Kalau tidak ada angin, masakan pokok akan bergoyang... benar rupanya khabar yang bertiup dan ini lah puncanya mengapa Chegubard terpaksa melakukan apa saja untuk menarik perhatian Pusat dan juga Bossnya Anwar Ibrahim kerana Chegubard bukan lah “winnebale” candidates bagi PKR lagi.
Chegubard kini terpaksa menjadi jaguhan bagi membuktikan bahawa beliau masih relevan dalam PKR atau boleh sajalah lupakan PKR jika usaha menarik perhatian Boss PKR gagal lagi.
Diberitahu satu pertemuan sulit telah diadakan oleh beberapa orang kuat PKR bagi memastikan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard disingkirkan terus dari PKR.
Beberapa tindakan juga akan diambil bagi menghalang penglibatan Chegubard di pentas politik dan segala perbincangan berhubung Chegubard juga telah disampaikan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.
Pada 16 March ini Anwar Ibrahim dijangkakan turun berceramah di Batu 3, Pedas Rembau, Negeri Sembilan bersama angkatan penceramah lain, namun nama Chegubard langsung tidak ada sebagai penceramah di Rembau.
Adakah ini langkah awal untuk memalukan Chegubard?
Ramai yang meluat sebenarnya apabila, Chegubard cuba meletakkan dirinya sebagai “ahli keluarga” Anwar setelah bernikah dengan anak saudara Anwar iaitu Zareera Hanim Zaki. Allahyarham Capt Zaki adalah suami kepada kakak kandung Anwar...
Sebagai "ahli keluarga" Anwar, Chegubard sering melobi diri untuk menjadi calon PKR dan ini amat tidak disenanggi oleh ahli PKR.
Diberitahu juga Kumpulan (orang kuat PKR) berpendapat bahawa Chegubard adalah liabiliti kepada PKR dan harus disisirkan terus dari PKR.
Antara faktor lain untuk menyingkirkan Chegubard dari PKR ialah kerana Chegubard telah banyak mendatangkan masaalah dalam PKR, malah beliau langsung tidak membantu dalam misi menyelamatkan Anwar Ibrahim, sebaliknya Chegubard dilihat sibuk mempromosikan dirinya yang telah kehilangan sokongan dari kalangan Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Segala propaganda yang dilancarkan oleh chegubard langsung tidak mendatangkan apa-apa hasil, malah misi sulit yang ditugaskan kepada Chegubard tidak berkesan sebaliknya mendatangkan backfire kepada PKR.
Selain daripada itu Chegubard juga dilaporkan tidak mendapat sokongan ahli PKR Rembau kerana sebahagian darinya memihak kepada Nazri Yunus, Ketua AMK Negeri Sembilan yang mahu bertanding di sebagai Ahli Parlimen Rembau.
Nazri Yunus merupakan anak saudara kepada YB Datuk Kamarul Bahrin, Pengerusi PKR Negeri Sembilan. Untuk pengetahuan umum, nama Chegubard juga telah digugurkan dari senarai calon PRU ke 13.
Datuk Kamarul Bahrin tidak senang dengan keceluparan mulut Chegubard yang banyak mengkritik sistem pentadbiran PKR Negeri Sembilan dan peluang ini digunakan sebaik mungkin untuk “sideline” anak muda yang terlalu ghairah memfitnah Rosmah Mansor...
Chegubard juga pernah mengugut PKR pusat untuk meletak jawatan sebagai Ketua Cabang Rembau kerana tidak berpuashati dengan kedudukannya telah dicabar sendiri oleh anggota PKR Negeri Sembilan.
SAMM dianggotai oleh beberapa kerat anak muda
yang masih berhingus didalam dunia politik...
Dan kini Chegubard langsung tidak mengambil tahu tentang hal PKR Rembau... lebih banyak membawa haluan sendiri bersama kumpulannya Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Ternyata sekali segala kerja gila yang dilakukan oleh Chegubard adalah sia sia...
Pada PRU ke 12 tahun 2008, Chegubard bertanding di Parlimen Rembau dan tewas ditangan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin.
Jika usaha membodek Anwar Ibrahim gagal kemungkinan besar Chegubard akan bertanding atas tiket DAP jika mendapat restu dari Pusat dan jika tidak Chegubard mungkin akan bertanding atas kerusi bebas pada PRU 13 ini.
Bro Jinggo/Politik Harian
6 comments:
Cita-cita bardigol ni sama je dengan cita-cita Al-Juburi, nak jadi PM walau dengan apa cara sekalipun. Yang penting matlamat menghalalkan cara walaupun dengan cara fitnah...
Pasal ape ko dok kutuk Chegu Bard ni, Kamon la..cikgubard adalah aliran baaru politik Malaysia..PKR
janganlan ikut Politik UMNO ngok.nanti praktis bende yang sama..cah keting org yg sepatutnya jadi leader..ganti ngan org yg mahu jadi ketua, tp lembik..pls la.. dia seorang pejuang dan wat kerje.bkn mcm setengah ketua naik melaiui kronism dan bodek.
Weiiii...
Hampa jales ye pada cikgu Bard ye!
Kan dia dah dedahkan KEBUSUKKAN" UMno dalam politik Malaysia ni. Kau orang tak bersyukur ke.
Kalau tanpa pendedahan dan keberanian cikgu bard, rakyat Malaysia akan terus di tipu dan di bodohkan oleh kepinpinan Najib. Bersyukur lah sikit.
TAHNIAH CIKGU BARD. TERUSKAN MEMBONGKAR KEHUDUHAN PIMPINAN UMNO..
ini tak lain tak bukan gandingan Sam ketot dan azmin cuba menjatuhkan chegubard!
KITA BONGKAR LAGI CIKGU BARD.
BIAR UMNO TERDUDUK KALI INI.
BIAR TAHI YG MEREKA KELUARKAN TERKENA MUKA MEREKA SENDIRI.
BIAR MEREKA CUCI SENDIRI TAHI MEREKA.
BIAR RAKYAT SEMUA TAHU SEMUA YG BERLAKU INI ADALAH KEPUNYAAN TAHI UMNO.
MEREKA TELAH SESAK NAFAS SEKARANG INI.
BIAR UMNO KELEMASAN DALAM TAHI MEREKA SENDIRI.
TAHNIAH....
Tahniah atas kebijaksanaan cgubard...apo...igt budak hingusan tak boleh nak bodopan kor dongan org yang berumur..igt skrg zaman I.t..den raso ramai laei yang akan bangkit macam cgubard....
Post a Comment