Wednesday, January 19, 2011

Speker tidak boleh Istihar DUN Klang Kosong - SPR

Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Yusof berkata Speker Selangor tidak boleh istihar sendiri DUN Klang kosong, tugas istihar kerusi Dun kosong bukan tugas Speker. Teng Chang Khim seharusnya memberitahu SPR terlebih dahulu.

Speaker isytihar kerusi DUN Pelabuhan Klang dikosongkan

Lagi Pilihanraya Kecil? Kali ini DUN Pelabuhan Klang

Kerusi DUN Pelabuhan Klang diistihar kosong oleh Speaker Selangor Datuk Teng Chang Khim kerana kegagalan penyandangnya Badrul Hisham Abdullah menghadiri persidangan dewan selama enam bulan tanpa alasan munasabah. Kali terakhir Badrul menghadiri sidang DUN 15 Julai tahun lalu.Baca Lagi...

Panas “nokk”… Mulut Laser Azwan Ali serang Ummi Hafilda!


Kes liwat sensasi merupakan kes yang melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Pada tahun 1998 , Anwar Ibrahim dikatakan melakukan jenayah luar tabii (liwat) terhadap beberapa individu yang rapat dengannya seperti Azizan Abu Bakar dan Sukma Darmawan dan lain-lain. Baca Lagi...

Tuesday, January 18, 2011

PRK Tenang: PM Debat Anwar, Ada Yang Demam, Terlondeh Nanti – PM


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata beliau tidak gentar untuk berdebat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah mencabarnya untuk bersemuka secara terbuka.

Tetapi sebelum itu, Anwar perlu ‘menyelesaikan masalah peribadinya’, khususnya tuduhan liwat sebelum campur tangan dengan urusan lain. Baca Lagi...

PRK Tenang: JOM Dengar Radio Merpati, Live Dari Tenang!

Hebat meletop! Tahniah diucapkan diatas pelancaran radio online Listen 2 my Radio, kini anda boleh melayari radio Merpati untuk mendapatkan maklumat terkini PRK DUN Tenang…

Ini adalah satu usaha yang terbaik dari blogger pro umno, diharap pihak kerajaan dapat memberi perhatian dalam membantu perkembangan siaran radio ini.

Dengar Radio Merpati : Sila klik disini


Dibawah rakaman dari DJ Radio Merpati:

Aku bersama kekawan blogger yang turun ke Tenang hari ini telah memulakan secara rasmi radio online bagi menyerang secara terus musuh Puak Pakatan Haram Jadah ni. Antara pengisian rancangan radioa online ini termasuklah:

  1. Intisari Turbo : Membawakan intisari dari berita akhbar online dan juga blog pilihan aku sebagai DJ. So kalau ada hot story dari semua blogger Pembela Negara, aku akan baca intro dan link blog korang. Kira macam free promotela.
  2. Berita Turbo : Berita ini akan dibuat oleh kami team blogger untuk disiarkan. Beza dengar radio lain, berita ini lebih panas dan aku balon supaya Anwar dan gengnya hangit.
  3. Chat Turbo : Di sebelah tepi paparan radio online aku ada ruangan chat untuk korang chat. Hari-hari aku buka topi, korang diskusila sampai letih. Nak minta lagu pun boleh. Nanti aku cuba putarkan untuk korang.
  4. Ceramah Turbo : Aku bawakan siaran tertunda ceramah-ceramah politik sekitar Tenang bagi mereka yang tak sempat dengar atau bagi mereka yang tak puah dengar, nak dengar lagi dan lagi? Aku akan mainkan semula.
  5. Laporan trafik Turbo : Laporan Pergerakkan trafik di sekitar kawasan Tenang. Akan dibawakan dari semasa ke semasa.
  6. Apa lagi rancangan yang korang nak? boleh send kat twitter aku mrghostwriterz atau post kat chat tew. Nanti aku cuba usahakan.
Dan semua ini korang ble dapat hanya dengan klik di http://merpati.listen2myradio.com. Bagi blogger lain aku sarankan letak link ni di blog korang. Yerla, aku dah baca blog korang, korang promote la sikit. Lagi ramai pendengar, lagi ramai yang akan baca blog korang kan. OK, kepada semua petugas PRK DUN Tenang, aku ucapkan selamat berjuang. Adios! -Politik Harian

Adun Sri Muda, Suhaimi Bakal Didakwa!


Menurut kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pihak polis telahpun menyelesaikan siasatan mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafiei berhubung dakwaan bahawa beliau menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam blognya pada 30 Disember lepas.

Justeru itu beliau, berharap pihak Peguam Negara dapat mengambil tindakan selanjutnya dengan segera untuk menentukan sama ada Shuhaimi melanggar undang-undang sedia ada dan perlu didakwa di mahkamah atau sebaliknya.

“Dan jika terdapat kelewatan dalam siasatan polis, bahawa kita tidak memberikan peluang sepenuhnya kepada mereka bagi membawa perkara itu ke depan, saya harap polis akan beri kerjasama penuh,” katanya.

Hishammuddin berkata lebih 20 laporan polis berhubung perkara tersebut, yang turut melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) yang tiada kaitan dengan politik.

Terdahulu, Shuhaimi mengeluarkan kata-kata yang boleh dianggap menghina institusi Raja dalam laman blognya seperti “Sultan beraja di mata, bersultan di hati”.

Kata-kata ini tidak patut dilafazkan oleh seorang ahli politik dan wakil rakyat matang, apatah lagi oleh seorang yang berbangsa Melayu seperti Shuhaimi. Orang Melayu berpegang kepada adat sopan dan adat beraja. Perkataan seperti ini tidak harus keluar walau apapun matlamat seseorang itu.

Dalam laman blog http://srimuda.blogspot.com, Shuhaimi antara lain, mendakwa jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.

Malah, wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menerusi kenyataan dalam blog berkenaan seolah-olah turut memberikan gambaran amaran kepada institusi beraja Selangor supaya “tidak berterusan bertindak membelakangkan MMKN atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana”. -Politik harian

Ng Kiam Nam, pengadu bunyi azan mohon maaf…


Peguam yang didakwa membantah kelantangan laungan azan di Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi, Ng Kian Nam tampil memberi penjelasan dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini berhubung kontroversi itu.

Ng membuat permohonan maaf itu dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal.

Sidang akhbar itu diadakan di pejabat Umno bahagian Lembah Pantai, yang diketuai oleh Raja Nong Chik.

Sebelum itu, Raja Nong Chik mengadakan pertemuan dengan Ng dan wakil-wakil kumpulan yang terlibat dalam protes tersebut.

Ketika bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Ng berkata, “Setiap orang mempunyai kelemahan dan saya mahu meminta maaf kepada semua umat Islam di negara ini di atas salah faham yang terjadi.

“Sebenarnya saya tidak tahu membezakan antara suara azan dan ceramah (kuliah subuh),” katanya.

Ng berkata beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan umat Islam di negara ini berhubung isu itu serta berharap isu itu tidak disensasikan lagi.

Raja Nong Chik pula berkata isu itu sewajarnya tidak diperbesarkan kerana ia merupakan salah faham yang tidak disengajakan dan menjadikan insiden itu sebagai iktibar.

Beliau juga meminta permohonan maaf Ng diterima oleh semua pihak.

Ng Kian Nam berani tampil memberi penjelasan dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di Malaysia. Bagaimana pula dengan pengadu tentang azan kondominium di Bandar Tun Razak dulu yang pernah mencetuskan pergaduhan dan permusuhan yang agak serius di antara penduduk bukan Islam dan penduduk beragama Islam?? Fikir fikirkanlah… -Politik Harian

Monday, January 17, 2011

PRK Tenang: Calon PAS, Normala Melanggar Kesalahan Akta SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mengambil tindakan tegas terhadap, Normala Sudirman calon PAS untuk PRK Dun Tenang diatas aktivi menjalankan kempen awal di Tenang. Baca Lagi...

PRK Tenang: PKR, DAP Akan Boikot PAS?


Belum pun pilihan raya kecil Dun Tenang diadakan, pembangkang terlebih awal gagal mempamerkan kesepakatannya apabila, Penasihat DAP, Lim Kit Siang memberi pertunjuk awal kekalahan Pakatan Rakyat di Tenang. Baca Lagi...

Sunday, January 16, 2011

PRK Tenang: Normala Calon PAS

PAS mengumumkan Ketua Muslimat PAS Kawasan Labis, Normala Sudirman sebagai calon mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Dataran Wayang Pacak di Labis.

Normala (kanan) merupakan ketua Muslihat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.

Normala adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, selepas meletak jawatan baru-baru ini. Baca Lagi...

Saturday, January 15, 2011

Papa Gomo Rentap Big Dog!!!


Satu letusan dialam cyber telah bermula apabila Papa Gomo membelasah Big Dog secara terbuka! http://www.papagomo.com VS http://bigdogdotcom.wordpress.com .

Seperti yang kita ketahui Big Dog adalah seorang blogger lapok yang lebih dikenali sebagai Old School blogger! Penulisannya juga masih tidak berubah dan sukar untuk diubah mengikut peredaran zaman merentasi masa. Corak pemikiranya masih ditakuk politiking kuno zaman 80an seperti fitnah digunapakai dalam blog Big Dog!….

Kes Rogol amah, Big Dog berjaya melepaskan diri dan membiarkan Rocky kantoi hingga disiasat polis, ini lah dia kawan yang tak guna! Blogging umpama baling batu, sorok tanganBaca Lagi...

Thursday, January 13, 2011

Anwar beri seribu alasan, tak berani debat dengan Khairy!


Tranformasi politik baru Kepimpinan Khairy, berpolitik secara terbuka membuat tawaran debat kepada Anwar selepas Husam Musa (PAS). Biarlah rakyat yang menilai sejauh mana kebenaranya.

Namun seperti yang kita kenali, inilah Anwar Ibrahim pasti ada helahnya dan bermacam macam helah diciptanya untuk menipu rakyat!

Sewaktu Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu, beliaupun tidak mempunyai masa untuk terima cabaran debat ajakan dari PAS.

Kalau dulu Anwar cabar Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah disahut oleh Shabery, Anwar terima tawaran debat tersebut. Sekarang bila Khairy tawar diri debat, Anwar beri seribu alasan.

Bak kata Lokman Adam, Exco Pemuda UMNO, Sekarang Anwar guna slogan baru “Lari Tetap Lari”!!! Baca Lagi...

Khairy ajak Anwar debat, Shamsul AMK cuba meninggikan yang rendah pula…

Pergerakan Pemuda Umno hari ini telah menghantar surat rasmi jemputan untuk berdebat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu Program 100 Hari Pakatan Rakyat. Surat tersebut diserahkan melalui Penolong Setiausaha Pemuda Umno Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Damansara. Baca Lagi...