Sunday, March 3, 2013

Seorang Anggota Keselamatan Terkorban Pertempuran Di Semporna


Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu Sabtu malam.

Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.

Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.

Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.

Pada Jumaat, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden tembak-menembak apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara.

Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboh turut terbunuh.

Dua yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46.

-Bernama

3 comments:

Anonymous said...

takpe, bagi amaran je cukup la. diorg bagi kita peluru hidup. MENTERI BUTA KE?? in bukan jenayah lalulintas nak suruh POLIS pegi. mereka adalah LANUN yang bersenjata api... sepatutnya ATM ambil alih drp awal sebab mereka adalah ORG ASING YG BSENJATA DAN MENCEROBOH NEGARA. ini pun susah sgt ke menteriPHD nak paham???? PATUT TEMBAK JE DRP AWAL, SYG SGT KAT PENCEROBOH NI KENAPA????

Anonymous said...

Dia orang ni bukan PENCEROBOH BEB! Dia orang menuntut balik hak tanah yang di PAJAK oleh Malaysia sekian lama. Rundingan talah dilakukan beberapa lama dan kali dah, tetapi, Malaysia masih berkeras dgn mengatakan itu pemberian dpd penjajah British. Sedangkan dalam konteks ini Malaysia hanyalah orang ke-3 aja yang menerima tanah Sabah ini tanpa pengetahuan dan persetujuan Kesultanan Sulu iaitu yang empunya tanah yang dipajjakkan kepada British.

Perjuangan mereka memang tepat setelah beberapa kali siri rundingan gagal kerana sikap keras kepala pemimpin2 Malaysia.

LiHAT....
Kerana ego pemimpin, kerana sifat tidak tanggungjawap pemimpin dan kerana tidak jujur pemimpin, pejuang2 yang tidak berdosa yang menjadi mangsa. Dia orang senang lenang duduk di rumah danb pejabat bagi arahan, Yang mati ialah anggotantentera dan polis. Kemudian mati sia-sia saja.

Tak guna beb! Berjuang dan mati sebab mempertahankan tanah yang bukan hak milik kita. Adakah ini di suruh dalam islam? Adakah ini sifat orang islam, mengaku yang bukan hak miliknya?

REMUNG-RENUNGKANLAH.....


Anonymous said...

Ya betul la bro. Setelah aku baca dan teliti buku-buku sejarah, negeri Sabah memang masih diberi pajakan kepada Malaysia. "ufti"pun masih Malaysia kena bayar kepada kerajaan sulu.

Kalau macam ni apa barang bro,
Mungkin kerajaan Malaysia rasa bila diberi pajakan, dan tanah yang diberi pajakan itu dimajukan dan nampak hasil dan menikmati hasilnya, so, kerajaan malaysia dah (mungkin) rasa tamak cari berbagai alasan untuk claim itu tanah Malaysia.

Ini buruk siku bro, tak amanah. Dah diberi peluang pajak, nak ambil balik, orang yang memajak tanah tu tak nak pulangkan balik.

Dua-dua tak amanah bro. Penjajah British dan Malaysia.