Showing posts with label Rasis. Show all posts
Showing posts with label Rasis. Show all posts

Thursday, June 27, 2013

Politik Perkauman - DAP Mahu Tutup Pasar Ramadan!


Sikap perkauman DAP semakin terserlah hari ini apabila Ketua Publisiti parti itu, Tony Pua mencadangkan pasar Ramadan juga ditutup kerana didakwanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Katanya, jika benar alasan kerajaan negeri bahawa keputusan untuk menutup pasar malam pelancong Jonker Walk di Kota Melaka kerana mahu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang melampau, maka tindakan yang sama perlu diambil ke atas Pasar Ramadan.

"Saya rasakan kalau-kalau satu pasar malam mahupun pasar tani ataupun pasar Ramadan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas, maka semua pasar-pasar, semua pasar tani di Melaka atau mana-mana negeri perlu dibatalkan secara langsung.

"Kenapa tutup saja di Jonker Walk? Saya rasa semua tindakan yang diambil oleh kerajaan negeri ini adalah tindakan politik yang langsung tidak mengambil kira keperluan rakyat di Malaysia. Ia hanya mengambil kepentingan politik Umno," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau selain itu turut menggesa penutupan Jonker Walk itu dibatalkan dengan serta merta.

Kemelut itu timbul apabila akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Daily hari Isnin lalu melaporkan Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron sebagai berkata, mesyuarat anggota exco pada 12 Jun lalu memutuskan menutup pasar malam berkenaan demi memenuhi hasrat rakyat.

Bagaimanapun Idris telah menafikan laporan itu. Katanya, keputusan yang diambil pada mesyuarat exco itu adalah untuk membuka semula jalan raya yang ditutup kerana kerajaan negeri menerima banyak rungutan daripada pengguna berhubung kesesakan teruk di sekitar laluan masuk ke bandar raya Melaka berhampiran Jonker Walk setiap hujung minggu.

"Ada pengguna mendakwa untuk sampai ke bandar raya Melaka dari Plaza Tol Ayer Keroh memakan masa sehingga empat jam," katanya.

Perkara itu bertambah kusut apabila sebuah portal mesra pembangkang memetik ADUN Kesidang, Chin Choong Seong bahawa penutupan Jonker Walk adalah 'pembalasan' kepada pengundi Cina yang menyokong pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

-AntaraPos

Monday, October 3, 2011

Hina Johor: Guan Eng Perlu di Hukum, DAP Jangan 'Double Standard'


Mengimbas kembali dengan situasi ADUN Kota Shah Alam, M Manogaran yang telah digantung daripada parti DAP selama enam bulan kerana mencaci Bendera Malaysia. Dimana pada waktu itu Manogaran telah memohon maaf atas kenyataan beliau.

Perkara ini sama dengan kes Lim Guan Eng, malahan kes Guan Eng lebih berat lagi, kerana beliau menghina sebuah negeri di negaranya sendiri.

Amat memalukan apabila seorang Ketua Menteri yang langsung tiada ketaatan kepada negara sendiri! Seharusnya beliau menjadi contoh dan tauladan yang baik kepada rakyat jelata.

Terasa janggal pula apabila jawatankuasa disiplin DAP enggan mengambil tindakan terhadap Guan Eng, diatas kenyataan kontroversi menghina Johor semasa berucap pada majlis makan tengah hari yang dianjurkan oleh Persatuan wartawan asing Singapura baru-baru ini?

Adakah kerana beliau seorang berbagsa Cina, beliau bebas dari hukum parti? Manakala Manogaran seorang berbangsa India beliau digantung dalam parti...

Bukankah ini dikatakan rasis, perkauman dalam parti? DAP dilihat sebagai sebuah parti berasaskan kaum yang menegakkan hanya kepentingan Cina!

Seharusnya tiada istilah perkauman dan pilih kasih dalam parti DAP, jika parti tersebut benar-benar memperjuangkan hak rakyat!

Guan Eng seharusnya mengambil tanggungjawab penuh berhubung kenyataan beliau dan patut digantung dalam parti tersebut.

Manakala, Jawatankuasa disiplin DAP tidak perlu "double standard" dalam dalam membuat keputusan atau mengambil tindakan terhadap individu dalam parti.

Sepatutnya pemimpin-pemimpin parti yang lebih atas, termasuk Guan Eng, akan dikenakan tindakan disiplin jika beliau didapati bersalah mana-mana salah laku.