

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata beliau tidak gentar untuk berdebat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah mencabarnya untuk bersemuka secara terbuka.
Tetapi sebelum itu, Anwar perlu ‘menyelesaikan masalah peribadinya’, khususnya tuduhan liwat sebelum campur tangan dengan urusan lain. Baca Lagi...
Dibawah rakaman dari DJ Radio Merpati:
Aku bersama kekawan blogger yang turun ke Tenang hari ini telah memulakan secara rasmi radio online bagi menyerang secara terus musuh Puak Pakatan Haram Jadah ni. Antara pengisian rancangan radioa online ini termasuklah:
Menurut kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pihak polis telahpun menyelesaikan siasatan mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda Shuhaimi Shafiei berhubung dakwaan bahawa beliau menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam blognya pada 30 Disember lepas.
Justeru itu beliau, berharap pihak Peguam Negara dapat mengambil tindakan selanjutnya dengan segera untuk menentukan sama ada Shuhaimi melanggar undang-undang sedia ada dan perlu didakwa di mahkamah atau sebaliknya.
“Dan jika terdapat kelewatan dalam siasatan polis, bahawa kita tidak memberikan peluang sepenuhnya kepada mereka bagi membawa perkara itu ke depan, saya harap polis akan beri kerjasama penuh,” katanya.
Hishammuddin berkata lebih 20 laporan polis berhubung perkara tersebut, yang turut melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) yang tiada kaitan dengan politik.
Terdahulu, Shuhaimi mengeluarkan kata-kata yang boleh dianggap menghina institusi Raja dalam laman blognya seperti “Sultan beraja di mata, bersultan di hati”.
Kata-kata ini tidak patut dilafazkan oleh seorang ahli politik dan wakil rakyat matang, apatah lagi oleh seorang yang berbangsa Melayu seperti Shuhaimi. Orang Melayu berpegang kepada adat sopan dan adat beraja. Perkataan seperti ini tidak harus keluar walau apapun matlamat seseorang itu.
Dalam laman blog http://srimuda.blogspot.com, Shuhaimi antara lain, mendakwa jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.
Malah, wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menerusi kenyataan dalam blog berkenaan seolah-olah turut memberikan gambaran amaran kepada institusi beraja Selangor supaya “tidak berterusan bertindak membelakangkan MMKN atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana”. -Politik harian
Peguam yang didakwa membantah kelantangan laungan azan di Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi, Ng Kian Nam tampil memberi penjelasan dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini berhubung kontroversi itu.
Ng membuat permohonan maaf itu dalam sidang akhbar yang diadakan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal.
Sidang akhbar itu diadakan di pejabat Umno bahagian Lembah Pantai, yang diketuai oleh Raja Nong Chik.
Sebelum itu, Raja Nong Chik mengadakan pertemuan dengan Ng dan wakil-wakil kumpulan yang terlibat dalam protes tersebut.
Ketika bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Ng berkata, “Setiap orang mempunyai kelemahan dan saya mahu meminta maaf kepada semua umat Islam di negara ini di atas salah faham yang terjadi.
“Sebenarnya saya tidak tahu membezakan antara suara azan dan ceramah (kuliah subuh),” katanya.
Ng berkata beliau tidak berniat untuk menyinggung perasaan umat Islam di negara ini berhubung isu itu serta berharap isu itu tidak disensasikan lagi.
Raja Nong Chik pula berkata isu itu sewajarnya tidak diperbesarkan kerana ia merupakan salah faham yang tidak disengajakan dan menjadikan insiden itu sebagai iktibar.
Beliau juga meminta permohonan maaf Ng diterima oleh semua pihak.
Pengumuman itu dibuat oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Dataran Wayang Pacak di Labis.
Normala (kanan) merupakan ketua Muslihat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.
Normala adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, selepas meletak jawatan baru-baru ini. Baca Lagi...
Satu letusan dialam cyber telah bermula apabila Papa Gomo membelasah Big Dog secara terbuka! http://www.papagomo.com VS http://bigdogdotcom.wordpress.com .
Seperti yang kita ketahui Big Dog adalah seorang blogger lapok yang lebih dikenali sebagai Old School blogger! Penulisannya juga masih tidak berubah dan sukar untuk diubah mengikut peredaran zaman merentasi masa. Corak pemikiranya masih ditakuk politiking kuno zaman 80an seperti fitnah digunapakai dalam blog Big Dog!….
Kes Rogol amah, Big Dog berjaya melepaskan diri dan membiarkan Rocky kantoi hingga disiasat polis, ini lah dia kawan yang tak guna! Blogging umpama baling batu, sorok tangan… Baca Lagi...
Tranformasi politik baru Kepimpinan Khairy, berpolitik secara terbuka membuat tawaran debat kepada Anwar selepas Husam Musa (PAS). Biarlah rakyat yang menilai sejauh mana kebenaranya.
Namun seperti yang kita kenali, inilah Anwar Ibrahim pasti ada helahnya dan bermacam macam helah diciptanya untuk menipu rakyat!
Sewaktu Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu, beliaupun tidak mempunyai masa untuk terima cabaran debat ajakan dari PAS.
Kalau dulu Anwar cabar Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah disahut oleh Shabery, Anwar terima tawaran debat tersebut. Sekarang bila Khairy tawar diri debat, Anwar beri seribu alasan.
Bak kata Lokman Adam, Exco Pemuda UMNO, Sekarang Anwar guna slogan baru “Lari Tetap Lari”!!! Baca Lagi...