Thursday, January 5, 2012

6 Hasan Ali Cadang Nik Aziz, Hadi Ganti Anwar... Ada Berani???


Aku pasti Godfather Karpal Singh akan menyerang kenyataan Hasan Ali... Begitu juga dengan Lim Kit Siang... Kenyataan ini bakal mendapat tentangan hebat dari DAP, kerana DAP hanya mahu Lim Guan Eng ganti Anwar!

Bagaimana pula dengan pendirian Nik Aziz dan HJ Hadi... seperti biasa mereka akan tunduk di bawah telunjuk DAP...

Hahhh! aku nak tengok sejauh mana kekuatan Nik Aziz dalam menagani isu ini.... Adakah Nik Aziz terus tunduk dengan perintah DAP atau sebaliknya!



Laporan Malaysia Kini menyatakan Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali mencadangkan supaya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai Perdana Menteri jika Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya dan jika Pakatan berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Sekiranya umur menjadi faktor penghalang, maka Hasan mencadangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri kerana kedua-dua mereka adalah calon yang mampu dan berkelayakan.

Hasan berkata apabila memilih seseorang pemimpin, selain rekod prestasi mereka dalam kerajaan dan peringkat antarabangsa, latar keluarga mereka juga perlu diberi perhatian.

“Untuk jadi pemimpin track record mesti bagus, track record kita khidmat dengan kerajaan, swasta, di peringkat antarabangsa dan organisasi perlu diambil kira.

“Track record perlu tengok ini. Kita juga tengok perkelilingan kita, keluarga kita mesti bagus, isteri kita mesti bagus, anak kita mesti bagus jangan ada dadah.

“Sebab kita nak jadi pemimpin dan pemimpin ini neraca atau cermin kepada rakyat kita pimpin," katanya.

Justeru, katanya atas sebab itu, baginya orang yang paling layak memimpin negara ini dan yang terbaik sepanjang pengetahuannya adalah Nik Aziz.

“Yang paling cantik untuk pimpin Malaysia ini, saya nak namakan orang itu, bagi saya beliau adalah Datuk Nik Aziz.

“Kalau umur jadi halangan, Datuk Seri Hadi Awang pada saya," katanya.

Hasan juga menemplak mereka yang mempertikaikan mengapa pemimpin kanan PAS itu tidak boleh menjadi perdana menteri.

“Apa Hadi awang tak boleh? Adakah kerana dia tak dididik di England, di Oxford atau Cambridge tidak boleh jadi PM.

“Adakah kerana beliau pakai jubah atau serban dia tak boleh jadi PM?" soalnya pula.

Hasan berkata, kedua-dua pemimpin itu mempunyai cara hidup, latar keluarga dan rekod prestasi serta pengalaman mereka berurusan dengan rakyat yang cemerlang.

“Tengok kehidupan, keluarganya, pengalaman mengurusnya, pengalaman tadbir manusianya saya rasa kalau saya ada cadangan atau ada kuasa kemukakan cadangan itu saya cadang dua orang inilah yang saya akan paparkan sebagai pemimpin yang boleh didaikan PM Malaysia," katanya lagi.

6 comments:

Anonymous said...

PAS + DAP + PKR mana boleh bersatu! nama saja pakatan tapi tiada kata sepakat! masing-masing tamakkan kuasa..

Lim said...

bulshit!! Nik Aziz & Hadi tak layak jd PM.. Guan Eng is the best choice!

Anonymous said...

Biar betul Hasan nih.. apasal masa Hadi Awang jadi MB Ganu, Terengganu hampir bengkrap? tadika kemas semua dirampas dn mcm2 lagi?

Anonymous said...

tak paham lagi, perli saja tu, perang saikologi...kan Hassan Ali dah tak sebulu lagi ngan PAS...tp nak keluar takut ngan bai'ah yg di buat...jadi secara halus buat statement lagakan pakatan...biar dia orang rebut nak jadi PM...kena baca apa yang tersirat. Biar padan muka pakatan

Anonymous said...

Kenyataan Hasan Ali tu ada maksudnya bai... ko jangan amik mudah.

Teruskan menjarum sdr Hassan Ali. Saya sokong anda.

Anonymous said...

N.ajis apa tau? Hari2 dok kkecek pasal dosa-pahala, syorga- neraka... Sampai naik muak kome mendengornye... Btw, berapa IQ N.ajis agok nye?
Dari cakap2 nya ternyata beliau bukan lah seorang yg tinggi intelektuil...

Berlainan dgn Anwar. Cumer yg slagnya Anwar terlalu gila kuasa dan kaki putar belit melampau disamping bermoral rendah. Sesuai jadi ketua demo jer.

 

POLITIK HARIAN Copyright © 2013 - |- Template created by O Pregador - |- Powered by Blogger Templates