Showing posts with label Kickdefella. Show all posts
Showing posts with label Kickdefella. Show all posts

Wednesday, September 21, 2011

Wow! Artikel Kickdefella Bernilai RM5 Juta... Kes Saman Kickdefella Lanyak Husam Lagi!



Dibawah salah satu artikel yang bernilai RM5 Juta...


Husam Telah Menipu Sahabat Dan Rakyat

Dua perkara penting telah berlaku pada pagi ini bila saya membaca kenyataan Exco Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, YB Dato’ Husam Musa, di dalam sebuah akhbar tempatan Edisi Timur. Ianya seperti berikut,

Kerugian Meningkat


Husam mendakwa Kerajaan Negeri akan mengambil semula tanah milik UDA Holdings Berhad dengan membayar pampasan bagi menyelesaikan masalah Lubang Kubur Tok Guru yang sempit.

Ini mengakibatkan kos yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri Kelantan daripada isu Bazar Tok Guru atau namanya sekarang Lubang Kubur Tok Guru ini akan meningkat lagi. Jika setahun yang lalu blog ini telah melaporkan Kerajaan Negeri kerugian RM50 juta akibat angkara urusan menantu Nik Aziz dalam hal Lubang Kubur ini. Jika dicampur dengan jumlah terbaharu pampasan yang akan dibayar, ia pasti meningkat lagi.

Akibat pendedahan saya setahun lalu, Husam telah mengumumkan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada 27 Januari 2010 akan melantik firma Audit Bebas bagi menyiasat dakwaan saya. Tetapi itu setahun yang lalu. Semuanya kemudiannya disapu ke bawah permaidani dan Husam tidak lagi pernah menyebut tentang keputusan Audit Bebas itu.

Kerugian RM50 juta itu ialah berpunca daripada pemberian tanah yang bernilai hampir RM30 juta kepada pemaju tanpa Kerajaan Negeri menerima pulangan setimpal selama 99 tahun. Kedua ialah apabila Exco membuat keputusan di dalam mesyuarat Exco pada 23 Januari 2010, membeli semula dengan harga RM23 juta tingkat bawah Lubang Kubur Tok Guru daripada pemaju yang telah diberi tanah bernilai RM30 juta pada perjanjian awal.

Hari ini, Husam memaklumkan kos kerugian ketiga iaitu apabila Kerajaan Negeri akan terpaksa membayar pampasan pada jumlah yang belum disebut kepada UDA Holdings Berhad. Baca lagi di sini...


Kenapa Husam mahu saman Kickdefella tonton video di bawah...


 

Tuesday, September 20, 2011

Kerana Panas Telinga, Husam Saman Kickdefella RM5 Juta


Hai dah nasib badan... tak tahan kena gerudi, telinga Husam menanah dek pendedahan yang dilakukan oleh Kickdefella! Kenapa jadi macam ni Usam? sampai nak saman menyaman pulak! Panasss!

Naib Presiden Pas, Husam Musa memfailkan saman fitnah sebanyak RM5 juta terhadap blogger Kickdefella.

Writ saman ke atas Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz difailkan di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini, hari ini oleh peguam Husam, Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates.

Mengikut writ saman yang diemel kepada pihak media hari ini, Husam yang juga Exco kerajaan negeri Kelantan, menuntut Syed Azizi memohon maaf secara bertulis tanpa syarat kepadanya.

Plaintif juga menuntut defendan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam blog defendan, di samping memadamkan tiga artikel yang didakwa memfitnah beliau.

Artikel tersebut bertajuk, Husam telah menipu rakyat dan sahabat, Sebelum kita lupa Normala Sudirman dan Husam itu pembohong yang ketiga-tiganya disiarkan melalui blog defendan, kickdefella.wordpress.com antara Januari hingga Julai lalu.

Husam juga menuntut Syed Azidi mengiklankan permohonan maaf tersebut di dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu selama satu hari, bayaran ganti rugi sebanyak RM5 juta, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau, ganti rugi punitif, lain-lain relif yang dikirkan wajar oleh mahkamah, selain faedah pada kadar 8 peratus setahun sehingga penyelesaian penuh tuntutan.

Selain itu, plaintif turut menuntut satu injunksi bagi menghalang defendan atau ejen-ejennya daripada berkomunikasi, memberi komen, mengulangi atau menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif.

Pelawok pelawok pelawok!