Baru tanya soalan Anwar warning nak saman!
Cuba tanya sana sini,ramai yang hairan kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim nak saman TV3 dan Utusan sahaja kerana melaporkan media Filipina kaitkan beliau dalam isu Sulu.
Lojik akal...kalau rasa tidak betul sepatutnya Ketua Umum PKR itu saman media Filipina yang lapor kait beliau .Tak gitu?
Entah le..ini mungkin standard kebebasan media jika Pakatan Rakyat berkuasa.
Tanya soalan sesuatu yang lojik pun dah kena warning nak saman tulis bab ini.
Inilah insiden yang berlaku semasa wartawan Agendadaily bertanya soalan yang semua orang nak tahu jawapannya semasa sidang akhbar Anwar bersama orang kuat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali di ibupejabat PKR di Tropicana dekat Petang Jaya Isnin.
Tugas waratwan ialah bertanya.Orang politik nak jawab...jawablah.. tak mau sudah...tapi jangan guna bahasa macam nak ugut saman begitu.
"Saya sudah saman TV3 dan Utusan...you ulang....saya saman you pula," itu cara pembesar Pakatan Rakyat ini jawab bila ditanya bab mengapa nak saman TV3 dan Utusan sahaja.
Bukankah laporan yang sebut namanya itu terbentang depan mata dalam Philipine Inquirer,Manila Times dan Reuters.
Anwar tegas nafi media berkenaan kait beliau dengan pencerobohan orang Sulu.
"Media mana?" tanya beliau.
Kalangan wartawan lain yang hadir dalam sidang akhbar itu terpinga-pinga lihat gelagat beliau.
Ini bukan pertama kali Anwar naik suara,sindir dan buat perangai semasa jawab soalan yang mungkin beliau tak syok masa sidang akhbar.
Pada sidang akhbar itu Anwar antara lain kondem kerajaan dakwa lambat salur maklumat pasal isu Sulu hingga tersebar macam-macam khabar angin.
Tujuan sidang akhbar berkenan diadakan ialah beliau nak umum bahawa Pakatan Rakyat mahu ssatu sidang akhbar khas Parlimen mengenai isu Sulu.
Katanya Pakatan Rakyat jugta mahu satu perbincangan meja bulat antara mereka dengan kerajaan. -
Agendadaily