Showing posts with label Pembangkang. Show all posts
Showing posts with label Pembangkang. Show all posts

Saturday, March 23, 2013

Saman Media, Blog Petanda Buruk Kebebasan Media


Tindakan menyaman media atau penulis blog tertentu terutamanya oleh parti-parti pembangkang boleh memberikan petanda buruk terhadap kebebasan media di negara ini.

Malahan ia juga dianggap sebagai satu usaha mengheret institusi kehakiman dalam menimbulkan keraguan terhadap pihak berkuasa sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Seorang peguam, Hasnal Rezua Merican menyatakan, tindakan menyaman akhbar atau penulis blog kini menjadi trend untuk menyempitkan kebebasan bersuara dan media.

"Kalau tidak boleh beri peluang untuk akhbar atau blogger untuk mengkritik, maka jangan bercakap mengenai kebebasan media," katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

Beliau mengulas demikian berhubung trend pihak-pihak tertentu terutama parti pembangkan yang mengambil tindakan undang-undang terhadap media dan penulis blog tertentu konon melemparkan fitnah terhadap mereka.

Hasnal Rezua berkata, selain itu adalah benar dari segi undang-undang, sesiapa yang menyebar fitnah tidak kira penulis asal atau pencetak dan sebagainya boleh disaman dan dikenakan tindakan.

Namun, ujar Hasnal Rezua, tindakan menyaman hanya mereka yang mencetak semula dakwaan dikatakan fitnah itu tanpa memanggil penulis asal sebenarnya boleh dikira sebagai usaha untuk menyempitkan pembelaan pihak yang disaman.

"Akhbar-akhbar propembangkang juga ada menyiarkan fitnah atau perkara-perkara yang meragukan tetapi tidak disaman oleh kerajaan kerana kerajaan sedia ada lebih percaya kepada kebebasan media di samping mengambil pendekatan menjelaskan perkara yang sebenarnya.

"Tapi yang ada sekarang, baru ditanya soalan, sudah nak saman. Baru ditanya soalan, sudah ugut hendak panggil pengawal keselamatan. Kalau tidak bersedia untuk menghadapi media, memberikan jawapan atau penjelasan terhadap soalan yang akan diberikan, jangan dipanggil sidang media,’’ katanya.

Tindakan saman media dan penulis blog ini juga, kata Hasnal Rezua, merupakan usaha untuk menutup mulut tidak kira dari media atau pun penyokongnya sesebuah parti itu sendiri.

Seorang lagi peguam, Datuk Mohd. Hafarizam Harun ketika dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) menyatakan, tindakan saman-menyaman itu juga berkemungkinan adalah untuk menakut-nakutkan media mahupun penulis blog agar kebenaran sesuatu isu tidak didedahkan.

Beliau turut memberitahu bahawa saman-saman tersebut bersifat 'memilih’ kerana tidak semua disaman.

Memberi contoh dalam kes saman fitnah oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung penyiaran artikel bertajuk 'Tolak Anwar - Hasan', syarikat penerbitan itu disaman ekoran penyiaran transkrip penuh sidang akhbar bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali yang juga Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) di akhbar Utusan Malaysia pada 17 Januari tahun lalu.

"Bagaimanapun sehingga hari ini, Anwar tidak pernah memfailkan saman terhadap Hasan di atas kenyataan yang dikeluarkan itu," katanya.

Tuesday, March 19, 2013

Pembangkang Tabur Janji Baru Untuk Ibu Tunggal


Nampaknya pembangkang masih tak serik nak menipu rakyat... janji lama masa tak dikotakan, tiba pula janji baru... bila tiba bulan PRU.. macam-macam janji di manis ditabur untuk menarik undi rakyat, tapi sebenarnya hampeh! Tak cukup ke tindakan saman untuk puak rejim Selangor ni?

Laporan Utusan - Janji untuk memberikan bantuan kepada ibu tunggal di Selangor pada pilihan raya lalu belum ditunaikan, pakatan pembangkang malam ini menabur janji baharu kepada golongan tersebut.

Dalam satu ceramah yang diadakan di Lembah Keramat malam tadi, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor, Rodziah Ismail berjanji untuk menubuhkan tabung khas bagi golongan itu jika pakatan pembangkang dapat menawan Putrajaya.

Malahan beliau turut berjanji untuk memberikan saham kepada setiap pengguna air di negeri Selangor jika kerajaan negeri yang dikuasai mereka sekarang dapat mengambil alih pengurusan air daripada Syabas dan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Selain Rodziah, ceramah yang turut menampilkan Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad itu gagal mendapat sambutan apabila tidak sampai 1,000 yang hadir dan kebanyakan mereka adalah penyokong tegar pembangkang.

Saturday, March 9, 2013

Hacker Pembangkang Yang Dikenali Sebagai Sofea Hana Di Berkas Pihak Polis


Seorang penggodam komputer yang dikenali sebagai Sofea Hana yang telah diburu Pihak Polis kerana memfitnah Datuk Seri Najib meletak jawatan akhirnya ditangkap di sini, kata polis Bukit Aman petang tadi.

“Apabila ditanya apa yang dilakukan dengan website tersebut, dia menjawab godaman itu sekadar suka suka ,” kata Timbalan Ketua Polis Bukit Aman, Datuk Azhar Othman Yaakub.

Menurutnya, pihak Suruhanjaya telah mengambil tindakan drastik atas dakwaan memfitnah keterlaluan ke atas Datuk Seri Najib. Menurut sumber, Sofea Hana telah deactivate akaun facebook beliau http://www.facebook.com/sofea.hana.9 selepas mengetahui identitinya sedang dicari pihak berkuasa.

“Dia telah menggodam lebih dari 10 website kerajaan malaysia atas dasar politik. Terdahulu beliau telah mengupload video pendakwah bebas, Ustaz azhar idrus atas dasar politik,” tambah ketua polis tersebut.

Wanita itu Ditahan di lokasi kediaman beliau petang tadi.. – AFP

Sebut saja pasal hackers, mungkin ramai webmaster yang takut dengan kahadiran mereka ini, tambah lagi jika hacker tersebut diberi job untuk mengondam website yang melibatkan payment atau sesuatu yang secret.

Sofea Hana kata dia buat kerja ni semuanya kerana suka-suka... mmm.. biasalah bila dah kantoi tu jelah alasan untuk selamatkan penajanya...

Kalau dah blogger upahan pembangkang pun terima gaji RM3k-5k sebulan inikan pula Hacker! Hacker beb! bukan calang-calang orangnya.

Sudah tentunya seorang hacker seperti Sofea ini di beri imbuhan yang lumayan untuk melakukan kerja mengondam laman web kerajaan, ini perkara biasa bila berurusniaga dengan seorang hackers kalau tak beriban-riban upahnya sorry la bro... booo layan...

Ini kerana hackers berhadapan dengan risiko yang tinggi kalau kantoi mereka ditangkap dan dipenjarakan, gelap masa depan tu...

Itulah sebabnya job yang mereka terima datang sekali dengan pakej yang lumayan hingga cecah jutaan ringgit...

Sofea dah gondam 10 website kerajaan Malaysia... berapa dia dapat? kalau nak tahu... suruh Rafizi Ramli (PKR) jawab...

Ingat tak lagi Rafizi pernah kata facebooknya kena gondam, sebab-sebabnya lambat bayar payment kat Sofea kot!

Monday, October 29, 2012

KJ Mahu Pakatan Rakyat Berpolitik Secara Matang, Terima Kelemahan Yang Ada!


Petikan dari http://rembau.com.my

Satu lagi contoh kelemahan pentadbiran Pakatan Rakyat didedahkan oleh laporan Ketua Audit Negara. Ini kes yang melibatkan kerajaan negeri Kelantan.

Ringkasan ceritanya: Kerajaan Kelantan dan syarikat Liziz Stanco Sdn Bhd telah memeterai perjanjian untuk membangunkan kawasan Lembah Sireh di tebing Sungai Kelantan pada 2002. Dalam perjanjian tersebut, LIziz Stanco Sdn Bhd perlu membayar Kerajaan Kelantan RM390 juta dalam bentuk wang tunai, tanah dan juga prasarana seperti jambatan dan masjid untuk memiliki 404 hektar tanah di Lembah Sireh.

Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan bahawa walaupun 290 hektar tanah berkenaan sudah pun diberi kepada Liziz Stanco Sdn Bhd, syarikat tersebut hanya dapat membayar Kerajaan Kelantan RM45.68 juta daripada apa yang dijanji setelah hampir 10 tahun kontrak asal dimeterai. RM343.41 juta masih tidak dijelaskan oleh Liziz Stanco Sdn Bhd.

Kesimpulannya, sebahagian besar tanah sudah diberi tanpa Kerajaan Kelantan menerima bayaran sepertimana yang dijanji.

Banyangkan kalau kes ini melibatkan Kerajaan Persekutuaan. Sudah pasti macam-macam tuduhan dan andaian akan keluar. Tetapi bila kena pada batang hidung mereka sendiri, mereka sepi seribu bahasa. Hujah yang dikeluarkan amat mengecewakan: “BN lagi teruk” “Korupsi BN lebih besar”.

Adakah kesilapan dan dosa orang lain (kalau pun ada) menghalalkan kesilapan kita sendiri? Saya rasa tidak. Politik yang matang menuntut agar Kerajaan Kelantan mengaku kelemahan yang ada, terima siasatan dari pihak SPRM dan tidak menggunakan alasan “musuh saya lebih teruk” untuk cuba menjawab skandal besar ini.

Pemuda UMNO, NGO Buat Laporan SPRM Berhubung Lembah Sireh

KOTA BAHARU, 29 Okt – Pemuda UMNO Kelantan dan Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak) hari ini membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu Lembah Sireh yang mahu siasatan menyeluruh dilakukan.

Seramai 50 orang diketuai Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian membuat laporan itu di pejabat SPRM di sini hari ini pada 12 tengah hari dengan turut membawa pelbagai sepanduk berhubung isu Lembah Sireh itu.

Anuar ketika ditemui sebelum itu berkata mereka menyifatkan isu Lembah Sireh sebagai satu skandal terbesar membabitkan kerajaan Kelantan yang perlu kepada satu siasatan yang akhirnya perlu didedahkan kepada rakyat.

“Kami memohon pihak SPRM dapat menyiasat perkara ini seandainya berlaku salah guna kuasa, penyelewengan dan rasuah terancang di pihak kerajaan Kelantan kerana ini melibatkan kepentingan umum rakyat negeri ini kerana tanah tersebut telah pun dipindah milik sebelum perjanjian sebenar dilaksanakan.

“Kami memohon agar pihak SPRM dapat mengeluarkan satu kenyataan rasmi selepas menyiasat projek ini agar rakyat Kelantan dapat mengetahui kedudukan sebenar,” katanya.

Beliau juga berkata pihaknya juga meminta SPRM dapat menyiasat kenyataan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di mana kerajaan negeri hanya menerima bayaran sebanyak RM7,357,883 daripada pihak pemaju sejak projek tersebut dilaksanakan.

Isu projek Lembah Sireh melibatkan pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan itu mula menjadi persoalan selepas didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 baru-baru ini apabila pihak syarikat yang memajukan projek itu belum melaksanakan komponen projek fizikal yang dijanjikan.

Di bawah projek bernilai kira-kira RM2 bilion dan melibatkan kawasan seluas 400 hektar secara pajakan selama 99 tahun itu, kerajaan Kelantan bakal mendapat imbuhan daripada pemaju termasuk projek perumahan, taman rekreasi, pusat peranginan, hotel, kemudahan marina, taman awam dan jambatan merentangi Sungai Kelantan di Kampung Cina yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM350 juta.

Isu itu juga turut mendapat perhatian pembangkang pada Persidangan Dewan Undangan Negeri baru-baru ini dan kerajaan negeri menjelaskan ia akan berbincang dengan syarikat swasta yang melaksanakan projek berkenaan setelah pelaksanaannya tidak memuaskan sehingga ditegur dalam laporan itu.

Ahmad ketika menjawab dilaporkan berkata kerajaan negeri menyedari bahawa projek tersebut tidak menepati masa pelaksanaan dan tidak memberi pulangan sebagaimana yang dirancangkan.

-umno-online.my

Tuesday, November 29, 2011

MP Pembangkang Bacul ! Tunjuk Perasaan Keluar Dewan !


Ahli parlimen pembangkang keluar dewan hari ini bagi membantah tindakan kerajaan berkenaan rang undang-undang perhimpunan aman untuk dibincangkan di peringkat jawatankuasa terpilih.

Ahli parlimen berkenaan juga bertindak demikian bagi membantah keputusan yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya membenarkan ahli parlimen kanan pembangkang untuk berbahas.

Macam budak kecik lah MP Pembangkang ni, sikit-sikit keluar dewan... lebih baik jangan jadi ahli Parlimen kalau macam ni! Orang lain ramai lagi yang layak jadi Ahli Parlimen!

Thursday, July 28, 2011

Malaysia vs Singapura: Pembangkang Nak Buat Kacau Jam 7 Malam Di Stadium Bukit Jalil


Pembangkang dipercayai merancang satu lagi perhimpunan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Khamis.

Dilihat sengaja mahu mencetuskan suasana tegang dengan menarik perhatian orang ramai yang ketika itu bersedia untuk menonton perlawanan bola sepak pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura, perhimpunan itu bertujuan mendesak kerajaan membebaskan enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan mengikut Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969.

Gesaan supaya orang ramai menyertai himpunan menyalakan lilin di perkarangan stadium itu di dapati menerusi laman sosial twitter milik Presiden Kumpulan Prihatin Hak Pekerja Ladang (Power), S. Gobikrishnan.

"Jom candle light vigil in front of Stadium Bukit Jalil 7pm today in support of PSM EO 6, (Jom nyalakan lilin di hadapan Stadium Bukit Jalil 7 malam ini tanda sokongan terhadap enam tahanan Ordinan Darurat," katanya menerusi twitter menggunakan nama SGobikrishnan.

Ehh bangsat betul puak pembangkang ni!!! Tak habis-habis nak menyusahkan orang ramai, gila sangat nak buat kacau kat Malaysia!! Apa yang kurangnya lagi duduk di Malaysia ni? Ada yang mati tak cukup makan ke??? Kalau tak suka sangat duduk di Malaysia ni Blah laaa!!!!