Showing posts with label pertempuran Lahad Datu. Show all posts
Showing posts with label pertempuran Lahad Datu. Show all posts

Tuesday, March 5, 2013

Gambar Enam Penceroboh Yang Di Tawan Di Semporna


Inilah muka lanun yang menceroboh serta membuat onar di Semporna hingga menyebabkan enam anggota polis terkorban di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna Sabah dan turut tercedera Insp. Mohammad Hasnal Jamil.

Jenazah enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna, tiba dan selamat dikebumikan di kawasan kediaman masing-masing.

DariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang syahid.

Takziah juga kepada seluruh keluarga termasuk mendiang Michael Padel.

Rakaman Keadaan Mayat Penceroboh Lahad Datu


Rakaman mayat-mayat kumpulan penceroboh yang terbunuh dalam kejadian tembak menembak dengan pasukan keselamatan di Kampung Simunul.

Beberapa mayat bergelimpangan di kawasan rumah penduduk kampung tersebut dan ada diantaranya dalam keadaan mengerikan.

Dalam kejadian Sabtu lalu, enam anggota polis terkorban selepas mereka diserang hendap oleh kumpulan penceroboh di Kampung Srijaya, Simunul. Enam penceroboh turut terkorban.

Video URL: http://youtu.be/ptWuw2_-i74





Monday, March 4, 2013

Koperal Salam Mahu Mati Syahid - Kata Isteri Allahyarham



TAWAU - Allahyarham Koperal Salam Togiran yang terkorban dalam kejadian serang hendap kumpulan bersenjata di Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna Sabtu lepas, sentiasa melahirkan keinginan untuk mati syahid seperti syahidnya pejuang Palestin menentang rejim zionis.

Balu Allahyarham, Marlina Utan, 38, berkata sejak tiga bulan lepas, Salam, 42, menzahirkan keinginnya itu setiap kali melihat keberanian rakyat Palestin menentang rejim zionis yang disiarkan di televisyen.

“Kalau ada siaran mengenai Palestin dia selalu cakap bagusnya kalau saya yang pergi ke sana, saya mahu mati syahid. Itulah yang selalu menjadi punca saya memarahi dia. Selalu dia cakap dia mahu mati syahid,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Bandar Seri Indah dekat sini, hari ini.

Marlina berkata, sebelum menyertai operasi, suaminya berpesan agar beliau menjaga empat anak mereka dan menelefonnya kira-kira pukul 3 petang Sabtu (sebelum kejadian) meminta beliau mendoakan keselamatannya.

“Saya tanya dia kenapa. Dia kata ‘Saya mahu ikut operasi. Doakan saya selamat’. Saya kata amin, mudah-mudahan selamat,” katanya yang tidak dapat menahan sebak.

Jenazah Salam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas pada 10.15 pagi ini selepas disembahyangkan di Surau Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

Marlina yang mendirikan rumah tanggga dengan Allahyarham sejak 13 tahun lalu menyifatkan arwah sebagai suami dan ayah yang sempurna.

“Saya bangga dia gugur sebagai pejuang. Dia berjuang untuk kedaulatan negara. Dia sanggup mempertaruhkan nayawanya. Sebagai isteri, saya bangga,” katanya.

Umno Tuntut Tian Chua Minta Maaf


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua bakal berdepan dengan tindakan undang-undang sekiranya gagal menarik balik kenyataannya yang mengaitkan Umno dengan insiden pencerobohan di Sabah.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, menerusi notis tuntutan yang dihantar melalui Penasihat Undang-undang Umno, Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, Ahli Parlimen Batu itu turut diminta mengemukakan permohonan maaf secara bertulis tanpa syarat.

"Segala tuduhan yang dibuat adalah tidak berasas dan amat serius dengan niat jahat untuk memburukkan dan merosakkan reputasi dan imej Umno.

"Ia juga turut bertujuan untuk menjatuhkan dan merendahkan maruah dan kredibiliti Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan Barisan Nasional yang mentadbir Malaysia dan mempunyai imej awam yang baik," katanya pada Isnin.

Tindakan undang-undang itu dibuat terhadap Tian berikutan kenyataannya dalam KeadilanDaily.com pada 1 Mac lalu yang bertajuk 'Insiden tembakan di Lahad Datu konspirasi terancang Umno - Tian'.

"Notis dihantar kepada Tian Chua dengan menuntut beliau dalam masa tujuh hari bermula hari ini, 4 Mac untuk berhenti daripada membuat kenyataan lanjut berunsur fitnah berkenaan isu ini atau sebarang kenyataan yang serupa terhadap Umno.

"UMNO tidak memandang ringan terhadap perbuatan fitnah dan sekiranya sebarang maklum balas tidak diterima berhubung tuntutan terbabit, maka bermakna Tian Chua tidak menafikannya dan juga berniat untuk meneruskan penerbitan berunsur fitnah.

"Oleh itu, Umno akan meneruskan prosiding mahkamah terhadap Tian Chua tanpa sebarang rujukan kepada beliau termasuklah untuk memfailkan injuksi bagi menghalang penerbitan lanjut berkaitan isu ini," katanya.

PM Sambut Ketibaan Jenazah Ibrahim, Azrul


KUALA LUMPUR 4 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyambut ketibaan jenazah dua anggota polis yang terkorban dalam insiden serangan hendap kumpulan penceroboh di Semporna, petang ini.

Jenazah Allahyarham Supritendan Ibrahim Lebar, 52, dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27, telah diterbangkan dari Tawau dan dijangka tiba di Pangkalan TUDM Subang pukul 6 petang.

Ibrahim yang berasal dari Besut, Terengganu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pukul 9 malam ini manakala Mohd. Azrul dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg Panjang, Klang.

Dalam kejadian Sabtu lalu, enam anggota polis gugur ketika bertempur dengan penceroboh dipercayai anggota tentera Diraja Kesultanan Sulu. Enam penceroboh turut terbunuh.

Selain Ibrahim dan Mohd. Azrul, turut terkorban ialah ASP Michael Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikon dan Koperal Salam Togiran.

Mendiang Michael disemadikan di Serian, Sarawak manakala mangsa lain dikebumikan di Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna.

Utusan

Jemputan Ke Solat Tahlil Di PWTC - Al Fatihah Kepada Wira Negara Yang Terkorban Di Lahad Datu



Diatas pengorbanan wira negara yang terkorban ketika berjuang mempertahankan kedaulatan negara kita di Lahad Datu, maka Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan segala hormatnya menjemput saudara/saudari semua rakyat Malaysia untuk hadir ke Majlis tahlil pada hari ini selepas solat magrib di surau Al-Rahman, PWTC (berkumpul jam 7pm).

Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarham dan di tempatkan mereka bersama orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

Perwira yang terkorban di Lahad Datu:

Anggota komando VAT69

1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat

2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud

Perwira yang terkorban di Semporna:

1. Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman)

2. ASP Michael, (KCKD Semporna)

3. Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna)

4. Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna)

5. Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah)

6. Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau)

Berikut Adalah Senarai Pegawai Dan Anggota Polis Yang Terkorban Di Semporna




Ketua Polis Negara dan isteri serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia mengucapkan salam takziah kepada keluarga pegawai dan anggota PDRM yang terkorban dalam satu serang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Semporna. Mereka yang terkorban adalah:

1. Supt Ibrahim bin Lebar, Caw Khas, Bukit Aman.
2. ASP Micheal Padel, Caw Khas, IPD Semporna
3. Sjn/D Baharin bin Hamit, Caw Khas, IPK Sabah
4. Sjn Aziz bin Sarikun, BN 14 PGA Tawau
5. Kpl/S Salam bin Togiran, IPD Tawau
6. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, BN 14 PGA Tawau

Al-fatihah… Semoga roh wira-wira negara ini ditempatkan di kalangan orang beriman dan dicucuri rahmat.

Kepada ahli keluarga mendiang, diharap bersabar menerima kehilangan ini dan sesungguhnya seluruh pasukan turut menangisi pemergian beliau.

Pegawai Polis Wanita Diantara Tebusan Tentera Penceroboh



Pihak Polis mengesahkan menurut maklumat yang diterima seorang pegawai polis wanita berpangkat Inspektor menjadi tebusan pasukan penceroboh tentera penceroboh di Semporna.

Pihak PDRM dan pihak ATM sedang giat membuat perancangan untuk membuat serbuan ke kawasan yang disyaki tebusan Pegawai Polis Wanita ditahan.

Sementara itu tinjauan dibuat oleh Utusan Online di pekan Semporna juga menunjukkan kebanyakan kedai-kedai yang ada menutup perniagaan mereka namun aktiviti di pelabuhan perikanan berjalan seperti biasa.

Namun beberapa sekolah yang saya lalui tidak menunjukkan sebarang aktiviti pelajar.

Keadaan ini menunjukkan aktiviti seperti biasa di pekan ini walaupun menurut pemandu teksi agak berkurangan berbanding waktu-waktu biasa

Perjalanan dari Tawau ke Semporna yang mengambil masa kira-kira dua jam lancar dan ketika 4 kilometer mahu tiba di bandar ini kesesakan kenderaan berlaku.

Sementara itu jenazah pahlawan yang gugur di Semporna iaitu Supt. G/10768 Ibrahim bin Lebar dan L/Kpl 160475 Mohd Azrul B. Tukiran akan diterbangkan dari Tawau jam1330Hrs dan dijangka tiba di TUDM Subang pada 1800Hrs.

Senarai penuh anggota keselamatan yang terkorban di Semporna:
Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman)
ASP Michael, (KCKD Semporna)
Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna)
Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna)
Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah)
Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau)

Rundingan Tamat: ATM Dijangka Melancarkan Serangan Besar-Besaran



Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka melancarkan serangan besar-besaran dalam masa 24 jam bagi menamatkan pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di beberapa daerah di Sabah.

Difahamkan kawasan yang menjadi fokus utama serangan adalah Kampung Tanduo, Lahad Datu di mana ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie iaitu adik kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III bersama lebih 100 pengikutnya berkubu.

Ketika ini, anggota penembak tepat Tentera Darat ditempatkan di beberapa lokasi strategik dan difahamkan, tiada lagi sebarang rundingan bakal dibuat sebaliknya misi kali ini adalah menumpaskan ke semua musuh.

Gambar Penceroboh Sebelum Melancarkan Serang Hendap Di Semporna


Gambar ini diperolehi dari telefon bimbit penceroboh yang mati di tembak di Semporna.

Penceroboh mengambil gambar kenangan mereka sebelum melancarkan serang hendap di simunul dan sekitar daerah Semporna.


Penduduk tempatan belasah penceroboh sampai mati...

Seorang Penceroboh Dipukul Sehingga Mati Oleh Penduduk Semporna

Video Sidang Media PDRM 3/3 Jam 9.00 PM

Enam Anggota Polis Terkorban, Enam Anggota Kumpulan Bersenjata Turut Maut Di Semporna

Tidak Sangka Ahli Keluarga Sendiri Maut - Al-Fatihah Supt Ibrahim Lebar


Video Sidang Media PDRM 3/3 Jam 9.00 PM #LahadDatuAttack



Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.

Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Dalam sidang media kira-kira 9 malam Ahad di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu di hantar ke Hospital Semporna.


Video URL: http://youtu.be/uxc4NXUYmTE


Sunday, March 3, 2013

Seorang Lagi Anggota Polis Terkorban, Enam Anggota Kumpulan Bersenjata Turut Maut Di Semporna


Jumlah Anggota Polis Terbunuh Meningkat Kepada 8 Orang

LAHAD DATU: Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas air itu.

Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Dalam sidang media kira-kira 9 malam Ahad di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu di hantar ke Hospital Semporna.

"Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di laman web rasmi PDRM," katanya.

Dalam sidang media terdahulu pagi Ahad, Ismail mengumumkan lima anggota polis terkorban dalam insiden itu manakala dua anggota kumpulan itu terbunuh.

Dalam sidang media sebelum ini, beliau berkata kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu.

Ismail juga memberitahu sidang media terdahulu itu bahawa anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

Beliau turut menafikan terdapat insiden anggota polis yang didakwa menjadi tebusan kumpulan bersenjata itu dipenggal kepalanya.

"Itu hanya khabar angin dan saya minta orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin," katanya.

Beliau memaklumkan keadaan di kampung berkenaan kini kembali seperti biasa.-BERNAMA

Seorang Lagi Anggota Polis Terbunuh, Jumlah Kini 8 Maut


SEMPORNA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan seorang lagi anggota polis terbunuh dalam insiden serangan oleh kumpulan bersenjata di Semporna pada Ahad.

Jumlah tersebut menjadikan lapan anggota polis terkorban dalam mempertahankan keamanan negara daripada kumpulan pencerobohan bersenjata daripada Sulu.

Pada Sabtu, lima anggota polis terbunuh dalam insiden serangan hendap ke atas Kampung Siminul di Semporna.

Mstar

Tidak Sangka Ahli Keluarga Sendiri Maut - Al-Fatihah Supt Ibrahim Lebar


BESUT – Keluarga pegawai kanan polis yang terkorban dalam serang hendap di Semporna, Sabah malam tadi, tidak menyangka laporan berita yang dibaca di Internet melibatkan adik beradik mereka sendiri.

Kakak pegawai kanan polis itu, Mek Nab Lebar, 60, berkata berita mengenai kejadian yang mengorbankan Supt Ibrahim Lebar, 52, dibaca oleh adik bongsu mereka yang menetap di Melaka dan mengkhabarkan berita buruk itu kepadanya malam tadi.

“Hati ini dah mula tidak berapa sedap tapi kami tidak berapa percaya dan ambil keputusan terus hubungi isteri Allahyarham, Rosiah…dia juga mengatakan tidak dapat menyatakan kepastian.

“Akhirnya pagi ini kami terima berita kematian adik saya itu daripada isterinya kira-kira pukul 8 pagi setelah dimaklumkan oleh polis,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jabi dekat sini, hari ini.

Ibrahim dan empat lagi anggota polis terkorban dalam kejadian serang hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di perkampungan atas air Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna Sabah kira-kira pukul 8 malam tadi.

Ibrahim dari Cawangan Khas, Bukit Aman berada di Semporna sejak dua minggu lepas dan difahamkan akan pulang ke semenanjung hari ini.

Ketika pemberita tiba di rumah kakak Ibrahim tengah hari ini, keluarga itu sedang bersiap untuk ke rumah Allahyarham di Seksyen 15, USJ, Subang Jaya, Selangor.

Ibrahim yang dipanggil ‘Sudin’ oleh anggota keluarganya adalah anak kesembilan daripada 10 beradik dan dia seorang yang ramah dan mudah mesra dengan sesiapa yang ditemuinya.

Mek Nab berkata adiknya itu mendapat didikan awal di Sekolah Kebangsaan Jabi dan meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud, Alor Lintang, dekat sini sebelum memasuki kerjaya sebagai Inspektor Polis selepas menduduki Sijil Tinggi Persekolahan (STP).

Selepas bekerja, Ibrahim melanjutkan pengajian peringkat Ijazah di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dan Ijazah Sarjana di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Mek Nab berkata kali terakhir beliau bertemu dengan Allahyarham ialah pada 24 Jan lepas ketika mengadakan kenduri Maulud Nabi di rumah peninggalan pusaka keluarga, di kampung itu.

“Sudin paling suka makan nasi kerabu, tiap kali balik ke Besut dia pasti membelinya atau menyuruh saya membuatnya untuk dimakan bersama isteri dan anak-anaknya,” katanya.

Allahyarham meninggalkan isteri dan tiga orang anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

Jenazah Ibrahim akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di USJ, Subang Jaya atas permintaan isterinya yang bertugas sebagai pegawai di sebuah bank di sana.

Bernama

Pertempuran Di Lahad Datu: Lagi Polis Mati Ditembak


Laporan Utusan:  Ancaman tentera Kesultanan Sulu ke atas keselamatan negara semakin memuncak apabila kumpulan bersenjata tersebut melancarkan dua serangan terancang di Kampung Simunul, kira-kira tiga kilometer dari bandar Semporna.

Keadaan terkini pada malam ini tegang apabila pertempuran tercetus mengakibatkan dua anggota polis terbunuh dan dua cedera parah.

Sekumpulan lagi anggota dari Unit Cawangan Khas yang sedang melakukan intipan di kampung itu dikepung kumpulan bersenjata tersebut selepas berlaku pertempuran.

Dalam serangan pertama pada pukul 7.30 malam dua anggota polis yang sedang meronda di kawasan berdekatan Balai Polis Kampung Simunul diserang secara hendap menyebabkan seorang maut dan seorang lagi cedera.

Laporan lain yang diterima dari rakan anggota di Sabah -



Berita Terdahulu: Seorang Anggota Keselamatan Terkorban Pertempuran Di Semporna

Sama-samalah kita doakan agar anggota keselamatan yang bertugas di Lahad Datu di lindunggi Allah s.w.t

Saturday, March 2, 2013

Komando Terkorban Di Lahad Datu Wayang UMNO - Kenyataan Biadap Tian Chua Diselar!




Beberapa pemimpin dan pemerhati politik menyelar Naib Presiden PKR, Tian Chua yang dilapor mengaitkan insiden tembakan di Lahad Datu, Sabah semalam dengan konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakutkan rakyat.

Mereka berkata, kenyataan Tian Chua itu tidak bertanggungjawab dan keterlaluan memandangkan tindakan pihak berkuasa terhadap kumpulan bersenjata dari selatan Filipina itu bersabit soal keselamatan dan keamanan negara.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, kenyataan Tian Chua itu adalah skrip standard dari DAP yang langsung tidak peka dan tidak sensitif kepada isu keselamatan negara.

"Dengan membuat kenyataan seumpama ini, dia boleh dianggap sebagai manusia yang mempunyai martabat paling rendah. Ini adalah satu kenyataan melulu yang tidak kita harapkan daripada seorang manusia yang sopan.

"Apa yang boleh kita harapkan daripada dia apabila kita betul-betul berada dalam peperangan jika dia boleh mengeluarkan kenyataan seumpama itu terhadap insiden pencerobohan di Lahad Datu," katanya kepada Bernama apabila dihubungi.

Antara lain, laporan yang tersiar di laman berita rasmi PKR itu memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu itu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

"Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing," kata Ahli Parlimen Batu itu.

Justeru, Tunku Abdul Aziz mahu rakyat menilai peribadi Tian Chua dan berfikir sebelum memilih pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.

Gambar di atas adalah Nor Aziah Nor, isteri kepada arwah Insp Zulkifli Mamat dan dua anak kecil mereka. Dikala saudara mara perajurit yang terkorban sedang bersedih, isteri kehilangan suami tercinta, anak kecil hilang dakapan mesra ayahnya, ibu tua di kampung jauh merenung matanya dibasahi genang air mata. Pada waku itu juga puak bangsat yang memimpin dan menyokong PR sedang menabur pelbagai fitnah!

Dua anggota komando Polis Diraja Malaysia terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina.

Kejadian itu turut menyaksikan 12 penceroboh bersenjata yang merupakan sebahagian daripada 180 pengikut 'Sultan Sulu' yang dikepung pasukan keselamatan Malaysia, terkorban.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menyifatkan kenyataan Tian Chua itu sebagai "jahat dan jahil" .

"Umno tidak akan mempermainkan soal keselamatan negara dan tidak mungkin menjadi pengkhianat kepada negara tercinta yang Umno telah berjuang untuk memerdekakan.

"Umno bukan macam pembangkang dalam beberapa peristiwa yang lepas telah mengkhianati negara ini," katanya.

Bekas Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Muhammad Abdul Ghani pula berkata, seharusnya semua pihak ketika ini bersatu dan tidak mencampur aduk politik dengan soal keselamatan negara.

Tegasnya, tindakan sewajarnya harus diambil terhadap Tian Chua dan mana-mana pihak yang dilihat menghasut rakyat supaya tidak mengulangi perbuatan sama.

Laman Twitter dan Facebook turut dihujani komen-komen yang menghentam kenyataan Tian Chua itu dan mahu tindakan tegas diambil terhadapnya.

Pertempuran Lahad Datu, Si Bangsat Kit Siang Dan Tian Chua Menghina Angota Yang Terkorban!

p/s - Kalau sesiapa terserempak dengan Tian Chua dan Kit Siang tolong ludah kemuka mereka!