Friday, March 15, 2013

Isu Lahad Datu: Nurul Izzah Dinasihat Jangan Tonjolkan Kebodohannya...



Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dinasihatkan tidak lagi mengulas sebarang isu membabitkan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Sabah bagi menggelakkan ‘kebodohannya’ terserlah di mata rakyat.

Dalam masa sama, Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip secara sinis meminta agar Nurul Izzah belajar lebih banyak ilmu daripada bapanya supaya lebih banyak isu boleh diputar-belitkan.

“Kalau baca buku pun terbalik tidak usahlah ada hati hendak bercakap pasal isu pasukan keselamatan.

“Lebih baik diam sahaja supaya rakyat tidak nampak kebodohannya sebagai Naib Presiden PKR," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nurul Izzah dalam ceramahnya di Lucky Garden, Bangsar pada 16 Februari lalu yang seolah-olah keliru mengenai fungsi Pasukan Polis Hutan (PPH) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) serta kaitannya dengan insiden pencerobohan pengganas Sulu.

Pergghhh malu beb!

PRU 13: PAS, PKR Perang Rebut Kerusi Di Pahang!


Perang mulut mengenai isu pembahagian kerusi pilihan raya antara PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pahang merupakan ‘perang dingin’ sebelum berlakunya pertelagahan lebih besar menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak lama lagi.

Perkara sedemikian bukanlah sesuatu yang mengejutkan, malah sejak dahulu lagi gabungan parti itu tidak mempunyai pemuafakatan antara satu sama lain.

Hakikat tersebut jelas apabila parti-parti dalam pakatan tersebut bertelagah sesama sendiri tanpa berselindung lagi berhubung siapa dan berapa kerusi yang patut diperoleh menjelang PRU ke-13 kelak.

Dijangkakan kemelut tersebut akan turut merebak ke negeri-negeri lain ekoran ketiadaan kesepakatan antara kepimpinan dalam pakatan yang beliau sifatkan sebagai rapuh.

Ikuti pendedahan dari blogger PAS http://pahangdaily.blogspot.com

Panas: Tindakan "PKR Umum Calon Dan Kerusi" Yang Di Tandingi PRU-13 Ini Cetus Kontroversi Di Pahang !



KUANTAN, 15 Mac - Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang membuat sidang media mengumumkan calon dan jumlah kerusi yang akan mereka tandingi pada Pilihanraya Umum Ke-13 seperti yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian Edisi Pahang semalam telah mencetuskan kemarahan dan perasaan tidak puas hati dikalangan sebahagian besar penykong Pakatan Rakyat terutamanya dari PAS. Mereka mempertikaikan tindakan PKR berbuat demikian diketika parlimen masih belum dibubarkan dan tarikh penamaan calon juga belum diketahui. Persoalannya kenapa PKR Pahang bertindak melulu dengan membuat pengisytiharan kerusi yang akan mereka tandingi?. Pengumuman yang dibuat dalam satu sidang media oleh Zaidi Ahmad (foto) selaku Pengarah Strategi Pilihanraya PKR Pahang juga dilihat tidak kena pada masa dan tempatnya. Menurut seorang pemimpin PR, amatlah tidak wajar Zaidi membuat pengumuman kerana beliau sebelum ini sudah "meletakkan jawatannya" dari PKR Pahang. "Kenapa tiba-tiba Zaidi tampil membuat kenyataan demikian dan bukannya Dato' Dauzi (Pengerusi PKR Pahang)?. Malah, kenapa sidang media itu diadakan tanpa dihadiri pimpinan Pakatan Rakyat yang lain?. Bahkan saya juga hairan, kenapa kerusi bertindih yang berstatus quo pun PKR kata milik mereka seperti Parlimen Temerloh, DUN Teruntum, Damak, Dong, Ketari, Tanah Rata dan sebagainya... Mengapa buat kenyataan tanpa berbincang dan merujuk pimpina PR yang lain.. kenapa memandai-mandai.. sedangkan parlimen belum pun dibubarkan", kata beliau. Difahamkan, Zaidi telah meletakkan jawatannya dari PKR Pahang untuk menumpukan perkerjaannya di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini. Tempat beliau kemudiannya telah diambil alih oleh Ahmad Shah. Namun persoalannya, kenapa tiba-tiba dia mengumumkan kenyataan panas itu semalam?. Dalam sidang media itu semalam, Zaidi yang mewakili Dato' Fauzi Abdul Rahman mengumumkan PKR Pahang akan bertanding di lima kerusi parlimen dan enam belas (16) kerusi DUN pada PRU-13 ini.


Malah Zaidi turut menamakan Mohd Nor Hassan (Ketua Cabang Bentong) sebagai calon di DUN Ketari dan Tan Wei Mun (Ketua Cabang Cameron Hihglands) bertanding di DUN Tanah Rata, sedangkan umum mengetahu dua kerusi panas itu secara tradisinya adalah ditandingi oleh DAP. Tindakan PKR Pahang ini mungkin ada kaitan dengan pengumuman yang dibuat oleh DAP bahawa Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack akan mewakili parti itu di kerusi parlimen Bentong yang juga berstatus quo (bertindih) semalam. Apapun, pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sendiri yang dilihat mempunyai kapasiti bagi berbuat demikian berbanding dengan Zaidi.


Tindakan PKR ini telah mendapat kritikan panas di laman sembang sosial facebook sejak isu itu diposting oleh seorang penyokong PAS yang menggunakan nama Putera Semantan . "Seelok2nya, bukan Zaidi... kalau boleh biarlah Dato’ Fauzi kalau tidak pun Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang umumkan calon PKR, barulah berwibawa. Bukan apa, saya lihat ada beberapa kerusi yang berlapis dengan DAP dan juga PAS tetapi tetap diumumkan. Antaranya ialah Teruntum, Damak dan Dong. Manakala Ketari dan Tanah Rata kerusi tradisi DAP dan Bebar dulunya milik PAS. Temerloh pula masih diumumkan. Mungkin ada diputuskan perubahan selepas beberapa mesyuarat terakhir, jadi itulah gunanya diumumkan oleh pimpinan yang berwibawa. Bagi kita itu tiada apa2 hal, tapi ada orang bawah nampak sedikit keluh kesah", kata kenyataan posting beliau itu. Sementara itu seorang lagi pemimpin PR di Pahang berkata "Dia (Zaidi) kena isytihar diri sebagai pengerusi PKR pahang, lepas tu baru kita bincang.. Kalau tak, bo layan". Malah beliau juga kecewa PKR menggunakan saluran media untuk membuat pengumuan tersebut tanpa mengambilkira dan menjaga hati rakan-rakan dalam pakatan. " Berbeza umum melalui media dengan umum tanpa media... Berbeza pimpinan tertinggi umum dengan entah sapa sapa umum. Status kerusi temerloh 2008 adalah pinjam. Masa tu PAS bagi syarat mesti nizam bertanding. Itulah keputusan yg dipersetujui bersama zakaria hamid (pengerusi PKR dulu)", kata kenyataannya. Difahamkan kenyataan pada sidang media itu dibuat selepas satu mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang yang telah dipengerusikan oleh Dato' Fauzi Abdul Rahman sendiri pada sebelah paginya.

[Persoalannya, apakah tindakan ini boleh mengeruhkan hubungan PKR dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang?. Malah, pasti senario yang berlaku ini juga boleh mengundang kemarahan yang berpanjangan dikalangan ahli-ahli PAS terutamanya di peringkat akar umbi. Umum mengetahui kekuatan Pakatan Rakyat hanyalah bergantung 80% kepada kekuatan jentera PAS dan bukannya DAP atau PKR. Inilah yang menjadi kemusykilan sekarang. Jika dilihat kepada perdebatan antara penyokong PAS dan PKR pada posting artikel terbabit jelas sekali melambangkan keretakan pasti akan berlaku kepada Pakatan Rakyat di Pahang kali ini. Bagaimana harus ahli akar umbi membuat kerja jika jiwa dan perasaan mereka dibelenggu dengan soal remeh temeh seperti ini?. Apakah undi protes akan berlaku atau muncul calon "bebas" dikalangan ahli-hali yang kecewa dengan apa yang berlaku ini. Sepatutnya segala perbalahan dan pembahagian kerusi telah dimuktamadkan dan mana-mana kerusi yang berstatus quo atau bertindih haruslah dibebaskan dari kontroversi. Biarlah pucuk pimpinan parti diperingkat pusat yang memaklumkan perkara itu, dan bukannya pemimpin bawahan seperti yang berlaku ini. Khabarnya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan turun ke Parlimen Temerloh bagi menyelesaikan beberapa perkara termasuk isu parlimen terbabit. Difahamkan, PAS telah meminta kerusi parlimen itu diserahkan semula kepada mereka selepas dipinjamkan pada PRU-12 lalu. Sebagai ganti, mereka melepaskan kerusi parlimen Kuala Lipis kepada PKR. Namun, tiba-tiba PKR Pahang mendakwa Temerloh adalah milik mereka. Inilah antara punca kemarahan pihak berkenaan gamaknya].

Cyber Trooper PAS - Seorang Guru Yang Menghina Polis Di Tahan!


Guru menghina anggota keselamatan di Lahad Datu ditahan di sebuah rumah di Jalan Panglima Raja, Kampung Gong Serapat Pasir Puteh, Kelantan, jam 7 petang tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaludin Abd Rahman berkata, suspek berumur 36 tahun itu bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Tok Bali dan mengaku seringkali tidak pergi ke sekolah sejak hujung tahun 2012 atas alasan tertekan.

Turut dirampas sebuah beg berwarna hijau, laptop, pengecas, boradband dan kad sim telefon, katanya.

Alasan saja tertekan tetapi sebenarnya menjadi cyber trooper PAS 24jam mengadap lap top... Dah tak tido malam macam mana nak pergi mengajar....

Harap perkara sebegini tidak akan berulang lagi... anggaplah kes ini sebagai pengajaran...

Inilah padahnya bila terpengaruh dengan ajaran Nik Aziz...!



Perkataan yang digunakan sangat kasar, mencarut dan tidak patut dikeluarkan oleh seseorang yang dinamakan pendidik.





Apa Dah Jadi... Cawangan PKR Cabang Temerloh Naikkan Bendera BN ?


Amat mengejutkan apabila melihat bendera Barisan Nasional (BN) dipasang di atas bendera PKR...

Apa dah jadi... Hampir setiap hari kini terdapat ahli-ahli pakatan yang keluar parti dan menyertai parti-parti gabungan dalam BN. Walaupun tidak berlaku kemasukkan secara besar-besaran, namun kesanggupan mereka meninggalkan parti yang telah mereka sertai sejak berpuluh tahun dahulu membuktikan sebahagian mereka telah hilang keyakinan terhadap pemimpin mereka.

Seperti yang diketahui umum BN sudah buat segala apa yang dijanjikan... Pembangkang hanya janji macam-macam tapi tidak pernah tunaikan. Selamat berkubur PKR!

Mungkin juga ini adalah petanda puak pembangkang akan tumbang sepenuhnya pada PRU 13 nanti...

Adios Amigos!

Thursday, March 14, 2013

Jacel Kiram Dikecam Pengikut Twitternya


Anak perempuan ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu, Jacel Kiram yang baru membuka akaun Twitter semalam menerima kecaman dan kritikan daripada pengikut laman tersebut.

Rata-rata pengikut Twitter yang meninggalkan mesej kepada anak Jamalul Kiram itu secara tegas mahu kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah sejak 12 Februari lalu keluar segera daripada negeri tersebut.

Jacel yang menggunakan nama Princess Jacel Kiram dalam Twitternya bagaimanapun tidak aktif mengemas kini laman twitternya sebaliknya hanya lima status termasuk jawapan balas ditulis olehnya.

Antara kenyataan Jacel menerusi jawapan balasnya kepada salah seorang pengikut twitter, Geminianeyes adalah : "Malaysia tidak pernah memiliki Sabah, negeri itu masih membayar hutang, baca sejarah... Sabah tidak pernah menjadi milik anda!"

Geminianeyes sebelum itu berkata kepada Jacel : "Apakah anda menyangka yang kami (Malaysia) akan menerima kedatangan kumpulan anda tanpa senjata sedangkan tentera anda menceroboh masuk ke negara kami bersama senjata."

Selain itu, salah seorang lagi pengikut, HRH Sultan SeaDemon berkata kepada Jacel : "Bapa anda bukan salah seorang penerima kekayaan Sulu..Sultan Sulu penipu!"

Dax muhamad pula mahu pengganas Sulu keluar daripada Sabah dan hentikan pembunuhan.

-Utusan

Lahad Datu: Polis Tahan Seorang Lelaki Bersenjata Pedang Samurai Dan Parang


Pasukan keselamatan telah mempertingkatkan lagi tahap kawalan keselamatan dengan memperbanyakan lagi sekatan-sekatan jalan raya. Pada jam 10.50 pagi tadi, semasa sekatan jalan raya di Tanjung Labian, pihak keselamatan telah menahan seorang lelaki bermotosikal. Hasil pemeriksaan, pihak keselamatan menjumpai satu bungkusan yang mengandungi 2 bilah pedang samurai dan 3 bilah parang. Lelaki tersebut telah ditahan untuk siasatan selanjutnya.

Kawasan operasi masih dikepung oleh pihak keselamatan dan dinasihatkan kepada orang ramai serta pengamal media agar tidak memasuki kawasan operasi sehingga kawasan tersebut diistiharkan selamat.

Pihak Forensik PDRM sedang bekerjasama dengan pihak hospital untuk mengenal pasti identiti sebenar kesemua mayat penceroboh.

Sumber Facebook PDRM

Budaya Balas Dendam Mungkin Tragedi Berdarah Lahad Datu Berulang Lagi...


Budaya membalas dendam yang terpupuk dalam diri masyarakat di selatan Filipina sejak ratusan tahun dahulu memungkinkan tragedi berdarah di Lahad Datu berulang kembali pada masa hadapan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru, beliau berkata pihak keselamatan Malaysia tidak akan berkompromi terhadap isu keselamatan negara dan inisiatif Kawasan Keselamatan Khas (ESSCOM) sepanjang kira-kira 1,400km di pantai timur Sabah merupakan antara langkah terbaik mengelakkan tragedi berdarah itu berulang kembali.

"Saya meletakkan keyakinan penuh kepada pasukan tentera dan polis kita dalam memastikan tragedi ini tidak berulang kembali, namun kebimbangan itu tetap ada kerana budaya membalas dendam ada dalam diri mereka (masyarakat itu).

"Budaya ini melibatkan keturunan juga masa ratusan tahun. Umpamanya bapa saya bergaduh dengan bapa seorang individu, kalau saya tak dapat balas dendam, cucu saya akan balas dendam kepada cucu individu itu," katanya kepada Bernama.

Anggota keselamatan Malaysia sehingga kini menembak mati 56 pengganas. Tragedi itu juga mengorbankan 10 anggota keselamatan Malaysia.

Ahmad Zahid berkata budaya membalas dendam itu sehingga kini masih berlaku di selatan Filipina seperti pembakaran rumah berlaku setiap bulan dan tidak mustahil tragedi berdarah di Lahad Datu itu menyebabkan pengganas Sulu bertindak membalas dendam kepada Malaysia pada masa hadapan.

"Kalau itu berlaku di kalangan mereka tidak mustahil berlaku di negara kita. Bagaimana jaminan (tragedi itu tidak berulang) dapat dilakukan sedangkan mereka punyai budaya balas dendam.

Kerana itu pentingnya kita wujudkan ESSCOM bagi memastikan ini tidak berlaku," katanya.

Ditanya tentang rasional Malaysia bekerjasama dengan Filipina bagi mengambil tindakan ketenteraan di selatan Filipina bagi menghapuskan ancaman itu secara terus di puncanya, beliau berkata tindakan ketenteraan bukan penyelesaian kepada masalah itu.

"Pertama kalau kita masuk ke Filipina ke kawasan mereka, kita tidak hormati kedaulatan Filipina, begitu juga sebaliknya dengan kita di Malaysia. Jadi kedaulatan kedua-dua negara ini perlu dihormati.

"Kedua kita berbalik kepada budaya membalas dendam itu sendiri. Jika kita minta kerajaan Filipina bersama kita bersihkan kawasan itu, oleh kerana budaya dendam itu sentiasa ada, masalah tidak dapat diselesaikan dengan tindakan ketenteraan," katanya.

Ahmad Zahid turut merakamkan penghargaan kepada Filipina kerana sentiasa bekerjasama erat dengan Malaysia dalam menyelesaikan tragedi itu serta memastikannya tidak berulang kembali seperti usaha menyekat pengganas Sulu daripada memasuki Malaysia.

Terdapat cadangan di kalangan rakyat Malaysia supaya pemimpin pengganas itu Jamalul Kiram diekstradisi ke Malaysia bagi didakwa di mahkamah negara ini, dan mengulas cadangan itu beliau berkata atas nama kebersamaan negara Asean, Malaysia boleh meminta Filipina untuk berbuat demikian.

"Kita pernah hantar Nur Misuari (pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro) ke Filipina atas semangat Asean. Oleh demikian kalau Jamalul Kiram boleh ditahan dan diambil tindakan itulah sebaiknya.

"Jamalul Kiram rakyat Filipina tetapi jenayah dilakukan di Malaysia, jadi atas nama kebersamaan sebagai negara Asean kita boleh meminta Filipina bawa beliau bagi didakwa di Malaysia. Namun itu bukan atas kuasa Kementerian Pertahanan, Jabatan Peguam Negara kendalikan," katanya.

Beliau berkata ada kewajaran terdapat cadangan daripada Pergerakan Pemuda Umno bagi mendakwa Jamalul Kiram dan pengikutnya mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

"Mungkin akta dan seksyen itu sesuai tetapi kita serahkan kepada Peguam Negara akta mana paling sesuai digunakan. Apapun saya tegaskan pengganas yang kita tahan di Malaysia itu akan diambil tindakan perundangan sewajarnya.

"Kesalahan mereka itu dilakukan di negara kita jadi tindakan mahkamah dan perundangan mesti dilakukan di negara kita. Ia akan tertakluk kepada undang-undang di sini, kita menggangap mereka adalah penceroboh," kata Ahmad Zahid.

Sehingga kini 156 orang ditahan kerana berada di zon merah operasi manakala 97 individu ditahan untuk siasatan kerana disyaki terlibat dengan pengganas mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan dibaca bersama Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan.

Beliau turut ditanya tentang golongan tegar pembangkang yang hanya mempercayai fitnah dan tohmahan dilempar pemimpin pembangkang dan langsung tidak mempercayai maklumat disalurkan kerajaan tentang insiden itu.

Ahmad Zahid menegaskan masalah yang dihadapi di Lahad Datu sekarang bukan masalah politik sebaliknya masalah keselamatan negara dan seharusnya isu pertahanan negara tidak dipolitikkan demi kepentingan pihak tertentu.

"Ini merupakan hasil proses mentaksubkan pengikut yang hebat dilakukan pembangkang, budaya kebencian disemai di kalangan penyokong tegar mereka. Apa sahaja dibuat oleh kerajaan satu pun tidak positif.

"Saya harap mereka hormati profesionalisme Polis Diraja malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kalau mereka kata ATM atau PDRM tak sekuat mana, silakan ke Lahad Datu lihat sendiri. Saya bawa jika benar mereka ada semangat patriotik. Sehingga sekarang tiada seorang pun (ingin ke Lahad Datu)," katanya.

Pembangkang Rancang Wujud Keadaan Porak-Peranda Pada PRU-13


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu mendedahkan rancangan pakatan pembangkang untuk menggagalkan pilihan raya umum ke-13 akan datang dengan mewujudkan keadaan porak-peranda di negara ini.

Beliau berkata daripada maklumat beberapa dokumen yang boleh dipercayai, pembangkang dipercayai merancang untuk berbuat demikian kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) yang sudah mula meningkat.

“Macam (penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebut, kalau dalam pilihan raya ini dia kalah maka tentulah kekalahan itu (mengikut dakwaannya) disebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) buat kerja kotor, tipu rakyat.

“Bila dia menang, dia tak pernah kata SPR tipu rakyat, tapi bila nak kalah, nampak-nampak nak tumbang dan impian untuk jadi perdana menteri tak akan menjadi, maka dia dah mula buat telahan,” katanya ketika berucap pada majlis sepetang bersama masyarakat di kawasan Parlimen Hulu Selangor, di Bandar Bukit Sentosa dekat sini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar, Anggota Parlimen Hulu Selangor P.Kamalanathan dan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Tan Sri Syed Hamid Albar.

Muhyiddin percaya kenyataan itu dibuat pihak pembangkang kerana sedar bahawa mereka tidak mampu membentuk kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

“Saya berikan ini sebagai satu peringatan kepada kawan-kawan dalam Barisan Nasional, inilah yang akan kita akan hadapi, tapi saya yakin atas semangat kita yang kuat dan kerja keras yang kita lakukan kita akan dapat atasinya,” katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin yakin BN mampu mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri di Parlimen itu pada pilihan raya umum akan datang.

“Tidak kira siapa.. calon hitam, putih, biru kita akan pilih sahaja…dan saya pergi ke tempat-tempat lain…gelombang biru menandakan sikongan rakyat sudah mula meningkat,” katanya.

Beliau berkata kerajaan Selangor yang diterajui pakatan pembangkang telah menimbulkan pelbagai masalah kepada rakyat negeri ini dengan pelbagai janji manifesto yang tidak ditunaikan yang sehingga kini tidak dijawab oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Kita tak nak mengulang banyak cerita yang sudah berlaku di sini…saya bukan orang Selangor, tetapi saya tahu apa yang berlaku di negeri Selangor ini…Rakyat Selangor sudah pun marah dengan kerajaan (negeri yang diterajui pembangkang).

“Ramai yang bawa kes ke mahkamah, ibu tunggal dan orang-orang yang berhak mendapat pembelaan atas janji yang dibuat pada manifesto PRU yang lepas juga tuntut supaya kerajaan Selangor tunaikan janji, sampai hari ini saya tak dengar pun jawapan dari Menteri Besar Selangor apa yang nak dilakukan tentang apa yang telah dijanjikan itu,” katanya.

Justeru, Muhyiddin mencadangkan agar rakyat Selangor tidak lagi terpedaya dengan manifesto PRU-13 yang dilancarkan pakatan pembangkang baru-baru ini yang menurutnya menjanjikan pelbagai perkara yang mustahil untuk dilaksanakan tanpa penerangan yang kukuh.

Sebaliknya, beliau berkata manifesto yang akan dibentangkan BN kemungkinan selepas pembubaran Parlimen akan memberikan gambaran menyeluruh mengenai perkara-perkara yang akan dilaksanakan supaya difahami dan diyakini rakyat bahawa kerajaan BN mampu melaksanakannya.

Pada majlis itu, Muhyiddin turut mengumumkan sumbangan dana RM200,000 kepada masjid dan RM100,000 kepada kuil di kawasan itu untuk tujuan penambahbaikan.

Beliau turut melancarkan empat bas henti-henti syarikat Setara Jaya menambah kepada 12 buah bas sedia ada untuk kegunaan 22,000 penduduk di kawasan Hulu Selangor.

Penafian Zuraida Mengelirukan


Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin akan menggunakan pelbagai helah untuk melindungi diri beliau daripada isu berkaitan kepimpinannya termasuk dalam hal membabitkan Mohd. Fareez Kamal Intidzam.

Menurut bekas Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi, tindakan Zuraida menafikan Mohd. Fareez sebagai setiausaha politiknya memang sudah dijangka.

Sehubungan itu, beliau meminta wakil rakyat Parlimen Ampang itu menyatakan siapakah yang melaksanakan tugas-tugas menguruskan beliau selama ini jika bukan Mohd. Fareez.

"Mohd. Fareez memang setiausahanya dan memang tidak dinafikan lelaki itu juga yang membantu beliau membuat kerja-kerja membabitkan urusan Parlimen.

"Tetapi mengenali Zuraida, beliau memang suka membuat penafian terutama jika berdepan masalah," katanya memetik laporan akhbar tempatan.

Sementara itu Mohd Fareez yang menjawab dakwaan Zuraida itu berkata beliau masih ahli PKR dan tidak pernah meletakkan jawatan dari parti itu. Beliau menyifatkan tindakan Zuraida itu telah dijangka dan beliau tetap komited dengan partinya.

"Saya masih ahli Keadilan. Tanggungjawab saya untuk bersuara dan berkata benar.

"Saya berharap Puan Presiden, Datin Seri Wan Azizah tidak memecat saya kerana adalah tanggungjawab buat saya untuk bercakap benar bahawa Wan Azizah tidak layak untuk memimpin Keadilan menjelang pilihan raya akan datang kerana beliau sendiri tidak boleh bertanding kerusi Parlimen," memetik kenyataan beliau.

Namun Mohd Fareez menyifatkan bahawa beliau bersedia untuk berhadapan dengan sebarang tindakan daripada parti selain mengugut untuk membongkar perihal sejak bila wujud perasaan cemburu dan hasad dengki Wan Azizah terhadap dirinya.

-AntaraPos

Empat Pertuduhan Keatas Tian Chua Berkaitan Isu Lahad Datu


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Batu Tian Chua dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur hari ini dengan empat pertuduhan berhubung isu Lahad Datu.

Empat pertuduhan itu berkaitan dengan empat kenyataan Tian Chua iaitu :

1. Serangan tembak-menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

2. Insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno.

3. Menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah. Kejadian pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah; dan

4. Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dari isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di No. 62-2-A Fraser Business Park, Jalan Metro Pudu off Jalan Yew, di sini pada pukul 11 pagi, 1 Mac lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum menurut Seksyen 4(1) akta sama yang boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan kali pertama dan boleh dipenjara maksimum lima tahun bagi kesalahan seterusnya.

Tian Chua Bakal Dipenjara Selama 3 Tahun?


Tian Chua mengaku tidak bersalah dakwa pencerobohan sandiwara UMNO


Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan berhubung kenyataannya yang mendakwa pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah sebagai sandiwara UMNO.

Dia yang juga Naib Presiden Parti keadilan Rakyat (PKR) membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohamad Sekeri Mamat diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 11 pagi, 1 Mac lalu di No. 62-2-A, Fraser Business Park off Metro Pudu, Jalan Yew di sini.

Dia didkawa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan. Mahkamah menetapkan 12 April ini bagi sebutan semula kes itu.

Jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih dari RM5,000 atau penjara tidak lebih dari tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Semoga ianya menjadi pengajaran kepada individu lain supaya bercakap menggunakan akal bukan ikut sedap mulut saja!

Azmin Tak Tahu Khalid Ada Tarikh Bubar DUN


Pengarah Pilihan Raya PKR Pusat, Azmin Ali belum mendapat sebarang maklumbalas daripada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa mempunyai tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Beliau yang ditemui berkata PKR akan membincangkan mengenai perkata itu dalam mesyuarat biro politik.

“Mungkin malam ini (semalam), ada satu mesyuarat biro politik dan kita akan bincangkan perkara ini,” jawabnya ringkas.

Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei yang dihubungi Antarapos semalam walau bagaimanapun mengesahkan bahawa Pakatan Rakyat Selangor telah membuat ketetapan tentang tarikh yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya negeri dan mandat diserahkan kepada Khalid untuk mengumumkan tarikh berkenaan.

"Sekarang ini, mandat itu terletak dalam tangan MB Selangor untuk umumkan, tetapi pastinya sebarang tindakan atau pembubaran itu pastinya dalam pengetahuan pimpinan tertinggi dan ia akan diumumkan oleh MB bila waktu, masa dan ketika itu sampai," kata beliau.

Khalid pada Isnin lalu berkata pihaknya sudah mendapat tarikh untuk membubar DUN Selangor.

Bagaimanapun tarikh itu akan diumumkan pada masa yang sesuai, katanya.

"Sudah tapi belum diumumkan. Dalam bulan ini, kalau tiada apa halangan, kita mungkin (bubar)," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Selangor di SUK kelmarin.

Untuk rekod, ini adalah pengumuman kali ketiga Khalid berhubung pembubaran DUN lebih awal daripada kerajaan Persekutuan.

Namun sehingga kini ADUN Ijok itu masih bermain tarik tali dan enggan mengumumkan tarikh itu.

Pada awal tahun lalu, Khalid mengumumkan akan membubarkan DUN lebih awal dan mengugut akan membuat pilihan raya secara berasingan jika kerajaan persekutuan membubarkan Parlimen pada 2012.

Namun beberapa hari sebelum sambutan Chap Goh Meh, Khalid sekali lagi mengumumkan akan membubarkan DUN lebih awal walaupun tanpa persetujuan Putrajaya.

Pengumuman itu dilihat sebagai gertakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya mengumumkan tarikh pembubaran Parlimen.

Najib dalam reaksinya berkata, beliau tahu masa yang sesuai untuk berjumpa Yang Di-Pertuan Agong untuk meminta perkenan baginda sultan.

Mahkamah Kecoh Apabila Tian Chua Cuba Melarikan Diri


Suasana menjadi kecoh di kafetaria Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini apabila Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua cuba melarikan diri dari polis yang menghampiri Tian Chua.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.45 pagi ketika Tian Chua bersama kumpulan peguam di kafetaria aras bawah bangunanan mahkamah.

Berlaku pertengkaran kecil antara penyokong Tian Chua dengan anggota polis di kafeteria Mahkamah Tinggi apabila sekumpulan lapan orang anggota cuba untuk 'mengiringi' pemimpin PKR itu ke pejabat polis di bangunan sama.

Tahu pulak takut....


Pagi Khamis Naib Presiden PKR yang membuat kenyataan celupar dakwa insiden Lahad Datu sandiwara UMNO akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dibawah Akta Hasutan.

Ahli Parlimen Batu itu tiba di komplek Mahkamah Jalan Duta jam 9 pagi diteman peguamnya.

Dia kemudian masuk ke kamar mahkamah sesyen pada jam 10 40 pagi.

Lebih 300 laporan polis dibuat seluruh negara terhadapnya oleh rakyat pelbagai lapisan kaum yang marah sangat pada gelagatnya.

Tian Chua dijangka akan diwakili oleh peguam N Surendran yang juga Naib Presiden PKR.

Kenyataan Tian Chua disiar dalam akhbar Keadilan Daily 1 Mac lalu.

Terdahulu Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada hari Selasa berkata ' mana boleh lepas ' Tian Chua  nyata bukan cakap kosong.

YB Lokap

Badrul Hisham Shaharin @chegubard Liabiliti Kepada Anwar Dalam PKR


Kalau tidak ada angin, masakan pokok akan bergoyang... benar rupanya khabar yang bertiup dan ini lah puncanya mengapa Chegubard terpaksa melakukan apa saja untuk menarik perhatian Pusat dan juga Bossnya Anwar Ibrahim kerana Chegubard bukan lah “winnebale” candidates bagi PKR lagi.

Chegubard kini terpaksa menjadi jaguhan bagi membuktikan bahawa beliau masih relevan dalam PKR atau boleh sajalah lupakan PKR jika usaha menarik perhatian Boss PKR gagal lagi.


Diberitahu satu pertemuan sulit telah diadakan oleh beberapa orang kuat PKR bagi memastikan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard disingkirkan terus dari PKR.

Beberapa tindakan juga akan diambil bagi menghalang penglibatan Chegubard di pentas politik dan segala perbincangan berhubung Chegubard juga telah disampaikan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Pada 16 March ini Anwar Ibrahim dijangkakan turun berceramah di Batu 3, Pedas Rembau, Negeri Sembilan bersama angkatan penceramah lain, namun nama Chegubard langsung tidak ada sebagai penceramah di Rembau.

Adakah ini langkah awal untuk memalukan Chegubard?


Ramai yang meluat sebenarnya apabila, Chegubard cuba meletakkan dirinya sebagai “ahli keluarga” Anwar setelah bernikah dengan anak saudara Anwar iaitu Zareera Hanim Zaki. Allahyarham Capt Zaki adalah suami kepada kakak kandung Anwar...

Sebagai "ahli keluarga" Anwar, Chegubard sering melobi diri untuk menjadi calon PKR dan ini amat tidak disenanggi oleh ahli PKR.


Diberitahu juga Kumpulan (orang kuat PKR) berpendapat bahawa Chegubard adalah liabiliti kepada PKR dan harus disisirkan terus dari PKR.

Antara faktor lain untuk menyingkirkan Chegubard dari PKR ialah kerana Chegubard telah banyak mendatangkan masaalah dalam PKR, malah beliau langsung tidak membantu dalam misi menyelamatkan Anwar Ibrahim, sebaliknya Chegubard dilihat sibuk mempromosikan dirinya yang telah kehilangan sokongan dari kalangan Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Segala propaganda yang dilancarkan oleh chegubard langsung tidak mendatangkan apa-apa hasil, malah misi sulit yang ditugaskan kepada Chegubard tidak berkesan sebaliknya mendatangkan backfire kepada PKR.

Selain daripada itu Chegubard juga dilaporkan tidak mendapat sokongan ahli PKR Rembau kerana sebahagian darinya memihak kepada Nazri Yunus, Ketua AMK Negeri Sembilan yang mahu bertanding di sebagai Ahli Parlimen Rembau.

Nazri Yunus merupakan anak saudara kepada YB Datuk Kamarul Bahrin, Pengerusi PKR Negeri Sembilan. Untuk pengetahuan umum, nama Chegubard juga telah digugurkan dari senarai calon PRU ke 13.

Datuk Kamarul Bahrin tidak senang dengan keceluparan mulut Chegubard yang banyak mengkritik sistem pentadbiran PKR Negeri Sembilan dan peluang ini digunakan sebaik mungkin untuk “sideline” anak muda yang terlalu ghairah memfitnah Rosmah Mansor...

Chegubard juga pernah mengugut PKR pusat untuk meletak jawatan sebagai Ketua Cabang Rembau kerana tidak berpuashati dengan kedudukannya telah dicabar sendiri oleh anggota PKR Negeri Sembilan.

SAMM dianggotai oleh beberapa kerat anak muda 
yang masih berhingus didalam dunia politik...

Dan kini Chegubard langsung tidak mengambil tahu tentang hal PKR Rembau... lebih banyak membawa haluan sendiri bersama kumpulannya Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Ternyata sekali segala kerja gila yang dilakukan oleh Chegubard adalah sia sia...

Pada PRU ke 12 tahun 2008, Chegubard bertanding di Parlimen Rembau dan tewas ditangan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin.

Jika usaha membodek Anwar Ibrahim gagal kemungkinan besar Chegubard akan bertanding atas tiket DAP jika mendapat restu dari Pusat dan jika tidak Chegubard mungkin akan bertanding atas kerusi bebas pada PRU 13 ini.

Bro Jinggo/Politik Harian