Thursday, October 21, 2021

Terdesak Sajat dakwa dicabul penguat kuasa agama di Malaysia


 

Sudah terdesak Usahawan kosmetik buruan Malaysia mendakwa dia dikasari dan dicabul oleh penguat kuasa agama semasa berada di negara ini.

Menurut Sajat atau nama sebenar Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, mendakwa, perkara itu berlaku di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Januari selepas diminta memberi keterangan terhadap aduan diterima mereka.


Sajat mendakwa sekurang-kurangnya tiga lelaki menendang, menekannya dan meraba buah dadanya.


Dia berkata demikian, bagi meraih simpati golongan trangender dalam wawancara bersama New York Times yang disiarkan semalam.


Sajat yang juga pemegang kad pelarian Pelarian (UNHCR) atas dasar kebebasan transgender, berkongsikan kisahnya yang diburu pihak berkuasa kerana tindakannya bertudung dan berpakaian wanita.


Sajat turut mendakwa kejadian cabul tersebut disaksikan ibunya sendiri, yang menegur dan mempertikaikan perbuatan berkenaan yang dilakukan oleh individu yang mempunyai ilmu agama.


Menurut Sajat, kejadian berlaku Januari lalu apabila dia dipanggil oleh Jais yang menerima aduan awam mengenai dirinya.


Sajat mendakwa pegawai terbabit mengatakan dirinya adalah seorang lelaki dan tiada masalah melakukan perbuatan itu.


"Mereka fikir wajar menyentuh bahagian peribadi dan payudara saya kerana mereka menganggap saya lelaki.


"Mereka tidak memperlakukan saya dengan belas kasihan atau kemanusiaan," kata Sajat.


Dalam pada itu, seorang pegawai Jais berkata tiada sebarang kenyataan dikeluarkan berhubung perkara itu tetapi mereka terbuka untuk sebarang siasatan.


Difahamkan, Sajat membuat dakwaan tersebut pada bulan Februari, yang mendorong Jais juga membuat laporan polis.


"Jais terbuka untuk siasatan dan menyerahkan kes itu kepada polis untuk disiasat," kata seorang pegawai jabatan agama Islam itu kepada media.


Sajat melarikan diri ke Thailand selepas Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap selepas dia gagal hadir pada sebutan semula kesnya pada 23 Feb lalu.


Dia dikehendaki pihak berkuasa kerana menghalang penjawat awam serta menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan tugas mereka.


Pada 9 September lalu dia ditahan atas kesalahan memasuki Thailand secara tidak sah. Sajat kemudian didakwa di mahkamah namun dibebaskan pada 10 September lalu dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan.


Sementara itu, Sajat memberitahu New York Times bahawa dia menjadi sasaran kerajaan dan penghijrahannya ke Australian adalah suatu yang sukar kerana terpaksa meninggalkan keluarga dan perniagaan.


"Saya selalu jadi kambing hitam untuk alihkan perhatian dari masalah yang lebih besar dan kes saya jadi sensasi kerana media sosial saya.


"Apabila saya mendapat perlindungan di Australia, saya merasa dilindungi untuk menjadi diri saya yang sebenarnya, dan untuk bebas.


"Saya merasa terperangkap di negara saya sendiri, di mana saya dilahirkan, kerana undang-undang di sana yang menjenayahkan saya dan menganggap saya seorang lelaki," katanya.


Tambah Sajat lagi, dia tidak akan kembali ke Malaysia selagi undang-undang dalam negara tidak dapat melindungi golongan trangender.


"Saya terperangkap dan terasing di Malaysia kerana sistem Syariah.


" Kehadiran saya, kewujudan saya, sedang dipersoalkan. Tetapi saya sangat tegas dalam identiti saya sebagai seorang wanita. Inilah saya, "katanya.



No comments: