Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang dicadangkan penubuhannya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan sebagai bukti ketelusan kerajaan mengamalkan demokrasi berparlimen di negara ini.
Malah, penubuhannya juga dilihat sebagai satu lagi bukti kematangan dalam sistem pilihan raya negara selepas pelbagai pembaharuan dilakukan dari semasa ke semasa termasuk membenarkan pemantauan oleh badan antarabangsa.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, jawatankuasa khas itu membuktikan bahawa kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai apa-apa yang mahu disembunyikan.
Tambah beliau, jawatankuasa itu juga bakal memberi peluang kepada kerajaan dan pembangkang membangkitkan kelemahan serta isu berkaitan sistem pilihan raya negara.
“Di pihak kerajaan sendiri kita ada isu seperti pemindahan pengundi oleh pembangkang di sesetengah kawasan serta kempen-kempen pilihan raya keterlaluan yang sehingga ke tahap fitnah,” katanya.
Khairy berkata, pembangkang perlu jujur dalam menerima jawatankuasa khas itu dan bukannya meletakkan syarat-syarat tertentu seperti ketika ini kerana ia jelas memperlihatkan sikap berdolak-dalik mereka.
1 comment:
pemimpin pembangkang semuanya tidak ada qualiti dan hala tuju memimpin parti.
Post a Comment