Monday, January 9, 2012
Adam Adli digantung Tiga Semester
Pelajar Adam Adli Abdul Halim digantung pengajian selama tiga semester atas tuduhan mencemarkan reputasi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Penggantungan pelajar tahun ketiga jurusan Mengajar Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) peringkat sarjana muda itu berkuatkuasa serta merta.
Pelajar 22 tahun itu ditahan dan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti berkenaan hari ini atas dakwaan terbabit dengan perhimpunan menuntut kebebasan akademik pada 17 Disember lalu.
Adam mencetuskan kegemparan apabila beliau menurunkan bendera yang tertera gambar Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur dan menggantikannya dengan kain rentang propelajar.
Beliau kemudiannya memberitahu pemberita bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan universiti itu.
#901 Video "Komando AMK" Belasah Orang Awam!
Lihatlah betapa murah dan dangkalnya politik parti pembangkang.... Sekumpulan penyokong Anwar Ibrahim membuat provokasi murahan dengan memaki hamun, sumpah seranah kepada orang awam...
Kemudian datang kumpulan "Komando AMK" masuk campur dan membelasah seorang lelaki yang boleh dianggap pangkat bapa kepada budak-budak mentah ini! Inilah namanya melayu PKR yang bodoh!
Video URL: http://youtu.be/5ilkanG96WA
#901 Saya Di Bebaskan Kerana Suka Sama Suka!
Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusuf Zainal Abiden, yang mengendalikan pendakwaan kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memaklumkan, mereka belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan pembebasan Anwar kerana mempunyai tempoh 10 hari untuk berbuat demikian.
Meskipun dibebaskan daripada pertuduhan liwat, kedudukan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bayangan pembangkang masih belum terjamin.
Pendakwaraya boleh membuat rayuan di Mahkamah, malah Pejabat Peguam Negara bakal mengemukakan rayuan dengan hujah-hujah yang lebih kukuh lagi.
p/s: Karpal pernah berhujah wujudnya elemen suka sama suka dalam kes liwat II.
#901 Letupan Bom Di Luar Kompleks Mahkamah! Tiga Orang Cedera !!
Tiga letupan dipercayai bom buatan sendiri meletup di luar Kompleks Mahkamah... dilaporkan sehingga kini tiga orang cedera...
Letupan bom kedengaran selang 10 minit dengan letupan pertama pada jam 10.10 pagi menyebabkan seorang peguam dan orang awam cedera.
Kejadian jam 10.15 pagi itu turut menyebabkan sebuah Perodua Kembara mengalami kerosakan kecil di pintu sebelah pemandu
#901 Anwar Ibrahim Bebas! Adakah Keputusan Ini Di Anggap "Tempang" Oleh Nurul Izzah?
9:30am - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari melepas dan membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa.
Maka mahkamah hanya bergantung kepada testimoni Saiful. Memandangkan ini adalah kes jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk mensabitkan kesalahan bersandarkan kenyataan Saiful yang tidak disokong bukti. Atas sebab itu tertuduh dibebaskan.
Penyokong Anwar bersorak kegembiraan.... Kenapa kali ini mereka tidak membuat protes tentang keputusan hakim? Adakah keputusan ini di anggap "tempang" oleh Nurul Izzah??
Adakah dengan keputusan ini Kerajaan Barisan Nasional masih dianggap zalim????
Berita terdahulu: Penyokong Anwar Bertindak Ganas
#901 Update Gambar Penyokong Anwar Bertindak Ganas...
Penyokong Anwar membuat provokasi menghalau kumpulan Perkasa keluar dari kawasan mahkamah.. Mereka bertindak liar dan menumbuk seorang penyokong Saiful. Mereka juga membakar banner yang di bawa oleh kumpulan Perkasa yang menyokong Saiful....
#901 Tercetusnya Pergaduhan
Amat menyedihkan apabila melihat melayu sepak terajang sesama sendiri.
Kumpulan Perkasa bertembung dengan kumpulan penyokong Anwar Ibrahim.
Pihak PDRM terpaksa meleraikan pergaduhan tersebut.
Kumpulan Perkasa bertembung dengan kumpulan penyokong Anwar Ibrahim.
Pihak PDRM terpaksa meleraikan pergaduhan tersebut.
#901 Anwar Tiba Di Mahkamah Jalan Duta
Anwar didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah.
#901 Penyokong Anwar Tidak Mematuhi Arahan PDRM
Lagi gambar-gambar penyokong Anwar tidak mematuhi perjanjian yang dibuat bersama PDRM... Mereka terus membuat bising dengan membawa masuk pembesar suara... Anwar Ibrahim dijangka sampai pada pukul 8.30 am... Dilaporkan Anwar Akan menyapaikan ceramah sebelum masuk ke Mahkamah.
Yang hadir kebanyakkannya dari Parti PKR dan segelintir puak PAS... Kelibat penyokong dari DAP seorang pun tak nampak!
Yang hadir kebanyakkannya dari Parti PKR dan segelintir puak PAS... Kelibat penyokong dari DAP seorang pun tak nampak!
Lembu PKR pun ada.....
Provokasi Bermula #901
Penyokong Anwar sudah mula tunjuk keras kepala.... Tidak mematuhi 10 arahan yang dikeluarkan oleh PDRM.
Disamping itu mereka membuat bising dengan jeritan bebaskan Anwar dan Reformasi.
Pihak polis terpaksa merampas sepanduk yang bertulis "Bebaskan Anwar"
Bro Jinggo melaporkan live dari Mahkamah Jalan Duta.
Disamping itu mereka membuat bising dengan jeritan bebaskan Anwar dan Reformasi.
Pihak polis terpaksa merampas sepanduk yang bertulis "Bebaskan Anwar"
Bro Jinggo melaporkan live dari Mahkamah Jalan Duta.
Subscribe to:
Posts (Atom)