Thursday, January 5, 2012
Nurul Izzah Hina Institusi Kehakiman Negara
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini menghina institusi kehakiman yang menyifatkan kes mahkamah yang dihadapi papanya Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan institusi kehakiman di negara ini sebagai ‘tempang’.
Nurul Izzah mendakwa sistem keadilan didukung Suruhanjaya Diraja, namun beberapa kes yang dilaporkan membabitkan individu tertentu tidak di ambil tindakan.
“Sebaliknya apa yang berlaku, wujud individu yang menyusun pelantikan hakim-hakim. Oleh itu, harus ada reformasi terhadap sistem kehakiman bagi mempastikan keadilan dapat ditegakkan,” kata beliau yang juga ahli parlimen Lembah Pantai.
Tegas Nurul, “dakwaan ke atas beliau (Anwar) diguna berkali-kali. Ternyata institusi kehakiman sekarang tempang. Kes Lingam tidak disiasat, individu yang mencampuri urusan kehakiman dan melantik hakim-hakim tidak didakwa.
“Maka kita nak lihat reformasi (terhadap sistem kehakiman) supaya keadilan dapat dilaksana. Sebagai contoh kes Aminur Rashid dan Ahmad Sarbaini Mohamad,” katanya ketika menjawab soalan berhubung kes bapanya.
Pada 9 Januari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan membuat penghakiman berhubung kes tuduhan liwat membabitkan Anwar dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Kes tersebut berlangsung hampir dua tahun ekoran Anwar didakwa meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.
Ketika ditanya mengenai calon bagi menggantikan Anwar sekiranya beliau didapati bersalah, Nurul beranggapan parti mempunyai ramai individu yang layak.
“Semuanya adalah individu yang dikenali dan layak. Semua mesti jelas dengan tugas masing-masing,” katanya ringkas.
Sumber berita : FMT
PAS tidak Akan Bersama PKR Dalam Perhimpunan Haram Bebaskan Anwar 901
Satu tamparan hebat buat PKR apabila Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Hasan Ali tidak menyokong perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ pada 9 Januari ini dan tidak akan menghadiri demonstrasi itu.
Perhimpunan itu dianjurkan oleh PKR dan akan dihadiri oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat sebagai menunjukkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika keputusan perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan.
Sehubungan itu, Hasan yang juga bekas pesuruhjaya Selangor menasihatkan mahasiswa dan pelajar khususnya yang sedang menghadapi peperiksaan dalam tempoh ini supaya tidak menghadiri perhimpunan itu.
"Walaupun terdapat arahan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman bagi ahli-ahli (PAS) supaya hadir, saya merasakan bahawa ini adalah tidak sesuai.
"Saya telah semak sebelum ke sidang media ini, tidak terdapat arahan oleh mana-mana pesuruhjaya PAS negeri lain yang mengeluarkan arahan seumpama itu. Tiada juga arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin atasan supaya hadir. Oleh itu, saya tidak akan hadir," katanya.
Hasan, bekas ahli akademik dan bekas ketua Biro Tatanegara, berkata sebagai pelajar mereka perlu menumpukan perhatian pada pelajaran dan tidak terpengaruh apa-apa yang mungkin berlaku kepada Anwar.
"Tumpukan perhatian pada pelajaran dan masa depan anda. Saya difahamkan kebanyakan universiti seperti Universiti Malaya, Universiti Industri Selangor, Universiti Teknologi Mara, Universiti Pertanian Malaysia sedang mengadakan peperiksaan dalam tempoh ini.
“Tumpukan pada peperiksaan dan lakukan yang terbaik.
"Saya kasihan terhadap Anwar tetapi beliau tidak seharusnya menjadikan masalah peribadinya sebagai isu negara dan mengheret orang lain bersama. Pelajar sekolah menengah juga harus kekal di sekolah-sekolah dan tidak menjejaskan pelajaran mereka," katanya.
Hasan berkata demikian sebagai mengulas perhimpunan yang dicadangkan untuk menyokong Anwar selepas keputusan perbicaraan liwat diumumkan.
Nampaknya Pakatan Rakyat sudah tidak memerlukan Anwar lagi.... Mereka sebenarnya mahu Anwar duduk dalam penjara kerana Anwar dilihat sebagai liabiti kepada Pakatan Rakyat!
Oh ya jangan lupa... Mat Sabulah orang pertama yang gelar Anwar sebagai Al-Juburi....
Berita terdahulu: Hasan Ali Cadang Nik Aziz, Hadi Ganti Anwar... Ada Berani???
Hasan Ali Cadang Nik Aziz, Hadi Ganti Anwar... Ada Berani???
Aku pasti Godfather Karpal Singh akan menyerang kenyataan Hasan Ali... Begitu juga dengan Lim Kit Siang... Kenyataan ini bakal mendapat tentangan hebat dari DAP, kerana DAP hanya mahu Lim Guan Eng ganti Anwar!
Bagaimana pula dengan pendirian Nik Aziz dan HJ Hadi... seperti biasa mereka akan tunduk di bawah telunjuk DAP...
Hahhh! aku nak tengok sejauh mana kekuatan Nik Aziz dalam menagani isu ini.... Adakah Nik Aziz terus tunduk dengan perintah DAP atau sebaliknya!
Laporan Malaysia Kini menyatakan Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali mencadangkan supaya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Perdana Menteri jika Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya dan jika Pakatan berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Sekiranya umur menjadi faktor penghalang, maka Hasan mencadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kerana kedua-dua mereka adalah calon yang mampu dan berkelayakan.
Hasan berkata apabila memilih seseorang pemimpin, selain rekod prestasi mereka dalam kerajaan dan peringkat antarabangsa, latar keluarga mereka juga perlu diberi perhatian.
“Untuk jadi pemimpin track record mesti bagus, track record kita khidmat dengan kerajaan, swasta, di peringkat antarabangsa dan organisasi perlu diambil kira.
“Track record perlu tengok ini. Kita juga tengok perkelilingan kita, keluarga kita mesti bagus, isteri kita mesti bagus, anak kita mesti bagus jangan ada dadah.
“Sebab kita nak jadi pemimpin dan pemimpin ini neraca atau cermin kepada rakyat kita pimpin," katanya.
Justeru, katanya atas sebab itu, baginya orang yang paling layak memimpin negara ini dan yang terbaik sepanjang pengetahuannya adalah Nik Aziz.
“Yang paling cantik untuk pimpin Malaysia ini, saya nak namakan orang itu, bagi saya beliau adalah Datuk Nik Aziz.
“Kalau umur jadi halangan, Datuk Seri Hadi Awang pada saya," katanya.
Hasan juga menemplak mereka yang mempertikaikan mengapa pemimpin kanan PAS itu tidak boleh menjadi perdana menteri.
“Apa Hadi awang tak boleh? Adakah kerana dia tak dididik di England, di Oxford atau Cambridge tidak boleh jadi PM.
“Adakah kerana beliau pakai jubah atau serban dia tak boleh jadi PM?" soalnya pula.
Hasan berkata, kedua-dua pemimpin itu mempunyai cara hidup, latar keluarga dan rekod prestasi serta pengalaman mereka berurusan dengan rakyat yang cemerlang.
“Tengok kehidupan, keluarganya, pengalaman mengurusnya, pengalaman tadbir manusianya saya rasa kalau saya ada cadangan atau ada kuasa kemukakan cadangan itu saya cadang dua orang inilah yang saya akan paparkan sebagai pemimpin yang boleh didaikan PM Malaysia," katanya lagi.
Perhimpunan Penyerahan Memorandum Kepada Kerajaan Kelantan
Hampir 500 orang bersama Majlis Tindakan Rakyat Kelantan ( MTRK ) dan beberapa NGO berhimpun dalam satu perhimpunan aman di perkarangan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan ( SUK ) disini.
Perhimpunan aman itu bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri yang dipimpin oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan bagi mendesak supaya mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menangani masalah bekalan air di negeri tersebut.
Video URL: http://youtu.be/DJVKBreAxc0
Kira-kira 3.25 petang, memorandum tersebut berjaya diserahkan menerusi wakil kerajaan negeri yang juga merangkap Pegawai Khas kepada Menteri Besar Kelantan, Hj Zawawi Mohamad tanpa sebarang insiden buruk yang berlaku.
Dalam satu sidang penerangan, Naib Presiden MTRK Kadir Yaakob, menjelaskan bahawa masalah bekalan air bersih ini sudah menjadi satu isu yang serius setelah kerajaan negeri gagal menanganinya walau sudah lebih 20 tahun mentadbir negeri itu.
Tambahnya lagi, Rakyat Kelantan sepatutnya peka akan hal tersebut, dimana punca daripada bekalan air yang dibekalkan oleh Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB ) telah disahkan oleh jabatan berkaitan yang ianya telah mengakibatkan hampir 95 peratus kanak-kanak di Kelantan mengalami masalah kerosakan gigi atau juga gigi yang mudah reput selain menjejaskan kesihatan rakyat kerana mengandungi logam berat dan juga E – Coli.
Pada masa sama pihak MTRK mengingatkan kerajaan negeri dengan memberi 2 bulan masa untuk menyelesaikan masalah air dan beberapa masalah yang telah dibangkitkan.
Sumber: Detik Perubahan
Anwar Gagal Umum Siapa Pengantinya Jika Bersalah...
Anwar Ibrahim tidak mampu untuk mengumumkan siapa pengantinya pengganti sekiranya beliau gagal menjadi Perdana Menteri dan didapati bersalah berhubung dakwaan kes liwat dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Dalam satu temu bual eksklusif dengan Sinar Harian Online semalam, Anwar menegaskan, Pakatan Rakyat (PR) bersedia dari segala kemungkinan termasuklah senario ketiadaannya selepas keputusan kes diketahui Isnin ini.
Namun Anwar memberi alasan kononnya enggan menamakan seseorang kerana menyifatkan ia adalah tindakan kurang bijak sekiranya calon penggantinya diumumkan sekarang.
“Sebagai seorang manusia biasa, kita tidak tahu apa yang akan terjadi kepada kita pada masa akan datang, namun PR sentiasa bersiap sedia dengan semua pilihan.
“Ketiadaan saya bukan hanya bermaksud saya di dalam penjara, kemalangan juga boleh terjadi, jadi saya akan umumkan pengganti saya selepas 9 Januari,” katanya.
Anwar yang juga Ketua Umum PKR menegaskan bahawa pengganti itu nanti semestinya mendapat sokongan ketiga-tiga parti komponen PR dan boleh ditonjolkan dengan baik serta diterima rakyat.
“Kita kena bersedia dan siapkan pemimpin ini, kita akan ‘grooming’ dengan sebaik-baiknya dan isi kepimpinan kita,” katanya.
Jelas dilihat Anwar sedang menyembunyikan sesuatu yang mana beliau memberi kenyataan agak kurang pasti... Sekiranya Anwar sudah mempunyai nama calon pengantinya apa salahnya jika Anwar umumkan sekarang?
Rakyat nak tahu... Siapa penganti Anwar... Itu lebih penting bagi menetukan arah tuju masa depan PR.
PR akan mengadakan konvensyennya di Kedah pada 14 Januari ini.
Mayat Hidup... Safwan Anang Akan Berada Di IPD Dang Wangi Jam 2.00 Petang Ini...
Siswa yang di katakan nazak nak mampus kemarin dikhabarkan akan berada di IPD Dang Wangi pada jam 2.00 petang ini, untuk membuat laporan polis kononnya pihak berkuasa PDRM telah bertindak ganas dalam meleraikan perhimpunan yang diadakan.
Terdahulu semasa membuat laporan polis di IPD Dang Wangi, Kumpulan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi (Bebas) mengaku memecahkan pintu masuk Klinik Darussyifa di Tanjung Malim ketika mengadakan perhimpunan haram di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada Ahad lalu.
Pengakuan itu disusuli dengan kenyataan melampau wakil kumpulan mahasiswa terbabit yang menggelar pasukan polis sebagai penjenayah.
Wakil Bebas, Aziq Abdul Aziz berkata, mahasiswa yang mengadakan perhimpunan haram itu bertindak memecah pintu masuk klinik tersebut untuk meminta rawatan dilakukan terhadap rakan mereka iaitu Safwan Anang Talib.
Difahamkan pintu kaca Klinik Darussyifa akan dikunci selepas pukul 12 tengah malam pada setiap hari kerana bimbang berlaku kejadian jenayah.
Sebenarnya siapa penjenayah? polis ke mahasewel ni semua?
Penjelasan Melalui Video Dari Nur Amalina Che Bakri Berhubung Gambar Kontroversinya...
Setelah menonton klip video ‘Skype’ dan membaca luahan hati ibunya...
Abang... abang... abang... no komen....
(pisst ni abang Jinggo bukan abang Mamat Khalid)
Itu hak Amalina .. kami hanya menegur untuk kebaikan... buatlah apa yang Amalina suka... Abang doakan yang terbaik untuk Amalina...
Video URL: http://youtu.be/qT1K-vYK6-0
Pelajar Terbaik SPM 2004, Nur Amalina Che Bakri hari ini meminta semua pihak khususnya blogger supaya tidak lagi menyebarkan fitnah dan mengaibkan beliau kononnya bertindak liar dengan perbuatan-perbuatan kurang bersopan.
Sambil menyangkal fitnah mendakwa dirinya mengalami kejutan budaya ketika mengikuti pengajian tinggi di United Kingdom sekarang, tegas Nur Amalina: "Jangan menilai seseorang daripada pandangan luaran sahaja."
Beliau berkata demikian menerusi sidang video ‘Skype’ di kediaman ibunya, Sabariah Hassan, semalam, juga turut terkilan dengan tindakan menceroboh gambar peribadi miliknya.
Nur Amalina mengakui beliau terkilan apabila ada pihak memberi komen-komen yang melibatkan keluarganya.
"Bagi mereka (blogger) yang menyebarkan gambar-gambar tersebut diharap dapat hentikan kerana ia mengaibkan tambahan pula ia adalah gambar peribadi saya," tegasnya dalam reaksi pertama mengenai kontroversi diri beliau.
Dalam kenyataan kepada Sinar Harian semalam, ibunya Sabariah Hassan menyifatkan segala tuduhan liar terhadap Nur Amalina sebagai fitnah.
“Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (UK), sejak dia menuntut di sana,” kata Sabariah.
Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun tewas dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung, juga tidak benar.
Berkongsi kisahnya, Nur Amalina juga mengakui sudah lali dengan perkara sebegitu kerana ini bukan pertama kali difitnah.
"Namun saya reda, sememangnya mulut orang kita tidak boleh tutup, tambahan pula ia adalah sesuatu yang tidak benar,” kata beliau.
Mengulas mengenai fesyen serta pakaian yang disifatkan seksi seperti yang tersebar di laman blog, Nur Amalina menyifatkan ia melampaui batas.
“Saya sememangnya tidak bertudung, malah saya gemar berfesyen sejak kecil lagi. Seluar yang saya pakai di dalam gambar tersebut adalah pemberian daripada mama.
“Seluar itu mempunyai satu lapisan lain yang menyerupai warna kulit di bahagian dalam, ia tidak seperti yang difikirkan masyarakat, kerana tidak mungkin saya akan memakai pakaian yang koyak untuk keluar,” katanya.
Jelasnya, walaupun tidak bertudung, amalan membaca al-Quran serta solat lima waktu tidak pernah dilupakan dan menegaskan ia merupakan kunci kejayaannya.
“Walaupun saya tidak bertudung tetapi saya masih tidak lupa untuk menunaikan solat setiap waktu, juga membaca Yasin pada malam Jumaat kerana mama telah mendidik saya sebegitu sejak dari kecil.
“Saya tidak pernah melakukan perkara yang melampaui batasan ketika keluar bersosial bersama rakan-rakan, ia cara bagi melepaskan tekanan selepas berpenat mengulang kaji, gambar yang tersebar itu adalah gambar ketika meraikan hari lahir saya,” katanya lagi.
Nur Amalina yang kini sedang menjalankan penyelidikan mengenai barah ovari dan payudara berkata, fitnah yang tersebar tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus belajar bersungguh-sungguh.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang memberikan nasihat, apa yang berlaku ini akan saya jadikan iktibar dan tauladan untuk menjadi lebih baik.
Berita terdahulu : Nur Amalina Che Bakri, Pelajar Cemerlang 17A1 Kini Liar Sosial...
Demonstrasi Bebas Anwar 901 Tidak Akan Ubah Keputusan Mahkamah!
Yang salah tetap bersalah!
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata sebarang demonstrasi jalanan tidak akan mengubah mana-mana keputusan mahkamah.
Beliau yang merujuk kepada demonstrasi Kempen “Bebaskan Anwar 901″ yang dirancang pada Isnin ini berkata, orang ramai tidak perlu terlalu emosi dan mudah terpengaruh jika ada pihak tertentu cuba menghasut mereka bagi menyertai demonstrasi berkenaan.
“Saya nak ingatkan orang ramai kes yang ada di mahkamah yang akan dijatuhkan hukumannya tak lama lagi sudah lama berjalan, kenapa baru sekarang ada perancangan tertentu,” katanya selepas menghadiri mesyuarat pasca kabinet kementerian itu.
Demonstrasi itu dikatakan bertujuan menuntut keadilan bagi Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadual memberi penghakiman berhubung kes liwat membabitkan beliau pada hari tersebut.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO seterusnya berkata polis tidak akan berkompromi dengan cubaan penganjur untuk mengadakan perhimpunan itu sehingga boleh mengganggu-gugat keselamatan orang awam.
“Yang menjadi sandaran Polis Diraja Malaysia ialah keselamatan, ketenteraman dan kepentingan orang awam termasuk peniaga dan penjaja. Jika tidak menjejaskan keadaan, saya tengok tidak mendatangkan masalah.
“Tetapi kalau sekiranya jelas apa yang nak dilakukan ini disengajakan atau akan menimbulkan huru-hara ini akan menjadi pertimbangan pihak polis,” katanya.
Wednesday, January 4, 2012
Pencapaian Akademik Pelajar Terlibat Dalam Rusuhan UPSI Didedahkan...
Nama : Shazni Munir Bin Mohd Ithnin
Umur : 25 tahun
Bekas pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dengan Pengajian Islam, Universiti Malaya. Ditamatkan pengajian kerana pencapaian kurang memuaskan (CGPA bawah 2.0)
Nama : Ahmad Syukri Bin Kamaruddin
Umur : 22 tahun
Bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Tidak menghabiskan pengajian kerana terlalu sibuk berpolitik dan pencapaian akademiknya kurang memuaskan.
Kini bekerja sebagai pegawai khas Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa
Nama : Ahmad Syukri Che Ab Razab
Umur : 27 tahun
Bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Diberhentikan kerana pencapaian akademik kurang memuaskan. Meneruskan pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Namun tidak menghabiskan pengajian kerana aktif dalam poltik kerana pencapaian akademik kurang memuaskan.
Kesimpulan :
Mereka adalah pelajar-pelajar IPTA pro-pembangkang yang gagal di IPTA. Tetapi selepas diberhentikan pengajian di IPTA kerajaan Negeri Selangor memberikan mereka 'full scholarship' untuk belajar di IPTS milik kerajaan negeri Selangor.
Kerajaan negeri Selangor dikatakan menggunakan mereka untuk menjayakan agenda gerakan politik pembangkang di kalangan pelajar-pelajar junior. Selanjutnya klik di sini...
Subscribe to:
Posts (Atom)