Showing posts with label Sajat. Show all posts
Showing posts with label Sajat. Show all posts

Friday, October 22, 2021

Tiada sebut cabul dalam laporan polis Sajat - Ketua Polis Selangor

 


Polis menafikan laporan mengenai serangan seksual dalam laporan polis yang dibuat Nur Sajat atau nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada bulan Januari lalu.


Ketua Polis Selangor, Arjunaidi Mohamed, berkata pihak polis hanya menerima laporan bahawa Sajat diserang oleh pegawai Jais ketika siasatan dijalankan.

Thursday, October 21, 2021

Terdesak Sajat dakwa dicabul penguat kuasa agama di Malaysia


 

Sudah terdesak Usahawan kosmetik buruan Malaysia mendakwa dia dikasari dan dicabul oleh penguat kuasa agama semasa berada di negara ini.

Menurut Sajat atau nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, mendakwa, perkara itu berlaku di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Januari selepas diminta memberi keterangan terhadap aduan diterima mereka.

Monday, October 18, 2021

Nur Sajat Kini Menetap Di Australia, ‘Cerai Talak 3’ Dengan Malaysia


Sekian lama menyembunyikan diri sejak hangat diperkatakan mengenai penahanannya di Bangkok, Thailand bulan lalu, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman muncul di IG Live tengah hari tadi.


Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat memberitahu dia kini menetap di Australia dan memberi bayangan untuk tidak kembali semula ke negara ini.