Showing posts with label Kembara Oren. Show all posts
Showing posts with label Kembara Oren. Show all posts
Thursday, December 27, 2012
Tuan Ibrahim Merengek Minta Polis Lindungi Konvoi Oren
PENOLAKAN total peneroka Felda terhadap Jelajah Oren yang didalangi PAS dan Pakatan haram, benar-benar mencemaskan parti bulan itu yang semakin tersepit untuk membohongi rakyat kononnya peneroka dianiayai Felda dan perlu dibela.
Maka itu, taktik mengalihkan perhatian digunakan dengan menuduh peneroka yang membantah kehadiran Konvoi Oren ini sebagai samseng dan sebagainya, sementara budak dia cuba membunuh peneroka dengan membawa kenderaan secara melulu, langsung tidak disentuh sama sekali.
Apa punya haprak PAS ini ya. Mana pergi unit tindakan khas aka komando aka pasukan khas elit PAS, Unit Amal sehingga Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mewakilkan Mazlan Aliman dengan merengek minta bantuan polis?
Sudah hilangkah telur budak-budak ini sehingga bantuan polis diminta? Kalau tak tu dia juga yang hebat mengutuk dan menghina polis, bila dia berdepan masalah, kepada polis itu jugaklah dia merengek, nak minta dilindungilah tu.
Ini, penulis nak cakap, peneroka bantah konvoi Mazlan Aliman masuk sebab Mazlan Aliman buat bising dengan berceramah melalui pembesari suara dari dalam kenderaan. Peneroka, tahu sajalah, office hour sampai pukul 10 pagi saja, lain dari itu rehat-rehat di rumah, gurau-gurau dengan bini dan sebagainya – itu yang meriah dengan anak pinak tu.
Datang Mazlan Aliman memekak dari dalam kenderaan bawak cerita bohong pasal Felda dan hasut peneroka lawan Felda, siapa tak marah?
Depan orang bandar, Mazlan Aliman kata Felda menindas peneroka, depan peneroka, Mazlan Aliman hasut peneroka untuk menentang Felda. Apa ni? Mana satu betul? Sebetulnya satu pun tak betul sebab itu Mazlan Aliman tidak berani nak cerita Felda menindas peneroka depan peneroka sendiri pasal dia tau cerita itu tidak betul.
Banyak dahlah yang tak betul, tapi kalau dah dilaung-laung hari-hari, ternampaklah macam betul, lebih lagi bagi orang yang tidak duduk Felda dan hanya dengar apa yang Mazlan Aliman cakap.
Penulis dapat maklumat, Mazlan Aliman ini penakut terbesar. Bila berlaku kecoh-kecoh, dia duk diam dalam jip, bila dah reda baru dia keluar, itu pun duk jauh-jauh dari peneroka.
Dah banyak kali peneroka ajak Mazlan Aliman bermuzakarah dengan depa berkenaan dakwaan Felda menindas peneroka ni terutama bila konvoinya sampai, tapi Mazlan Aliman buat pekak dan hanya berminat untuk cakap satu hal saja – cakap dia.
Siapa tak angin macam itu? Dah tu masuk tempat orang, nak langgar dengan kenderaan pulak, sengaja cari nahaslah.
Sekarang Mazlan Aliman minta bantuan Tuan Ibrahim pulak untuk selesaikan masalah ini dan berbincang dengan pihak polis. Kelakar sungguh.
Sepatutnya, PAS fikirlah, kenapa peneroka tolak konvoi Oren Mazlan Aliman? Atau PAS sebetulnya sudah tahu, tapi pura-pura tak tahu? -MYKMU
Wednesday, December 26, 2012
Konvoi Kembara Oren Pro PAS Cuba Langgar Peneroka FELDA
Beberapa blog dan portal pro pembangkang tika ini sedang spin baik punya dengan memutar belitkan fakta kekecohan yang berlaku pada 23 Disember 2012 di Felda Bukit Rokan Utara, Negeri Sembilan.
Ikut pada laporan geng pro pembangkang, dua peserta Kembara Oren cedera dan sebuah kereta pacuan empat roda berwarna kuning dipecahkan cermin kononnya dengan sengaja oleh penduduk tempatan serta para peneroka.
Sesiapa yang percaya dengan berita propaganda tersebut, sahihlah memerlukan pemeriksaan segera di hospital berdekatan untuk kenalpasti kedudukan sebenar otak anda sama ada wujudnya di kepala lutut ataupun berada dalam tempurung kepala.
Di bawah ini dua versi cerita dari dua portal pro PR. Baca dengan teliti kemudian bandingkan pula dengan video di bawah yang disertakan.
Menurut Pengarah Program Konvoi Oren Negeri Sembilan, Abdul Rahman Ramli; ketika peserta konvoi baru sahaja sampai di lokasi, sekumpulan lelaki yang bersenjatakan kayu dan batu meluru kepada sebuah kereta pacuan empat roda yang berada di paling hadapan.Manakala di bawah ni pula ialah cerita versi Harakahdaily. Bandingkan di mana perbezaan dan persamaan dengan kenyataan di atas dari FreeMalaysiaToday..
“Mereka memecahkan cermin kereta di hadapan dan kedua-dua cermin tingkap sebelah kiri kereta dengan kayu.
“Sebenarnya tindakan lelaki-lelaki yang membawa bendera BN dan Umno ini adalah satu tindakan yang salah.
“Menyedari bantahan daripada mereka, kami tidak masuk ke Felda Bukit Rokan Utara, sebaliknya hanya berunding untuk menggunakan jalan besar tersebut untuk ke Felda Jelai.
“Sebaliknya mereka mencederakan dua orang lelaki.
“Seorang cedera di kepala dan seorang lagi di kening. Saya juga kecewa dengan pihak polis yang hanya melihat insiden itu berlaku dan tidak menghalang lelaki-lelaki yang mencetuskan provokasi dari awal lagi,” kata Abdul Rahman yang juga merupakan Yang DiPertua PAS Jempol. (FreeMalayasiaTodays)
“Kami mengalah demi menjaga ketenteraman awam walaupun konvoi kami ini tidak menyalahi undang-undang.
“Ketika kami berunding agar mereka membuka sekatan jalan untuk kami meneruskan perjalanan ke Felda Jelai, tiba-tiba mereka menyerang kereta pacuan empat roda kami dengan kayu.
“Untuk menyelamatkan diri kereta pacuan empat roda yang berwarna kuning itu berundur dan dalam keadaan kelam kabut itu kereta itu tergesel sedikit dengan sebuah motorsikal secara tidak sengaja.
“Lalu mereka memecahkan cermin depan dan cermin tingkap kereta tersebut.
“Selepas itu mereka turut menyerang peserta dan dua peserta kita cedera dipukul dengan kayu oleh mereka yang saya percayai orang upahan Umno dan Barisan Nasional. Inilah sikap tidak bertamadun orang-orang Umno dan Barisan Nasional,” jelas Abdul Rahman (Harakahdaily)
Dua cerita di atas oleh lelaki yang sama yakni Yang DiPertua PAS Jempol, Abdul Rahman tampak jelas ada percanggahan. Terlampau ghairah untuk memutar belitkan cerita akhirnya kantoi wujud percanggahan ketara.
+ Kenyataan pertama menyebut ketika konvoi baru sampai ianya terus diserang oleh sekumpulan lelaki yang bertindak memecahkan cermin kereta tersebut. Kemudian baru diadakan perundingan tapi diikuti dengan serangan yang mencederakan dua peserta konvoi terbabit.
+ Dalam kenyataan kedua di Harakahdaily pula, Abdul Rahman menyebut ketika rundingan sedang diadakan tiba-tiba sahaja kereta pacuan 4 roda itu diserang dan terpaksa berundur sehingga terlanggar sebuah motosikal diikuti dengan tindakan penduduk memecahkan cermin kenderaan tersebut.
Kan ketara berbeza jalan penceritaannya tu. Standardlah tu, siapa saja yang jadi pemimpin PAS automatik bijak dalam bab kelentong.
Sebetulnya, sebelum kejadian tersebut, lebih kurang 100 orang penduduk setempat dan para peneroka yang turut mengibar bendera BN telah menyekat konvoi haramjadah yang ditaja oleh NGO proksi PAS, ANAK daripada memasuki kawasan penempatan mereka.
Bagaimanapun semasa perundingan dilakukan diantara kedua-dua pihak, tiba-tiba sahaja kenderaan pacuan 4 roda berwarna kuning memecut laju ke hadapan sehingga hampir menyebabkan berlakunya kemalangan. (Lihat Video di bawah atau klik sini)
Sumber-MYKMU
Subscribe to:
Posts (Atom)