Tuesday, November 8, 2011

Nabila Huda Berbikini di Pulau Tioman


Seorang peminat secara tidak sengaja telah memuatnaik sekeping foto yang memaparkan pelakon berkenaan dalam persalinan bikini. Menurut blog hiburan OhBulan!, foto tersebut dipercayai dirakamkan oleh peminat berkenaan apabila dia terserempak dengan Nabila Huda ketika percutiannya di Pulau Tioman sekitar pertengahan Oktober lalu.

Bagaimanapun, foto berkenaan yang sepatutnya menjadi simpanan peribadi itu telah disebarkan di laman sosial dan kini ia menjadi perbualan hangat di kalangan peminat industri hiburan yang mengenali Nabila Huda.

Walaupun Nabila Huda menggunakan kain skaf untuk melindungi bahagian terdedah, namun ia masih belum mampu menutup kritikan-kritikan pedas daripada orang ramai.

Beberapa hari lalu, aktres berumur 27 tahun ini telah dilemparkan dengan kontroversi hangat dimana 2 keping foto aksi liar yang disyaki melibatkan namanya dipaparkan dalam sebuah rancangan hiburan televisyen. Sehingga hari ini, Nabila Huda tidak mengeluarkan sebarang kenyataan balas berkenaan isu tersebut. -malaysiandigest

Empat Ahli Parlimen Sertai Kejohanan Bola Keranjang Pada 9 Nov #YBsCanJump


Buat julung kalinya, empat Anggota Parlimen, termasuk dua Timbalan Menteri, akan beradu tenaga dalam perlawanan akhir Kejohanan Bola Keranjang HSB-KLBA di Stadium Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) di Jalan Hang Jebat di sini Rabu ini.

Dalam kenyataan bersama, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Gan Ping Sieu, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dan Anggota Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan berkata acara itu akan bermula pada 7.30 petang.

Ia merupakan permulaan atau ‘pemanas badan’ kepada Kejohanan Bola Keranjang #YBsCanJump yang akan berlangsung pada 19 Nov.

Mereka berkata kejohanan itu yang dilancarkan pada 9 Okt oleh Saifuddin bertujuan mempromosikan bola keranjang di peringkat akar umbi dan merentasi garis sempadan kaum.

“Kami akan bermain bersama-sama dan menentang beberapa pemain kebangsaan di samping penjawat jawatan dalam MABA ketika separuh masa perlawanan akhir,” kata mereka.

Pemimpin muda politik itu berkata acara #YBsCanJump berasal daripada Twitter, tempat mereka mula-mula mencetuskan idea perlawanan bola keranjang 3-lawan-3.

“Ada di antara pengikut Twitter kami kemudiannya menyuarakan minat untuk mengambil bahagian dan selepas itu, kami mengesyorkan apa yang kini dikenali sebagai Kejohanan #YBsCanJump,” kata mereka, sambil menambah kejohanan itu terbuka kepada orang ramai.

Mungkin Rafizi Ramli Kenal Siapa Wanita Ini! Gotcha!!

Nantikan terjahan dari rangkaian bloggers, kami akan talkinkan penjilat tegar Anwar Ibrahim ini!


Mampos Bhai.... 
Siapa Rafizi Ramli? Apa kerja dia? dengan siapa dia bekerja? Dari mana dia dapat dana? Tunggu!!!

Monday, November 7, 2011

Seksualiti Merdeka: Marina Mahathir Kecam Media!


Sekali lagi... Marina menconteng arang ke atas muka ayahanda, Tun Dr Mahatir Muhamad, janganlah kerana emosi... Marina sanggup memalukan keluarga dengan tindakan sebegini rupa! Marina perlu ingat bahawa Tun Mahathir adalah bekas Perdana Menteri, dan Dato' Mukhriz seorang Timbalan Menteri MITI, Dato' Mukriz yang juga bersama Umno..

Statusnya sebagai anak bekas Perdana Menteri Malaysia, bekas Presiden UMNO dan Pengerusi BN, menjadikan dia mempunyai nilai politik yang tidak mungkin dilepaskan Pakatan.

Beliau sebelum ini pernah menyertai Perhimpunan BERSIH 2.0 yang turut mendapat sokongan dari Pakatan Rakyat.

Kali ini, Marina membuat kenyataan menyokong Ambiga kerana bagi beliau, selagi sesebuah Program tidak mendatangkan sebarang kekacauan yang boleh menggugat keselamatan Negara, ianya dianggap tidak salah disisi undang? Takkan nak tunggu nasi jadi bubur baru nak ambil tindakan kak oi!

Tak faham, apa yang Marina nak perjuangkan... Apa yang jelaslah kita lihat Marina menyokong sepenuhnya perjuangan kumpulan LGBT ini? Sebelum ini beberapa parti politik dan NGO Islam tampil membantah penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 termasuklah dari parti UMNO dan PAS, kerana ianya diaangap sebagai Majlis seks songsang!

Tanpa Mahathir dibelakang namanya, Marina is nobody lah. Tanpa itu, Marina lebih kurang sama macam wanita liberal yang mengganggotai SIS yang juga turut bersekutu dengan Bersih 2 seperti dia.

Di bawah kenyataan Marina Petang tadi:

Datuk Paduka Marina Mahathir hari ini menyelar laporan-laporan media yang menggambarkan Seksualiti Merdeka seolah-olah sebagai festival seks bebas dan mengancam untuk menyama jika perkara itu tidak diperjelaskan dan diputarbelitkan.

Pada sidang media yang diadakan petang ini, anak bekas perdana menteri itu berkata, tiada perkataan yang dapat digunakan untuk menggambarkan perasaan marah beliau apabila program tersebut difitnah, yang jelas menerusi TV3 malam tadi, dan memberi amaran kepada pemberita dari stesen tersebut akan kesannya jika kenyataannya hari ini disalah petik.

“Saya melihat pada wajah anda dan kami tahu siapa anda,” kata Marina di ibu pejabat Tenaganita di sini.

Marina muncul di pejabat pertubuhan bukan kerajaan itu di Jalan Gasing di sini untuk memberi sokongan kepada empat rakannya yang dipanggil polis hari ini berhubung program itu, yang diadakan setiap tahun sejak 2008 tetapi menjadi kontroversi tahun ini dan diharamkan berkuat kuasa Khamis lalu.

Mereka yang dipanggil polis hari ini ialah pengasas program Seksualiti Merdeka Pang Khee Teik, Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenavasan, Pengarah Tenaganita Irene Fernandez dan ahli jawatankuasa Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.

“Saya berada di sini sebagai seorang penyokong sebab dua tahun lalu saya telah merasmikan Seksualiti Merdeka tanpa sebarang insiden,” katanya.

Marina menjelaskan program itu bukan bertujuan menggalakkan seks bebas tetapi untuk membantu kumpulan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan traansgender) yang dipinggirkan memahami hak mereka dalam lingkungan undang-undang.

“Ia adalah satu acara untuk menjelaskan dan mendidik tentang hak mereka dalam lingkungan perundangan, dan bukannya di luar lingkungan.

“Saya sangat marah, sangat marah, tiada perkara untuk menggambarkan ke atas sesetengah pihak yang menganggap ini sebagai festival seks bebas. Anda tiada perkara lebih baik untuk dilakukan? Seks bebas memang tidak dibenarkan di sini... adakah anda gila (sehingga) boleh menggambarkan perkara ini?” kata beliau.

Dalam pada itu, menurut Ambiga, kes itu disoal siasat di bawah Seksyen 298 dan 109 Kanun Keseksaan, dan juga di bawah Akta Polis berhubung kesalahan menyinggung sentimen agama seseorang.

Ketika muncul selepas pertemuan selama 45 minit dengan polis, Ambiga mendakwa media membuat fitnah mengenai festival itu dan merujuk kepada TV3 atas kesilapan yang dilakukan.

Bekas presiden Majlis Peguam itu kemudian mencabar stesen swasta itu agar menyiarkan kenyataan beliau hari ini dan tiga rakannya secara verbatim, dan jika tidak akan mengambil tindakan perundangan.

“Saya mencabar TV3 agar melaporkan dengan penuh apa yang diperkatakan oleh Datuk Paduka Marina Mahathir. Saya juga mencabar anda menyiarkan segala apa yang saya katakan sekarang.

“Anda mengelirukan publik. Anda memanggil yang ini sebagai festival seks bebas. Saya mencabar anda membawa setiap yang saya katakan atau tidak saya boleh menjamin anda, anda akan mendengar daripada peguam-peguam saya dalam isu ini,” kata beliau.

“Jaga-jaga, TV3.”

Khamis lalu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata Polis Diraja Malaysia mengharamkan sebarang majlis yang dilakukan mana-mana penganjur berkaitan dengan program Seksualiti Merdeka demi ketenteraman awam.

Pengharaman berkuat kuasa Khamis lalu.

Katanya, polis telah mengenal pasti dan akan memanggil kesemua mereka yang terlibat dalam penganjuran program itu termasuk Ambiga untuk dirakam keterangan mereka.

“Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27 A (1) (C) dan juga 298 A Akta Polis untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu,” katanya.

Beliau berkata undang-undang di negara ini tidak mengiktiraf kegiatan songsang yang boleh menghancurkan kehidupan beragama di negara ini.

Merdeka Seksualiti 2011, program yang bermula 1 November lalu dan sepatutnya berlaruran sehingga 13 November antara lain mendesak hak sama rata untuk golongan homoseksual dan transeksual seperti gay, lesbian, biseksual, interseks serta transgender.

Bagi mengelak suasana tidak diingini berlaku, beliau berkata polis meminta orang awam supaya tidak menyertai program itu kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam.

Anak ADUN PAS Ditahan Reman Kerana Terlibat Dalam Kes Samun


Seorang pemuda dipercayai anak kepada ADUN PAS Kelantan ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini kerana dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun kedai serbaneka di sekitar bandar ini.

Perintah tahanan reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Mohd. Asri Abdul Rahman Sidik di Mahkamah Majistret di sini pagi ini.

Pemuda berusia 20-an itu disiasat mengikut Seksyen 392 dan 397 Kanun Keseksaan kerana merompak dengan menggunakan senjata serta mencuba menyebabkan kematian atau cedera parah.

Ketika dibawa ke mahkamah, lelaki yang bertubuh gempal, berambut kerinting dan memakai baju lokap berwarna ungu itu kelihatan tenang.

Suspek ditahan oleh sepasukan anggota polis di rumahnya di Jalan Telipot, pukul 11.30 malam tadi, selepas pihak berkuasa itu menemui beberapa petunjuk.

Berdasarkan modus operandi, suspek disyaki menyamun sekurang-kurangnya lima buah kedai serbaneka di sekitar bandar, iaitu di Jalan Parit Dalam, Jalan Seri Cemerlang, Jalan Kebun Sultan, Jalan Merbau dan bersebelahan pasar raya KB Mall baru-baru ini.

Sebelum menyamun, pemuda itu dikatakan berpura-pura untuk membeli kad tambah nilai pra-bayar sebelum mengeluarkan pisau dan melarikan wang.

Malah dia juga dikatakan tidak memakai topi keledar atau topeng untuk menutup muka setiap kali melakukan rompakan.

ADUN PAS Kelantan yang mana? Sahabat blogger saya KRO bagi petunjuk, kata beliau:

1. ADUN ini berkahwin dengan seorang warga Kemboja.
2. Isterinya sangat cantik dan sekarang ADUN berkenaan sedang dalam kes saman nafkah dari bekas isterinya.
3. Bekas isterinya menuntut cerai dengan nilai jutaan Ringgit Malaysia.

Bapa ada harta jutaan ringgit, anak disyaki merompak. Apa nak jadi Ustaz-Ustaz PAS ni.

Cuba teka, ADUN yang mana ye?

Anwar Ibrahim Pergi Haji HaHaHa... Jahatnya Kamu..


Bila Perdana Menteri Dato' Seri Najib pergi Mekah, mula lah puak ahlul blogger pembangkang tabur fitnah, mengutuk dan menghina Dato' Seri Najib, tak cukup dengan itu ada juga pihak yang ahlul sanggup membuktikan yang Anwar Ibrahim pun pernah pergi Haji... Haha untuk apa semuanya ini? tak boleh nak kalah jugak ke!

Namun gambar diatas dimainkan oleh blogger pembagkang bagi membuktikan Anwar pernah pergi Haji hanya sekadar gambar superimpose hahaha....

Kenapalah puak ahlul ni suka buat lawak bangang sama macam Chegu Bard? adakah semua mereka ini semuanya spesies yang sama hahaha! Aku betul-betul tak tahan hari ni... ni pun tengah gelak berguling-guling apa bila melihat kebodohan puak-puak luar tabie ni buat kerja...

Kalau betul Anwar telah ke Mekah menunaikan haji, dedahkan je gambarnya sebagai bukti.. apa yang susah sangat puak haramjadah ni kemukakan bukti yang sahih....

Kalau betul Anwar Ibrahim dah masuk Mekah, takkan tak de gambar yang real kot?

Kesian Chegu Bard…. Pilih Untuk Mati Tegak Berdiri


Ini masalahnya bila dah kantoi.Bagaimana caranya nak cover line.Sesiapa yang ada idea tolong segera pass kat kawan kita Chegu Bard@ Badrul Hisham Shaharin, PKR yang juga mengepalai Solidariti Anak Muda Malaysia .

Bukan apa kesian tengok dia tengah mengelupur nak kambus lobang yang digalinya tentang isu dakwa anak Perdana Menteri belanja RM 200,000 masa Persidangan Kemuncak Ketua-Ketua Kerajaan Komenwel (CHOGM) di Perth Australia.

Ada kawan-kawan dalam PKR sendiri yang telefon gelak berguling-guling bercerita tentang gelagat Chegu Bard.

Kata depa kalau nak cipta nama dan bodek bos pun akai mesti panjang dan tak kasi malu diri sendiri secara terlampau gitu.


Ini semua gara-gara dia terperangkap setelah tanpa usul periksa menjadi pelopor war-warkan berita di sebuah akhbar Australia,The West Australian yang melaporkan kononya anak gadis PM membeli belah sakan masa ikut ke sidang CHOGM.

Kini akhbar itu sendiri sudah membuat penjelasan laporan itu tidak betul dan anak PM tidak ada di Perth masa sidang berkenaan.

Jadi mana Chegu Bard nak sorok muka?

Kalau jadi burung ostrich senang boleh gali lubang sumbat kepala masuk.

Sebaliknya Chegu Bard pilih untuk mati tegak berdiri.

Dia tak mengaku kalah dan kini korner pula cetuskan dakwaan kononya episod laporan akhbar The West Australian dirancang sebagai satu trategi media PM.

“Kecualilah ia memang menjadi strategi permainan perang saraf baru di mana (Najib) rancang media (supaya) lapor salah dan kemudian media tersebut minta maaf dengan harapan memadam sekali isu besar,” tulis Chegu Bard dalam blognya seperti dilapor Keadilan daily (pertikan laporan itu dibawah).

Ini memang sudah masuk class maharaja lawak mega.

Kita pun faham sangat mana mungkin Chegu Bard mahu kelihatan dirinya terbarai ataupun mengaku kantoi.

Bukankah dia juga kini kan sibuk mempromosi buku pasal dakwaan cincin isteri Perdana Menteri bernilai RM24 juga.

Ini pun kisah kantoi juga tapi dia tetap terus nak terjun dengan labu-labunya.

Menipu ke ..membohong ke..fitnah ke..janji kasi hemtam PM dan isteri.

Ini caranya untuk dia mencipta nama.

Ikut cakap kawan-kawan dalam PKR, Chegu Bard kini terpaksa kerja extra keras setelah tewas dalam pemilihan jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) kepada Shamsul Iskandar Md Akin tidak lama dulu.

Jangan lupa dia adalah antara yang paling vokal mendakwa ada kong kali kong dalam pemilihan PKR yang riuh dengan peristiwa baling kerusi dan bergaduh dulu.

Cakap berdegar-degar…lepas gempak sana sini….anihnya terus senyap dah tak bunyi apa langsung.

Kawan-kawan dalam PKR tahu sangat dia frust menongging kalah.

Kata mereka malah sudah tersebar cerita mengatakan dia sudah main dengan idea nak keluar PKR kerana fedup.

Namun al-kisahnya dia terpaksa tekan brek setelah pusing kiri pusing kanan dikatakan tersedar campak ke dalam parti lain pasti dirinya tak laku sekupangpun…maka dia termonggeng dan terus cuba menyusur akar balik dalam parti.

“Kalau ye pun…agak-agaklah…jangan kasi malu company macam Chegu Bard,”kata kawan tadi yang jenuh dok tahan gelak bila cakap tentang gelagat dia.

Kawan: tumpang kesian -Agendadaily

Kawan tumpang gelak je Kah! Kah! Kah!

Chegu Bard Mimpi Basah Malam Kemarin...


Walaupun kaki Sam lagi pendek dari Chegu bard, sekurang-kurangnya Sam dapat jadi Ketua Anak Muda Kencing dalam seluar (AMK)... Malulah Bard.... Gila cari publisiti murahan ko ni...

Aku pun tak tahu apa yang tak kena dengan Bard ni? Tiba-tiba saja Bard dapat mimpi basah... mungkin terlalu kerap menonton video seks Anwar Ibrahim kot... Mereng jugak budak ni... Suka cakap benda yang tidak ada kesahihannya... atau pun dia di perbodohkan oleh informernya...

Mungkin juga igauan kekalahannya di Parlimen Rembau dalam pilihanraya umum ke -12 di tangan, Khairy Jamaluddin dulu masih terbawa-bawa kedalam mimpinya sehingga meramalkan bulan november ini Dato' Seri Najib bakal membubarkan Parlimen Malaysia.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMMtot) mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membubarkan Parlimen pada bulan ini (November 2011), bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 diadakan dalam masa terdekat.

Pengerusi Kebangsaan SAMMtot, Badrul Hisham Shaharin berkata, berdasarkan maklumat terkini yang diterima oleh pihaknya, pembubaran Parlimen dijangka akan dilakukan oleh Perdana Menteri sekitar 11 November ini.

Menurut beliau, tindakan tersebut sememangnya di luar jangkaan orang ramai, tetapi maklumat terkini mengenai perkembangan itu diperolehi oleh pihaknya daripada sumber-sumber dalaman yang boleh dipercayai.

Katanya, pembubaran Parlimen dalam masa terdekat pasti akan menambahkan lagi kepincangan proses pilihanraya di tanah air kerana ia diadakan ketika tuntutan rakyat bagi proses pilihanraya yang bersih dan adil belum dilaksanakan oleh kerajaan.

"Jika pilihanraya dipanggil dalam masa terdekat (paling tidak) sebelum menunggu jawatankuasa khas membuat keputusan, maka sudah tentu satu pilihanraya paling kotor dalam sejarah sedang dijanjikan oleh Kerajaan BN.

"Sekiranya ini tetap dilakukan, maka tidak dapat dielakkan persepsi pilihanraya kali ini hanyalah proses 'palsu' bagi menghalalkan regim Umno BN terus berkuasa," katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, menurut beliau, SAMMtot bersama dengan teman-teman organisasi massa lain yang mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya memberi amaran kepada Perdana Menteri bahawa pilihanraya umum hanya boleh dipanggil setelah proses penambahbaikan proses pilihanraya dilakukan.

Peegidah lu SAMMtot!

Top Ranking Blog Politik BN VS PR



Disediakan oleh MyMassa

100 Top Ranking Blog Pro BN



Disediakan oleh MyMassa

Sunday, November 6, 2011

Anak Lelaki Anwar Ibrahim Akui Bapanya Liwat Saiful....


Datuk Ishak Ismail, bekas kawan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata anak lelaki Ketua Umum PKR itu yang bernama Ihsan bin Anwar telah mengesahkan bahawa bapanya telah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Anwar ada anak lelaki..sorang..ada di New York sekarang..dia (Ihsan) tak balik..baru ni, sewaktu bulan puasa..seorang sahabat telefon saya dari New York.

“Dia kata..saya baru jumpa anak Anwar..saya tanya boy (Ihsan) pasal apa you tak balik (Malaysia)..Anak Anwar..anak lelaki dia cakap..uncle saya tak boleh balik ke Malaysia..macam mana saya nak jumpa Saiful..

“Saiful tu kawan baik saya..sah dan sahih uncle..ayah saya bantai belakang Saiful..ini anak Anwar cakap..bukan saya buat cerita”, katanya di Bukit Katil Melaka, I November lalu.

Ishak turut menceritakan pengalamannya bersama Anwar dalam Pemuda UMNO yang dilihatnya sebagai seorang Islamik.

Apabila Anwar dituduh melakukan perbuatan sodomi I pada tahun 1998, Ishak menemui bekas Timbalan Perdana Menteri itu menyuruhnya bersumpah untuk membersihkan dirinya, namun permintaan itu ditolak.

“Apakala Anwar dituduh sondol punggung lelaki..saya jumpa Anwar, saya cakap…Pak Sheikh..naik masjid..angkat Quran..

“Anwar tak berani angkat Quran”, katanya. - AIDC

PAS Muliakan Teresa Kok Yang Anti Islam!

PAS benarkan Teresa Kok masuk ke rumah Allah untuk mengagihkan daging korban.

Bodohnya puak PAS ni, muliakan Teresa Kok yang anti Islam...

Pas ibaratkan tunduk dibawah telunjuk DAP dan merelakan apa saja yang dilakukan oleh DAP.

Gobi Krishnan Semakin Bangsat, Hina Islam!




Sekali lagi Gobikrishnan mencetuskan kemarahan umat Islam yang sedang menyambut hari Raya Aidil Adha hari ini...

Katanya "takde beza org islam sembelih lembu dgn org hindu sembelih kambing dan org buddha sembelih babi! sama je". Kenyataannya ini menghina umat Islam, menyamakan adab sembelih dan haiwan korban dengan babi.

Si bangsat ni memang sengaja cetuskan isu perkauman... Duduk di Malaysia tapi saja buat tak tahu cara hidup masyarakat Malaysia! Apa yang bangsat ni nak sebenarnya?

Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri.

Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Namun kemeriahan ini dicemari dengan lemparan yang tidak berasa dari si bangsat ini! Gobi Rasis!!

Kaum India yang lain pun malu dengan sikap si bangsat ni!

Sekitar Majlis Korban Di Kg Kanchong Bersama MB N9


BANTU... Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan turut melapah daging korban bersama penduduk sekitar Kg Kanchong, Rantau Negeri Sembilan. 

Menteri Besar, turut menyumbangkan dua ekor lembu untuk dikorbankan di surau Kg Kanchong sempena Hari Raya Aidiladha. Kehadiran hampir lapan puluh orang penduduk tempatan memeriahkan upacara korban tersebut. Penduduk turut menyumbangkan seekor lembu untuk di korbankan...

Sumbangan ini merupakan satu amanah yang dilaksanakan dengan sebaiknya dan daging korban tersebut diagih di kawasan masing-masing terutama kepada golongan memerlukan.

  Jangan main-main... MB Tok Mad boleh melapah sekor lembu.. hebat tu...