Monday, August 15, 2011

MB N9 Sediakan RM3.2 Juta Bantu Fakir Miskin Sepanjang Ramadhan, MB Selangor Teruskan Maksiat Dan Murtad Sepanjang Ramadhan


Menteri besar bersama isteri Raja Datin Seri salbiah Tengku Nujumudin telah menyampaikan bantuan Baitulmal RM300-00 kepada 46 asnaf fakir miskin serta RM1500-00 kepada Masjid Kg. Limsum dan berharap dengan bantuan ini dapat meringankan beban menghadapi Aidilfitri nanti.

Masyarakat terus dijaga serta dibela sejajar dengan dasar-dasar yang dibuat selama ini atas tujuan mensejahterakan rakyat seluruhnya.

Bagi golongan fakir miskin, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah melakukan segala yang terbaik seperti unjuran Dasar Jaringan keselamatan Sosial Kemiskinan yang amat berjaya.

Bantuan yang disalurkan oleh JKM kepada golongan fakir miskin ini dahulunya terus dimasukkan ke dalam akaun bank atau diberikan di balai polis, tetapi bagi memberi keselesaan kepada para penerima yang kebanyakanya orang tua, maka kini ianya diadakan kepada di dewan orang ramai dengan disediakan makan minum dan Menteri Besar sendiri yang menyampaikannya.

Menteri Besar Negeri Sembiln juga mengumumkan, disepanjang bulan Ramadhan ini, Baitulmal membelanjakan RM32 juta untuk bantuan kepada golongan asnaf yang lapan dan juga bantuan kepada Masjid-masjid di seluruh Negeri Sembilan.

Ini semua dapat dilakukan lantaran pengurusan yang baik serta cekap oleh kerajaan Negeri dan juga jabatan yang dipertanggung jawabkan menguruskan wang zakat.


Di mana ada Khalid disitu ada Eli Wong..... Mana isteri Khalid?


Tiada masaalah untuk pusat hiburan beroperasi di bulan ramadhan, muzik tunggang langgang, rumah urut... lagi apa mahu semua Khalid kasi on... nak bertegas sikit tak boleh, takut puak DAP marah...


Sekiranya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim nak tangguh dan sorok perkara ini daripada rakyat maka lebih baik beliau meletak jawatan sebab tidak layak lagi memegang jawatan Menteri Besar!

Siapa pulak yang bocor rahsia buat pendedahan isu gereja ni? mampus aku... Khalid.

Inilah perbezaan yang jelas diantara MB Pemimpin untuk Rakyat (N9) dan MB Boneka kepada DAP (Gagap)

Isu Pembesar Suara Di Pulau Pinang: Khalifah Guan Eng Tundukkan Nik Aziz dengan Satu jari Sahaja...


Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju amalan bacaan al-Quran dibuat menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu mesyarakat sekitarnya.

Mursyidul Am PAS itu berkata perbuatan itu boleh menyusahkan masyarakat sekeliling dengan tidak membuat bising, walaupun dengan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara.

Sehubungan itu, beliau menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu Subuh.

Lepas satu, satu tak boleh? mungkin lepas ni.. pakai tudung pun tak boleh di Pulau pinang, Nik Aziz iyakan saja! Hebat khalifah Guan Eng sehingga boleh menundukkan Nik Aziz dengan satu jari sahaja... 

Pendedahan Terbaru: Laporan Jais Siap.. Ada Puak Nik Aziz Di Majlis Gereja DUMC

Apa yang Nik Aziz buat-buat busy tu sehinggakan dia langsung 
tidak ambil peduli dengan Isu Murtad di Shah Alam!
Jawab Nik Ajis: "Hmm ada aku kesah............!"

Soal aqidah adalah soal paling besar dalam islam.. itu jugalah janji perjuangan PAS suatu ketika dulu..

Senarai nama 12 orang Islam yang berada dalam majlis di gereja DUMC.

foto: My Massa

Nama individu ini adalah Mohd Haslan bin Bob Hasnan. Salah seorang peserta Melayu yang dikenalpasti oleh JAIS ketika pemeriksaan di DUMC. Haslan berasal dari Kg. Banggol, Gual Ipoh, Tanah Merah, Kelantan. Orang ini adalah orang Nik Aziz sebab berasal di negeri yang dinamakan sebagai serambi Mekah? Apa komen Nik Aziz terhadap individu bernama Mohd Haslan ini?

Laporan JAIS siap, Khalid Ibrahim sengaja berlengah untuk umumkanya?



Laporan Ops Akidah di Gereja telah siap disediakan oleh Penolong Pengarah Bahagian Penuatkuasa, JAIS pada 4hb Ogos, 2011. Bukti ini sudah jelas ternyata, apa lagi yang hendak disorokkan oleh Khalid Ibrahim?

MB Selangor berkata laporan JAIS akan diumumkan pada bulan September atau lepas hari Raya... jelas ketika itu isu tersebut sudah reda. Dengan cara demikian Khalid mempunyai masa yang cukup untuk lembutkan laporan tersebut dan bersedia dengan alasan yang lebih munasabah supaya rakyat boleh menerimanya.

Nurul Izzah Hidup Dalam Khayalan Anggap Pakatan Rakyat Memerintah Negara


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar disifatkan sebagai hidup dalam khayalan kerana menganggap Pakatan Rakyat seperti sebuah kerajaan yang memerintah negara ini.

Ini berikutan kenyataan oleh anak kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bahawa pertemuan Pakatan Rakyat dengan Timbalan Menteri Luar Jerman, Werner Hoyer baru-baru ini bakal mengeratkan hubungan diplomatik antara kedua-dua pihak.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, kenyataan itu sememangnya amat tidak relevan memandangkan hubungan diplomatik hanya berlaku antara sebuah kerajaan dengan kerajaan negara lain dan bukannya kerajaan dengan pertubuhan mahupun parti politik.

"Kenyataan Nurul Izzah itu memang tidak kena dan bagi saya ia tidak relevan. Ini juga menunjukkan betapa Nurul Izzah belum matang lagi dalam dunia politik.

"Dia ini seperti hidup dalam khayalan semata-mata kerana anggap sokongan rakyat kepada pembangkang seperti sokongan kepada sebuah kerajaan. Dia anggap Pakatan Rakyat macam sebuah kerajaan," katanya.

Zahrain diminta mengulas kenyataan Nurul Izzah mengenai pertemuan Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw serta Nurul Izzah sendiri dengan Hoyer pada Selasa lalu.

Antara yang dibincangkan dalam pertemuan yang turut disertai oleh Duta Jerman ke Malaysia, Dr. Guenter Gruber itu adalah membabitkan perhimpunan haram yang didalangi oleh pihak pembangkang pada 9 Julai lalu.

Nurul Izzah dalam blognya, http://www.nurulizzah.com kemudian menyifatkan pertemuan itu satu sesi yang cukup menarik dan pasti bakal membuahkan hasil yang akan mengeratkan hubungan diplomatik antara Pakatan Rakyat dengan kerajaan Jerman.

Zahrain berkata, pembangkang seolah-olah cuba memberi gambaran kepada negara luar bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang tidak demokratik dan bahawa ramai rakyat negara ini menyokong perjuangan mereka itu.

"Itu adalah apa yang pembangkang cuba lakukan. Ini semua penipuan mereka. Ini semua juga bermula daripada bapa Nurul Izzah sendiri yang telah memberi gambaran buruk tentang banyak perkara mengenai Malaysia di mata luar," katanya. -Utusan

Terdahulu: Nurul Izzah Ingat PAPA Dia Sudah Jadi PM Malaysia

Sunday, August 14, 2011

THIS IS BEST BRO! Nabil Raja Lawak Nikah September Ini!


Wah sana meletop, sini meletop... mantop.... terdahulu pengarah filem, Yusry Abdul Halim mengaku dia sedang bercinta dengan Lisa Surihani dan mereka akan berkahwin pada tahun 2012 baca disini...  

Tidak ketinggalan pula, Nabil (Raja Lawak) telah mengambil keputusan mahu mengakhiri zaman bujang’nya bulan September ini iaitu bulan depan.

Wanita yang bakal menjadi suri hidupnya itu adalah bekas pramugari syarikat penerbangan AirAsia iaitu Nazirah Ayub yang sudah dikenalinya sejak enam tahun lalu, sebelum dia dan Irma Hasmie bergelar kekasih.

"Saya tidak mahu menunggu lama lagi. Bukan terburu-buru, tetapi saya tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas percintaan dengan Irma Hasmie selama dua tahun dulu kecundang di tengah jalan,"kata Nabil.

THIS IS BEST BRO! Semoga apa yang telah dirancang akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNYA. InsyaAllah.

Wardina Datang Bulan Pasal Gereja...

"Pehal la mamat Nik Nazmi ni terhegeh-hegeh sangat!"


Aduhai Wardina... Kalau tak tahu  pasal isu gereja DUMC jangan lah hendak cuba memutar belitkan perkara sebenar, duduk diam-diam sudah lah... Buat malu jer dengan penampilan keislaman tapi lain pula yang di tonjolkan.. Apa Wardina ingat peminat dia suka ke dengan statement macamni?...

"...kita bimbang apabila orang Islam ke gereja...bimbang mereka terpengaruh dengan ajaran Kristian...namun kita juga melarang orang bukan Islam masuk ke dalam masjid...apakah kerana kita bimbang mereka terpengaruh dengan ajaran Islam? DrMaza.com" kata Wardina.

Kak oi kalau bercakap tu, tolong guna akal, jangan sedap mulut jer nak berkata-kata...

Oh bulan... Aku rasa kenyataan Wardina itu seakan-akan dia tengah datang bulan dalam bulan Ramadhan ni... (bulan itu lambang parti PAS)

Apa yang JAIS bimbangkan ialah sekiranya beberapa individu Islam yang hadir dalam majlis di gereja DUMC tempohari kekurangan ilmu  Islam, maka fikiran mereka mudah dipesongkan hingga membawa kepada murtad.

Selain daripada itu... terdapat juga aduan tentang ada usaha murtadkan umat Islam dalam gereja tersebut.

Konon Wardina nak cerita pasal isu ADUN DAP masuk masjid dan memberi tazkirah di ruang solat la tu...

Ketahuilah wahai Wardina bahawa Isu tersebut mencemarkan kesucian masjid malah jelas cuba mempolitikan tempat ibadat umat Islam.

Kalau nak tunjuk alim pun biarlah bertempat. Jangan pulak lepas ni bila kena tegur, sikit-sikit nak saman blogger.

Umat Islam wajib pertahan akidah bukannya saja-saja suka seronok tengok orang Islam di Murtadkan.

PAS Buat "U Turn" Selepas Di Desakan Dan Pendedahan - Sokong JAIS Jika Ada Bukti