Showing posts with label Saifuddin Nasution. Show all posts
Showing posts with label Saifuddin Nasution. Show all posts

Monday, May 7, 2012

Umno Mahu Saifuddin Nasution Minta Maaf


SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana mendakwa beliau ahli Umno dan tidak layak memegang jawatan itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, dakwaan yang dibuat tanpa kajian itu secara tidak langsung menjejaskan kredibiliti Wan Ahmad sebagai pegawai SPR.

Menurutnya, pendedahan yang dibuat Sinar Harian semalam jelas menunjukkan (Datuk) Wan Ahmad bukanlah ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas seperti yang didakwa pembangkang dan itu adalah dakwaan palsu.

“Dia (Saifuddin) kena minta maaf atas tuduhan tidak berasas ini.Ini adalah kerja-kerja mereka sepanjang menjadi pembangkang yang sentiasa mengeluarkan tuduhan melulu tanpa selidik perkara sebenarnya.

“Mereka ini cuba memperdayakan rakyat dengan pelbagai tuduhan dan ada juga di antara masyarakat yang mempercayainya walhal ia sebenarnya tidak benar,” katanya semalam.

Terdahulu beliau merasmikan Pelancaran Kawasan Industri Majlis Amanah Rakyat (Mara) (Kimfest) 2012 dan Halal Park di Pengkalan Chepa di sini.

Seperti yang didedahkan Saifuddin dalam Sinar Harian 26 April lalu, mendakwa nama Wan Ahmad Wan Omar kad pengenalan bernombor 490101-03-5179 dan kad pengenalan lama 2756290 adalah disebut dimiliki oleh Datuk Wan Ahmad.

Saifuddin mengaitkan nombor kad pengenalan Wan Ahmad seorang peniaga kedai makan itu adalah milik Datuk Wan Ahmad sebagai ahli Umno sehingga turut mencabarnya bersama Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof membuat penafian sebelum pendedahan dibuat.

Saifuddin juga turut mendesak Abdul Aziz dan Datuk Wan Ahmad melepaskan keahlian mereka bagi membuktikan SPR bebas dan berkecuali.

Perkara ini seakan-akan terjawab setelah Sinar Harian mendedahkan seorang lelaki mengaku nama dan nombor kad pengenalan itu sebenarnya adalah miliknya tetapi bukan merujuk kepunyaan Datuk Wan Ahmad.

Dalam masa sama Wan Ahmad juga bersimpati terhadap Datuk Wan Ahmad dan Umno perlu menjawab perkara itu untuk menjaga imej SPR sebagai badan pengurus pilihan raya yang bebas dan berkecuali.

Saifuddin Nasution Berjaya Memperbodohkan Diri Sendiri Dengan Cemerlangnya


Ketua Umno cawangan Kubang Bunggor, Mohd Nor Halim mengakui terkejut apabila cawangan diketuainya itu dikaitkan sebagai cawangan parti yang turut dianggotai Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

“Saya kenal semua ahli Umno cawangan saya dan setahu saya, tak pernah pun Datuk Wan Ahmad, Timbalan Pengerusi SPR daftar jadi ahli di cawangan ini,” katanya.


“Jadi apabila Datuk Saifuddin Nasution (Setiausaha Agung PKR) sebut nama Datuk Wan Ahmad sebagai ahli Umno cawangan ini, saya tahu dia sudah tersilap, tertukar dengan Tok Wan Mat (Wan Ahmad, peniaga kedai makan),” katanya sambil tertawa.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Mukim Tasek Raja, Rustam Ab Rahman pula menyifatkan tindakan mengaitkan nama Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebagai ahli Umno semata-mata cubaan menjatuhkan kredibiliti SPR dan juga pentadbir itu sebagai pegawai kanan suruhanjaya.

“Jika Timbalan Pengerusi SPR atau Umno tidak ambil tindakan menjawab dakwaan ini, orang ramai akan percaya sekali gus memburukkan imej SPR sebagai badan pengurus pilihan raya yang bebas dan berkecuali,” katanya.

Menurut Wan Ahmad, dia perlu menjelaskan hal sebenar setelah nombor kad pengenalannya 490101-03-5179 disebut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai milik Timbalan Pengerusi SPR.

Saifuddin mengaitkan nombor kad pengenalan lelaki itu sebagai dakwaan bahawa Datuk Wan Ahmad ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas.

“Sebenarnya, ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor adalah saya, dan nombor kad pengenalan itu milik saya,” kata Wan Ahmad, peniaga kedai makan tersebut.


Wan Ahmad berkata, meskipun kenyataan Saifuddin tidaklah menjejaskan dirinya, namun dia berasa simpati kepada Datuk Wan Ahmad yang dituduh ahli Umno hanya sebab nama sama dengannya.

“Apa lagi sehingga dia (Datuk Wan Ahmad) digesa letak jawatan,” katanya.

Sinar Harian, 26 April lalu menyiarkan kenyataan Saifuddin mendakwa Datuk Wan Ahmad dan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebagai ahli Umno lalu mencabar kedua-duanya membuat penafian sebelum beliau mendedahkan lebih terperinci maklumat keahlian mereka.

Saifuddin turut desak Abdul Aziz dan Datuk Wan Ahmad lepaskan keahlian mereka bagi membuktikan SPR bebas dan berkecuali.

Saifuddin turut sertakan maklumat bahawa Wan Ahmad bin Wan Omar, kad pengenalan bernombor 490101-03- 5179 dan kad pengenalan lama 2756290 adalah ahli Umno bernombor 2374564 di cawangan Kubang Bunggor, Bahagian Pasir Mas, Kelantan.

Apabila ditunjukkan kepadanya maklumat itu, Wan Ahmad berkata: “Ia berkaitan dengan diri saya, bukan Timbalan Pengerusi SPR.”

Datuk Wan Ahmad dalam satu kenyataan yang disiarkan, 3 Mei lalu nafi beliau ahli Umno sekali gus menuntut Saifuddin mohon maaf secara terbuka.

Saifuddin dalam susulan sehari kemudian, pertahan dakwaan itu dengan akui sudah kemukakan ‘bukti’.

“Saya tak peduli dengan penafian dibuat. Saya telah kemukakan bukti. Jika bukti saya salah, kemukakan yang benar. Itu persoalan utama,” katanya

Wednesday, November 16, 2011

[video] Isu National Feedlot Corporation - KJ Bidas Saifuddin Nasution


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin membidas Saifuddin Nasutin dalam isu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC). Khairy berkata, Saifuddin cuba berniat jahat (mala fide) dan cuba menipu rakyat berhubung isu NFC kerana ada beberapa fakta yang bercanggah, tidak tepat bersandarkan diatas pembohongan dan andaian yang salah.