Showing posts with label Malaysia vs Singapura. Show all posts
Showing posts with label Malaysia vs Singapura. Show all posts

Friday, July 29, 2011

KJ Ditangkap Malam Tadi

KJ ditangkap semalam :


Mungkin ramai yang tak tahu kenapa KJ di tangkap...

Semalam, Jumaat sudut lensa kami berjaya menangkap berberapa foto Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin semasa menyaksikan perlawanan bola sepak Malaysia lawan Singapura di Stadium Bukit Jalil.

Ini bukan foto KJ ini foto Tian Chua ditangkap kerana merusuh

Tiba di Stadium Bukit Jalil dengan menaiki LRT

Foto kenangan bersama penyokong pasukan Harimau Malaysia

Santai je bro...
Beli tiket sama macam orang lain jugak... RM30,
bukan tak mampu sebenarnya KP Umno lebih gemar santai bersama rakyat...

Ini bukti pemuda Umno turun padang, bersama rakyat... Jauh berbeza dengan juak-juak pembangkang yang suka menghuru harakan Malaysia ni... Dimanakah Shamsul Iskandar Mat Akin Ketua AMK PKR semalam agaknya? Mungkin Shamsul sedang sibuk membakar lilin di luar Stadium atau sedang merancang untuk menyarang PM sekali lagi? atau sedang sibuk mencanang fitnah disana sinun....

Thursday, July 28, 2011

Malaysia 1 Singapura 1


Keputusan terkini pada separuh masa kedua perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 pusingan kedua yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis.: Malaysia 1-1 Singapura Jaringan pertama Malaysia dijaringkan oleh Safee Sali pada minit yang ke 57. Manakala Singapura pula mendapat jaringan pada minit ke 72 hasil jaringan Shi Jiayi.

Walaupun Malaysia tidak berjaya melakar sejarah ke piala dunia... tapi aku bangga! kerana aku anak Malaysia!

Cuba tangok player Malaysia tampak garang! Bikin Player Singapura kecut!! Singapura guna player import! Tak ori!

Hidup Harimau Malaya! Malaysia Boleh!

Ramalan Malaysia vs Singapura


Perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014, Malaysia dan Singapura akan berentap kembali di stadium Bukit Jalil sebentar nanti, setelah Malaysia tewas pada perlawanan pertama di singapura 5-3.

Penuh teka-taki... Berapa korang ramalkan untuk perlawanan timbal balik ni?

Ramalan Sotong ialah Malaysia 3 - Singapura 1

Malaysia vs Singapura: Pembangkang Nak Buat Kacau Jam 7 Malam Di Stadium Bukit Jalil


Pembangkang dipercayai merancang satu lagi perhimpunan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Khamis.

Dilihat sengaja mahu mencetuskan suasana tegang dengan menarik perhatian orang ramai yang ketika itu bersedia untuk menonton perlawanan bola sepak pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura, perhimpunan itu bertujuan mendesak kerajaan membebaskan enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan mengikut Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969.

Gesaan supaya orang ramai menyertai himpunan menyalakan lilin di perkarangan stadium itu di dapati menerusi laman sosial twitter milik Presiden Kumpulan Prihatin Hak Pekerja Ladang (Power), S. Gobikrishnan.

"Jom candle light vigil in front of Stadium Bukit Jalil 7pm today in support of PSM EO 6, (Jom nyalakan lilin di hadapan Stadium Bukit Jalil 7 malam ini tanda sokongan terhadap enam tahanan Ordinan Darurat," katanya menerusi twitter menggunakan nama SGobikrishnan.

Ehh bangsat betul puak pembangkang ni!!! Tak habis-habis nak menyusahkan orang ramai, gila sangat nak buat kacau kat Malaysia!! Apa yang kurangnya lagi duduk di Malaysia ni? Ada yang mati tak cukup makan ke??? Kalau tak suka sangat duduk di Malaysia ni Blah laaa!!!!

Harimau Malaya vs Singapore Lions, Malaysia Boleh!!


Ayuh Rakyat Malaysia!! Kita berikan sokongan padu kepada pasukan Harimau Malaya!!! Katakan Malaysia BOLEH!! Malaysia BOLEH!! Malaysia BOLEH!!





Harimau Malaya menjanjikan persembahan terbaik pada perlawanan kedua menentang Singapura pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini. Malaysia BOLEH!!

Walaupun Harimau Malaya ketinggalan dua gol di belakang bukan satu perkara mustahil buat Harimau Malaya yang pernah berhadapan situasi sama sebelum ini. Malaysia BOLEH!!

Rakyat Malaysia! Kita gegarkan Stadium Bukit Jalil! Kita rembat Singapura! Malaysia BOLEH!!

Mari kita doakan kejayaan untuk pasukan Harimau Malaysia! Malaysia BOLEH!!