Saturday, January 28, 2012

HIMPUN: Lebih 10 Ribu Hadir Di Kepala Batas




Hampir 10 ribu orang berkumpul di Kepala Batas menyatakan sokongan kepada Himpunan Sejuta Umat Selamatkan Akidah, perhimpunan tetap berjalan lancar walaupun cuba di sabotaj oleh regim DAP Pulau Pinang.

Sumber gambar : Pisau, Empayar Pemuda

Friday, January 27, 2012

Angelina Jolie Ajar Anak Tentang Agama Islam


Pasangan pelakon Hollywood Angelina Jolie dan Brad Pitt mengaku memberikan pendidikan agama kepada anak-anak mereka.

Jolie tidak membataskan pendidikan itu pada satu atau dua agama sahaja, malahan enam anaknya mendapat pendedahan terhadap semua bentuk agama yang ada.

"Brad dan saya membesarkan anak-anak kami untuk menghargai sesama manusia," ujar ibu kepada Maddox, Pax, Zahara, Shiloh dan si kembar Vivienne dan Knox itu kepada majalah Parade.

Jolie dan Pitt memperkenalkan semua agama yang ada di dunia ini kepada enam anak mereka dengan menyediakan rak yang memuatkan pelbagai buku dan kitab agama di rumah mereka.

"Kami ada Injil, al-Quran dan semuanya. Kami juga mengajak anak kami ke gereja, kuil, menghadiri upacara ajaran Buddha, pergi masjid, mengajar mereka tentang semua kepercayaan," katanya pada Sabtu.

Menurut Jolie, walau apapun agama yang dipilih oleh anak-anaknya kelak, dia tidak akan membantah.

"Pilihannya (agama) terletak pada tangan mereka," ujarnya.


Detik Islam: kepada hero Star Wars Liam Neeson semoga menjadi seorang muslim sejati dan juga Angelina Jolie semoga mendapat hidayah.

-Detik Islam

Datuk T Kata Ada Video Anwar "Lagi Dahsyat"... Mana??


Trio 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".

Salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim, berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.

‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami," katanya, merujuk kepada seorang lagi anggota trio Datuk T, Datuk Shazryl Ekay Abdullah.

‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.

Shuib menambah Anwar perlu segera menyaman Trio Datuk T, termasuk bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, jika mana-mana penganalisis forensik antarabangsa boleh membuktikan bahawa pelaku dalam video seks pertama yang didedahkan Mac lalu, adalah bukan Anwar.

So... tunggu apa lagi Datuk, dedahkanlah video tersebut dengan segera.. nak simpan lagi buat apa?

Video Seks Anwar Kembali, Kali Ini Anwar Dicabar Serah Video


Datuk Seri Anwar Ibrahim dicabar melantik pakar forensik antarabangsa untuk menganalisis rakaman video seks yang didakwa membabitkan Ketua Pembangkang itu seperti didedahkan kepada media pada 21 Mac tahun lalu.

Cabaran itu dibuat oleh salah seorang ‘Trio Datuk T’, Datuk Shuib Lazim, 70, bertujuan menentukan bahawa Anwar bukan pelaku di dalam rakaman video tersebut.

Shuib berkata, sekiranya pihak forensik antarabangsa mendapati pelaku itu terbukti bukannya Anwar, ketua pembangkang itu perlu segera menyaman ‘Trio Datuk T’ yang terdiri daripada beliau sendiri, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Ujarnya, di dalam mahkamah kelak mereka bersedia memberi keterangan termasuk menayangkan rakaman video yang dikatakan lebih dahsyat berlaku di Thailand pada 12 dan 13 Januari 2011.

‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami.

‘‘Kami sedia untuk membongkarkan perkara ini demi kebenaran. Kami sedia berbuat demikian demi masa depan dan nasib rakyat negara ini,’’ katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kenyataan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Noor yang Anwar tidak berani menyaman individu seperti Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Datuk S. Nallakaruppan dan Ummi Hafilda Ali walaupun ketiga-tiga mereka telah secara terbuka mendedahkan kesalahan moral Ketua Pembangkang itu.

Ezam berkata, ini kerana Anwar sendiri tahu dakwaan mereka adalah benar dan banyak lagi ‘pekung’ akan dibuka sekiranya kes dibawa ke mahkamah.

Shuib berkata, beliau bersama dua rakannya itu sehingga hari ini sebenarnya masih menunggu untuk menerima tindakan saman daripada Anwar.

‘‘Anwar nampak sangat tidak berani menyaman rakan-rakan yang pernah rapat dengannya. Anwar hanya setakat berani saman akhbar Utusan Malaysia sahaja.

‘‘Mengapa saman Utusan Malaysia. Jika rasa hebat samanlah kami, sebab kami yang pernah mendedahkan rakaman video yang didakwa membabitkan dirinya,’’ katanya lagi.

Mengenai rakaman video di Thailand yang dikatakan berlaku lebih dahsyat, Shuib mencabar Anwar untuk menyatakan di manakah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berada pada tarikh 12 dan 13 Januari 2011.

‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.

Dalam pada itu Shuib satu masa dahulu pernah bersahabat rapat dengan Anwar berkata, Ketua Pembangkang itu tidak perlu takut untuk bertindak menyaman ‘Trio Datuk T’ jika merasakan beliau berada di pihak yang benar.

Sumber: Utusan

Thursday, January 26, 2012

Video Aziz Bari Mahu PAS Pecat Azizan


Aziz Bari mahu Pakatan Rakyat (PR) perlu mengambil tindakan tegas terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana mengambil tindakan ke atas pelajar-pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).

Katanya, kenyataan Azizan sebelum ini yang katanya "terlepas pandang" sebenarnya bercanggah dengan prinsip Buku Jingga.

“Ini bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan terbuka dan bertentangan dengan prinsip parti.

“Jika beliau itu pro-Auku, kena masuk Barisan Nasionallah,” kata beliau pada pada sidang media selepas Wacana Sinar Siri ke-10 bertajuk "Masih Relevankah Auku?" anjuran Kumpulan Media Karangkraf.


Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, Kuin.

Poyos Gile Aziz Barua ni....

Video URL: http://youtu.be/V2KTh-UQAxQ

Tahniah Undi PR... Rakyat Selangor Dapat Sampah!


Kroni dapat habuan masing-masing, rakyat dapat sampah.. ini mungkin kesimpulan yang boleh dibuat terhadap permasalahan sampah yang dihadapi rakyat negeri Selangor sejak beberapa bulan lalu.

Mengulas masalah yang berlanjutan itu Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abd Shukor Idrus berkata rakyat Selangor menjadi mangsa kerakusan dan keangkuhan kerajaan negeri Selangor dalam penyelesaian isu sampah dan sisa pepejal di negeri ini.

Tegasnya rakyat Selangor kini semakin sesak nafas kerana terpaksa menghidu bau busuk, sampah berulat yang menghantuai mereka, kerana tindakan bodoh kerajaan negeri yang tidak melanjutkan kontrak Alam Flora yang telah berpengalaman dalam menguruskan sampah dan sisa pepejal ini semata-mata kerana Alam Flora dilantik oleh kerajaan BN dahulu, dan bukannya melihat kepada prestasi Alam Flora.

”Kini, rakyat yang menjadi mangsa. Jika dahulu, pihak Alam Flora akan mengutip sampah tiga kali seminggu, namun pihak syarikat pengurusan baru yang dilantik kerajaan negeri ternyata gagal mengutip sampah tiga kali seminggu, sebaliknya seminggu sekali pun susah.

“Kita yakin, pihak syarikat pengurusan yang baru bukan sahaja tidak berpengalaman seperti Alam Flora, malah tidak mempunyai kelengkapan yang mencukupi, lori sampah misalnya.

“Jadi, mana mungkin mereka mampu untuk mengutip sampah tiga kali seminggu, jika mereka terpaksa menggunakan sumber terhad untuk menguruskan dan mengutip sampah dan sisa pepejal di seluruh Selangor,” katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Beliau yang juga ADUN Kuang, Selangor seterusnya berkata kerajaan negeri tidak menggunakan pendekatan kerajaan terdahulu yang memilih atau meneruskan kontrak mana-mana syarikat pengurusan sampah melalui pendekatan penilaian prestasi, sebaliknya mereka lebih selesa melantik syarikat dari kalangan kroni mereka.

”Mereka lebih mementingkan kroni mereka berbanding kebajikan dan keselesaan rakyat Selangor. Masalah sampah yang berlaku di negeri jelas menunjukkan kegagalan pentadbiran negeri menyediakan perkhidmatan yang baik kepada rakyat.

‘‘Pentadbiran yang gagal bukan sahaja memberi kesan kepada agensi-agensi di bawah kerajaan negeri seperti PBT, akhirnya rakyat yang menderita terpaksa menghidu bau busuk dan sampah berulat setiap hari,” ujarnya lagi.

Pada masa yang sama, Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam melihat masalah isu sampah di Selangor khususnya di Shah Alam ini semakin menemui jalan buntu apabila kerajaan negeri terus dengan hasrat mereka untuk menamatkan perkhidmatan Alam Flora Sdn. Bhd dan dalam masa yang sama melantik kontraktor baru yang gagal melaksanakan tugas dengan baik.

Ketuanya, Azahari Datuk Shaari melihat kontraktor baru bukan sahaja gagal melaksanakan tugas mengutip sampah-sampah ini, malah mereka mengambil jalan mudah untuk menuduh UMNO dan Barisan Nasional sebagai dalang yang membuang sampah di kawasan-kawasan tertentu untuk memberikan imej buruk kepada pentadbiran kerajaan negeri.

”Memang sudah menjadi moto pakatan pembangkang, `Semuanya salah UMNO’ dalam melepaskan diri mereka dari apa sahaja isu yang membebankan mereka”, katanya.

Justeru beliau mengajak rakyat Selangor menilai sendiri keberkesanan dan kejayaan kerajaan pakatan pembangkang sejak mereka mentadbir Selangor sejak tiga tahun lalu.

“Adakah ini mutu perkhidmatan yang kita mahukan dari sebuah kerajaan yang mewar-warkan ketelusan sebaliknya apa yang mereka buat pada hari ini, bukan sahaja memberi keselesaan malah memberi beban kepada rakyat Selangor,” ujarnya.

Siapa Yang Tampal Poster Ambiga Bertanding PRU Ke 13?








Terdesak sangat dah puak ni... Bila muncul saja poster seperti ini dia orang akan tuduh, ini semua UMNO punya kerja! Ceh tuduh pakai air liur saja apa kes? Kalau nak buat tuduhan tu bagi lah bukti yang kukuh! Kemudian dakwa lah di mahkamah!

Beberapa poster berwarna gambar Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Bersih, Dato’ S Ambiga terpapar di beberapa tempat di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.

Terdapat dua jenis poster. Poster pertama dengan wajah Anwar tertera tulisan ‘Anwar keldaikan rakyat’, ‘lesbian, gay, bisexual, transex’, ‘Himpunan sex bebas 901’ dan ‘liwat tetap liwat’.

Sementara poster kedua pula dengan imej Ambiga dengan slogan ‘lesbian, gay, bisexual, trans’ dan ‘undi Ambiga undi sex bebas’.

Kedua-dua poster mempunyai logo Seksualiti Merdeka.

Ketua Penerangan PKR Kepong, M S Arjunan membuat laporan di Balai Polis Daerah Petaling, Brickfields, beliau menuduh perbuatan ini dilakukan oleh Umno dan Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia).

Azmin Ali Perlu Selesaikan Masalah Keluarga Dulu Sebelum Berangan-Angan Nak Tawan Johor



Terbaru, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali melahirkan angan-angan untuk merampas kubu kuat UMNO, katanya, adalah tidak mustahil untuk merampas negeri Darul Takzim itu kerana yakin rakyat Johor telah mula ingin melihat wahana politik baru di negeri itu.

Namun Azmin perlu ingat bahawa rakyat juga melihat pelbagai masalah yang menimpa keluarga Azmin Ali kebelakangan ini telah sedikit sebanyak menempek kesan yang negatif kepada parti tersebut dan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.

Daripada perbalahan terbuka antara Azmin dengan adiknya Umi Hafilda Ali, sehingga menjangkit kepada seorang lagi adiknya, Azwan Ali, semua ini telah sedikit sebanyak merosakan imej PKR dan Azmin Ali sendiri.

Mana tidaknya, bukan sedikit yang mempertikaikan kemampuan Azmin Ali menyelesaikan masalah negara yang lebih utama jika Pakatan Rakyat dipilih menjadi kerajaan di peringkat persekutuan kelak, kalau beliau gagal menyelesaikan masalah dalaman keluarganya sendiri.

Jelas dilihat, dikala Azmin cuba menonjolkan Azwan sebagai ahli keluarga yang masih bersama-sama dengannya, Azwan pula mencipta masalah dengan Umi Hafilda dengan mengugut untuk ‘membunuhnya’, sehinggalah masalah tersebut berakhir dengan keduanya berpelukan meminta maaf disamping adegan deraian air mata.

Sudahlah dikhabarkan yang Azmin tidak lagi bertegur sapa dengan ibunya sendiri!!!

Persoalannya, sehingga mana dan sampai bila isu-isu berkaitan keluarga Azmin Ali ini akan terus melingkari PKR sebagai parti peneraju Pakatan Rakyat?

Azmin Ali, cubalah cari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini secara baik dan tidak membabitkan parti dalam masa yang sama.

Masalah keluarga Azmin ini sudah menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat dan PKR.

Nasihat aku kepada Azmin Ali selesaikan dahulu masalah keluarga sebelum berangan-angan hendak merampas kubu kuat UMNO, agar kelak tidak memalukan diri sendiri.

Sumber asal klik di sini

Video Chegu Bard Lari Ketika Penduduk Jalan Kebun Cabar Ahli Hindraf, ABU



Chegu Bard sebenarnya hanya berani di Facebook, twitter dan depan wartawan sahaja, tetapi kecut telo bila berhadapan dengan situasi sebenar, malah perkara ini sudah banyak kali terjadi yang menyaksikan Chegu Bard lari dari medan tempur! Layakkah orang seperti ini diangkat sebagai pemimpin. Dayus!

Laporan Polis Penduduk Jalan Kebun Bantah Provokasi Hindraf, ABU


Penduduk Kampung Jalan Kebun hari ini membuat laporan polis bagi membantah tindakan provokasi kumpulan Hindraf dan kumpulan ABU (Asalkan Bukan UMNO)

Wakil penduduk, Haji Abdul Manan Kasmuri berkata, mereka membuat laporan ini akibat tidak berpuas hati dengan tindakan dua kumpulan ini kerana menyalahi undang-undang kerana Hindraf merupakan satu pertubuhan yang haram yang tidak diiktiraf oleh kerajaan atau mana-mana badan berkanun.

“Mengapa mereka nak buat di Jalan Kebun sedangkan di sini tidak ada seorang pun penduduk berbangsa India. Jadi apa maksud dan tujuan mereka datang ke Jalan Kebun. Kami juga tidak faham dengan tindakan pihak Pas dan PKR yang membawa satu pertubuhan haram yang tidak diiktiraf untuk membuat program dan aktiviti di Jalan Kebun.

“Sekarang, tindakan Hindraf ini menyusahkan dan menganggu keamanan Kampong Jalan Kebun. Sejak saya duduk di sana sejak 60 tahun lepas, inilah kali pertama sebuah pertubuhan haram masuk ke kampong ini untuk memporak-perandakan kampung yang sekian lama aman dan damai ini,” ujarnya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam Polis Seksyen 9, Shah Alam di sini, Rabu.

Tambahnya, penduduk kampung bersedia dan tidak ada apa-apa masalah jika pihak Pas atau PKR yang membuat program atau aktiviti di sana, sebaliknya tidak dapat menerima kehadiran HINDRAF, pertubuhan haram yang sengaja membuat huru-hara di Jalan Kebun.

Seorang lagi wakil penduduk, Shaari Basri berkata, laporan polis ini khusus untuk Hindraf kerana penduduk Jalan Kebun tidak dapat menerima kehadiran Hindraf di Jalan Kebun.

“Jalan Kebun 100% orang Melayu. Tidak ada orang India, jadi mengapa mereka buat program yang akhirnya menimbulkan provokasi di Jalan Kebun.

“Mereka (Hindraf) yang memulakan provokasi ini, mengibarkan bendera Hindraf di waktu Maghrib, menganggu keamanan di waktu kita nak berbuat ibadah,” ujarnya yang nyata kecewa dengan sikap Hindraf yang tidak tahu menghormati perasaan orang kampung.

Tambahnya, jangan menyalahkan orang kampong atas apa yang berlaku di Jalan Kebun kerana yang memulakannya adalah pihak Hindraf.

“Penduduk Jalan Kebun tidak kisah kalau PKR atau Pas yang membuat aktiviti di sana, kita tidak akan kacau kerana kalau kita buat program pun, mereka (Pas dan PKR) tidak akan kacau. Sehubungan dengan itu, penduduk kampong mengharamkan kumpulan Hindraf untuk mengadakan apa sahaja program atau aktiviti di Jalan Kebun,” ujarnya lagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob menegaskan, pihak Polis menafikan dakwaan pihak tertentu yang mendakwa kononnya pasukan keselamatan itu bersekongkol berhubung insiden pergaduhan dalam satu program ceramah yang dianjurkan oleh Hindraf dan sebuah pergerakan yang dikenali Asalkan Bukan UMNO (ABU) di Jalan Kebun, di sini Sabtu lalu.

Dakwaan itu tidak berasas sama sekali kerana tanggungjawab pihak Polis adalah untuk memastikan keselamatan awam, bukannya menghuru-harakan keadaan seperti yang didakwa.

Malah, beliau menyatakan pihak penganjur sebenarnya tidak memaklumkan kepada polis untuk mengadakan program berkenaan yang turut di hadiri Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin.

“Kita hanya menerima maklumat mengenai program tersebut diadakan selepas pihaknya mendapat laporan wujudnya kekecohan di lokasi program itu diadakan pada malam Sabtu itu. Sebaik sahaja polis tiba ditempat kejadian, barulah keadaan terkawal.

“Justeru, kita ingatkan mana-mana pihak yang mahu mengadakan program, perhimpunan, ceramah atau sebagainya selepas ini, sila maklumkan kepada polis terlebih dahulu supaya bagi memastikan tidak wujudnya sebarang perkara yang boleh menganggu keselamatan awam.

“Penganjur juga perlu sedar dan prihatin mengenai persekitaran serta sensitiviti masyarakat tempatan di tempat-tempat mereka ingin adakan program termasuklah kehadiran penceramah itu sendiri,” katanya di sini. -MediaUMNO

Wednesday, January 25, 2012

Pendedahan: RM 5 Juta Duit Rakyat Selangor Dibuang Ke Tong Sampah?

Rakyat mahu kehidupan yang sihat bukan hidup dengan sampah!

Dalam bajet kerajaan Negeri Selangor 2012, sebanyak RM300juta diberikan untuk geran SELANGORKU.

RM300 juta untuk ‘Geran Selangorku’

SHAH ALAM:Kerajaan Negeri Selangor memperuntukan sebanyak RM300 juta di bawah ‘Geran Selangorku’ bagi melaksanakan program-program yang berfaedah untuk rakyat.
Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, geran itu berasaskan dana sumbangan dividen daripada syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) Selangor dan keuntungan yang diperolehi Menteri Besar Incorporated (MBI) yang berjaya mengutip hutang lapuk dari Talam Corporation Sdn Bhd.

Daripada jumlah tersebut, RM5juta disediakan untuk alam sekitar di bawah seliaan Elizabeth Wong.


Namun, apakah ertinya pemuliharaan alam sekitar sekiranya pemeliharaan pun gagal disempurnakan oleh Kerajaan Negeri?

Teruskan membaca pendedahan isu sampah di sini...

Hujan Tak, Ribut Pun Tak... Tiba-Tiba Banjir Di Gombak!


Ajaibkan, hujan tak ada, ribut tak ada tiba-tiba banjir... Inilah yang terjadi di Taman Sri Gombak, semenjak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan Selangor macam-macam perkara yang tidak diingini berlaku..

Masalah berpunca dari pembentong air lama yang pecah dan berkemungkinan longkang juga tersumbat. Inilah padahnya apabila Selangor diperintah oleh Pakatan pembohong habis semua jahanam!, masyarakat hidup dengan sampah sarap, air minuman pula di cemari dengan air karat!

Apa dah jadi dengan Selangor sekarang ini?

Selepas empat tahun mentadbir negeri Selangor sejak pilihan raya umum 2008, kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang masih tidak menunaikan janji-janji mereka sehingga menyebabkan sesetengah pihak berasa kecewa.

Adalah lebih baik jika BN mengambil alih semula kerajaan negeri segala masalah seperti sampah sarap, air dan lain-lain akan selesai.




-Bro Jinggo

Khairy Jamaluddin vs Rafizi Ramli Debate 29 Jan 2012


Projek Amanat Negara 2012
United Kingdom and Eire Council of Malaysian Students
London 29 Jan

The debate between
Khairy Jamaluddin (BN Youth Leader) vs Rafizi Ramli (PKR Strategies Director) Debate

Topic: Public Policy: Vision 2020: Is Malaysia Moving Towards the Right Direction?
YB Khairy Jamaluddin, UMNO Youth Chief and Rembau MP
Rafizi Ramli, PKR Strategic Director

Video Pemuda Pas Baling Masuk UMNO!!


Penyerahan borang permohonan ahli UMNO, termasuk yang disertai oleh bekas pemuda Pas Kampung Paya Lama Pulai, Baling, Kedah dan ucapan dari Ketua Bahagian UMNO Baling, Datuk Azeez Rahim.





Seramai 73 Pemuda Pas Kampung Paya Pekan Lama Pulai, Baling, Kedah. menyerahkan borang kepada Ketua Bahagian UMNO Baling, Datuk Azeez Rahim pada majlis penyerahan yang dilakukan di tepi padang bola.

Penyerahan borang UMNO itu dilakukan selepas perlawanan bola sepak persahabatan diantara Pemuda Kampung Paya dengan Pemuda UMNO bahagian.

Dengan penyerahan borang ini, bermakna Pemuda Pas Kampung Paya Pulai lumpuh sama sekali. Ini adalah gelombang pertama penyerahan borang. Mc dikhabarkan akan ada lagi beratus orang Pas bakal menyertai UMNO, terutamanya Pemuda Pas di kawasan Baling.

Sumber: McTheory