Sunday, September 18, 2011

Kerana Mat Sabu, 20 Ahli Pas Permatang Pasir Keluar Parti Sertai UMNO #marxsabu


Seramai 20 ahli Pas ranting Kampung Permatang Pasir di sini, yang kecewa dengan tindak tanduk Timbalan Presiden parti itu Mohamad Sabu akhir-akhir ini, mengambil tindakan keluar parti untuk menyertai UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu.

Mereka diketuai Saridan Md Noh, 42, yang menyerahkan borang menyertai UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir di majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Bagan Samak dan Pekan Bandar Baharu, di Wakaf Bandar Baharu di sini, semalam.

Lebih ramai lagi rakan-rakannya daripada Pas Permatang Pasir dan beberapa lagi dalam daerah Bandar Baharu akan bertindak mengikut jejak langkahnya dalam tempoh terdekat, katanya kepada pemberita di sini.

Saridan berkata, kumpulan yang mengikutnya keluar daripada parti itu sebenarnya telah menjadi anggota aktif parti itu sejak tiga pilihan raya umum lalu iaitu sejak 15 tahun lalu.

Beliau mendakwa ahli Pas di Bandar Baharu bagaikan 'anak ayam kehilangan ibu' berikutan pimpinan Pas Bandar Baharu dan Parlimen Kulim/Bandar Baharu tidak sehaluan dengan mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Baharu diwakili Pas pula sukar ditemui. – Bernama

Syabas diucapkan... harap selepas ini ramai lagi yang akan sedar dan keluar parti PAS!

No comments: