Showing posts with label Zambry. Show all posts
Showing posts with label Zambry. Show all posts
Monday, March 18, 2013
BN Perak Bersedia Sumbang Kejayaan Besar BN Pada PRU 13
Barisan Nasional (BN) Perak sudah bersedia sepenuhnya, malah semangat jentera sudah berada di tahap yang terbaik untuk menyumbang kejayaan BN bagi membentuk sebuah kerajaan yang kuat, demikian tegas Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
“Kita akan pastikan dengan segala perancangan, dengan segala usaha yang dibuat dan juga dengan semangat yang ditunjukkan oleh ahli-ahli parti dan jentera, BN Perak akan menyumbang kemenangan lebih besar di peringkat Parlimen selain akan mempertahankan DUN Perak pada PRU13 ini”, katanya kepada UMNO-Online.
Jelas beliau lagi BN Perak juga telah mengadakan simulasi pilihanraya untuk memastikan setiap jentera yang telah dibentuk dapat digerakkan dengan effisien dan padu.
“Pilihanraya umum 2008 telah banyak memberikan pengajaran besar kepada kita, iaitu kita belajar dari kelemahan dan kekurangan kita, dari situ kita melangkah ke hadapan untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada sekaligus mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada kita.
“Dalam masa yang sama, saya lihat dari segi perbezaan selama 11 bulan pihak pakatan memerintah Perak, rakyat dapat menilai dan membuat perbandingan pemerintahan 11 bulan pakatan pembangkang dengan pemerintahan di zaman BN memerintah”, ujarnya.
Apa yang pasti tambah beliau lagi rakyat dapat melihat pertentangan dalaman yang dihadapi oleh pakatan pembangkang kerana perebutan kuasa, yang mana masing-masing ingin mendapatkan kuasa yang lebih yang akhirnya menumbangkan kerajaan mereka selama 11 bulan itu.
Beliau yang juga Menteri Besar Perak seterusnya berkata kali ini BN sudah bersedia sepenuhnya termasuk belajar dalam soal meletakkan calon-calon yang tidak disukai rakyat seumpamanya, dan juga dalam soal memandang remeh dan mudah di kawasan-kawasan yang kononnya kubu kuat BN.
“Kali ini kita tidak lagi memandang mudah sebaliknya membuat persiapan rapi termasuk dalam kawasan-kawasan yang dilihat sebagai kubu kuat BN”, katanya.
Mengenai janji dan manifesto pakatan pembangkang yang sekali lagi membuat tawaran bulan dan bintang kepada rakyat, beliau yang juga ADUN Pangkor percaya rakyat terutama pengundi tidak akan sekali lagi mudah terpedaya.
“…..ini merupakan satu perkara yang agak janggal bagi kita apabila mereka (pakatan pembangkang) bercakap soal manifesto dan janji, seolah-olah ada dua perkara yang berbeza, kita tidak tahu adakah manifesto itu hanya pernyataan-pernyataan yang tidak akan dilaksanakan, kalau macam tu semua orang boleh buat manifesto, dengan sekadar buat manifesto sebagai satu bentuk gula-gula yang tidak semestinya dipenuhi.
“Sementara dalam konteks BN, apa yang kita perkatakan mengenai manifesto, itulah antara komitmen dan janji yang akan laksanakan, yang akan kita penuhi kepada rakyat sebagai janji dari kerajaan BN. Kita agak pelik juga menifesto yang sama, sebagaimana yang mereka janjikan pada tahun 2008 yang kebanyakannya tidak mereka penuhi, tetapi hari ini mereka mengulang perkara yang sama,” ujarnya .
Friday, April 6, 2012
Zambry Minta Nizar Hentikan Hipokrasi
Anggota Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Pasir Panjang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas diingatkan supaya menghentikan perbuatan hiprokrasi, kepura-puraan dan pendustaan berhubung projek pelaburan bijih besi oleh Vale International.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tindakan itu boleh memberi kesan buruk terhadap pelaburan, pertumbuhan negeri dan pembangunan rakyat.
"Jika kita berusaha untuk menegakkan benang yang basah ia tidak ke mana. Lagi kita cuba 'bersilat' lagi menampakkan kelemahan sebagai pemimpin," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mohammad Nizar hari ini yang mendakwa surat bertarikh 17 Dis 2008 yang ditandatanganinya ketika menjadi menteri besar Perak bukan menandakan persetujuannya terhadap pelaksanaan projek berkenaan di Teluk Rubiah, sebaliknya bagi tujuan "public relations" (menjalin perhubungan awam) dengan pelabur.
Zambry menyifatkan alasan yang diberikan itu sebagai tidak munasabah kerana Mohammad Nizar pada ketika itu merupakan seorang menteri besar dan kandungan surat tersebut merupakan satu perkara yang serius.
"Ia satu alasan yang tidak munasabah. Beliau adalah seorang bekas menteri besar, beliau perlu tahu bahawa setiap surat yang ditulis oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah negeri adalah bukan surat 'pen pall' atau kawan biasa yang suka-suka tulis. Surat itu adalah surat berjadual dan berjilid...ini bukan surat bagi tujuan 'marketing' atau 'public relations'," katanya.
Semalam, semasa persidangan dewan, Mohammad Nizar mengakui menandatangani surat bertarikh 17 Disember 2008 itu berhubung sokongan terhadap projek pusat pengagihan bijih besi oleh Vale International dan mengakui kesahihan kandungan surat berkenaan.
Surat berkenaan telah dikelaskan semula oleh kerajaan negeri berikutan dakwaan pembangkang kononnya mereka tidak terlibat dan tidak menyokong pelaksanaan projek itu di Teluk Rubiah.
Zambry berkata kandungan surat itu yang menyebut bahawa kerajaan negeri akan memproses pemindahan tanah berkenaan dan mengubah statusnya menjadi tanah perindustrian selepas permohonan diterima oleh Jabatan Tanah dan Galian, jelas menunjukkan sokongan Muhammad Nizar terhadap projek itu.
Zambry berkata kerajaan negeri tidak akan mendedahkan semua dokumen dan surat berkaitan projek berkenaan seperti yang diminta oleh pakatan pembangkang kerana ia bukan amalan pentadbiran yang baik.
Mengenai desas desus kononnya Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham, dan Adun Pantai Remis, Nga Kor Ming, kedua-duanya daripada DAP, ada berjumpa beliau untuk meminta maaf dan mengatakan mereka tidak mengetahui tentang kewujudan surat bertarikh 17 Disember 2008 itu, Zambry hanya tersenyum dan enggan mengulas lanjut.
Terdahulu, pada sidang media berasingan, Mohammad Nizar meminta kerajaan negeri mendedahkan semua dokumen berkaitan projek berkenaan. Pada Sabtu lepas, Mohammad Nizar, Ngeh dan Adun Tronoh, V. Sivakumar, menyertai 100 anggota Jaringan Aktivis Alam Sekitar Perak mengadakan bantahan terhadap operasi syarikat bijih besi Vale SA di Teluk Rubiah yang didakwa akan
memusnahkan alam sekitar di kawasan itu. - Bernama
Thursday, April 5, 2012
Nizar Vale
Northxpose : There have been numerous instances of the Pakatan Rakyat hypocrisy since its very formation – from Anwar’s daily chameleon act to accusations of fiscal mismanagement when the opposition’s Buku Jingga is itself a path to bankruptcy.
But nothing can be more humiliating than to be caught lying red handed, in a forum where lying is far too expensive an option – the assembly of elected representatives.
Such was what occurred in the Perak DUN assembly, when Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir skillfully exposed his nemesis Datuk Nizar Jamaludin for the lying hypocrite that he is.
The Vale fiasco where Nizar had been at the forefront of protests against the iron ore distribution centre created and run by the Brazilian giant fully unravelled when Zambry read out a support letter Nizar had penned and signed as Menteri Besar, in which he more than welcomed Vale’s foray into Perak.
All this talk about environmentalism is mere political convenience so that Pakatan can oppose BN for the sake of opposing. A responsible opposition is clearly absent in Perak, as it is at the Federal level
As for Nizar, this episode at the Dewan may prove more damaging than the personal embarrassment he no doubt faces. It may yet prove to be a definitive blow to his chances of wrestling back the Perak state government from Zambry. Many Perakians might yet give another chance to someone who talks a good talk with or without the facts to back him up, but few would forgive a blatant opportunistic liar whose maneuvering and scheming are exposed by those very facts.
Tuesday, January 17, 2012
Bakar Poster Menteri Besar Perak, Perbuatan Khianat Yang Semakin Terdesak...
Papan iklan yang memaparkan sentuhan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang didirikan di Masjid Tinggi, Bagan Serai dicemburui oleh pihak tertentu sehingga ada yang bertindak membakar poster tersebut.
Poster tersebut dipasang sempena lawatan Perdana Menteri ke Daerah Kerian, dua hari lalu.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung poster wajahnya, dibakar pihak tidak bertanggungjawab pagi semalam.
Beliau berkata tindakan pihak tersebut kemungkinan disebabkan kemarahan mereka terhadap perjuangannya untuk membela serta memperjuangkan nasib rakyat supaya sayang dan kasih kepada Barisan Nasional (BN).
"Mungkin pihak itu geram tengok poster yang tertera gambar saya bersama orang tua dan di situ ada tulisan "Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir". Bagaimanapun saya tidak menuduh sesiapa sebab kita tak tahu siapa yang buat.
"Saya serahkan kepada polis untuk siasatan...dia (pihak) yang buat macam itu, orang ramai dapat menilai sikap dan cara kita, jadi orang tahu siapa sebenarnya yang buat perangai macam ini. Saya serah kepada polis untuk siasat," katanya.
Sementara itu, ketika bertemu Ketua Pemuda Umno Bagan Serai Sharudin Ahmad pada majlis itu, beliau berkata laporan polis berhubung perkara itu akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Kerian kira-kira pukul 3 petang semalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)