Showing posts with label Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Show all posts

Wednesday, November 7, 2012

Panas: Pemuda PAS Bidas Nurul Izzah


Dewan Pemuda Pas hari ini ‘menempelak’ Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan kontroversinya mengenai isu kebebasan beragama di negara ini yang didakwa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk kepada orang Melayu.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, ungkapan ‘tiada paksaan dalam agama’ daripada ayat 256 surah al-Baqarah adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya dan ia sama sekali tidak melibatkan umat Islam.

Beliau berkata, sesuatu yang amat pelik dan tidak logik apabila mengatakan seorang yang lahir daripada ibu bapa yang beragama Islam, dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam.

“Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal Tuhannya sebagaimana bukan muslim.

"Oleh kerana ia satu anugerah agung daripada allah, adalah pelik dan tidak logik jika anugerah itu dianggap paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam. Bukankah Islam itu agama fitrah yang lahir bersama kelahiran dirinya?

"Justeru seorang muslim semenjak lahir tidak berhak menukar agamanya atau murtad. Ia adalah satu penderhakaan dan penghinaan terhadap Tuhannya, agama, ibu bapanya dan juga masyarakat. Ia telah disengaja mendatangkan kesusahan dan fitnah terhadap agama Islam dan penganutnya," katanya yang dipetik daripada akaun facebook miliknya. -Utusan

Pisstt.... Nurul Izzah sudah terdesak dan menyalahkan media.... Kalau berani saman la Nik Abduh...

Monday, December 5, 2011

Nik Aziz Umum Kekalkan Jawatan Seumur Hidup! Bertanding PRU-13


Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih tak sedar lagi bahawa kepimpinannya telah ditolak sama ada dari dalam mahupun luar parti yang memerlukan beliau berundur segera.

Bagi semua pemimpin politik, akan tiba masanya untuk berundur demi memastikan legasi pemerintahan mereka dikenang secara baik.

Namun Nik Aziz memilih untuk berpegang kepada kuasa, walaupun tidak kisah jika beliau terus dikutuk masyarakat.

 Lee Kuan Yew pun tau bersara... Nik Aziz masih gila kuasa...

Apa pun tak boleh!!!
---

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

Nik Abdul Aziz, 80, berkata tidak ada sebab untuk beliau berundur seperti desakan beberapa perwakilan semasa Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini.

“Insya-Allah saya akan bertanding lawan Umno. Saya tak kisahpun orang sebut nama saya pada perhimpunan itu,” katanya hari ini.

Beliau menjadi Menteri Besar Kelantan selepas pilihan raya umum 1990. Pada pilihan raya umum 2008, beliau mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Chempaka mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar dengan majoriti 4,249 undi.

Nik Aziz juga enggan menjawab kenyataan seorang penceramah PAS menyamakannya sebagai nabi.

Menurut Menteri Besar itu beliau tidak dapat memberi jawapan kerana tidak tahu “hujung pangkal” perkara tersebut.

Saturday, September 24, 2011

Tak Puas Hati, Nik Abduh Nik Abdul Aziz Ludah Muka Karpal Singh!



Pakatan pembangkang yang kononya disebut "Pakatan Rakyat" adalah suatu "Pakatan Rosak". Ketidaksefahaman tentang pelbagai perkara menjadikan pakatan haram ini amat merbahaya jika diberi peluang. Negeri yang mereka perintah kini menghadapi pelbagai masalah.

Pengerusi DAP, Karpal Singh mesti menghormati pendirian kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud kerana ia adalah hak masyarakat beragama Islam sebagaimana Pas menghormati sebarang tuntutan orang bukan Islam.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, suara-suara penentangan yang mahu menyekat pelaksanaan hudud termasuk oleh Karpal Singh tidak boleh diterima pakai kerana ia berlawanan dengan objektif pakatan pembangkang sendiri yang memperjuangkan hak kebebasan rakyat.

Beliau mendakwa, penduduk di negeri ini sudah bersedia untuk melihat hudud dilaksanakan setelah lebih 20 tahun mereka berada di bawah kerajaan Pas.

“Pakatan pembangkang menuntut kebebasan untuk rakyat dalam semua aspek, orang bukan Islam ada haknya dan orang Islam juga ada haknya kedua-duanya kita bagi.

“Jadi, sebarang unsur dan suara yang mahu menyekat kebebasan ini kita tolak, asasnya begitu, tidak kira penentangan itu daripada Pas sendiri atau DAP.

“Rakyat Kelantan yang sudah memilih Pas lebih 20 tahun jelas mahukan hudud, tiada sebab rakyat pilih kita tetapi tolak hudud kerana kitalah satu-satunya parti yang memperjuangkannya sejak sekian lama,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyampaikan kuliah di hadapan pejabat Badan Perhubungan Pas negeri di sini hari ini.

Nik Abduh berkata demikian ketika diminta mengulas reaksi Karpal Singh sebelum ini yang menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud atas alasan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan Karpal Singh itu mendapat perhatian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam yang tidak kisah sekiranya DAP mahu meninggalkan pakatan pembangkang disebabkan hudud.

Nik Abduh berkata, walaupun beliau tidak menganggap Karpal Singh sebagai individu yang menyusahkan Pas, tetapi pemimpin DAP itu tidak seharusnya mendendangkan lagu serupa setiap kali isu mengenai hudud diutarakan.

“Ini benda lama, jadi bila Karpal Singh mengulang benda lama, ayah (Nik Abdul Aziz) pun beri jawapan lama iaitu kami tidak kisah sekiranya ada pihak yang mahu keluar daripada pakatan pembangkang kerana tidak bersetuju dengan hudud.

“Kita hormat Karpal Singh kerana beliau adalah pejuang yang konsisten melawan kezaliman dan dia juga kena hormat kepada kita,” katanya.

"Over my dead body"