Sunday, January 20, 2013

Seorang Rakyat Malaysia Dikhuatiri Maut di Algeria


Kedutaan Malaysia di Algiers, Algeria mendapat maklumat tentang kemungkinan seorang daripada dua rakyat Malaysia yang tidak dapat dikesan berikutan serangan kumpulan militan di kilang pemprosesan gas di In Amenas, maut, manakala nasib seorang lagi belum diketahui.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Menteri Luar, Datuk Sri Anifah Aman berkata, wakil JGC Construction Pte. Ltd, syarikat yang menjadi majikan rakyat Malaysia berkenaan, memaklumkan kepada kedutaan itu mengenai perkara terbabit.

Tolak Pemikiran Ekstremis - DS Najib #SeminarNusantaraKL


Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak seluruh umat Islam di negara ini menolak model pemikiran ekstremis parti politik tertentu seperti sanggup mengkafirkan insan seagama dan mengeluarkan pelbagai amanat yang membawa perpecahan.

Dalam masa sama, Perdana Menteri berkata, pendekatan liberalisme dan keterbukaan tanpa batas yang kini diperjuangkan golongan tertentu perlu ditentang kerana boleh memberi masalah kepada interpretasi dan syiar Islam.

Peserta #HKR112 Bakal Didakwa Kerana Langgar Syarat! Sendiri Mau Ingat La...


Kata orang penyakit jangan dicari... Ni lah padahnya bila terikut-ikut sangat perangai pemimpin pembangang pakatan pembangkang... sekarang sapa yang dapat susah.. ingat Mat Sabu nak tolong ke... sendiri mau ingatla.....

Bernama: Kertas siasatan berhubung pelanggaran tiga daripada 27 syarat perhimpunan anjuran parti pembangkang di Stadium Merdeka minggu lepas, dijangka siap minggu depan.

Kalimah Allah: Majlis Syura Tolak Pujukan Karpal...



Pas tidak akan menarik balik keputusan Majlis Syura berhubung kalimah ALLAH walaupun Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh meminta untuk kaji semula.

Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, pendirian itu tidak akan berubah seperti yang dijelaskan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas bermesyuarat dengan pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

SKMM Ambil Keterangan Patrick Teoh Hina Islam!


Tindakan tepat telah dilakukan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) baru-baru yang telah membuat siasatan keatas Patrick Teoh ekoran menghina Islam dalam laman Facebook.

Diberitahu Sekumpulan pegawai penyiasat SKMM telah selesai mengambil rekod dan keterangan daripada Patrick Teoh. Harap Patrick Teoh dikenakan tidakan tegas diatas tindakan bodohnya yang telah menguris hati umat Islam.

Saturday, January 19, 2013

Karpal Mahu Hadi Akur Keputusan PR Ketepikan Pendirian Majlis Syura


Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh akan memujuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu. Seterusnya klik pada tajuk entri....

Bible Bahasa Melayu Diedarkan Kepada Pelajar Di Penang!



Tergempar Persatuan Mukabuku Pulau Pinang membuat pendedahan berkaitan dua pemuda mengedar buku yang di percayai bible kepada pelajar-pelajar di hadapan sekolah di Pulau Pinang. Seterusnya klik pada tajuk entri....

Azmin Ali Angkuh, Biadap ! - Hassan Ali


Saya yakin sebahagian rakyat Malaysia khususnya dikalangan masyarakat Melayu Islam agak tersentak mengikuti ulasan Timbalan Presiden PKR YB Azmin Ali mengenai keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang sama sekali tidak membenarkan kalimah Allah diterjemah dalam apa bahasa pun termasuk digunakan di dalam Bible berbahasa Melayu. Seterusnya klik pada tajuk entri....

Harussani Tegur Azmin Jangan Memandai-Mandai Bercakap Hal Kalimah Allah


PKR hanya mengutamakan kepentingan politik kerana tidak mempedulikan keputusan Majlis Syura PAS melarang penggunaan kalimah Allah dalam kitab Bible versi bahasa Melayu. Seterusnya klik pada tajuk entri....


Penyokong PAS Pening... Pemimpin Flip Flop


Anggota Pas kini dalam kebingungan kerana sikap 'flip flop' pemimpin-pemimpinnya berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam.

Mereka merasa pemimpin Pas telah mempermainkan isu kalimah ALLAH yang berubah-ubah sehingga memalukan parti. Seterusnya klik pada tajuk entri....

HKR #KL112- Kurang Sokongan Kaum Cina , Bukti Tolak Kepimpinan Melayu PR!


Seminggu sudah berlalu sejak berakhirnya Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR #KL112) yang berlangsung di Stadium Merdeka Sabtu minggu lepas, namun hingga kini khalayak umum masih tercari-cari jawapan kenapa kehadiran masyarakat Cina di HKR #KL112 merosot dengan agak ketara. Seterusnya klik pada tajuk entri....

Rosmah Mansor - Saya Bersumpah... Saya Tiada Cincin Itu


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menafikan bahawa beliau memiliki cincin seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang. Seterusnya klik pada tajuk entri....


Wacana Pra-PRU13: Populariti Najib Menonjol Berbandaing Anwar Ibrahim


Populariti Datuk Seri Najib Razak menonjol dalam kalangan rakyat adalah berikutan prestasinya yang dinilai orang ramai, termasuk program transformasi dan janji ditunaikan kerajaan.

Pensyarah Jabatan Komunikasi Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Manusia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid, berkata faktor berkenaan diperoleh dalam kajiannya antara Mac 2008 hingga Julai 2012. Seterusnya klik pada tajuk entri....

JOZAN Juara Maharaja Lawak Mega 2012 #maharajalawakmega #Jozan


Gempak… memang pecah perut menyaksikan Maharaja Lawak Mega 2012! Mantap!!! Ummpphhh!!! Seterusnya klik pada tajuk entri....