya umum, maka secepat (mungkin) mereka mengadakan perhimpunan yang lebih kurang sama.

“Namanya sahaja ditukar. Kalau dahulu, BERSIH 0.1, menjelang PRU 12, 2008, menjelang PRU 13, dia buat satu lagi himpunan Kebangkitan Rakyat.

“Semua ini adalah untuk menutup segala kegagalan mereka untuk melaksanakan manifesto, segala kegagalan mereka untuk mentadbir urus sebagaimana yang mereka war-warkan dalam ceramah dan sebagainya.

“Ia lebih kepada satu himpunan untuk menunjukkan mereka punya ramai sokongan untuk menumbangkan UMNO dan BN dalam pilihanraya,”katanya.

Terdahulu, Syamsul Hidayat bersama dua orang lagi bekas anggota parti itu, Mohamad Asroc Md Jailani dan Saiful Ambar Abdullah Ambar mengumumkan keluar PKR dan menyerahkan borang penyertaan UMNO kepada Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 10 Jan.

Saiful Ambar adalah peguam kepada bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah yang juga keluar daripada PKR kerana merasakan perjuangan PKR tersasar daripada matlamat asalnya. -AIDC

No comments: