Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

Sunday, March 31, 2013

#Vote4BN - Rakyat Perlu Bijak Nilai Anwar Yang Ditolak Rakan, Pemimpin Kanan PKR


Rakyat perlu bijak menilai kredibiliti Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah ditolak rakan dalam pakatan pembangkang dan pemimpin kanan PKR yang bertindak keluar parti, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Beliau mendakwa ramai pemimpin kanan parti pembangkang itu bertindak keluar parti setelah menyedari sesuatu yang tidak betul dengan diri ketua pembangkang itu.

“Parti pembangkang kini kelam kabut, dulu sepakat lantik Anwar tetapi beliau kini ditolak kerana masalah moral sedangkan untuk menjadi Perdana Menteri kena ada integriti dan mempunyai visi.

“Personaliti Anwar sangat berbeza dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang ternyata terbukti kewibawaan beliau walaupun baru empat tahun menjadi perdana menteri,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Himpunan Gelombang Biru dan Pelancaran Sukarelawan Barisan Nasional (BN) Temerloh.

Antara pemimpin PKR yang keluar parti ialah bekas Timbalan Presiden Dr Chandra Muzaffar, bekas Ketua Penerangan Ruslan Kassim, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Mohamad Ezam Mohd Noor dan bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Datuk S. Nallakaruppan.

Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka berkata pembangkang juga tidak mempunyai keupayaan untuk memerintah negara ini kerana mereka tidak mempunyai kesepakatan dan sikap toleransi seperti parti komponen dalam Barisan Nasional (BN).

“Setiap pemimpin parti pembangkang berjuang untuk kepentingan parti masing-masing untuk berkuasa dan mereka sentiasa mencurigai antara satu sama lain.

“Sebab itu mereka sehingga hari ini tidak mempunyai ketetapan untuk memilih bakal perdana menteri jika mereka memenangi pilihan raya umum ke-13,” katanya.

Katanya, rakyat perlu bijak dan tidak tersalah mengundi pada pilihan raya umum nanti.

“Setakat ini hanya Barisan Nasional yang mampu membawa pembangunan dan kemajuan demi kesejahteraan rakyat keseluruhannya,” katanya.

Wednesday, March 27, 2013

PRU13: BN Pulau Pinang letak 40% Muka Baru


Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang akan menampilkan 40 peratus calon muka-muka baru pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow.

Bagaimanapun, beliau berkata, senarai calon BN bagi 13 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dun di negeri itu belum dimuktamadkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Pengerusi BN.

"Sebahagian besar daripada calon telah diteliti dan kami yakin mereka mampu memberi saingan hebat kepada calon pakatan pembangkang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Koperasi Penjaja 1Malaysia di sini hari ini.

Chang Yeow yang juga Setiausaha Agung parti Gerakan, meminta semua parti komponen BN negeri menghormati keputusan pemilihan oleh pucuk pimpinan BN pusat serta memberi sokongan penuh kepada calon.

Beliau turut mengingatkan anggota parti komponen BN memanfaatkan segala ruang dan peluang dengan sebaik-baiknya di samping melipat gandakan usaha dalam memantapkan jentera pilihan raya pada peringkat akar umbi.

Pada PRU 2008, pakatan pembangkang memenangi 29 kerusi Dun iaitu 19 oleh parti DAP, sembilan oleh PKR dan satu oleh Pas manakala BN memperoleh 11 kerusi menerusi calon Umno.

Bagi 13 kerusi Parlimen, pakatan pembangkang menguasai 11 manakala dua oleh BN.

Sementara itu pada majlis berkenaan, Penasihat Koperasi Penjaja 1Malaysia Tan Sri Tan Khoon Hai berkata, penubuhan koperasi itu bertujuan membantu peniaga kecil daripada pelbagai kaum mengembangkan perniagaan mereka.

Katanya, kerajaan persekutuan telah memperuntukkan geran pelancaran berjumlah RM3 juta sebagai permulaan modal untuk koperasi itu merangka pelbagai program yang bakal memberi manfaat kepada lebih 12,000 peniaga berdaftar di negeri ini.

Beliau berkata, peniaga kecil tanpa mengira kaum boleh menikmati kemudahan bantuan itu dengan mendapatkan borang pendaftaran di pejabat Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang di Jalan Masjid Kapitan Keling di sini pada waktu pejabat. - Bernama

Monday, March 18, 2013

BN Perak Bersedia Sumbang Kejayaan Besar BN Pada PRU 13


Barisan Nasional (BN) Perak sudah bersedia sepenuhnya, malah semangat jentera sudah berada di tahap yang terbaik untuk menyumbang kejayaan BN bagi membentuk sebuah kerajaan yang kuat, demikian tegas Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

“Kita akan pastikan dengan segala perancangan, dengan segala usaha yang dibuat dan juga dengan semangat yang ditunjukkan oleh ahli-ahli parti dan jentera, BN Perak akan menyumbang kemenangan lebih besar di peringkat Parlimen selain akan mempertahankan DUN Perak pada PRU13 ini”, katanya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau lagi BN Perak juga telah mengadakan simulasi pilihanraya untuk memastikan setiap jentera yang telah dibentuk dapat digerakkan dengan effisien dan padu.

“Pilihanraya umum 2008 telah banyak memberikan pengajaran besar kepada kita, iaitu kita belajar dari kelemahan dan kekurangan kita, dari situ kita melangkah ke hadapan untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada sekaligus mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada kita.

“Dalam masa yang sama, saya lihat dari segi perbezaan selama 11 bulan pihak pakatan memerintah Perak, rakyat dapat menilai dan membuat perbandingan pemerintahan 11 bulan pakatan pembangkang dengan pemerintahan di zaman BN memerintah”, ujarnya.

Apa yang pasti tambah beliau lagi rakyat dapat melihat pertentangan dalaman yang dihadapi oleh pakatan pembangkang kerana perebutan kuasa, yang mana masing-masing ingin mendapatkan kuasa yang lebih yang akhirnya menumbangkan kerajaan mereka selama 11 bulan itu.

Beliau yang juga Menteri Besar Perak seterusnya berkata kali ini BN sudah bersedia sepenuhnya termasuk belajar dalam soal meletakkan calon-calon yang tidak disukai rakyat seumpamanya, dan juga dalam soal memandang remeh dan mudah di kawasan-kawasan yang kononnya kubu kuat BN.

“Kali ini kita tidak lagi memandang mudah sebaliknya membuat persiapan rapi termasuk dalam kawasan-kawasan yang dilihat sebagai kubu kuat BN”, katanya.

Mengenai janji dan manifesto pakatan pembangkang yang sekali lagi membuat tawaran bulan dan bintang kepada rakyat, beliau yang juga ADUN Pangkor percaya rakyat terutama pengundi tidak akan sekali lagi mudah terpedaya.

“…..ini merupakan satu perkara yang agak janggal bagi kita apabila mereka (pakatan pembangkang) bercakap soal manifesto dan janji, seolah-olah ada dua perkara yang berbeza, kita tidak tahu adakah manifesto itu hanya pernyataan-pernyataan yang tidak akan dilaksanakan, kalau macam tu semua orang boleh buat manifesto, dengan sekadar buat manifesto sebagai satu bentuk gula-gula yang tidak semestinya dipenuhi.

“Sementara dalam konteks BN, apa yang kita perkatakan mengenai manifesto, itulah antara komitmen dan janji yang akan laksanakan, yang akan kita penuhi kepada rakyat sebagai janji dari kerajaan BN. Kita agak pelik juga menifesto yang sama, sebagaimana yang mereka janjikan pada tahun 2008 yang kebanyakannya tidak mereka penuhi, tetapi hari ini mereka mengulang perkara yang sama,” ujarnya .

Tuesday, February 26, 2013

Video Bila Pilihanraya Pemanas Bahang PRU 13

Mungkin korang dah tak sabar menunggu bila Pilihanraya... so layan video ini dulu...

This dark comedy was created by a bunch of Malaysians to laugh at a bunch of Malaysians. It touches on many topics from day to day situations to even politics. If you feel this video was intended for you, jangan terasa beb!

Jangan termakan dengan janji Pakatan Rakyat dalam manifesto mereka. Sedangkan janji 2008 masih lagi terkubur manifesto bukan janji.

bila tiba masanya kita undi... Undilah BN untuk kesejahteraan Rakyat :)



Video URL: http://www.youtube.com/watch?v=VpPvJbjWjMU&feature=share&list=PLOljn6QTAOGMjz3Pb168kuY4w59cJgw_Q

Sunday, February 24, 2013

BR1M : Rakyat Bukan Binatang, Bukan Bodoh


Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kepimpinan pakatan pembangkang dilihat semakin memusuhi rakyat setelah melihat sokongan yang diberikan terhadap proses transformasi ekonomi oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) mendapat sambutan.

Tanpa segan silu pemimpin-pemimpin pembangkang melabel rakyat sebagai "binatang" dan "bodoh" apabila gagal bersaing dengan kerajaan BN memenuhi keperluan rakyat.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada satu majlis sambutan Tahun Baru Cina di Kedah semalam menyifatkan penerima BR1M sebagai bodoh.

Katanya bantuan tunai oleh kerajaan itu tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada rakyat namun hanya gula-gula pilihan raya.

"Bantuan tunai itu adalah idea yang bodoh dan rakyat yang menerimanya sama bodoh," katanya.

Dua hari lalu, ulama terulung PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap penerima BR1M sebagai "lembu dan ayam".

Ketika kerajaan mula mengumumkan bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun 2011, sambutan yang diterima amat menggalakkan sehingga kerajaan terpaksa menambah jumlah borang permohonan di sesetengah kawasan.

Contohnya di Parlimen Kubang Kerian, yang disandang oleh wakil rakyat PAS Salahuddin Ayub, 8,000 borang BR1M tambahan terpaksa dicetak untuk diagihkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Mentuan, Binjai.

Setakat ini lebih daripada lima juta rakyat yang layak mendapat manfaat bantuan tunai melalui BR1M 2.0 yang diumumkan kerajaan selepas pembentangan belanjawan 2013, dengan jumlah RM250 seorang.

Golongan yang mendapat manfaat termasuk ahli PAS-PKR-DAP yang tanpa segan silu mengecam usaha kerajaan membantu rakyat tanpa mengambilkira fahaman politik.

Perbuatan ini disifatkan sebagai tidak mengenang budi umpama 'Si Tanggang Moden'.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pemberian BR1M sebagai usaha kerajaan mentransformasikan ekonomi negara selain daripada subsidi terhadap petrol, barang keperluan harian dan makanan yang ditanggung kerajaan.

Pemimpin pembangkang berterusan menghasut rakyat untuk menolak kerajaan BN yang terbukti mampu melakukan perubahan melonjakkan ekonomi negara, namun jika dilihat di kawasan-kawasan yang dikuasai pembangkang, rakyat hidup serba kekurangan.

Justeru Najib menasihati kepimpinan pembangkang supaya berhenti memperkecilkan penerima-penerima bantuan kerajaan kerana golongan ini lebih menghargai sumbangan tersebut berbanding terus hidup menagih janji-janji pembangkang.

-AntaraPos

Saturday, February 23, 2013

Najib Belasah Nik Aziz - Usah Hina Rakyat Jika Tidak Membantu


Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan rakyat perlu sedar dan menolak parti pembangkang yang jelas menghina rakyat yang menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri berkata apa yang sedang dan telah dilakukan kerajaan adalah satu tanggungjawab dan amanah bagi membela nasib rakyat.

"Kalau (pembangkang) tak buat (membantu rakyat), tak apa, (tapi) jangan hina rakyat, ini nak kata rakyat dapat BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) macam ayam makan dedak, kalau tak tolong, tak apa, tak bela, tak apa, tapi jangan hina rakyat," katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu di sini, hari ini yang dihadiri lebih 20,000 rakyat pelbagai lapisan dan kaum. Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Perdana Menteri berkata sebagai sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab, kerajaan BN sedar bahawa pembelaan perlu diberikan kepada rakyat selaras dengan keperluan mereka.

"Menerusi BR1M sebanyak RM500 (setiap isirumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10kg, minyak masak 5kg dan lain-lain.

"Maknanya nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan," katanya.

Katanya kerajaan bukan sahaja memberikan BR1M yang telah memberi manfaat kepada 4.3 juta termasuk golongan muda, malahan bantuan awal persekolahan RM100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah, baucar buku RM250 untuk setiap
penuntut institusi pengajian tinggi dan pelbagai lagi jenis bantuan, tidak termasuk subsidi minyak, beras dan sebagainya.

Beliau berkata kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program selaras dengan slogan Janji Ditepati bagi membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat.

Najib berkata berdasarkan maklumat balas yang diterimanya, rakyat mendambakan masa depan yang cerah di bawah kepimpinan kerajaan BN.

"Kesimpulannya (kini), satu undi kepada PKR, adalah satu undi yang membawa kerosakan akidah kepada negara.

"Satu undi Pas, membawa kepada perpecahan umat Islam dan satu undi DAP adalah satu undi yang membawa kepada penindasan umat Islam," katanya.

Perdana menteri berkata, sebaliknya satu undi untuk BN adalah bagi mempertahankan umat Islam, keselamatan akidah Islam, perpaduan umat Islam, pembelaan bangsa Malaysia dan untuk mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

"Kerajaan yang ada hari ini mampu nak terus meningkatkan syiar Islam, bangunkan Islam. Bangunkan Islam ini tak boleh bercakap sahaja, tak boleh sekadar bersyarah sahaja tapi mesti mampu buat sesuatu, ambil tindakan, mampu lancar dan laksanakan seperti BN, " katanya.

Sebaliknya, Najib berkata, Pas yang kononnya memperjuangkan Islam, sanggup berlutut kepada DAP yang jelas memperlekehkan Islam.

"Kenapa (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pergi rumah dia (Pengerusi DAP Karpal Singh semasa sambutan hari jadi), mana letak prinsip, pergi ke rumah orang yang paling tidak bersetuju (menentang Islam)," katanya. - Bernama

Friday, February 22, 2013

PAS Kedah Bergolak Tanda Kejatuhan Rejim PAS


Keadaan rumahtangga Pas bertambah gawat di Kedah apabila perbalahan beberapa anggota exco negeri itu dengan Menteri Besar tidak lagi mampu dibendung.

Usaha untuk menjatuhkan Azizan Abdul Razak yang dahulunya nampak sudah reda sedikit setelah campurtangan Pas Pusat kembali mengeruhkan landskap politik di Negeri Jelapang Padi itu.

Laporan media menyatakan 11 daripada 15 pas kawasan di Kedah telah memberi kata dua kepada Menteri Besar supaya meletak jawatan dan melepaskan kedudukannya sebagai pesuruhjaya negeri bagi parti itu.

Azizan yang terkenal dengan sifat bongkak dan angkuh serta sering memperlekehkan petugas media arus perdana, seperti biasa menunjukkan sikap keras kepalanya dengan enggan tunduk kepada desakan tersebut.

Azizan dikatakan gagal menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar untuk memajukan negeri Kedah.

Sebaliknya sepanjang pentadbirannya, boleh dikatakan tidak ada langsung pembangunan yang ketara dilaksanakan untuk kepentingan rakyat dan pembangunan ekonomi negeri.

Yang sering dipaparkan di dada-dada akhbar ialah bagaimana rakusnya kerajaan negeri Pas menggondolkan bukit bukau sehingga menjejaskan kawasan tadahan hujan di Tasik Pedu.

Seperti biasa apabila tidak pandai mentadbir dan menjana fikiran bernas untuk memajukan negeri, UMNO dan Barisan Nasional lah yang menjadi sasaran.

Apabila tidak berjaya memacu ekonomi Kedah menyebabkan kantong negeri hampir kosong, Azizan mengugut supaya kerajaan pusat memberinya RM100 juta jika ingin selamatkan hutan rimba negeri itu.

Itulah yang diperolehi oleh rakyat Kedah dalam keghairahan mereka untuk menukar kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu.

Kini mereka sudah sedar perubahan yang mereka impikan selama ini di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat bagaikan mengharap panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.

Harapkan kerajaan negeri baru pada 2008 akan menunaikan semua janji-janji manis yang ditabur semasa kempen pilihan raya tetapi akhirnya jadi kaki kencing rakyat rupanya!

Disebabkan terlalu asyik berpolitik dan berceramah siang dan malam, inilah kualiti kerajaan negeri yang dinikmati oleh rakyat kedah di bawah Pas.

Yang dipentingkan oleh pemimpin-pemimpin pas ialah mengejar kuasa serta kedudukan bagi kepentingan diri sendiri dan keluarga masing-masing.

Inilah yang berlaku di Kedah apabila dua exco kanan, Phahrolrazi Nawawi dan Dr Ismail Salleh mengetuai kelompok untuk menjatuhkan Menteri Besar.

Selain faktor politik yang tidak 'ngam', antara alasan utama ialah faktor ekonomi.

Ini kerana Azizan hanya mengutamakan kroni-kroni terdekatnya sahaja dalam pengagihan projek-projek dengan menyisihkan kumpulan kedua-dua ahli exco itu.

Sudah tentu ini menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong-penyokong mereka lantas secara senyap mejalankan kempen halus untuk menurunkan Azizan daripada kedudukannya.

Sindrom penafian yang diamalkan oleh Pas Pusat juga bakal mengundang bencana bagi parti itu di Kedah.

Kalau dahulunya api pergaduhan antara Azizan dan dua exconya dapat ditangani tetapi tindakan itu hanyalah bersifat sementera waktu kerana hakikatnya perbalahan mereka tidak dapat diselesaikan dengan apa cara pun.

Setiausaha Agung Pas, Mustafa Ali ingin menipu ahli Pas dan rakyat Kedah dengan mengatakan tidak ada pergolakan politik yang berlaku di negeri itu.

Ini sepertilah berkata bahawa tidak ada tsunami yang berlaku walhal separuh negeri sudah ranap.

Cuba menutup kenyataan yang sudah terang lagi nyata tidak akan menyelesaikan masalah dalaman pas di Kedah yang sudah ke peringkat amat serius.

Sudah ada desas desus Azizan mendesak kepimpinan pusat parti terutamanya Presiden Pas Abdul Hadi Awang supaya menggugurkan nama Phahrolrazi, Dr Ismail serta beberapa orang kuat mereka daripada senarai calon parti itu pada PRU13 nanti.

Jika ini berlaku bukan sahaja Pas Kedah akan berpecah, kerajaan negeri pun akan terlepas ke tangan BN.

Kini pun gelombang sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN sudah meningkat sehingga menggerunkan Pas Kedah.

Kemungkinan besar Kedah akan ke pangkuan BN bukan sahaja kemelut yang membelenggu Pas Kedah tetapi kerana rakyat sudah cukup meluat dan marah kepada pentadbiran yang sama sekali tidak pro aktif dan membela kebajikan rakyat.

Sunday, February 17, 2013

Mengintai PM Dilubuk Dong Zong...


Berbagai spekulasi timbul sejak muncul khabar Datuk Seri Najib Tun Razak terima undangan untuk hadir pada majlis Tahun baru Cina anjuran Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) di pusatnya di Kajang pagi Ahad.

Ini termasuk kebimbangan mungkin ada cubaan untuk memalukan Perdana Menteri di situ.

Semua orang tahu sejarah Dong Zong yang anti-kerajaan dan mengemukakan pelbagai tuntutan untuk pendidikan Cina.

Jangan lupa Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong pernah dihalau semasa satu demo anjuran Dong Zong tidak lama dulu.

Namun Najib steady saja semasa beliau berada selama 40 minit di majlis itu.

Beliau tiba sekitar 9.45 pagi.

Untuk rekod beliau memecah tradisi sebagai Perdana Menteri pertama dalam tempoh 58 tahun menghadiri program anjuran Dong Zong.

Mengikut laporan media pembangkang dalam surat undangannya Dong Zong antara lain senaraikan tiga tuntutan yakni pengiktirafan Unified Examination Certificate (UEC), pembinaan lebih banyak sekolah Cina dan kaji semula cadangan Dasar Pendidikan Nasional.

Najib beramah mesra dengan pimpinan Dong Zong dan para tetamu lebih 2,000 orang semasa kehadirannya di situ.


Sementara itu, dalam teks ucapan Pengerusi Dong Zong Dr Yap Sin Tian, yang tidak dibacakan sebaliknya diedarkan kepada pihak media oleh kakitangan yang bertugas, beliau merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada Najib yang menyifatkan kehadiran PM ke majlis Dong Zong sebagai 'ice-breaking journey".

"Kami amat menghargai keikhlasan Perdana Menteri dan (kunjungan ini) merupakan satu peristiwa yang bermakna dan istimewa. Ia mencerminkan interaksi antara PM dan pertubuhan pendidikan aliran bahasa Cina,"ujar beliau.

Hadir sama waktu itu ialah Presidan MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Khoon.

Namun Perdana Menteri tidak menyampaikan sebarang ucapan di majlis itu.


Beliau hanya menyertai acara menulis kaligrafi Cina yang membawa makna 'Selamat Tahun Baru' bersama-sama Presiden MCA, Gerakan dan Pengerusi Dong Zong. Selain mengaul makanan tradisi Cina loashang di pentas utama.

Najib kemudiannya duduk di meja yang disediakan dan menikmati persembahan hiburan selama 20 minit sebelum meninggalkan majlis untuk menghadiri satu lagi majlis sambutan Tahun Baru Cina di Bukit Bintang Kuala Lumpur.

Difahamkan ada kalangan aktivis Dong Zong yang berharap beliau berucap dan mengumumkan sesuatu yang besar semasa majlis itu.

Tiada insiden tidak diingini sepanjang beliau berada di majlis itu.

Kira-kira 20 minit selepas Najib meninggalkan majlis, orang kuat DAP Lim Kit Siang tiba

Tidak lama selepas itu Datuk Seri Anwar Ibrahim sampai bersama rombongannya termasuk Naib Presiden PAS Mahfuz Omar.

- Helmi Hanafi

Generasi Muda Jangan Mudah Termakan Janji Pembangkang - KJ


Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin mengingatkan pengundi muda agar tidak terpengaruh dengan janji-janji yang dibuat oleh pemimpin pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Katanya generasi muda perlu sedar banyak janji yang dibuat pakatan pembangkang dalam pilihan raya yang lepas gagal ditunaikan hingga ke hari ini.


Beliau menjelaskan berbeza dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang membuat janji berdasarkan kemampuan yang ada bukan semata-mata untuk memenangi pilihanraya.

"Bagi sayalah kalau orang muda kita ingatkan mereka jangan sekali-kali pilih pemimpin yang khianati janji, tetapi kita pilih pemimpin Barisan Nasional dalam pilihanraya yang akan datang," kata ketika berucap di turun padang Pemuda BN di Meru, Klang semalam.

Selain tidak dapat menunaikan janji yang telah dibuat ketika kempen PRU-12, pemimpin pakatan pembangkang juga sanggup mengadaikan prinsip perjuangan semata-mata kerana mahu menguasai Putrajaya.

Dengan mengambil contoh isu kalimah Allah, Ahli Parlimen Rembau itu menegaskan ada pemimpin pembangkang yang sanggup mengenepikan prinsip yang selama ini mereka perjuangkan semata-mata kerana mahu berkuasa.

Saturday, February 16, 2013

Sejarah Penyingkiran PAS Dari BN & Agenda Penyatuan Umat


Banyak versi yang diberitahu kepada rakyat oleh pimpinan PAS dan UMNO mengenai kerjasama PAS bersama Barisan Nasional hinggakan kedua-duanya menjalin kerjasama politik menghasilkan Kerajaan Campuran Perikatan dari tahun 1973 – 1978.

Isu ini kali terakhir disentuh oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed setelah isu ini ditimbulkan semula dengan versi yang berbeza. Pimpinan PAS mempunyai satu versi dan pimpinan UMNO pula mempunyai satu versi yang lain. Kedua-dua versi tersebut mempunyai perbezaan yang nyata. Dari sudut nadanya satu pihak menyalahkan satu pihak yang lain.

Isu ini perlu diberi perhatian istimewa khususnya mereka yang meminati perjalanan politik tanahair. Isu ini juga mempunyai pertalian langsung dengan masyarakat Melayu Islam kerana sejarah sama ada putih atau hitam yang telah terpahat mengenai kerjasama politik antara PAS dengan UMNO mempunyai implikasi yang sangat besar dan luas dalam konteks umat Melayu Islam di negara ini.

Pimpinan PAS memberitahu rakyat bahawa kerjasama yang terjalin yang disangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari itu adalah berpunca daripada UMNO/BN. UMNO melihat pimpinan PAS menggunakan sepenuhnya ruang dan peluang kerjasama tersebut untuk melebarkan sayap politiknya dan tidak banyak membantu membangun negara.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed memberi versi yang lebih detail dalamana PAS juga dikatakan ketika itu hilang kekuatan dan berada dalam keadaan terumbang-ambing hingga akhirnya berpecah sehingga wujudnya parti serpihan seperti Berjasa.

Kecelaruan pimpinan PAS yang sedemikian rupa ketika itu menyebabkan sukar bagi parti yang bergabung dengan UMNO itu untuk memberi perhatian kepada usaha membina negara. Sebaliknya pimpinan PAS ketika itu lebih banyak memberi tumpuan kepada hal-hal politik bagi menyelesaikan masalah dalam parti itu.

Antaranya termasuklah pertembungan dua pemimpin utama iaitu Dato Asri dan Dato Mohamad Nasir. Pertembungan tersebut akhirnya mengakibatkan kekalahan PAS dalam PRU ketika itu dan akhirnya untuk menyelamatkan keadaan perintah daururat terpaksa dikeluarkan di Kelantan.

Sementara pimpinan PAS terutamanya Mursyidul Amnya Dato Nik Aziz Nik Mat pula meletakkan sepenuh kesalahan keribaan UMNO dengan mengatakan bahawa UMNOlah yang bertanggungjawab menendang PAS keluar daripada Perikatan. Alasan PAS bahawa UMNO telah mengkhianati asas-asas perjanjian yang dipersetujui bersama sebelum kerjasama politik tersebut dapat direalisasikan.

Sehingga ini versi Tun Dr Mahathir kelihatan lebih menjurus kepada sebab musabab dan beliau telah memberikan sedikit perincian terhadap perpecahan politik itu. Di pihak PAS apa yang dinyatakan oleh Dato Nik Aziz dan oleh pimpinan yang lain sebelumnya nampak begitu longgar. Pimpinan PAS perlu mengemukakan butiran lanjut terhadap peristiwa tersebut bagi membolehkan rakyat biasa membuat penilaian masing-masing.

Adalah menjadi satu tanggungjawab moral bagi pimpinan tertinggi PAS menjelaskan perkara ini dengan memberikan fakta yang jelas dengan perincian kronologinya mengenai dakwaan PAS tentang penyingkiran tersebut.

Setakat yang saya dimaklumkan sebelum ini oleh beberapa pimpinan tertinggi PAS sendiri yang tidak pernah ditimbulkan secara terbuka, versi Tun Mahathir lebih menepati realiti yang berlaku ketika itu.

Sebaik sahaja PAS mengemukakan kronologi dan perincian insiden getir itu, dicadangkan supaya diadakan satu pasukan penilai untuk membuat penilaian kepada kesahihan fakta yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak PAS dan UMNO. Pasukan penilai tersebut mungkin boleh dianggotai oleh mereka yang berwibawa mewakili golongan cendikiawan, profesional, pakar sejarah, agamawan dan penganalisa politik. Pasukan penilai kemudiannya akan membentangkan episod sebenar kepada rakyat.

Fakta yang sahih amat diperlukan. Selama ini pimpinan PAS enggan menerima pelawaan UMNO untuk menjalin perpaduan mahupun untuk mewujudkan sebarang bentuk kerjasama politik kerana tidak mahu kononnya jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali setelah pernah dikhianat oleh UMNO. Atas sebab itulah PAS selamanya menganggap UMNO sebagai parti yang tidak mempunyai kredibiliti dan boleh dipercayai hingga menyebabkan UMNO menjadi musuh politik nombor satu bagi PAS.

Saya masih berharap agar insiden yang pernah berlaku pada tahun 1978 itu dapat dirungkaikan dan diselesaikan dengan kadar yang segera berdasarkan semangat ukhuwwah dan mahabbah sesama Muslim seperti mana yang dituntut oleh Al-Quran dan Sunnah. Penyelesaian ini adalah penting demi kemaslahatan perpaduan dan kesatuan umat Melayu Islam di negara kita.

Perpaduan dan kesatuan umat juga amat penting demi survival dan masa depan Islam serta nasib bangsa Melayu di negara kita sendiri yang bakal ditentukan melalui PRU ke 13 nanti.

Walaupun masa tidak menyebelahi kita tetapi dengan ruang dan peluang yang masih ada rakyat Islam Melayu perlu bersatu untuk bersama-sama menagih fakta sebenar serta perinciannya mengenai isu yang dibincangkan daripada pimpinan tertinggi PAS.

Setakat apa yang telah diberi oleh mereka tidak memungkinkan rakyat Islam Melayu membuat pendirian yang teguh atas tapak yang kukuh untuk menyokong atau menolak Pas atau UMNO dalam PRU ke 13 akan datang.

Menyorot kata-kata pemikir Islam, demi untuk Islam dan demi untuk melebarluaskan syiarnya umat Islam tidak perlu mencari-cari berbagai dalih dan berselindung di sebalik dalih-dalih itu untuk menolak gagasan penyatuan umat Islam. Saya amat optimistik bahawa perpaduan masyarakat Islam seperti yang dituntut oleh Al-Quran dan Sunnah itu begitu tinggi martabatnya dan mengatasi segala-galanya.

Bagi saya apa yang berlaku adalah imbasan-imbasan keangkuhan dan kesombongan untuk mempertahankan pandangan dan pendapat masing-masing sedangkan pandangan dan pendapat itu dalam bentuk apa pun masih terbuka kepada unsur-unsur penolakan dan ketidaksetujuan. Sementara perintah Allah SWT dalam hal ini berkaitan dengan penyatuan umat adalah selama-lamanya benar dan tidak boleh dipersoalkan.

Memandangkan masa yang ada begitu singkat amat mustahak pemimpin-pemimpin Islam, PAS dan UMNO menjadikan isu penyatuan umat ini sebagai agenda nombor satu dalam PRU ke 13. Kedua-dua parti atas nama demokrasi bebas menyuarakan apa isu pun namun isu-isu tersebut tidak akan dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada umat Islam Melayu di negara ini selagi agenda nombor satu penyatuan umat tidak dijunjung oleh kedua-dua parti yang mewakili sebahagian besar daripada penduduk Islam Melayu di negara ini.

Mana-mana parti yang menolak agenda nasional nombor satu ini perlu ditolak oleh rakyat yang akan menggunakan kuasa undi mereka dalam PRU ke 13 nanti.

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
15 Februari 2013

Sunday, February 10, 2013

BN Pacak Bendera 1 Malaysia Di Pulau Pinang Sempena Kehadiran PSY Gangnam #gangnammalaysia




Bendera BN 1 Malaysia telah dipasang disepanjang kawasan Parlimen P49 Tanjong sempena menyambut kedatangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada petang ini. Namun ura-ura menyatakan pihak DAP telah mengeluarkan arahan supaya bendera ini diturunkan.

Bendera BN 1 Malaysia ini adalah kali pertama dipasang di Pulau Pinang dan sebelum ini tidak pernah dilihat dimana-mana tempat. Ini tranfomasi baru yang dibawa oleh PM yang bakal mengugat Pakatan haram khususnya di Pulau Pinang.

foto - Mat Kilau Pinang

Saturday, January 26, 2013

PRU-13 : BN Pilihan Pengundi


Kajian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) menjurus kepada pola pengundian yang menunjukkan Barisan Nasional akan terus diyakini rakyat untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal diumumkan pada bila-bila masa sahaja.

Ramalan Keupayaan BN Menang Dua Pertiga Pada PRU-13, Bikin Pakatan Haram Mengelupur


Nampaknya puak pembangkang mengelupur habis bila mendengar kenyataan dari Datuk Fuad Hassan, yang menyatakan bahawa BN berkeupayaan peroleh kemenangan dua pertiga pada PRU-13 nanti...

Sehingga kini, Pakatan Pembangkang masih tidak mahu mengiktiraf kemenangan BN dalam PRU 2008 walaupun kerusi Pakatan Pembangkang telah bertambah dengan mendadak. Akibatnya, rakyat Malaysia sebenarnya hidup dalam huru-hara akibat perbuatan Pakatan Pembangkang yang masih belum berpjak di bumi yang nyata.

Adalah tidak mustahil perhimpunan mahupun demontrasi haram akan berterusan selepas pilihan raya lebih-lebih lagi kekalahan yang akan dihadapi PRU-13.

Terimalah hakikat yang sebenar dimana kita berpijak di bumi yang nyata!

Bernama- Barisan Nasional (BN) berkeupayaan memperoleh kemenangan dua pertiga di dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang bakal diadakan pada bila-bila masa, kata Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Hassan.

Beliau berkata, untuk kemenangan dua pertiga, BN perlu menarik sekurang-kurangnya 30 peratus undi daripada pengundi Cina dan masing-masing 65 peratus undi daripada pengundi Melayu dan India di seluruh negara.

"InsyaAllah, BN berkemampuan mencapai kemenangan dua pertiga pada pilihan raya umum ini jika kita terus bekerja kuat dan berusaha mencapai apa yang disasarkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada peserta yang menghadiri majlis Perjumpaan Rakan Media Sosial Negeri Johor di Pusat Konvensyen Persada Antarabangsa Johor, di sini, hari ini.

Fuad melahirkan keyakinannya bahawa sokongan pengundi Melayu di Johor terhadap BN akan melebihi tahap 65 peratus dan mencecah sehingga 80 peratus dan lebih.

Katanya, sokongan pengundi masyarakat India terhadap BN juga sudah pulih daripada kejatuhan pada pilihan raya umum 2008, selain berkeyakinan terhadap peningkatan sokongan pengundi Cina terhadap BN kali ini.

Menurut Fuad, banyak daripada isu yang dimainkan pembangkang seperti pembelian kapal selam Scorpene, loji nadir bumi Lynas dan lain-lain "diselesaikan", menyebabkan pembangkang kini tercari-cari isu baru.
Katanya, usaha pembangkang untuk mengumpul sejuta orang pada perhimpunan di Stadium Merdeka 12 Januari lalu, gagal kerana perhimpunan itu itu hanya dihadiri kira-kira 50,000 orang.

Beliau berkata, pembangkang menolak tawaran kerajaan supaya himpunan itu diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang lebih besar kerana menyedari ketidakmampuan mereka untuk menarik peserta yang ramai ke perhimpunan terbabit.

Sementara itu, beliau berkata, jentera media sosial BN meliputi Twitter, Facebook dan lain-lain medium kini lebih bersedia dan berkemampuan untuk menangani serangan daripada pembangkang berbanding pada pilihan raya sebelum ini.

Bagaimanapun, Fuad meminta media sosial BN meneruskan usaha mereka dengan mendekati kira-kira 2.8 juta pengundi muda yang akan mengundi buat pertama kali pada PRU-13 ini.

Pengundi muda terbabit katanya, tidak lagi bergantung kepada media lama seperti suratkhabar dan televisyen untuk mendapatkan maklumat, tetapi bergantung sepenuhnya kepada internet dan media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Wednesday, January 23, 2013

Kenapa PAS Gelabah Semacam? PM Bukan Janji Undi BN Masuk Syurga...


Pakatan pembangkang cukup sinonim dengan janji tidak ditepati. Kalau tidak mana mungkin orang Selangor naik angin kena kelentong dengan manifesto pilihanraya umum 2008.

Kalau di Pulau Pinang bos mereka,Datuk Seri Anwar Ibrahim tentu tak berani bunyi pasal Kampong Buah Pala. Macam nak rak punya janji nak selesaikan masalah penduduk situ. Akhirnya habuk pun tarak.

Saturday, November 12, 2011

KJ: Ahli Parti Yang Tidak Terpilih Jadi Calon Diharap Jangan Sabotaj!


Anggota parti yang tidak dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang diharap tidak mempertikaikannya atau mensabotaj parti, kata Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Khairy Jamaluddin.

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno berharap anggota parti berpegang kepada akujanji bahawa rakyat yang menentukan berhubung soal calon boleh menang.

"Hari ini semua setuju dengan Perdana Menteri berhubung 'winnable candidate' (calon boleh menang), tetapi apabila mereka tidak jadi calon, mereka akan pertikaikan dan lebih bahaya lagi mereka akan sabotaj parti. "Saya harap mereka sedar bahawa mereka bukan penentu siapa 'winnable candidate' tetapi rakyat, dan PM ada laporan dan mekanisme tertentu untuk mengetahui di setiap kawasan siapa yang merupakan 'winnable candidate'," katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Jom Kayuh Barisan Nasional (BN)Sepang anjuran Pemuda BN Sepang, di sini, Sabtu.

Dua hari lepas, Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa BN tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat untuk calonnya pada pilihan raya umum Ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang.

Khairy berkata pengumuman Perdana Menteri itu adalah satu pandangan yang tepat berikutan jumlah pengundi lebih ramai daripada jumlah anggota parti, dan setiap calon perlu mendapat sokongan rakyat.

"Tidak guna jika popular di dalam parti tetapi tidak mendapat penerimaan di kalangan rakyat dan soal calon boleh menang, rakyat yang menentukan.

"Saya risau, ada ramai yang walaupun rakyat sudah tidak menganggap mereka 'winnable candidate', tetapi dia rasa diri dia 'winnable candidate'," katanya.

Mengenai persiapan Pemuda untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, Khairy berkata ia terbahagi kepada dua peringkat iaitu dari segi jentera dan strategi untuk mengenalpasti pengundi muda di setiap pusat daerah mengundi.

"Persiapan jentera sedang diusahakan dan untuk mengenalpasti pengundi muda, proses ini sedang berjalan dan saya telah meletakkan tempoh masa dua bulan sebelum kita sampai kepada tahap siapsiagaan yang sepenuhnya," katanya.

Mengenai program hari ini, Khairy berkata lebih 1,000 golongan muda menyertai program mengayuh basikal sejauh lapan kilometer di sekitar Dengkil dengan tema 'BN Pilihan Generasi Muda'. -Bernama

Thursday, October 20, 2011

Pemimpin Pakatan Rakyat Sudah Mula Goyang Dengan Papa Gomo!


Kalu ditanya siapa Papa Gomo ni? Pemimpin parti mana? Ahli Parlimen ke, Menteri kah dia? Siapa Gomo? Siapa Gomo?

Papa Gomo mewakali suara rakyat jelata! Seorang blogger yang mampu mengongcang Puak Pakatan Haram! Gomo adalah pembakar semangat kepada anak muda supaya lebih berani untuk membongkarkan segala penipuan yang di lakukan oleh Pakatan Haram!

Selama ini anak muda ditipu terpedaya dengan janji-janji manis Puak Pakatan Haram! Anak muda di dendangkan dengan lagu yang berirama untuk menentang kerajaan... Mereka menghasut minda rakyat....

Segalanya yang kerajaan buat semuanya salah! hanya Pakatan Rakyat sahaja yang betul, kerajaan harus dibangkang habis-habisan! nak jadi pembangkang bukannya susah! bangkang! bangkang apa saja yang anda rasa tidak puas hati!

Tapi pernahkah anda terfikir bagaimana susah payahnya kerajaan membina, mensejahterakan rakyat?Menyatukan rakyat dibawah satu bumbung sebagai 1Malaysia?

Agak-agak Pakatan rakyat mampu melakukanya ke?? Huh! nak laksanakan hukum Islam, Hukum Hudud pun kena langkah mayat Karpal singh!! Bangsat!

Tatkala ini Papa Gomo menjadi serangan oleh Pemimpin Pakatan haram! haruskah kita melihat Papa gomo di belasah begitu sahaja! Hah! disaat ini, sunguh bijak Pakatan pembangkang mengatur langkah, mengambil kesempatan disaat perbalahan kecil yang berlaku dialam blogger pro-Umno! namun ianya sedikitpun tidak menjejas kekuatan jentera perang di Maya Cyber ini!

Ganyanglah! Saman lah! Dakwa lah! Kalau nak hentam blogger pro-Umno hentam sampai remuk... Tetapi Puak Pakatan harus ingat! hilang satu Gomo, sepuluh Gomo akan muncul!!

Fenomena yang di bawa oleh Gomo bakal mengugat pemimpin Pakatan haram dan ianya akan terus dan berterus sehingga pakatan haram pupus di Malaysia ini!

Barisan perjuang blogger Maya Cyber sudah bersedia memikul tanggungjawab yang diamanahkan untuk menjahanamkan Pakatan Haram pada PRU13!

Ayuh kita bersatu! Hancur! Hancur Pakatan Haram!

-Politik Harian/Bro Jinggo

Tuesday, September 27, 2011

BN Pulau Pinang Mahu SPRM Siasat Projek SPICE

Ratusan Juta Hilang...

Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat perjanjian projek Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (SPICE) di Relau, yang didakwa merugikan rakyat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan berkata pembinaan SPICE di tapak Pusat Arena Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) itu dilihat hanya memberi kelebihan dan keistimewaan kepada pemaju iaitu, Eco Meridian Sdn Bhd.

Katanya satu laporan berhubung perkara berkenaan akan dibuat secara rasmi kepada SPRM oleh Pemuda BN Pulau Pinang dalam masa terdekat.

“Terlalu banyak keistimewaan diberikan kepada pihak pemaju projek terbabit dan ia menimbulkan persoalan kerana ada di antara syarat perjanjian yang ditandatangani pada 19 Ogos lepas akan menyebabkan hasil berjumlah RM488 juta yang sepatutnya dinikmati rakyat Pulau Pinang hilang begitu saja.

“Kami juga mempunyai alasan yang kukuh terdapat perjanjian yang boleh dipertikaikan yang membabitkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), kerajaan negeri dan pemaju, jadi kami mahu SPRM menyiasat perkara ini,” katanya.

Dr Teng yang juga Pengerusi Gerakan Pulau Pinang berkata BN turut meragui penjualan tanah di kawasan pembinaan SPICE kerana ia dijual lebih murah daripada harga pasaran semasa kepada pemaju bagi tujuan pembinaan sebuah hotel.

“Tanah itu dijual dengan harga RM100 kaki persegi sedangkan harga pasarannya adalah RM300 kaki persegi, kenapa ia dijual dengan harga murah? Ini menimbulkan persoalan yang harus dijawab pihak berkenaan,” kata beliau.

Katanya beberapa syarat dalam perjanjian itu juga memberi kelebihan kepada pemaju antaranya ialah pemberian tambahan 1,500 unit rumah kepada pemaju yang bakal menyebabkan rakyat negeri ini kehilangan RM450 juta.

“Rakyat juga bakal mengalami kerugian lebih RM10 juta berikutan tindakan kerajaan menyediakan tanah secara percuma kepada pemaju bagi membina sebanyak 450 unit rumah kos rendah dan sederhana rendah bersaiz tidak lebih 650 kaki persegi berharga minimum RM72,500…syarat itu jelas merugikan rakyat,” katanya.

Beliau berkata BN memperjuangkan isu berkenaan kerana ia merugikan penduduk Pulau Pinang dan hanya menguntungkan pemaju semata-mata.

“BN juga terima pelbagai maklum balas kurang senang daripada rakyat berhubung projek itu dan sebagai rakyat negeri ini, kami sudah tidak boleh bersabar dengan tindak tanduk kerajaan negeri dalam mentadbir negeri ini,” katanya.