Tuesday, July 19, 2011

Dr Chandra : Turning Point Saya Tinggalkan Anwar…


AIDCNews – 18/07/11 – Dari Seorang ahli akademik, akhirnya Profesor Dr. Chandra Muzaffar membuat keputusan untuk berkecimpung dalam politik. Bermula dari NGO ADIL kemudian bersama-sama membangunkan Parti Keadilan Nasional.
Selepas dua tahun menerajui Parti Keadilan, pada Disember 2001, Dr Chandra membuat keputusan drastik meninggalkan parti yang pernah dibangunkan itu.
Kenapa beliau meninggalkan Parti Keadilan tanpa sebarang alasan ?
“Saya masih ingat lagi salah satu daripada peristiwa yang mengecewakan saya selepas Peristiwa 11 September, dia (Anwar) menulis rencana dalam Times Magazine…. Dan kita sungguh kecewa dengan tulisannya itu. Kerana dia seperti memihak kepada Amerika Syarikat tanpa membangkitkan isu-isu tertentu tentang keadilan global. Seolah-olah dia salahkan orang Islam pada ketika itu…
Tulisan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dimaksudkan Dr Chandra bertajuk ‘Who Hijacked Islam?”, yang keluar dalam majalah Time pada 15 Oktober 2001. Klik di sini
Dalam rencana itu Anwar menuduh Osama bin Laden dan Mohammed Atta adalah pengganas yang menyebabkan pengeboman World Trade Center (Pusat Dagangan Dunia) di New York dan Jabatan Pertahanan di New York, walhal tiada sebarang bukti yang mengesahkan tuduhannya itu.
Penulis Barat, Peter J. Boyer dalam rencananya bertajuk ” The Believer Paul Wolfowitz defends his war”, The New Yorker, 1 Novermber 2004, [klik di sini] mengakui rencana Anwar di TIME itu telah menarik minat Paul Wolfowitz, seorang zionis yang ketika Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat untuk mendampingi semula dengan Anwar dan selepas Anwar dibebaskan dari penjara Sungai Buloh pada tahun 2004, Paul Wolfowitz membawa Anwar menjadi alat missionarinya di Amerika Syarikat.
Anwar menjadi pensyarah di John Hopkins juga bermula dari rencananya di majalah TIME.
Selepas itu bermulalah episod Anwar sebagai Pengerusi Foundation For The Future dan organisasi-organisasi tajaan Amerika Syarikat yang lain.
Ikutilah wawancara AIDC dengan Dr Chandra, pada 30 Jun 2011, di Pejabat JUST, Petaling Jaya.
AIDC : Dalam kenyataan media Prof pada 7 Mac 2008, Prof ada menyebut tentang proses memperdayakan ahli-ahli yang dilakukan dalam PKR iaitu pasukan ‘the knight’, iaitu pahlawan berkuda yang yang membawa keabadian syurga, keadilan dan kesamarataan. Boleh Prof ulaskan maksud tersebut ?
Dr Chandra : Itu sebenarnya frasa-frasa yang saya gunakan kerana kenyataan itu, kalau tak salah dalam bahasa Inggeris, “the knight in shining armour.”
Ada satu frasa yang pada lazimnya digunakan untuk mensifatkan seorang individu yang dianggap sebagai wira oleh masyarakat tertentu atau kelompok tertentu.
Mereka menganggap dia sebagai wira yang akan menyelamatkan mereka.
Jadi, saya kata sebagai jawapan kepada pihak-pihak tertentu yang kritik saya, kerana kenyataan saya tentang Anwar bahawa dia ini adalah malapetaka.
Mereka Marah. Ramai marah bila saya kata ada usaha untuk menghidupkan the knight in shining armour dalam parti Keadilan .
Yang marah itu, termasuk individu-individu tertentu, sekarang ini pun sudah keluar daripada PKR. Yang dulu mereka ini hebat marah saya, kritik, hentam saya dan sebagainya. Tapi hari ini mereka semua pun dah keluar.
Saya kata, adalah salah kepada perjuangan kalau kita menganggap Anwar itu sebagai “the knight shining armour,” iaitu wira yang akan menyelamatkan negara ini. Walhal, dia ini manusia yang banyak kelemahan.
Itulah konteks, saya menggunakan frasa itu.
Bermakna, Prof melihat dalam PKR itu sendiri ada proses pemujaan yang menganggap Anwar seperti dewa?
Memang. Cara dia didewakan, dipuja dan sebagainya. Semasa saya dalam parti dulu, saya pernah mengkritik sikap ini.
Saya masih ingat, saya pernah diserang oleh beberapa pemimpin Keadilan. Dan peristiwa yang saya maksudkan itu adalah perkhemahan latihan Pemuda Keadilan, di Janda Baik, Pahang yang dirasmikan oleh Dr. Wan Azizah.
Saya dijemput sebagai penceramah untuk mengupas isu-isu kepimpinan. Sifat-sifat yang mesti ada dalam kepimpinan dan apa maksud kepimpinan dalam konteks masyarakat.
Saya membincangkan ini bukan atas sifat saya sebagai Timbalan Presiden parti semata-mata, tetapi saya juga memasukkan idea-idea sains politik. Kerana itu adalah latar belakang saya.
Saya kata, pemujaan terhadap individu itu akan merugikan pergerakan. Kita harus menilai pemimpin-pemimpin secara adil dan kita jangan taksub. Saya gunakan istilah itu, ‘kita jangan taksub dengan pemimpin.’
Selepas saya beri ucapan itu, mereka bangun mengkritik saya, apa maksud Dr…, adakah pemimpin utama kita yang dimaksudkan…
Saya (ketika dalam ceramah itu) tak sebut nama pun. Tujuan saya bukan untuk mengkritik Anwar. Hanya untuk kefahaman tentang kepimpinan. Memang itu tujuan saya.
Tidak perlu lah saya sebut nama-nama mereka yang mengkritik saya dulu kerana mereka ini, sekarang sudah keluar PKR dan cukup hebat mengkritik Anwar.
Saya sebagai Timbalan Presiden, memang saya sokong Anwar pada masa itu. Bukan saya nak kritiknya tetapi untuk mempertingkatkan pengetahuan, kefahaman dan sebagainya. Tetapi mereka sudah kritik macam-macam kepada saya.
Saya jawab. Masa itu saya kata, semua pemimpin itu ada kekuatan dan kelemahan termasukbrother kita, dia pun ada kelemahan.
Tetapi, oleh kerana jawapan saya, dianggap seimbang, mereka tak suka, mereka attack. Mereka keluarkan gambar, kalau saudara masih ingat lagi isu itu berlaku pada tahun 2000. Mereka keluarkan di beberapa laman web pro-reformasi. Mereka buat border hitam, dan mereka desak saya letak jawatan.
Saya dan Anuar Tahir (Setiausaha Agung) jadi sasaran. Anuar Tahir atas sebab-sebab lain. Saya kerana ucapan itu. Mereka suruh letak jawatan, kritik hebat.
Selepas, tiga, empat minggu, saya merenung kembali peristiwa itu. Mengapa boleh berlaku begitu ? Sedangkan saya adalah Timbalan Presiden.
Kalau mengikut budaya politik kita, sekiranya saya dijadikan sasaran, diserang dan sebagainya, tak mungkin anggota-anggota lain berani berbuat begitu tanpa restu daripada pihak-pihak tertentu.
Jadi, saya tanya kepada Dr. Wan Azizah. Adakah Dr. Wan Azizah minta mereka attack saya?
Prof tanya direct?
Tanya direct. Saya tanya dia. Dia kata tak. Dan saya percaya bukan dia yang buat ini.
Saya kata pada diri sendiri, mungkin ada ‘seorang’ lagi yang arahkan.
Yang berada di penjara ?
Masa itu, prosiding kes Anwar berjalan (perbicaraan mahkamah). Dari masa ke semasa, saya juga turut hadir sebagai pemerhati.
So, one those occasion, saya tanya dia secara langsung.
Tanya terbuka ?
Terbuka. Masa kita sembanglah. Saya tanya, Anwar..siapa yang buat ini? Ada orang kata youyang merancang ini. Anwar kata ‘Hey takkanlah..macam mana boleh terbongkar ni’. (ketawa).
Jadi, saya sudah tahu, dia ini yang merancang, sebenarnya macam-macam dia buat.
Tapi saya sabar. Saya tak berundur pada masa itu. Saya tunggu dan saya cuba ubah dari dalam. Tapi gagal.
Saya nampak dia ini memang susah, sebab itu saya keluar. Dua setengah tahun, saya berada dalam parti Keadilan, lepas itu saya keluar parti.
Bukan kerana soal moral atau peribadi. Itu pun satu daripada faktor. Tapi yang lain.
Hubungan dia dengan kumpulan-kumpulan di luar negara. Apa yang dia lakukan dalam negara dari segi politik, kaum dan sebagainya. Dan sikap dia terhadap ahli-ahli parti, caranya mempermainkan individu-individu tertentu. Dia sokong pihak itu, dan pada masa sama, dia juga sokong pihak lain.
Saya fikir, tak ada manusia macam ini dalam politik negara kita.
Selepas Prof keluar Keadilan, Prof tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan di media?
Pada peringkat awal, kenyataan saya dalam bahasa Inggeris. Saya kata, minta kedua-duanya, Anwar dan isterinya, to be honest their conscious. Minta mereka bersikap ikhlas. Minta mereka dengar suara hati mereka.
Beberapa bulan selepas itu, saya buat kenyataan dalam forum kepimpinan. Saya katakan tentang, opportunist men in politic yang ditafsirkan oleh Azmin Ali dan yang lain, merasakan saya tujukan kepada mereka. Mereka mula attack saya semula.
Ini berlaku pada awal tahun 2002. Saya jawab tapi jawapan saya tak serang mereka.
Apa yang berlaku hari ini dalam PKR, iaitu seorang demi seorang keluar parti dan Anwar hanya mahu menaikkan Azmin Ali. Sebenarnya senario ini sudah berlaku dari dulu dan Prof mengalaminya, adakah ini perkara yang sama?
Ya betul. Betul. Saya pernah mengalami dulu. Pengalaman saya dari tahun 1999 hingga 2001. Lebih ramai yang tak sedar apa yang berlaku. Kalau kita tengok pada ucapan-ucapan Datuk Zahrain ataupun Zulkifli Nordin dan yang lain-lain, tidak begitu berbeza.
Pada akhirnya berpunca daripada Anwar Ibrahim?
Memang Anwar. Punca masalah ini termasuk dalam pemilihan parti, adalah Anwar. Dan itu memang stailnya. Stail suka berjanji kepada individu tertentu dan pada masa yang sama, dia sokong yang lain.
Sebab itu, macam Datuk Zaid Ibrahim yang dulu dianggap sebagai wira. Dapat sokongan daripada Anwar. Lepas itu, dia nampak Anwar tidak menunaikan janjinya, sebab itu dia kecewa.
Jadi, saya nampak itulah masalah Anwar. Dia ini individu yang banyak masalah dari segi karektor. Puncanya karektor. Itu yang menjadi masalah besar.
Pengalaman Prof mengenali Anwar iaitu ketika beliau dipecat dari UMNO dan semasa Prof menyertai Keadilan. Adakah Anwar yang sama Prof kenali?
Bagus soalan itu ya. Beginilah. Saya mengenali Anwar sebagai individu yang pada satu masa dulu ketika sama-sama memperjuangkan isu-isu seperti akta pertubuhan. Kita menentang bersama-sama.
Pada masa itu, dia sebagai Presiden ABIM, saya sebagai Presiden ALIRAN. Dan ada beberapa isu lain tentang masyarakat, hak asasi manusia, kita juga bekerjasama.
Itulah hubungan saya dengan Anwar sebelum dia masuk UMNO.
Sekitar tahun 1970-an?
Tahun 1970-an dan awal 1980-an. Sebelum dia masuk UMNO.
Pada tahun 1982 dia masuk UMNO, hubungan saya pada masa itu lebih mirip kepada isu-isu hak asasi manusia.
Ketaatan dia kepada perjuangan itu tidak dapat dipersoalkan. Dia memang bersungguh-sungguh memperjuangkan isu-isu itu. Kita sokongnya dan dia sokong perjuangan kita.
Selepas dia masuk UMNO, sebenarnya saya tidak ada interaksi dengannya, lama. Mungkin sepuluh tahun tak ada interaksi langsung dengannya.
Tidak bermakna kita jadi musuh. Tetapi tidak ada interaksi. Jadi, saya tidak terlibat dalam kepartian.
Bila dia menjadi Timbalan Perdana Menteri, dia memperkenalkan konsep dialog antara peradaban. Oleh kerana ini adalah satu tema yang rapat dengan hadiri, melalui kawan-kawan tertentu di Pulau Pinang, kita berbincang dan mengaturkan beberapa persidangan.
Apabila Anwar dipecat daripada kabinet dan UMNO, masa itu, saya menganggap diri saya adalah sebagai kawannya. Hubungan kita pun bagus sebagai kawan. Dan saya pun berpindah dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur. Berinteraksi dengannya dan sebagainya.
Soal persahabatan merupakan salah satu daripada faktor yang mendorong saya mengambilstand tertentu sokong dia. Tetapi yang lebih penting adalah apa yang saya anggap pada masa itu adalah sebagai kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar.
Dia dibelasah di penjara dan matanya ditumbuk oleh IGP dan sebagainya. Itu yang menjadi isu besar pada masa itu.
Saya bersama-sama dengan Dr. Wan Azizah, tubuhkan NGO ADIL. ADIL sebelum parti KeADILan.
Itulah pada mulanya saya memperjuangkan isu Anwar.
Selepas dua tahun dalam parti itu, saya sudah nampak stail politiknya. Kekotoran politiknya. Cara dia melakukannya benda-benda tertentu yang saya tidak boleh terima. Sebab itulah saya undur.
Isu yang membimbangkan saya tentangnya, saya secara terus-terang membangkitkan kepadanya. Setiap kali dia memberi jawapan tertentu, beri alasan. Termasuk isu moral dan peribadi.
Ada penjelasan?
Ada.
Prof berhujah dengan dia tentang soal moral ini termasuk liwat?
Ya..ya.. Saya terus-terang dengan dia. Saya berhujah dengan dia.
Bila saya dengar isu-isu ini sebelum dibahas di khalayak ramai, saya sudah bincangkan isu-isu ini dengannya. Dia ada dia punya jawapan.
Dia kata, ini memang rekaan, ada musuh-musuh dia nak kenakan dia. Tapi, selepas tiga..empat kali, orang pun mula berfikir. Ini benar ke tidak?

Dari segi politik antarabangsa, saya masih ingat lagi salah satu daripada peristiwa yang mengecewakan saya selepas Peristiwa 11 September, dia menulis rencana dalam Times Magazine.
Dan kita sungguh kecewa dengan tulisannya itu. Kerana dia seperti memihak kepada Amerika Syarikat tanpa membangkitkan isu-isu tertentu tentang keadilan global. Seolah-olah dia salahkan orang Islam pada ketika itu.
Saya bangkitkan perkara ini kerana ramai kawan-kawan pun rasa kecewa dengan artikelnya. Jadi, saya bangkitkan. Dia ada jawapannya.
Dia kata, saya ini berada dalam penjara, saya pun tak tahu apa yang berlaku. Walhal, artikel itu atas namanya.
Prof membangkitkan artikel tersebut?
Perkara ini berlaku pada Oktober 2001. Saya keluar parti pada bulan Disember 2001. Saya keluar selepas tiga bulan selepas peristiwa pendiriannya di Times Magazine.
Dalam artikel itu, saya sudah nampak pendiriannya, kecenderungannya. Saya nampak dia memang sanggup menjadi boneka kepada mereka (Zionis).
Juga tentang politik tempatan. Dia selalu berhujah tentang rasuah, politik wang dan sebagainya. Tapi, saya sendiri tahu apa yang berlaku dalam Parti Keadilan. Itulah sebabnya saya membuat keputusan ini. Keluar parti. Saya tahu dalam Parti Keadilan itu ada politik wang. Wujud politik wang.
Dan saya juga tahu dalam soal-soal tertentu tentang perkauman. Kita sebagai Parti Keadilan pada masa itu kritik BN kerana perkauman. Tetapi perkauman juga berlaku dalam parti kita, yang saya maksudkan, cara kita mempermainkan isu-isu perkauman.
Dalam Pilihan Raya Kecil Lunas umpamanya. Keadilan mempermainkan sentimen kaum untuk menang pilihan raya. Jadi, saya nampak Anwar banyak kontrakdiksi.
Itu sebab saya menarik diri. -sumber AIDC

Lawak Pagi Buta: ANUgerah Ibrahim Ali?

Jangan marah aku rasa artikel ni lawak gila so aku copy paste je artikel ni dari blog Aku tak peduli blogspot dot com...

Aku nak komen apa ya?

Kalau komen nanti ramai lak ahli Perkasa yang marah.Jadi aku nak tolong promo ANUgerah Ibrahim Ali ini kepada anak anak yang tengah study kat UiTM.Pertama kena faham ANUgerah Ibrahim Ali ini tak sama dengan ANUgerah Tuhan yang satu lagi tu.Tak sama kat mana aku tak tahulah,tapi yang pasti ANU yang sorang lagi tu semua dah tahu saiznya.

Kedua,semangat Melayu mesti kuat.Setakat jerit sana,jerit sini,melolong sana,melolong sini tapi akhirnya tak jadi turun bertempur tak layak.Cakap mesti serupa bikin..

Ketiga,kena ingat hadiah RM5,000 ini Ibrahim Ali sendiri taja dan bukan duit gomen atau UiTM,jadi jangan sia siakan usaha murni ini.

Itu je 3 perkara yang pakcik nak pesan,yang lain ikut je arahan IMPAK kat bawah ini.Kalau tak ikut tahun depan tak ada lagi ANUgerah macam ini.

Monday, July 18, 2011

Pemuda Umno Mantap Perjuangkan Nasib Golongan Muda.. Pemuda Pembangkang Apa Pun Tak Boleh!


Dilihat Pemuda PAS kini seperti tidak wujud di persada politik Malaysia. Dan apabila wujud pun, memperjuangkan isu-isu yang remeh dan kecil. Nama Islam tidak berjaya diharumkan di Malaysia.

Kenyataan-kenyataan Ketua Pemuda PAS, Ust Nasarudin Tantawi tidak dapat diterima masyarakat Malaysia secara umum. Idea-idea beliau dilihat aneh dan tidak matang. Anak-anak muda sekarang lebih tertarik dengan Pemuda Umno berbanding Pemuda PAS.

Nasarudin gagal membawa suara anak muda yang engan tunduk dibawah tekanan DAP!


Kau apahal Jinggo? Aku baling dengan kayu ni kang!

AMK... Anak Muda Keliru dengan dengan sikap Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar yang berakal pendek... dah lah kaki pendek nak berucap pun terpaksa dukong dia..... Inilah ketua Pemuda yang paling tak guna dalam Malaysia... Biadap buat kecoh dalam masjid... apala bangang punya umat ni? tengok video Shamsul buat kecoh dalam rumah Allah di bawah.




Bermula dengan BN Youth Lab, BN Youth Job Fair, Skim rumah pertamaku, Skim latihan dan sebagainya... Ketua Pemuda Umno Malaysia, KJ membawa suara orang muda kehadapan dan merealisasikan kemahuan golongan muda.



Terbaru Karnival Kerjaya Pemuda BN Di Pahang berjaya, 6,000 dijamin dapat kerja.

Sebanyak 60 peratus daripada 6000 pencari kerja yang mendaftar di Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2011 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sultan Ahmad Shah, di sini sejak Jumaat lalu dijangka mendapat pekerjaan.

Mereka bakal memperoleh pekerjaan dalam pelbagai bidang yang dipohon seperti perhotelan, perladangan dan peruncitan dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, selebihnya iaitu kira-kira 2400 orang perlu mengikuti beberapa peringkat temuduga dan latihan daripada syarikat serta agensi berkaitan berdasarkan keperluan jawatan yang ditawarkan.

Rata-rata jawatan yang ditawarkan adalah mengikut kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sehingga ke peringkat ijazah serjana muda.


Inilah hebatnya Pemuda Umno/BN, sentiasa prihatin dalam membantu rakyat!

Tapi ada juga rakyat yang terlupa jasa yang telah kerajaan buat untuk bantu mereka... Kalau nak diharapkan Pemuda Pembangkang hidup segan mati tak mahu...

Skandal Khalid Ibrahim, Elizabeth Wong ?


Elizabeth Wong (Eli Wong) kini sering kelihatan disisi Menteri Besar Selanggor Khalid Ibrahim (Khalid Gagap) mesra nampak.... Gambar terbaru yang dirakamkan Eli Wong menemankan Khalid Gagap menghadiri majlis pengkebumian jenazah Raja Aziz Addruse, peguam veteran yang pernah membela Anwar dalam kes liwat 1998.


Apa keistimewaan Eli Wong sehingga Khalid tidak mahu bawa isterinya Puan Sri Salbiah ke majlis ini.. Dan juga apa peranan exco beragama islam seperti Yaakop Sapari, Iskandar PAS, Dr Halimah atau pun Rodziah Ismail….? Malah dalam upacara begini, Setpol MB iaitu Faekah Husin lebih sesuai untuk menemaninya!

Mari kita selak sikit.... dah lama teman perhatikan tingkah laku si Khalid ga ga gagap ni.... Jangan tak tahu bahawa Khalid gagap memang ada hubungan Teman Tapi Mesra dengan Eli Wong....

Cercita... cer cita... Sewaktu kasih mula bersemi... Khalid Gagap begitu ghairah mahu mendampinggi Eli Wong... baek punyaaaaa...... baek punyaaaaa......

Dikhabarkan pelbagai hadiah, bunga dihantar ke pejabat Eli Wong.... bila orang tanya Eli... sapa yang hantar? jawab Eli.. Helmi yang kasi..... Eli pun nak cover jugak.. mungkin malu dapat Teman Tapi Mesra yang ga.... ga.... gagap.....

Eli Wong seperti kita ketahui... lebih minat suka kepada lelaki melayu berbanding dengan lelaki Cina... baek punyaaaa.... tapi dengan Khalid Gagap aku tak tahu pulak?

Khalid ni pun satu... nak skandal.. tak pandai cover... Tidak dinafikan Khalid gagap bahagia apabila Eli Wong sentiasa berada disinya.. bila ditanya apa hubungan Khalid Gagap dengan Eli.. Jawap Khalid... Te te te teman ta ta pi mesra selaluuuuuuuu..... Lidah Khalid lancar bila sebut mesra selalu.... Selain daripada itu dengar cerita Khalid sering memainkan lagu Kekasih Gelapku di bilik pejabatnya.... apa maksudnya ni?

Gambar diatas reaksi Khalid terima MMS gambar Eli Wong tido terkangkang... dah macam terkena nasi kangkang Khalid ni! Kah Kah Kah! Lu pikirrrr la sendiri........

Kartun Utusan Buat Puak PAS Terbakar Macam Masuk Nereka


Ada yang tak senang duduk bila tengok kartun ni.... KAH! KAH! KAH!

Gambar diambil dari: RBF Online

Jenazah Dr Lo' Lo' Selamat Dikebumikan


Jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dato Keramat di sini pada pukul 11.10 pagi.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.20 malam, Ahad di Hospital Selayang kerana menghidap penyakit kanser paru-paru.

Kira-kira 2,000 orang ramai hadir termasuk pemimpin Pakatan Rakyat dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk memberikan penghormatan terakhir.

Pada pilihan raya umum 2008, Dr Lo’ Lo’ menewaskan calon BN, Datuk Aziz Jamaludin Tahir dengan majoriti 1,972 undi.


Artikel menarik hari ini: Blogger PAS Menentang Keputusan Hadi Awang

Blogger PAS Menentang Keputusan Hadi Awang


Blogger Kerabu Bersuara semalam, Ahad menyatakan ketidak puas hatinya kepada Presiden PAS yang tunduk diatas desakan DAP! Laman blog tersebut menyifatkan bahawa Presiden PAS lembik dan tidak tegas dalam memperjuangkan agama Islam.

Syed Mu’az Syed Putra pengendali Blog tersebut bingung dengan keputusan PAS Kedah yang menarik balik cadangan larangan ke atas pusat hiburan di negeri itu daripada beroperasi sepanjang bulan Ramadhan.

Menurutnya lagi PAS tidak mempunyai pendirian dan kurang bijak dalam membuat keputusan, ianya dibuat tanpa berfikir panjang.

Syed juga meminta agar DAP menghormati hak PAS!

Malangnya Syed aku nak bagi tahu kau bahawa PAS memang bacul dan sudah lama menjadi kuda tungangan DAP! Baru nak sedar ke?

Walau bagaimanapun, aku ucapkan syabas kepada kau kerana telah tersedar dari lamunan mimpi... DAP bukanlah kawan yang baik!

DAP mempunyai agenda yang tersendiri yaitu menghapuskan kuasa melayu di negara ini... Blogger blogger PAS yang lain... Fikir fikirkan lah...

Baca artikel ini juga: PAS 'Sujud' Perintah DAP

Video: Pendemo Bersih Di UK Hanya 30 Orang Sahaja... Puak Pembangkang Spin 300 Orang?


Ramai sungguh yang berdemo di London rupanya... bila dikira adalah 30 orang... Syabas anda berjaya memalukan negara anda sendiri! Akai tarak! Apa pun tak boleh!!

You Tube: http://youtu.be/zw8ylW4HvGc


You Tube: http://youtu.be/5gE_U2mvjV4

Mereka bertindak keterlaluan... Bodoh, Biadap dan Kurang ajar!
Kalau  tak puas hati lagi... Jangan balik Malaysia.. 

Sunday, July 17, 2011

Dr Lo' Lo' Menghembuskan Nafas Terakhir Jam 10.15 Malam


Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam ini.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.


Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser. Al Fatihah... Semoga roh Allahyarhamah di tempatkan bersama roh-roh orang yang beriman.

PAS 'Sujud' Perintah DAP Part II


Exco Pemuda UMNO Malaysia, Lokman Nor Adam hari ini menyelar Puak PAS yang menarik balik cadangan larangan ke atas pusat hiburan daripada beroperasi sepanjang bulan Ramadhan.

"Akhirnya PAS terbukti sebagai Parti yang berkiblatkan DAP. Dalam kenyataan Hj Hadi tadi, beliau menegaskan bahawa PAS tarik balik larangan pusat hiburan beroperasi pada bulan ramadhan."

"Dulu beria beria nak tutup semua pusat hiburan jika dapat memerintah. Sekarang tutup bulan ramadhan pun tak boleh takut DAP marah."

"Amat menyedihkan. Lain kali jangan janji perkara yg tak mampu kamu lakukan." Kata Lokman.

PAS sudah tidak lagi memperjuangkan Islam demi menjaga hati parti sekutu mereka. Pas lebih Takut DAP dari Allah. Fikir fikirkanlah...

PAS 'Sujud' Perintah DAP Part I http://bit.ly/prfeAg

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BERSIH 2.0: Saya Nak Tumbuk Anwar - Kamariya

Kamariya Rejab menunjukkan kad kahwin anak tunggalnya 
dan laporan polis terhadap perhimpunan haram Bersih 
di Kuala Lumpur, semalam.

Sape tak bengang? Kalau orang lain berada di tempat kak kamariya ni bukan setakat tumbuk lagi... pijak pijakkan saja si Nuar ni! Apa pun tak boleh! Apa pun tak boleh! Dibawah luahan Kak Kamariya...

"Kalau jumpa Anwar, (Datuk Seri Anwar Ibrahim) saya nak tumbuk dia. Apa yang dia nak lagi...bertaubat sajalah."

Kata-kata kemarahan itu diluahkan oleh seorang ibu, Kamariya Rejab, 59, yang kecewa setelah majlis perkahwinan anak tunggalnya yang sepatutnya berlangsung meriah bertukar muram gara-gara tindakan pertubuhan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang didalangi Anwar mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara pada Sabtu lalu.

Akibat terlalu marah dan kecewa, wanita itu membuat laporan polis pada hari kejadian dan nekad untuk menyaman penganjur perhimpunan haram itu yang didakwa telah mengakibatkan dia mengalami kerugian RM45,000.

Menurut Kamariya, dia yang bekerja sebagai pembantu pejabat di pejabat Kedutaan Malaysia di Singapura sanggup berulang-alik ke rumahnya di Desa Pandan, Kampung Pandan di sini sejak enam bulan lalu untuk menguruskan persiapan perkahwinan anak perempuan tunggalnya, Rehan Jaharudin, 29.
"Rehan adalah satu-satunya anak saya dan sudah lebih 50 tahun saya menunggu detik manis untuk menyaksikan majlis perkahwinannya berlangsung dalam suasana meriah.

"Selama lebih 20 tahun saya bekerja keras menyimpan wang untuk perbelanjaan perkahwinannya tetapi alangkah kecewanya apabila ia berlangsung dalam suasana muram disebabkan ramai tetamu tidak dapat hadir kerana takut terperangkap dalam kesesakan jalan dan Kuala Lumpur bertukar wajah menjadi seperti 13 Mei 1969," katanya.

Kamariya ditemui pemberita semasa datang untuk mendapatkan khidmat guaman percuma yang disediakan oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) di Bazar Masjid India di sini, hari ini.

Menurut Kamariya, dia menjemput seramai 3,000 tetamu untuk meraikan majlis perkahwinan Rehan dengan menantunya, Mohd. Dzulfikar Mahtar, 29, pada Sabtu lalu di kediamannya tetapi hanya 1,000 orang yang hadir.

Selain saudara-mara dari seluruh Semenanjung, katanya, dia turut menjemput kenalan dari Singapura dan juga rakan setugas anaknya di pejabat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Putrajaya serta tempat lamanya di Tenaga Nasional Berhad.

"Saya dan suami, Jaharudin Khan, 63, yang merupakan siak masjid berasa sedih kerana hanya jiran-jiran yang tinggal di Desa Pandan sahaja yang boleh datang menyebabkan lauk-pauk yang ditempah dari syarikat katerer terkenal dengan kos RM45,000 terpaksa disedekahkan kepada tetamu untuk dibawa pulang," katanya.

Kamariya berkata, peristiwa sedih itu bukan sahaja membuatkan dia menangis tetapi terpaksa dihantar ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan diberi cuti sakit tiga hari kerana terlampau tertekan dengan penganjuran perhimpunan haram itu.

Tian Chua Sebut Al fatihah? Sekadar Perkataan Lazim Disebut Atau Jelas Tahu Maksudnya?

 

Tian Chua boleh taip AL-FATIHAH untuk ucapan pemergian seorang pemimpin yang dikhabarkan meninggal. Setakat ini,  masih menjejak kesahihan kedudukan sebenar, adakah benar telah meninggal dunia ataupun masih hidup cuma krtikal. 

Namun jika seorang bukan Islam melafazkan kalimah Assalamualaikum, kita yang tahu dia bukan Muslim tak akan menjawab salamnya seperti kebiasaan kita lafazkan ketika menjawab salam untuk muslim. bagaimana sebutan Al Fatihah? Baca disini....

Apabila Chegu Bard Jadi Malaikat Maut!

Apabila Chegu Bard PKR jadi Malaikat maut! Habis kecoh tersebar berita palsu permergian Dr. Lo' Lo'.

Sebenarnya berita mengenai pemergian Dr. Lo' Lo' adalah tidak benar! Keadaannya tenat. Doakan beliau akan pulih.

Terdahulu Chegu Bard (PKR) menyebarkan berita kematiaan Dr Lolo melalui laman sosial twitternya @chegubard: Al Fatihah, seorang pejuang yg tak kenal erti putus asa YB Dr. Lolo telah meninggal..

Tak habis habis nak menipu Lady Bard ni!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Al Fatihah: Dr Lo' Lo' Ahli Parlimen PAS Titiwangsa menghembuskan Nafasnya Sebentar Tadi

Al Fatihah, Dr Lolo Ahli Parlimen PAS Titiwangsa menghembuskan Nafasnya baru sebentar tadi. Semoga rohnya di cucuri Rahmat. Salam Takziah kepada keluarga beliau.

Disahkan oleh Chegu Bard (PKR) melalui laman sosial twitter @chegubard: Al Fatihah, seorang pejuang yg tak kenal erti putus asa YB Dr. Lolo telah meninggal..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone