Showing posts with label Lisa Surihani. Show all posts
Showing posts with label Lisa Surihani. Show all posts

Tuesday, February 28, 2012

Gambar Perkahwinan Yusry dan Lisa Surihani

Sembang Hiburan


Majlis perkahwinan yang dicanang sebagai 'Wedding of the Year' dengan tema 'French Vintage'.


Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani berseri ketika majlis resepsi perkahwinan mereka


Yusry Abdul Halim dengan ratunya Lisa Surihani ketika majlis resepsi perkahwinan mereka. Akad nikah berlangsung di Hotel Marriot, Putrajaya Khamis lalu.


Pengantin baru Lisa Surihani tersenyum lebar bersama suaminya Yusry Abdul Halim.


Kegembiraan raja dan ratu Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani jelas kelihatan.


Yusry Abdul Halim dan Lisa Surihani melafazkan doa ketika majlis resepsi.


Norman Abdul Halim dan isterinya Dr Shireen Hashim
(Gambar: Cinema Online)

Friday, February 24, 2012

Gambar Pernikahan Lisa Surihani dan Yusry


Dengan sekali lafaz, pengarah dan penyanyi, Yusry Abdul Halim, 39, sah bergelar suami kepada pelakon popular, Lisa Surihani Mohamed, 26.

Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Marriot, selepas solat Isyak kira-kira pukul 9 malam, Khamis.

Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.

Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.


Pengantin perempuan menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.


Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang.

Selain seutas rantai, antara barang hantaran lain yang diberikan Yusry kepada Lisa termasuklah sirih junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan solat dan kek.


Manakala Lisa membalas sirih junjung, bunga rampai, sebentuk cincin, koleksi cakera padat kumpulan The Beatles, sebuah peralatan muzik keyboard, kelengkapan solat, kelengkapan pakaian lelaki, manisan dan kek.

Kesemua hantaran itu direka dan digubah oleh Butik Cosry dengan kerjasama Eliza Elies Wedding.

Lisa tampak anggun dengan mengenakan busana baju kurung moden rekaan Cosry dengan rona putih manakala Yusry pula segak mengenakan baju Melayu moden rekaan Taufik Tailor lengkap bersamping daripada Nuratikah Songket.

Majlis akad nikah tersebut dikendalikan oleh DZMS Events itu kelihatan meriah dengan dekorasi menawan sentuhan KS Entourage bertemakan ‘Winter Garden’.

Sementara itu, majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan pada Ahad ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Saturday, December 24, 2011

Yusry KRU Nikah Puteri UMNO Lisa Surihani 23 Feb 2012


Lisa Surihani dan Yusry KRU akan bernikah pada 23.02.2012 dan majlis resepsi (bersanding) 26.02.2012. Pengumuman yang di buat oleh lisa surihani dan yusry kru di buat pada hari ini di marriot putrajaya hotel dan spa.

Lokasi pernikahan Lisa Surihani dan Yusry KRU akan berlangsung di masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya dan persandingan (resepsi) pula akan berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) Putrajaya.


Yusry juga mengakui bahawa pihak sebelah keluarga sudah menghantar tanda ke pihak keluarga Lisa. Kira tanda tu sebagai menyunting bunga di laman orang.


Menurut Lisa dan Yusry juga, mereka mula berkenalan melalui BBM, blackberry messenger dan dari situ mereka mula berkenalan secara serius.

Seorang wartawan melontarkan soalan tentang apa sebenarnya yang Lisa Surihani lakukan sehingga boleh membuatkan Yusry KRU menjadi seorang lelaki yang sangat gembira.

Yusry KRU memberitahu yang mereka sebenarnya saling mencintai sepenuh jiwa antara satu sama lain dan sikap Lisa Surihani yang sentiasa menyokong kerjaya beliau.

Sumber klik di sini...

Friday, December 23, 2011

Yusry Akan Umum Tarikh Nikah Bersama Puteri UMNO, Lisa Surihani... Pada Sabtu Ini...


Tahniah diucapkan kepada Yusry kerana berjaya menyunting Puteri UMNO yang cantik molek ini... Semoga ianya berkekalan hingga ke akhir hayat...

Selepas sekian lama berteka-teki mengenai tarikh perkahwinan mereka, pasangan artis Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim akan membuat pengumuman istimewa mengenai perkara itu pada Sabtu ini.


Jemputan mengenai pengumuman berkenaan telah dihantar oleh pihak KRU Studios kepada pihak media pada petang Khamis.

Majlis berkenaan akan diadakan pada pukul 10.30 pagi di Hotel Marriott, Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim yang juga abang kepada Yusry ketika dihubungi bagi mengesahkan perkara itu hanya ketawa dan memberitahu akan menjelaskan perkara sebenar kepada pihak media pada hari berkenaan.

"Ia merupakan satu pengumuman istimewa dan pastinya ia akan diberitahu pada majlis nanti. Kalau saya beritahu sekarang tak ada kejutanlah," katanya berseloroh.

Pada pengumuman itu nanti, ibu bapa Yusry iaitu Abdul Halim dan Zarina Fenner serta ibu Lisa, Siti Amira Ahmad juga akan turut serta.

Difahamkan Yusry dan Lisa akan bernikah pada awal tahun depan yang mana majlis berkenaan akan mendapat liputan secara langsung menerusi saluran Astro.

Pasangan tersebut sudah mula rapat sejak Mac lalu dan sering berhubungan menerusi telefon bimbit masing-masing sejak setahun yang lepas.

Kemudian kedua-dua mereka membuat pengakuan pertama pada bulan Jun bahawa mereka sedang menjalinkan hubungan lebih daripada seorang kawan dan menganggap ia sebuah perhubungan yang matang.

Sumber: Mstar

Monday, December 5, 2011

Lisa Surihani Insafkan Wardina Safiyyah !


Siapa sangka kehadiran Lisa Surihani di Majlis Perhimpunan Agung Puteri Umno tempohari boleh merubahkan bermacam keadaan...

Salah satu contohnya... tiba-tiba pula Wardina menjadi insaf... dan menghantar tweet kepada Dato' Seri Najib... emmm... nak bodek ke Wardina?



Tertanya-tanya juga... sama ada Wardina betul-betul insaf atau dia sudah termalu dengan rakan-rakan artis lain... kerana teryata secara terang sebelum ini Wardina menyokong Parti PKR?

Dan sebelum ini kita selalu melihat, dimana Nik Nazmi (ADUN Seri Setia PKR) ada di situ ada Wardina... Mugkin Nik Nazmi tak cukup tinggi untuk memberi keyakinan sepenuhnya untuk Wardina terus bersama PKR kot hahaha....

Apa-apa je lah...

Thursday, December 1, 2011

#PAUMNO Ramai Pemuda PKR Meroyan Kerana Lisa Surihani :P





Koleksi foto terbaik Lisa Surihani Puteri Umno!

Aku percaya lepas ni PKR akan pupus... hahaha! Pasti ramai anak muda PKR akan meninggalkan parti yang semakin usang dan huru hara itu.

Mari... Mari bro join Pemuda UMNO sekarang... Pintu untuk bertaubat masih terbuka...

Tinggal lah... Anwar bersama Jijah dan anaknya dalam parti anak beranak yang tidak membawa apa-apa keuntungan kepada rakyat!... Sayonara....
Pilihan yang tepat!

Berita terdahulu :
Kehadiran Lisa Surihani Menyerikan Majlis Perhimpunan Agung Puteri Umno
Lisa Surihani Terima Anugerah Pencapaian Khas Puteri UMNO

Wednesday, November 30, 2011

Lisa Surihani Terima Anugerah Pencapaian Khas Puteri UMNO #PAUMNO @LisaSurihani


Pelakon Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Lisa Surihani Mohamed dipilih antara lima penerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri sempena Perhimpunan Agung pergerakan itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sebentar tadi.

Empat penerima lain ialah Johan Qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011, Suraya Abu Hassan; penerima kumpulan pertama Biasiswa Nasional 2010, Nur Izzati Zainal Nazeri; pemenang pingat emas dalam sukan renang Sukan SEA 2011, Katrina Ann Abd Hadi dan usahawan wanita cemerlang, Harlina Hamid.



Berita terdahulu: Kehadiran Lisa Surihani Menyerikan Majlis Perhimpunan Agung Puteri Umno

Sunday, August 14, 2011

THIS IS BEST BRO! Nabil Raja Lawak Nikah September Ini!


Wah sana meletop, sini meletop... mantop.... terdahulu pengarah filem, Yusry Abdul Halim mengaku dia sedang bercinta dengan Lisa Surihani dan mereka akan berkahwin pada tahun 2012 baca disini...  

Tidak ketinggalan pula, Nabil (Raja Lawak) telah mengambil keputusan mahu mengakhiri zaman bujang’nya bulan September ini iaitu bulan depan.

Wanita yang bakal menjadi suri hidupnya itu adalah bekas pramugari syarikat penerbangan AirAsia iaitu Nazirah Ayub yang sudah dikenalinya sejak enam tahun lalu, sebelum dia dan Irma Hasmie bergelar kekasih.

"Saya tidak mahu menunggu lama lagi. Bukan terburu-buru, tetapi saya tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas percintaan dengan Irma Hasmie selama dua tahun dulu kecundang di tengah jalan,"kata Nabil.

THIS IS BEST BRO! Semoga apa yang telah dirancang akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNYA. InsyaAllah.

Lisa Surihani Dan Yusry KRU Bakal Kahwin Tahun Depan 2012 ! OMG !


Menurut Berita Harian, pengarah filem, Yusry Abdul Halim mengaku dia sedang bercinta dengan Lisa Surihani dan mereka akan berkahwin pada tahun 2012. Tahniah diucapkan atas keputusan ini. Diharap semuanya akan menjadi kenyataan.


Pengarah KRU Studios, aktres popular belum pilih tarikh sesuai

Buat pertama kali, pengarah KRU Studios, Yusry Abdul Halim, 38, mengakui dirinya sedang bercinta dengan aktres popular, Lisa Surihani Mohamed, 25, sekali gus mengesahkan segala gosip sebelum ini dan jika tiada aral melintang akan ke jenjang pelamin tahun depan. -BH.