Tuesday, March 5, 2013

Kartunis Zunar Bangsat Kutuk Pengorbanan Wira Negara!


Terdahulu Tian Chua sebelum ini buat kenyataan bangang yang menyatakan kejadian di Lahad Datu adalah konspirasi UMNO.

Terbaru kartunis puak pembangkang Zunar, melukiskan kartun Perdana Menteri, Datuk Seri Naib Tun Razak (yang dilukis penuh dengan kebencian) seolah-olah menjadikan insiden di Lahad Datu sebagai alasan untuk melambatkan pembuburan Parlimen bagi membuka laluan untuk pilihan raya umum.

Apa masalah dan bezanya Zunar dengan Tian Chua yang sama-sama mempolitikan situasi di Sabah yang menyaksikan 8 perwira negara terkorban?

Kalau Zunar rasa pembangkang yang disanjungnya sudah pasti menang pilihan raya kali ini pun, tak perlu sombong sangat dan sindir-sindir orang tak kena tempat.


Orang macam Zunar ni sama ada terlalu bodoh atau sengaja buat-buat benda sensasi untuk mendapatkan publisiti.

Tak habis-habis puak pembangkang ni nak rosakkan minda rakyat Malaysia. Tindakan tegas perlu di ambil kepada mereka ini!

Kita kehilangan lapan perwira negara. Mereka berkorban supaya kita dapat hidup aman dan damai. Kita perlu ingat dan balas jasa ini.

Seluruh rakyat Malaysia bersama-sama dengan anggota keselamatan dalam isu Lahad Datu.

Tangisan anak dan balu meratapi wira negara yang terkorban. Namun semua itu dianggap sebagai sandiwara lagi oleh puak pembangkang!!!!!

Memang mereka ini melampau. Sampai bila kartun sebegini mahu dibiarkan?

Polis Percaya Masih Ada Musuh Bersembunyi Di Kampung Tanduo - KPN


LAHAD DATU: Polis masih menjalankan operasi susulan dan penggeledahan di Kampung Tanduo, Lahad Datu kerana percaya masih ada musuh di kawasan seluas empat kilometer persegi itu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata tindakan susulan selepas serangan ofensif terhadap kumpulan pengganas itu dijalankan secara berhati-hatibagi memastikan keselamatan anggota polis dan tentera.

"Saya tidak mahu melihat anggota pasukan keselamatan menjadi mangsa," katanya pada sidang akhbar, Selasa.

Pasukan keselamatan terdiri daripada polis dan tentera melakukan serangan ofensif terhadap pengganas dari Sulu di Kampung Tanduo pada pukul 7 pagi.

Sementara itu, Ismail menafikan laporan media Filipina yang mendakwa kumpulan daripada keluarga Kiram menemui mayat anggota pasukan keselamatan Malaysia dan dakwaan keluarga itu bahawa mayat penceroboh diperlakukan tanpa perikemanusiaan.

"(Kenyataan) itu tidak tepat sama sekali. Saya dukacita dengan laporan itu,sepatutnya mereka merujuk kepada pihak rasmi," katanya.

Beliau berkata laporan seumpama itu adalah satu dakyah yang boleh menggugat ketenteraman awam di Sabah.-BERNAMA

Video Wartawan TV3 Hadapi Serangan Hendap Pengganas Di Lahad Datu


[Video Terkini Lahad Datu, Sabah] Detik Cemas Wartawan TV3 Hadapi Serangan Hendap Pengganas Di Lahad Datu

Berita Terdahulu: Ketua Penceroboh, Azzumudie Terbunuh! 20 Mayat Pengganas Sulu Ditemui


Terkini: Ketua Penceroboh, Azzumudie Terbunuh! 20 Mayat Pengganas Sulu Ditemui


LAHAD DATU - Ketua Polis negara mengesahkan sehingga kini pasukan keselamatan masih tidak menemui mayat ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie dan pimpinan lain dalam serangan udara yang dilancarkan ATM di Kg Tanduo pagi ini.

Adik kepada kepala lanun sulu azzumudie kiram terbunuh dalam serangan pagi tadi..

Manakala Kira-kira 20 mayat pengganas Sulu setakat ini sudah ditemukan beberapa jam selepas serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh itu di Kampung Tanduo di sini awal pagi.

Operasi pembersihan masih diteruskan bagi mencari saki-baki pengganas.

Berita Terdahulu: Kampong Tanduo Bergegar... Operasi Tamatkan Penceroboh!

Laporan Terkini : Kampong Tanduo Bergegar... Operasi Tamatkan Penceroboh!


RANGKUMAN OPS SULU: 2.25 PM

02:25PM SERANG 8-Datuk Seri Zahid sahkan operasi guna tiga jet pejuang F-18 dan lima pesawat Hawk. Katanya operasi ini adalah jawapan ditunggu-tunggu rakyat ekoran pencerobohan

02:20PM SERANG 7-pada sidang media bersama Datuk Seri Zahid dan Datuk Seri  Hishamuddin jam 2 petang ini, wartawan diberitahu operasi masih berjalan.Sahkan setakat ni tiada kemalangan pasukan kita

01:48PM SERANG 6-Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin baru tiba di Felda Residence, Felda Sahabat, Lahad Datu, jumpa KPN. Wartawan standby mungkin PC bila2 masa-Agendanews

12:48PM SERANG 5-Belum rasmi... tapi difahamkan pasukan keselamatan telah menguasai sepenuhnya Kg Tanduo. Penceroboh telah ditewaskan. Pengeledahan dari rumah ke rumah sedang dilakukan.

12:37PM SERANG 4-Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Tajudeen Wahab berkata bantuan pada 26 keluarga kampong dekat Kg Tanduo akan diberi.Jangan bimbang keselamatan Sabah

12:07PM SERANG 3-Datuk Ahmad Maslan sahkan 1,000 pekerja ladang Felda Sahabat di Kg E diberi cuti atas sebab keselamatan. Ada 5 ladang dekat Kg Tanduo

11:51AM SERANG 2-Kawasan operasi 4 kilomiter persegi. Masa operasi dapat tentangan musuh dgn tembakan. Ada juga operasi geledah rumah2 di Kg tandou

11:50AM SERANG1-Ketua Polis Negara(KPN) dan Panglima Angkatan Tentera (PAT) baru buat PC.Operasi masih jalan. Belum ada jumlah maut/cedera. Pasukan kita OK

10:25 AM Serangan ofensif terhadap penceroboh di Lahad Datu diambil bagi mempertahankan maruah dan kedaulatan negara memandangkan usaha untuk menggelakkan pertumpahan darah tidak diendahkan oleh musuh - PM Najib

10:18AM- PADA ucapan itu juga PM jamin kerajaan akan guna segala kekuatan yang ada untuk pertahankan kedaulatan negara

10:13AM - PM kini di himpunan bersama ulama-umara di Stadium Putra Bukit Jalil.Dalam ucapan kata pasukan keselamatan kini sedang usaha berkas penceroboh.

08:37AM - KETIKA INI tak nampak jet pejuang berlegar.Dipercayai buat ground attack.Seorang penduduk kampong ditemui kata ada penduduk sekitar lari takut. - Laporan Agendadaily

Berita Terdahulu:

Kumpulan Bersenjata Sulu Ditumpaskan Sepenuhnya, Kata Sumber Polis

Kedutaan Malaysia Di Manila Diserang

Gambar Dari Tempat Berhampiran Lokasi Serangan Di Lahad Data

Sidang Media Ketua Polis Negara Dan Sekitar Kawasan Pertempuran

Perkembangan Terkini Serangan Tentera Di Kampung Tanduo

Tentera Mula Menyerang, Lokasi Penceroboh Sulu Digempur Pelbagai Sudut!

Kenyataan PM Berhubung Serangan Lahad Datu


Isu Lahad Datu : Video Panas Anwar Ibrahim Putar Belit Takut Jawab Soalan Wartawan


Baru tanya soalan Anwar warning nak saman!

Cuba tanya sana sini,ramai yang hairan kenapa Datuk Seri Anwar Ibrahim nak saman TV3 dan Utusan sahaja kerana melaporkan media Filipina kaitkan beliau dalam isu Sulu.

Lojik akal...kalau rasa tidak betul sepatutnya Ketua Umum PKR itu saman media Filipina yang lapor kait beliau .Tak gitu?

Entah le..ini mungkin standard kebebasan media jika Pakatan Rakyat berkuasa.

Tanya soalan sesuatu yang lojik pun dah kena  warning nak saman tulis bab ini.

Inilah insiden yang berlaku semasa wartawan Agendadaily bertanya soalan yang semua orang nak tahu jawapannya semasa sidang akhbar Anwar bersama orang kuat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustapha Ali di ibupejabat PKR di Tropicana dekat Petang Jaya Isnin.

Tugas waratwan ialah bertanya.Orang politik nak jawab...jawablah.. tak mau sudah...tapi jangan guna bahasa macam nak ugut saman begitu.

"Saya sudah saman TV3 dan Utusan...you ulang....saya saman you pula," itu cara pembesar Pakatan Rakyat ini jawab bila ditanya bab mengapa nak saman TV3 dan Utusan sahaja.

Bukankah laporan yang sebut namanya itu terbentang depan mata dalam Philipine Inquirer,Manila Times dan Reuters.

Anwar tegas nafi media berkenaan kait beliau dengan pencerobohan orang Sulu.

"Media mana?" tanya beliau.

Kalangan wartawan lain yang hadir dalam sidang akhbar itu terpinga-pinga lihat gelagat beliau.

Ini bukan pertama kali Anwar  naik suara,sindir dan buat perangai semasa jawab soalan yang mungkin beliau tak syok masa sidang akhbar.

Pada sidang akhbar itu Anwar antara lain kondem kerajaan dakwa lambat salur maklumat pasal isu Sulu hingga tersebar macam-macam khabar angin.

Tujuan sidang akhbar berkenan diadakan ialah beliau nak umum bahawa Pakatan Rakyat mahu ssatu sidang akhbar khas Parlimen mengenai isu Sulu.

Katanya Pakatan Rakyat jugta mahu satu perbincangan meja bulat antara mereka dengan kerajaan. - Agendadaily




Kumpulan Bersenjata Sulu Ditumpaskan Sepenuhnya, Kata Sumber Polis


KAMPUNG TANDUO: Kumpulan bersenjata Sulu bersenjata telah ditumpaskan oleh pasukan keselamatan Malaysia dalam kejadian tembak-menembak secara besar-besaran bermula pukul 7 pagi Selasa, kata sumber polis.

Pasukan keselamatan Malaysia berada di peringkat keempat dalam Ops Sulu apabila mereka mengawal keselamatan kampung yang dikepung oleh kira-kira 100 lelaki bersenjata yang merupakan pengikut kepada seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, yang menegaskan bahawa saudaranya mengetuai kumpulan itu untuk berada di Tanduo sehingga mati walaupun tarikh akhir dilanjutkan yang diberikan kepada mereka untuk meninggalkan kawasan itu tanpa pertumpahan darah.

Rundingan untuk menyelesaikan pencerobohan, untuk dilakukan secara aman telah gagal dan pada pagi Selasa, jet pejuang terbang melakukan serangan, diikuti oleh pasukan polis elit yang turut menghadapi pertempuran itu.

Ketua Polis Negara memberitahu pemberita pada pukul 11.30 pagi bahawa tiada mangsa di kalangan rakyat Malaysia tetapi bilangan mangsa untuk lelaki bersenjata masih tidak diketahui.

Keadaan di semua bahagian pantai timur Sabah adalah terkawal oleh pihak polis dan tentera yang mengawal ketat keselamatan di beberapa lokasi strategi di mana mereka diancam oleh tindakan daripada pengikut Sultan Sulu bahawa akan berlakunya serangan balas sekiranya penceroboh Sulu dikalahkan.-Mstar

Kedutaan Malaysia Di Manila Diserang




Di Manila - Polis Anti Rusuhan mengepung Kedutaan Malaysia disana yang dijangka akan diserbu penunjuk perasaan yang sedang menuju ke Kedutaan Malaysia menyerang kedudukan pemberontak Sulu pagi tadi.

Bendera kita dan gambar Datuk Seri Najib Razak dibakar di hadapan kedutaan Malaysia di Filipina.

Penganas mereka serang kita, bunuh anggota polis kita diorang pula yang tak puas hati! Dasar kurang ajar!

Gambar Dari Tempat Berhampiran Lokasi Serangan Di Lahad Datu

LAHAD DATU 5 Mac - Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan dari kawasan berhampiran lokasi serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, awal pagi ini:


Seorang anggota keselamatan berkawal dekat ladang kelapa sawit Imbara Budi bagi menyekat sebarang penyusupan pihak penceroboh di kawasan ini. Hari ini pihak keselamatan Malaysia telah melancarkan serangan ke atas penceroboh kumpulan bersenjata yang berkubu di Kampung Tanduo. - Bernama



Anggota komando Angkatan Tentera Malaysia menaiki helikopter Nuri untuk dihantar menggempur penceroboh di Kampung Tanduo dekat sini. Pagi tadi pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan ke atas penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo. - Bernama



Sebuah helikopter Nuri membawa anggota komando ke medan pertempuran menghadapi penceroboh dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo di sini hari ini. Pagi tadi pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan keatas penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo. - Bernama


Angota polis dan kakitangan hospital kelihatan mula bersiap sedia di jabatan kecemasan di Hospital Lahad Datu di sini, hari ini berikutan serangan pasukan keselamatan Malaysia keatas penceroboh kumpulan bersenjata di kampung Tandou pagi ini. - Bernama


Kenderaan anggota tentera keluar dari Kampung Tanduo menghantar anggota tentera menghadapi penceroboh yang berkubu di kampung Tanduo. - Bernama



Seorang kakitangan Hospital Lahad Datu di sini mengawal selia dua buah ambulan sebagai persiapan selepas pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan keatas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tunduo pagi ini. - Bernama


Sekatan jalan raya dibuat dekat Imbara Budi menuju ke Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanduo berikutan serangan pihak keselamatan Malaysia ke atas pencerobohan kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo pagi tadi. - Bernama

Berita Terdahulu: Sidang Media Ketua Polis Negara Dan Sekitar Kawasan Pertempuran


Lahad Datu: Sidang Media Ketua Polis Negara Dan Sekitar Kawasan Pertempuran



Bercakap dalam satu akhbar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata operasi masih berjalan dan pihak keselamatan yang terdiri daripada anggota PDRM dan tentera mendapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh.

Katanya, ketika ini pasukan keselamatan sedang menjalankan pengeledahan terhadap beberapa buah rumah di kampung tersebut.

Ketika sidang akhbar itu diadakan, beliau berkata, setakat ini tidak ada kehilangan nyawa di pihak keselamatan di pihak PDRM dan tentera.



Tempur Di Kampung Tanduo Dilancarkan Sepenuhnya

Pertempuran darat dipercayai berlaku di kampung Tanduo.

Tembakan meriam dihentikan dan jet pejuang dipercayai telah melakukan tugas mereka.

Tiada letupan didengari lagi.

Jets tidak dilihat terbang melalui kampung itu yang berlakunya serangan tembakan pada sejak pukul 7 pagi.

Butiran bilangan mangsa di kalangan anggota kumpulan bersenjata Sulu, yang diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, dan pasukan keselamatan tidak diketahui.

Bagaimanapun, ambulans dari Tawau dan Lahad Datu telah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia dilihat menuju keluar.

Sebuah helikopter Nuri turut dilihat membawa tentera dari Cenderawasih kepada barisan hadapan di kampung Tanduo.

Persisiran kampung Tanduo tenang apabila pihak berkuasa maritim dan tentera laut berada di situ melakukan pemantauan terhadap kemungkinan serangan balas dari kumpulan bersenjata di selatan Filipina yang mengancam untuk melakukan serangan di bandar pantai timur Sabah sekiranya kampung Tanduo diserang.

Walaupun terdapat laporan penceroboh dilihat muncul dari Kinabatangan dan kawasan-kawasan lain, polis mengisytiharkan keadaan di seluruh Sabah kini terkawal.

Berita Terdahulu : Perkembangan Terkini Serangan Tentera Di Kampung Tanduo






Perkembangan Terkini Serangan Tentera Di Kampung Tanduo #OpsSulu


Sumber keselamatan memberitahu, laporan sehingga kini mengesahkan tiada sebarang kecederaan di kalangan anggota pasukan keselamatan yang menjalankan serangan ke atas penceroboh di Lahad Datu, awal pagi ini.

Beberapa siri letupan kedengaran dari sekitar Felda Sahabat 17 ekoran serangan pasukan keselamatan ke atas penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, pagi ini.

Wartawan Bernama di dalam twitter agensi berita itu melaporkan, beberapa pesawat pejuang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melintasi ruang udara kawasan tersebut.

“Bangunan dan cermin Hotel Felda Residence, di Felda Sahabat 16, tempat wartawan menghinap bergegar akibat letupan berdekatan," katanya.

Operasi Darat Oleh Pasukan Keselamatan Malaysia meliputi ATM dan Polis mengambil alih serangan keatas tempat persembunyian penceroboh.

Penduduk Kampung Labian dan Kampung Batu berhampiran Kampung Tanduo dipindahkan malam tadi dan polis dijadual mengadakan sidang akhbar pada pukul 10 pagi.

10.00 pagi: Hospital di Tungku tutup dan seorang penduduk kampung berkata, satu halangan telah diletakkan bagi melarang orang ramai memasuki bandar itu.

9.50 pagi: Banyak ambulans dihantar dari Tawau. Pengamal media dilarang memasuki kawasan Felda 16 dekat bandar Cenderawasih.

9.45 pagi: Kira-kira 300 penduduk kampung di balai raya Tanjung Labian meminta makanan apabila mereka tidak mendapatkannya sejak malam Isnin. Mereka menyelamatkan diri dari Tanjung Batu selepas mendengar terdapat laporan mengenai penceroboh bersenjata.

8.30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.

7.30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah.

7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.

Berita Terdahulu:

Tentera Mula Menyerang, Lokasi Penceroboh Sulu Digempur Pelbagai Sudut!

Kenyataan PM Berhubung Serangan Lahad Datu

Kenyataan PM Berhubung Serangan Lahad Datu #OpsSulu


OPS SULU

Kenyataan Akhbar

Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.

Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.

Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.

Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.

Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7pagi ini pasukan keselamatan telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.

Dato Sri Mohd Najib Tun Razak

PERDANA MENTERI MALAYSIA


Tentera Mula Menyerang, Lokasi Penceroboh Sulu Digempur Pelbagai Sudut!


Tentera Mula Menyerang, Lokasi Penceroboh Sulu Digempur Pelbagai Sudut!




Pasukan keselamatan lancar serangan jam 7 pagi ini terhadap kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Sejak pukul 7 pagi pasukan tentera mula menggempur kedudukan musuh di sekitar Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Letupan kuat mula kedengaran di sana sini.

Ia disusuli dengan kehadiran jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Ibu segala peperangan sudah bermula!

Keadaan di sekitar Tanjung Labian, kira-kira 7 kilometer dari kampung Tanduo di Felda Village 17 begitu tegang dengan lebih 300 penduduk kampung berkumpul di balai raya yang mendengar letupan.

7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan meriam.

7:30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah

8:30 pagi: Trak tentera dilihat memasuki kawasan itu. Skuad elit tentera dan polis berada di darat dan dipercayai terlibat dalam tembak-menembak dengan lelaki bersenjata.

Khairy Bidas Anwar Yang Cuba Mempolitik Isu Pencerobohan Di Sabah


Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin membidas cadangan pembangkang yang mahu mengadakan sidang parlimen tergempar bagi memperbincangkan isu pencerobohan pengikut Sultan Sulu di Lahad Datu, Sabah yang setakat ini telah mengorbankan lapan nyawa anggota keselamatan negara.

Menurut beliau, cadangan yang dilontarkan oleh pembangkang itu tidak logik kerana ia berhubung soal keselamatan negara yang sedang berhadapan dengan ancaman musuh, di mana ia perlu ditangani dengan cermat dan teliti demi keselamatan rakyat di negara ini.

“Ini adalah isu keselamatan negara di mana hari ini kita sedang menghadapi serangan bersenjata dari pihak penceroboh. Takkanlah kita nak bincang isu bagaimana untuk menangani percerobohan ini secara terbuka di Parlimen kerana ia melibatkan strategi yang melibatkan perkara-perkara sulit yang tidak boleh didedahkan secara terbuka.

“Sebagai contoh, ketika Presiden Obama merancang untuk menangkap Osama Bin Laden, beliau tidak memanggil parti lawannya untuk memperbahaskan perkara ini di Dewan Senat secara terbuka kerana ini melibatkan operasi sulit ketenteraan,” tegas beliau bercakap kepada pemberita ketika menghadiri majlis tahlil untuk anggota keselamatan yang terkorban di Putra World Trade Center (PWTC) semalam.

Justeru itu, Khairy menyelar sikap pembangkang yang cuba mempolitik isu pencerobohan di Sabah dalam keadaan negara yang sedang menghadapi ancaman musuh, demi kepentingan politik mereka.

“Pembangkang tidak patut politikkan isu ini kerana ia melibatkan soal keselamatan negara. Tidak perlu panjangkan isu ini sehingga akhirnya menjadi polemik politik, sedangkan kita sedang menghadapi situasi genting dalam usaha mengatasi ancaman pencerobohan yang sedang berlaku di Sabah hari ini,” ujarnya.

Selain itu, beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban di Sabah ketika berjuang mempertahankan negara dan meminta mereka bersabar dengan ujian tersebut.


Pemuda UMNO Malaysia turut memberikan sumbangan sebanyak RM 10,000 kepada Tabung Wira Lahad Datu Media Prima bagi membantu meringankan beban anggota keluarga pasukan keselamatan yang terkorban.