Showing posts with label MSO. Show all posts
Showing posts with label MSO. Show all posts

Tuesday, May 14, 2013

MSO : PAS Kelantan Perlu Baca Isyarat 13 Kerusi DUN Merosot


Penulis politik pro-reformasi, Mohd Sayuti Omar (MSO) menasihati Pas Kelantan agar membaca isyarat pengundi tentang kemerosotan undi yang diperolehi parti itu di 13 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

13 Kerusi DUN yang dimaksudkan itu adalah Kelaburan, Tendong, Chetok, Gual Periok, Tawang, Jelawat, Bukit Panau, Kemahang, Limbongan, Gaal, Pulai Chondong, Temangan dan Mengkebang.

Perbandingan itu dibuat berdasarkan jumlah majoriti undi Pas pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) dengan jumlah undi pada Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12).

Di DUN Kelaburan, Mohamad Zaki Ibrahim merosot sebanyak 103 undi; DUN Tendong, Rozi Mohamad merosot 679 undi; DUN Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman merosot 685 undi; DUN Gual Periok, Mohamad Awang merosot 118 undi; DUN Tawang, Hassan Mohamood merosot 166 undi; DUN Jelawat, Abdul Azziz Kadir merosot 920 undi; DUN Bukit Panau, Abdul Fattah Mahmood merosot 443 undi; DUN Kemahang, Md Anizam Ab Rahman merosot 496 undi; DUN Limbongan, Mohd Nazlan Mohamed Hasbullah merosot 591 undi; DUN Gaal, Tuan Mazlan Tuan Mat merosot 21 undi; DUN Pulau Chondong, Zulkifli Mamat merosot 616 undi; DUN Temangan, Mohamed Fadzli Hassan merosot 154 undi dan DUN Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman merosot 831 undi.

Kemenangan calon-calon Pas menewaskan calon-calon BN di ketiga belas kerusi DUN itu dengan majoriti antara 102 hingga 3,700 undi.

DUN Jelawat Pas menang tipis apabila Abdul Azziz Kadir (Pas) menewaskan Datuk Ilias Husain (BN) dengan majoriti 102 undi dan di DUN Gaal, Tuan Mazlan Tuan Mat (Pas) menewaskan Redzuan Stapha (BN) dengan majoriti 302 undi.

“Begitu juga sedikit agak menghairankan kawasan yang diwakili Exco juga mengalami kesusutan di mana jika hendak dikira kemudahan dan fasalitis yang mereka milik tidak seharusnya berlaku demikian.

“Kawasan Kemahang yang diwakili Md Anizam Abdul Rahman (Exco) susut sebanyak 496 undi, manakala kawasan Temangan diwakil Dr Mohd Fadzli Hassan (Exco) susut sebanyak 142 undi.

“Kita boleh faham kenapa Anizam mengalami kesusutan majoriti sebab dia orang lama tetapi bagaimana pula dengan Dr Mohd Fadzli? Seorang lagi Exco Abdul Fatah Mahmod di Bukit Panau juga mengalami kesusutan sebanyak 443 undi,”kata MSO dalam artikel terbaru bertajuk “13 Kerusi PAS di Kelantan Merosot.”

BN selain berjaya mengekalkan kemenangan di tujuh DUN, Pengkalan Kubor, Galas, Kuala Balah, Nenggiri, Bukit Bunga, Kok Lanas, dan Paloh, parti itu juga berjaya merampas lima kerusi milik Pas di Gual Ipoh, Selising, Semerak, Air Lanas dan Dabong.

“Menyimpulkan dari segi prestasi dan lonjakan ternyata UBN berjaya berbanding dengan PAS. Sekiranya diandaikan 13 kerusi yang mengalami kemerosotan itu dimenangi UBN dan dicampur dengan 12 kerusi yang diperolehi 5 Mei lalu ini bermakna UBN sudah pun menguasai Kelantan dengan mendapat 25 kerusi.

“Mustapa Mohamed sebagai komander UBN boleh berbangga dengan pencapaian itu walau pretasi melonjak UBN itu mengagalkan dia mengangkat sumpah sebagai MB Kelantan,”kata MSO.

Kebimbangan MSO berasaskan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah bersara daripada memegang jawatan Menteri Besar (MB) dan bakal bersara menjadi Pesuruhjaya Pas Kelantan.

“Hari ini Ahmad Yaacob sebagai Menteri Besar. Maka eloklah beliau dinobatkan sebagai pengganti atau menjadi Tokguru.

“Panggilan atau gelaran Ustaz hendaklah dilebatkan. Menjadi personaliti yang mengambil alih tempat Tokguru.

“Ahmad Yaacob hari ini diibarat permata yang baru diikat, maka wajarlah kalau ramai-ramai berpakat menggosok batu ini agar bersinar kalau pun tidak sampai keluar jin hikmat,”katanya lagi.

Faktor PKR, UMNO Kelantan Meningkat

-AIDC