Showing posts with label Puteri UMNO. Show all posts
Showing posts with label Puteri UMNO. Show all posts

Monday, February 11, 2013

Puteri Umno: Malaysia Tidak Wajar Derita Kerana Anwar Ibrahim


Rakyat Malaysia tidak wajar kehilangan pekerjaan, kerugian perniagaan, menderita atau bergadai nyawa bagi memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pihak pembangkang mencapai cita-cita mereka secara demonstrasi jalanan, kata Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Beliau berkata, sekiranya Anwar benar-benar ingin menjadi perdana menteri, beliau perlu melalui cara demokrasi sebenar, iaitu pilihan raya.

Menurut beliau, ketua pembangkang itu tidak perlu menggunakan alasan mengadakan demonstrasi ala 'Arab Spring' di Malaysia sebagai satu cara mencapai matlamat tersebut.

"Jika, 'Arab Spring' perlu dijadikan contoh teladan seperti kata Anwar, maka satu-satunya yang boleh diteladani ialah agar tidak mengikut jejak langkah negara Arab dengan menjatuhkan kerajaan melalui pemberontakan.

"Kita tidak perlu menggadaikan nikmat yang sedia ada dan mereka yang terlibat dalam 'Arab Spring' di negara Arab pasti akan memberitahu kita bahawa apa yang dinikmati hari ini adalah tidak ternilai harganya," katanya.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan turut menyoal Anwar sama ada beliau sanggup menjaja dan menggadaikan keamanan negara demi mencapai matlamat pihak pembangkang.

Friday, December 2, 2011

Puteri UMNO Tolak Politik Old Skool ! #PAUMNO


Puteri Umno hari ini mencadangkan supaya peremajaan dan penjenamaan semula parti dilakukan dengan menilai semula program UMNO agar ia bersesuaian dengan citarasa golongan muda.

Wakil Puteri UMNO, Wan Salwati Abdullah berkata usaha itu perlu kerana golongan muda boleh memberi nafas baru kepada UMNO untuk memastikan ia terus hidup subur bagi meneruskan perjuangannya.

"Untuk memenangi hati generasi muda, UMNO perlu menyusun langkah lebih berkesan, setiap program hendaklah berdasarkan citarasa mereka supaya terus bersama dan menyertai kita,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 hari ini.



Wan Salwati berkata, pemikiran kalut, kuno atau cepat melatah perlu dihapuskan dan sikap keterbukaan yang bukan dibuat-buat perlu ditonjolkan supaya golongan muda tidak rasa terpinggir.

Katanya zaman menghimpunkan puluhan ribu hadirin di padang untuk menyambut ketibaan pemimpin sudah berakhir kerana sekarang adalah zaman menghargai pemimpin yang boleh berjabat salam, berbincang serta menjawab Twitter dan Facebook.

"Zaman sekarang adalah zaman menyanjung pemimpin yang dilabelkan cool apabila meluangkan masa bermain futsal dengan generasi muda dan bukan lagi zaman untuk terus mengherdik, mencaci dan hanya tahu melihat kesilapan golongan muda,”

"Kalau Perdana Menteri yang sibuk dengan tugas boleh meluangkan masa bersama menonton perlawanan bola sepak, kenapa tidak kaedah sama direalisasikan semua pemimpin di peringkat negeri, bahagian atau cawangan,” katanya.

ABANG... ABANG... ABANG JINGGO SOKONG! Mana-mana pemimpin yang rasa dirinya masih ditakuk Old Skool tu paham-paham je la....

Thursday, December 1, 2011

#PAUMNO Ramai Pemuda PKR Meroyan Kerana Lisa Surihani :P





Koleksi foto terbaik Lisa Surihani Puteri Umno!

Aku percaya lepas ni PKR akan pupus... hahaha! Pasti ramai anak muda PKR akan meninggalkan parti yang semakin usang dan huru hara itu.

Mari... Mari bro join Pemuda UMNO sekarang... Pintu untuk bertaubat masih terbuka...

Tinggal lah... Anwar bersama Jijah dan anaknya dalam parti anak beranak yang tidak membawa apa-apa keuntungan kepada rakyat!... Sayonara....
Pilihan yang tepat!

Berita terdahulu :
Kehadiran Lisa Surihani Menyerikan Majlis Perhimpunan Agung Puteri Umno
Lisa Surihani Terima Anugerah Pencapaian Khas Puteri UMNO

Wednesday, November 30, 2011

Lisa Surihani Terima Anugerah Pencapaian Khas Puteri UMNO #PAUMNO @LisaSurihani


Pelakon Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Lisa Surihani Mohamed dipilih antara lima penerima Anugerah Pencapaian Khas Pergerakan Puteri sempena Perhimpunan Agung pergerakan itu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sebentar tadi.

Empat penerima lain ialah Johan Qariah Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011, Suraya Abu Hassan; penerima kumpulan pertama Biasiswa Nasional 2010, Nur Izzati Zainal Nazeri; pemenang pingat emas dalam sukan renang Sukan SEA 2011, Katrina Ann Abd Hadi dan usahawan wanita cemerlang, Harlina Hamid.



Berita terdahulu: Kehadiran Lisa Surihani Menyerikan Majlis Perhimpunan Agung Puteri Umno

Sunday, August 7, 2011

Ahli Puteri UMNO Kini Cecah 360,000 Orang Mantop!

Dato' Siti Nurhaliza Tak Nak Join PU3 Ke?

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata usaha agresif pergerakan itu dalam mendaftarkan keanggotaan baru nyata berhasil apabila jumlah anggota pergerakanitu kini mencecah 360,000.

Jelas beliau pergerakan itu pernah mencatatkan peningkatan keanggotaan sebanyak 30,000 bagi tempoh tiga bulan dengan Sabah mencatat jumlah keanggotaan tertinggi sebanyak 48,265 orang, diikuti Johor dan Kedah.

“Usaha penambahan ahli di seluruh negara akan diteruskan meskipun dalam keadaan mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadan,” katanya.

Rosnah, yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, berkata Puteri UMNO akan menjadi nadi kepada kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi pilihan raya umum Ke-13 akan datang.

Katanya, antara persediaan pergerakan itu ialah dengan menumpukan usaha membaca sikap pengundi di bawah usia 40 tahun, di samping mengendalikan penggunaan sistem teknologi maklumat.

Sumber: UMNO-Online