Showing posts with label Paralimpik. Show all posts
Showing posts with label Paralimpik. Show all posts
Wednesday, September 14, 2016
#Paralimpik akan mendapat imbuhan bulanan atau pencen yang sama! Terima kasih @khairykj #Rio2016
Petang tadi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, meraikan atlet negara yang menyumbang pingat dalam temasya Olimpik baru-baru ini. Majlis berlangsung di Pusat Kecemerlangan Proton Subang Jaya. YB Menteri Khairy Jamaluddin menyerahkan kunci kereta proton kepada pemenang-pemenang Olimpik Rio 2016.
Dalam sidang akbarnya, beliau berkata bekas atlet Paralimpik negara yang pernah menyumbang pingat akan diberi imbuhan bulanan mulai Oktober ini.
"Setelah skim tersebut dikemas kini, semua atlet, sama ada bertanding dalam temasya sukan Olimpik dan Paralimpik akan mendapat imbuhan bulanan atau pencen yang sama.
"Ini yang diputuskan supaya semua atlet mendapat imbuhan sama rata," kata Khairy.
Dengan kemaskini tersebut, mana-mana atlet Paralimpik yang meraih pingat gangsa akan diberi RM2,000 sebulan, pingat perak pula akan diberi RM3,000 sebulan manakala bagi yang memenangi pingat emas pula akan mendapat RM5,000 sebulan.
Tahniah YB Menteri Khairy Jamaluddin yang telah memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada atlet paralimpik. KJ dilihat sebagai seorang pemimpin generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai "murni" dan berjiwa rakyat. Ini yang kita mahukan!
Terima kasih KJ dari seluruh rakyat Malaysia!
Sunday, September 11, 2016
Khairy kongsi cerita perjuangkan hak atlet #paralimpik negara @khairykj
Ikuti luahan seorang Menteri yang pantang menyerah kalah dalam usaha untuk memertabatkan sukan negara di mata dunia... Tahniah diucapkan kepada Ridzuan Puzi dan Ziyad yang turut catat rekod dunia. Hari ini tercatat sejarah untuk Malaysia. Negaraku berkumandang buat pertama kali di Rio2016.
Dibawah petikkan dari facebook YBM Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan https://www.facebook.com/Khairykj
Dibawah petikkan dari facebook YBM Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan https://www.facebook.com/Khairykj
Masih tak boleh move on dari kemenangan Ridzuan dan Ziyad awal pagi tadi. Tergerak hati nak ceritakan peristiwa tiga tahun lepas. Saya baru dua bulan sahaja dilantik jadi Menteri Sukan. Tiba-tiba terima berita dari Lyon, France seorang atlet negara bernama Ziyad Zolkefli telah menang di kejohanan olahraga dunia. Dunia beb!
Lepas saya terima berita tersebut saya tanya pegawai semada kementerian menyediakan insentif untuk kemenangan tersebut. Saya diberi jawapan memang ada. "Tapi YB jumlah yang diberi kurang sebab ini sukan para." Saya tanya kurang berapa. "Atlet para ni dapat 30% dari nilai ganjaran atlet biasa/normal."
Beberapa hari kemudian ada mesyuarat Lembaga Majlis Sukan Negara. Saya selaku Menteri dan juga Pengerusi MSN sendiri bangkitkan isu ganjaran untuk atlet para. Saya kata tidak adil mereka terima insentif kurang dari atlet biasa. Saya cadangkan kita tukar polisi ini. Bagi sama rata. Macam-macam hujah diberi untuk menidakkan cadangan saya. "Paralimpik ini baharu." "Acara mereka tak ramai penyertaan." "Paralimpik ini terlalu banyak kategori acara, mudah untuk menang." Nampak gaya lembaga cenderung untuk menolak cadangan saya.
Saya teringat balik pada Ziyad dan pengorbanannya. Takkan saya mengalah sedangkan beliau mengatasi segala kekurangan untuk menjadi juara dunia? Bilik mesyuarat senyap, menunggu Menteri baharu, muda dan mentah menyerah kalah di tangan para otai pentadbir sukan. Saya pinjamkan semangat Ziyad dan saya tanya satu soalan sahaja. Saya masih ingat, saya tanya dalam Bahasa Inggeris. "Do any of you around this table know what it takes to become a world champion with a disability? What it takes to overcome your disability and succeed?" Tiada seorang pun dapat menjawab. Saya sambung, "Baiklah, daripada sekarang atlet Malaysia semua, tak kira biasa ke, para ke, diberi ganjaran yang sama."
Terima kasih Ziyad kerana memberi saya semangat untuk mengubah layanan terhadap atlet para tiga tahun lepas. Hari ini Malaysia is one of the only countries in the world yang memberi insentif sama kepada atlet biasa dan atlet 'luarbiasa'.
Our para athletes' achievements and sacrifices must be honoured the same as other athletes. Not 30% of 'normal' athletes. I would not know how to feel 30% proud of them. I only feel 100% proud of our para heroes. They have shown us that yes, they are not ordinary. They are extraordinary. LUAR BIASA!
Subscribe to:
Posts (Atom)