Gambar Nea Reima : September 06, 2009
Gambar Nea Reima : February 07, 2009
Gambar Nea Reima ketika pemeriksaan JAIS di Gereja DUMC Ogos, 02, 2011
Ketika berusia 17 tahun, Nea Reima Mareana Mahadzir, anak kepada seorang nelayan, telah membuktikan kesukaran hidup bukan penghalang untuk memperoleh 14A.
Dia memperoleh sembilan 1A dan lima 2A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2006.
Nea Reima anak keempat daripada lima beradik itu, pernah berkata, apa yang penting ialah kemahuan untuk berjaya dengan berusaha sedaya upaya bagi merealisasikan keinginan tersebut.
Ketika itu, Nea Reima yang bersekolah di SMK Sultanah Asma memberitahu, dia tidak mempunyai waktu tertentu untuk mengulangkaji tetapi akan menelaah pelajaran pada masa yang membolehkannya menumpukan sepenuh perhatian.
Sejarah kenangan manis Nea Reima tersebut dicatakan di Utusan Online pada 13/03/2007. Sila
baca di sini...
Amat menyedihkan, terdapat segelintir golongan atau parti yang memperjuangkan Islam menyalahgunakan kuasa, tidak amanah, dan mengambil kesempatan atas tiket "agama" semata-mata kerana mahu meraih undi.
Jika tertakdir Nea Reima serta rakan-rakanya sudah terpesong akidah seperti mana dicurigakan, maka menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk membantu mereka. Semoga keislaman mereka masih utuh.
Seruanku kepada rakan-rakan islam marilah bersatu bersama menaganni masalah ini... Bicara politik yang tidak ada berkesudahan dan bukan jihad mutlak itu kita simpan di belakang dahulu.
Maruah agama dan bangsa lebih hebat dan besar daripada maruah pertubuhan parti, bersamalah kita bertawaduk dan bertafakur membela sesama kita didalam senyap yang penuh berhikmat.
Sudah menjadi kewajiban bagi kita umat Islam untuk menjaga akidah umat Islam.
Aku yakin Nea Reima Mareana mampu membuktikan sekali lagi kesukaran hidup bukan penghalang untuk Nea meneruskan perjalanan hidupnya...
p/s: Pembetulan sedikit... diberitahu bapa Nea Reima bukan lah seorang nelayan seperti yang tertulis di Utusan... waktu wartawan tanya pekerjaan bapanya, Nea kata ayahnya bekerja sailing.... Utusan ingat sailing itu nelayan...
Politik Harian/Bro Jinggo