Monday, April 1, 2013

#TolakPR - Perang Dingin Jawatan MB Selangor


Dalam politik silap cakap ia boleh mengundang pelbagai spekulasi.Kalau dilihat dalam konteks pergolakan perang dingin politik dalaman PKR Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim dikatakan sudah membuka satu 'medan tempur' baru menjelang pilihanraya umum ke 13.

Entahlah samaada beliau sengaja hendak jolok atau itu keluar secara ikhlas darinya.Ini merujuk kepada cakapnya Sabtu bahawa Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail layak jadi Menteri Besar Selangor.

Tanpa melibatkan sebarang unsur politik,sebenarnya siapa saja layak menjadi Menteri Besar asalkan orang itu menang pilihanraya kerusi Dewan Undangan Negeri dan mendapat perkenaan Sultan.

Namun kalangan yang rajin mengintai pergelutan kuasa antara dua kem - yakni kem Azmin Ali dan kem Khalid ,dalam PKR negeri itu melihat Menteri Besar itu seolah hendak memberi mesej tertentu menerusi kenyataannya.

Al-kisahnya Khalid dikatakan memang rapat dengan Wan Azizah dan mereka dikatakan tidak begitu ngam dengan Azmin dan gengnya.

Khalid pula dikatakan mungkin tidak bertanding kerusi DUN Ijok yang disandangnya sekarang dan hanya akan mempertahankan kerusi Parlimen di Bandar Tun Razak,Kuala Lumpur.

Maka kenyataan Khalid itu dilihat sudah book jawatan Menteri Besar untuk Wan Azizah jika pakatan dapat mempertahankan Selangor pada PRU13.

Azmin dan gengnya dikatakan sudah lama mengidam jawatannya jatuh ke riba mereka.

Lojiknya sebagai Pengerusi Perhubungan PKR Selangor Azmin dilihat tiada kekuatan politik tanpa beliau sendiri atau orang kepercayaannya pegang jawatan Menteri Besar.

Selain pegang kerusi DUN Bukit Antarabangsa,Azmin juga kini adalah Ahli Parlimen Gombak.

Kenyataan tiba-tiba Wan Azizah beberapa hari lalu bahawa beliau berminat hendak bertanding kerusi DUN di Selangor menjelang PRU13, sebenarnya mengejutkan ramai pihak.

Sekalipun tidak lama dulu pernah membayangkan minat seumpama itu namum kemudiannya ia senyap begitu sahaja.

Disamping itu ada yang melihat kerusi DUN tidak setaraf dengan kedudukannya sebagai Presiden sebuah parti.

Namun lain ceritanya jika beliau mengintai jawatan Menteri Besar.

Maka kenyataan Khalid dilihat sudah membuka laluan itu.

Apapun puak Azmin dikatakan mempunyai alasan kuat untuk mempertikaikan langkah itu.

Walau atas apa alasan sekalipun,cubaan untuk menonjolkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor jika pakatan menang akan menghebohkan lagi isu dinasti keluarga Anwar dalam politik.

Wan Azizah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada pilihanraya Mac 2008 menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Pirdaus Ismail.

Beliau telah letak jawatan pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu.

-Agendadaily

#TolakPR - 60 Anggota PKR Kawasan Bayan Lepas Sertai UMNO


GEORGETOWN - Sebanyak 60 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari kawasan Bayan Lepas di sini keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO kerana hilang keyakinan terhadap kemampuan parti itu untuk membela nasib rakyat Pulau Pinang.

Wakil kumpulan itu, Mohd Eruwan Yusof, 35, berkata, selama lebih lima tahun bersama dengan PKR, beliau mendapati perjuangan parti itu tidak mempunyai makna untuk rakyat.

"Dahulu kami terlalu ghairah inginkan perubahan kerana itu kami beri sokongan penuh tetapi akhir-akhir ini kami merasakan keadaan di Pulau Pinang ini bukannya bertambah baik sebaliknya menjadi kelam-kabut dan bergolak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima borang keahlian daripada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas Syed Ameruddin Syed Ahmad di Flat Taman Emas, Sungai Batu, di sini.

Katanya, keputusan beliau dan rakan-rakannya keluar daripada PKR dibuat dengan kerelaan hati tanpa paksaan atau sogokan dari mana-mana pihak.

Sementara itu Syed Ameruddin berkata, tindakan Mohd Eruwan dan rakan-rakannya memilih UMNO membuktikan bahawa sokongan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional kini semakin kuat.

Katanya, rakyat mulai sedar bahawa permainan politik kerajaan pakatan pembangkang hanya membuang masa dan kerajaan negeri itu tidak mampu melakukan sebarang perubahan untuk membela nasib rakyat.

-Bernama

#TolakPR PRU-13: DAP Selar PKR ‘Tidak Sedar Diri’


JOHOR BARU – Pergolakan DAP-PKR di Johor semakin berterusan apabila Pengerusi DAP negeri, Dr Boo Cheng Hau menuduh sekutu mereka dalam parti pembangkang sebagai ‘tidak munasabah, tidak sedar diri dan kurang semangat persaudaraan’ terutama dalam tuntutan bagi kerusi Parlimen Segamat dan Bakri.

Beliau berkata, PKR diperuntukkan 11 kerusi Parlimen di Johor, berbanding sembilan untuk PAS dan enam kepada DAP.

“Saya amat kesal PKR Johor telah mensasarkan kerusi DAP. Saya menggesa agar mereka melihat kepada gambaran yang lebih besar,” katanya.

Dr Boo berkata, daripada ‘mengintai’ kerusi Parlimen tambahan, PKR sewajarnya menukar kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan PAS yang diperuntukkan 28 daripada 56 kerusi negeri yang dipertaruhkan.

Kenyataan keras ini timbul sehari selepas Timbalan Pengersi PKR Johor, Dr Ahmad Faidhi mengumumkan beliau kini mengambil alih tugas pengerusi negeri daripada Datuk Chua Jui Meng, yang ‘menghilangkan’ diri selama lebih daripada 10 hari.

Chua didakwa kecewa apabila Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan pencalonan veteran DAP, Lim Kit Siang di Gelang Patah, kerusi Parlimen yang ‘diintai’ oleh beliau sendiri dan Dr Boo.

Malah Chua juga sebelum ini menyatakan bahawa dia turut berminat untuk bertanding di kerusi Parlimen Bakri, iaitu kawasan yang beliau tandingi sebelum digugurkan oleh Barisan Nasional pada 2008.

Dr Ahmad juga menegaskan bahawa kerusi Parlimen Segamat serta kerusi DUN Johor Jaya dan Tangkak adalah milik PKR.

Pada PRU lepas kerusi Parlimen Bakri dimenangi DAP dan Segamat menjadi milik Datuk Seri S. Subramaniam daripada BN yang menewaskan calon DAP. – mStar

#LahadDatu - Ridzwan Serah Diri, Mengaku Salur Kewangan Pada Sultan Muedzul, Bukannya Jamalul Kiram


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan Presiden Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Islamiah Malaysia, Datuk Seri Muhamad Ridzwan Sulaiman ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012.

Ridzwan menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.

Beliau, yang memakai baju Melayu merah dan berserban, hadir bersama lebih 10 orang kenalannya di balai polis itu pada pukul 11.05 pagi tadi.

Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 September tahun lalu.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu.

“Saya tidak kenal pun Jamalul Kiram,” katanya.

Muhammad Ridzwan menyerah diri berikutan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib semalam yang memintanya menyerah diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran.

Hamza berkata Muhammad Ridzwan, yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, boleh membantu pihak polis dalam siasatan mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu pada 12 Februari lepas. – Bernama

Polis Tahan Tiga Mahasiswa Pro-Pembangkang Ganggu Ketenteraman Awam Depan Kediaman Rasmi PM

PUTRAJAYA - Polis menahan tiga mahasiswa berusia 20-an di depan kediaman rasmi Perdana Menteri di sini lewat petang tadi selepas didapati sengaja menimbulkan masalah dan mengganggu ketenteraman awam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya Superintenden Mak Pak Chuai berkata mahasiswa berkenaan, yang mengetuai kira-kira 100 pelajar lain, cuba menghantar memorandum berhubung isu pendidikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Gambar hiasan

"Mereka semua datang kira-kira jam 6 petang, kononnya untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri mengenai isu pendidikan. Kita beri peluang mahasiswa terbabit berucap selama 10 minit tanpa menggunakan mikrofon, tetapi mereka berdegil dan tetap meneruskan ucapan menggunakan mikrofon.

"Suasana itu mengganggu ketenteraman awam menyebabkan kita terpaksa mengambil tindakan menahan tiga mahasiswa berkenaan kira-kira sejam kemudian bagi tujuan soal siasat,” katanya sambil menambah kumpulan pelajar itu bersurai pada kira-kira 7.30 malam selepas diarah polis.

Beliau berkata kumpulan itu juga melaung pelbagai tuntutan, termasuk penghapusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan percuma di depan kediaman rasmi Perdana Menteri.

Kesal dengan kejadian itu, Mak berkata ia tidak seharusnya berlaku terutama pada cuti hujung minggu kerana semua memorandum boleh dihantar terus ke pejabat Perdana Menteri pada hari bekerja. - Bernama

Video April Fool Untuk Khalid Gagap @Khalid_Ibrahim #TolakPR


Here are the things you need to know about water crisis in Selangor, because of power struggle in kerajaan Pakatan Rakyat. Listen to the lyrics carefully, you will comoletely understand what's been happening in Selangor. You wouldn't the same thing to happen to our states. Video url: http://youtu.be/b9CGDMQHkiI



#LahadDatu - Lelaki Bergelar Datuk Seri Dicari Bantu Kes Op Daulat



LAHAD DATU: Polis mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berhubung kes yang berkaitan Operasi Daulat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata Muhammad Ridzwan Sulaiman,dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang amat dikehendaki bagi membantu siasatan dan diminta segera menyerah diri di mana-mana balai polis berhampiran.

Beliau berkata Muhammad Ridzwan, yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan, berpangkalan di Pulau Pinang dikatakan tidak terlibat dengan pengganas tetapi boleh membantu dalam kes berkaitan Operasi Daulat.

"Penama ini amat diperlukan. Orang ramai yang mengenali beliau diminta menghubungi Rakan Cop atau mana-mana balai polis berhampiran.

"Penama ini boleh membantu polis dalam satu aspek Operasi Daulat, dan polis percaya beliau kini berada di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan mungkin juga di Sabah," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini, Ahad.

Sementara itu, Hamza berkata 180 penduduk yang menghuni pusat penempatan telah dibenar pulang ke rumah masing-masing iaitu 101 orang dari Kampung Tanjung Labian dan masing-masing 25 dan 54 orang dari Kampung Tanjung Batu dan Kampung Sungai Merah.

Beliau berkata, tiada pertempuran berlaku sepanjang 24 jam yang lepas dan operasi penggeledahan serta pembersihan masih dijalankan di kawasan Sungai Bilis, Lok Sembuang dan Lok Buani.

Berhubung keselamatan di laut, Hamza berkata selain melakukan penggeledahan dan pembersihan kawasan pertempuran, kawalan di kawasan perairan dilakukan setiap masa membabitkan pasukan polis Marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia. - Bernama

Senarai Calon Pakatan Rakyat (31 Mac 2013) #TolakPR


SENARAI CALON KEADILAN – PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 31 Mac 2013)

Gombak – Azmin Ali (penyandang)
Paya Besar – Murnie Hidayah Anuar
Indera Mahkota – Fauzi Abdul Rahman
Batu – Tian Chua (penyandang)
Sembrong – Onn Abu Bakar
Johor Bharu – Jen (B) Md Hashim Hussein
Pasir Gudang – Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid
Selayang – William Leong Jee Ken (penyandang)
Kuantan – Fuziah Salleh (penyandang)
Padang Serai – N Surendran
Kulim-Bandar Baharu – Saifuddin Nasution Ismail (bertukar dari parlimen Machang)
Sungai Petani – Johari Abdul (penyandang)
Sabak Bernam – Dr Abdul Aziz Bari
Lembah Pantai – Nurul Izzah Anwar (penyandang)
Pandan – Rafizi Ramli
Bukit Katil – Shamsul Iskandar Md Akin
Batang Lupar – Zulkifli Abang Engkeh
Saratok – Ali Biju
Hulu Rajang – Abun Sui Anyit
Baram – Roland Engan
Limbang – Baru Bian
Nibong Tebal – Mansor Othman (belum disahkan)
Wangsa Maju – Dr Tan Kee Kwong (belum diumumkan)
Setiawangsa – Ibrahim Yaacob (belum diumumkan)
Segamat atau Kulai – Dr Chua Jui Meng (belum disah dan diumumkan)
Batu Pahat – Syed Hamid Ali (belum disah dan diumumkan)

SENARAI CALON DAP – PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 31 Mac 2013)

Gelang Patah – Lim Kit Siang
Bukit Gelugor – Karpal Singh
Serdang – Teo Nie Ching (penyandang)
Beruas – Ngeh Koo Ham (penyandang)
Kluang – Liew Chin Tong
Ipoh Timur – Thomas Su (belum disah dan diumumkan)
Ipoh Barat – Wong Kah Woh (belum disah dan diumumkan)
Batu Gajah – V Sivakumar (belum disah dan diumumkan)

SENARAI CALON PAS – PAKATAN RAKYAT (dikemas kini setakat 31 Mac 2013)

Marang – Tuan Guru Abdul Hadi Awang (penyandang)
Arau – Tuan Guru Haron Din
Shah Alam – Khalid Samad (penyandang)
Kota Raja – Dr Siti Mariah Mahmud (penyandang)
Pulai – Salahuddin Ayub
Padang Terap – Mohd Nasir Zakaria (penyandang – belum diumumkan)
Pendang – Mohamad Sabu (belum disah dan diumumkan)

Sunday, March 31, 2013

#TolakPR - Lebih 120,000 Tonton Video Animasi Mr. Mansuh

Video animasi pendek bertajuk Mr. Mansuh yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pakatan pembangkang di laman YouTube terus mendapat sambutan hangat selepas ia ditonton lebih 120,000 kali sejak dimuat naik sebulan lalu.

Lebih menarik, setakat 4.30 petang ini, 5,792 penonton menekan butang Like menandakan mereka tidak menyokong tindakan pemimpin itu yang berjanji memansuhkan pelbagai dasar kerajaan selama ini jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang.

Walau bagaimanapun, sebanyak 3,813 penonton pula memilih butang Dislike bagi menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap pemimpin itu dan pakatan pembangkang.

Video animasi Mr. Mansuh menjadi perbualan hangat masyarakat selepas dimuat naik ke laman perkongsian video tersebut kira-kira sebulan lalu.

Menerusi video itu, watak 'super hero' berkenaan digambarkan mampu terbang untuk menabur janji kepada rakyat termasuk memansuhkan pelbagai dasar yang dilaksana kerajaan selama ini.



-Utusan

Umno, BN Tidak Terlibat Agenda Video Seks


Sambil menegaskan Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah terlibat dalam mana-mana agenda seks bagi menjatuhkan pemimpin politik, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melahirkan rasa kesal dengan tindakan segelintir pihak yang sanggup berpolitik sehingga melibatkan nama Rasulullah SAW.

Setiausaha Agung Umno dan BN ini berkata, perkara berkaitan agama dan baginda Nabi Muhammad SAW tidak sewajarnya dijadikan alat dalam hasrat untuk mengelirukan masyarakat.

“Tidak kiralah dalam apa jua keadaan perkara berkaitan kesucian agama Islam, hal-hal berkaitan akidah dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW adalah sesuatu yang tidak perlu dijadikan bahan politik,” kata beliau dipetik Umno Online hari ini.

Ahli Parlimen Putrajaya ini mengulas berkaitan kenyataan dikeluarkan Penolong Setiausaha 1 Pemuda Pas Pusat, Khairul Fahmi Mat Som menerusi Twitter baru-baru ini.

Dalam tweetnya, pemimpin Pas tersebut telah mengaitkan Nabi Muhammad SAW dengan kononnya akan turut dilibatkan dalam video seks yang didakwanya adalah perbuatan Umno.

“Barisan Nasional dan Umno tidak pernah terlibat dengan mana-mana agenda sedemikian apatah lagi hal-hal yang melibatkan perlakuan moral dan keruntuhan akhlak.

“Semua dakwaan yang dibuat kepada pemimpin pakatan pembangkang berkaitan salah laku moral dan penyebaran video adalah melibatkan individu tertentu dan bukannya urusan parti, apatah lagi untuk mengaitkannya dengan Rasulullah SAW,” kata beliau.

Dalam hal ini beliau menggesa masyarakat untuk membuat penilaian berdasarkan apa yang berlaku.

“Kita perlukan pemimpin yang matang, yang dapat membawa kepada kemajuan keseluruhan dan memberi tauladan berguna kepada rakyat,” tambah Tengku Adnan.

Khairul Fatmi Mat Som yang dipetik Sinar Harian hari ini mengakui kenyataan mengenai ‘video seks Nabi’ yang dipapar menerusi Twitternya 27 Mac lalu adalah kenyataannya sendiri.

“Itu kenyataan saya sendiri. Tidak, (akaun Twitter) bukan diceroboh,” katanya.

Ditanya mengapa beliau buat kenyataan sedemikian yang diketahui boleh mengundang kontroversi malah dituduh menghina Nabi, sambil tertawa, Khairul Fahmi berkata, “Tunggu saja nanti, sekarang saya tak mahu cakap apa-apa lagi. Setiap orang ada persepsi sendiri, setiap yang berlaku pasti ada sebab,” kata beliau.

Pemimpin Pemuda Pas itu juga hanya berkata, “terpulang kepada siapa yang membaca.”

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Harun Taib pula berkata, kenyataan Khairul Fahmi mungkin merujuk kepada sikap Umno yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengatasi musuhnya.

“Benda ini (video seks) tidak wujud dan adalah mustahil untuk Baginda melakukannya. Mungkin perbandingan yang dibuat hanya untuk menunjukkan betapa teruknya Umno.

“Mereka sanggup keluar video tidak baik orang tidak bersalah. Jika Umno wujud pada zaman Rasulullah, mungkin mereka akan buat perkara itu,” katanya.

Harun mengakui tindakan Khairul Fahmi membuat perbandingan dengan Rasulullah SAW kurang sesuai.

#TolakPR - PRU13 PKR Tidak Yakin Pertahan Indera Mahkota


Calon PKR untuk Parlimen Indera Mahkkota, Datuk Dr Fauzi Abdul Rahman tidak menjamin Pakatan Rakyat mampu mengekalkan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan datang, tetapi berjanji untuk bekerja keras mempertahankannya.

"Kita akan bekerja kuat, tidak ada kawasan yang hari ini kita boleh katakan kita pasti menang 100 peratus, kalau hendak menang kita perlu kerja kuat bahawa kita adalah alternatif kepada kerajaan yang ada hari ini.

"Jadi kita mesti kerja kuat, kalau tidak rakyat tukar kita balik," katanya kepada Antarapos sejurus selepas namanya diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai calon Parlimen Indera Mahkota.

Fauzi berkata beliau yakin dirinya diterima baik oleh pengundi kawasan itu lantaran rekod peribadinya yang bersih dan amanah. Beliau juga akan mempertaruhkan rekodnya sebagai Pengerusi PKR Pahang, yang sebelum ini konsisten memperjuangkan hak asasi pengundi Parlimen itu.

"Rakyat hendak pemimpin yang amanah, kalau PKR naik ataupun PR naik tetapi dia tidak amanah, rakyat akan tukar balik kepada BN, jadi rakyat hendak yang lebih amanah," katanya.

Bagaimanapun, setelah Anwar mengumumkan namanya sebagai pengganti Azan Ismail, sekumpulan penyokong yang hadir bertindak meng'boo' Fauzi dan berlalu meninggalkan majlis ceramah di tapak ceramah Markaz PAS, Balok Makmur, Beserah.

Fauzi adalah bekas ahli Umno dan pernah menjadi ADUN Beserah dari tahun 1995 hingga 2004 sebelum menyertai PKR pada 2008.

"Booo...booo Datuk Fauzi Abdul Rahman..booo..." laung sekumpulan lelaki itu.

Fauzi sebelum ini bertikam lidah dengan Setiausaha organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook bersabit perebutan kerusi Parlimen Bentong.

Fauzi berkata jika DAP berminat mahu meletakkan calon di Parlimen itu, parti dominasi Cina itu perlu menyerahkan dua kerusi DUN kepada PKR (Ketari dan Tanah Rata) sebagai ganti.

Namun DAP enggan dan mahu meletakkan calonnya ditiga kerusi itu.

Terdahulu, DAP mengumumkan Pengerusi Himpunan hijau, Wong Tack sebagai calon kerusi Parlimen Bentong.

BN Kelantan Pilih Tokoh Ulama Sebagai Calon #TukarKelantan


Barisan Nasional (BN) Kelantan akan menampilkan tokoh ulama serta calon yang mantap untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pemilihan calon sudah di peringkat akhir dan ia akan menampilkan muka lama dan baru.

“Kami mahu setiap calon yang dipilih diterima dan disukai rakyat supaya membawa kemenangan kepada BN di negeri ini,” katanya.

Sebelum itu, beliau meluangkan masa lebih sejam melawat kawasan Karnival Pengajian Tinggi Negara 2013 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV.

Menurutnya, BN akan berusaha sungguh-sungguh dan meletakkan calon terbaik, walaupun sedar bahawa sesiapa pun diletakkan sebagai calon, mungkin ada yang akan mempertikaikannya.

Mustapa berkata, bagi beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mereka yang terpilih adalah barisan terbaik yang dipilih di kalangan tokoh di Kelantan.

Sementara itu, mengulas mengenai pertemuan beliau dengan Najib, yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN, di Putrajaya kelmarin, Mustapa berkata, pertemuan seperti itu sudah diadakan sejak enam bulan lepas.

Menurutnya, ia bagi membincangkan perkara berkaitan parti, terutama mengenai senarai calon BN Kelantan.

Ditanya mengapa Najib belum membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU13, Mustapa berkata, beliau percaya Najib mahu hasil transformasi yang dilaksanakan, termasuk dalam bidang ekonomi, dirasai rakyat.

"Ia tiada kaitan dengan apa-apa desakan pembangkang. Ini strategi Najib dalam memastikan rakyat melihat hasil kerja, termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA),” katanya, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Mustapa tidak menolak kemungkinan banyak lagi program peletakan batu asas bagi projek tertentu dilakukan kerajaan Pas Kelantan, dan menyifatkan tindakan seperti itu 'tidak lebih daripada gimik politik' menjelang pilihan raya.-SH

Pemuda UMNO Kecam Pemimpin Pas Hina Nabi


Pergerakan Pemuda UMNO mengecam tindakan pemimpin Pas yang mengheret dan menghina Nabi Muhammad SAW hanya kerana mahu mencapai kepentingan politik mereka semata-mata.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, perbuatan itu sangat mengecewakan kerana parti itu sering mencanangkan diri mereka sebagai pejuang Islam tetapi pada hakikatnya ia tidak diamalkan.

"Apa yang saya lihat, pemimpin Pas tanpa segan silu dan jahatnya menyerang Nabi Muhammad dengan lontaran video seks Nabi.

"Apakah ini bermakna reaksi PAS sebelum ini terhadap video The Innocence of Muslims sekadar sandiwara politik semata-mata tanpa penghayatan tentang batas-batasnya," katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Dalam media sosial baru-baru ini, Penolong Setiausaha 1 Dewan Pemuda Pas, Khairul Fahmi Mat Som menyebut "Kalau Nabi Muhammad SAW masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan... jahanam UMNO", melalui akaun Twitter @fahmipkg pada 27 Mac yang lalu.

Khairy berkata, perbuatan itu menunjukkan tindakan mereka itu sarat dengan emosi dan cetek pertimbangan yang menampakkan belang sebenar parti pembangkang.

#TolakPR - 9 NGO Buat Laporan Polis Ceramah Anwar di Mergong


ALOR SETAR - Sembilan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis mengenai program ceramah yang dijadual disampaikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Wira, Mergong di sini malam ini yang didakwa akan menggangu ketenteraman penduduk.

Laporan itu dibuat Yang Dipertua Pertubuhan Silat Garuda Malaysia, Mansor Ahmad di Ibu Pejabat Polis Kota Setar di sini.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, Mansor berkata, ceramah yang dijadualkan pada 10.30 malam ini di padang bola yang terletak berdekatan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) itu dibimbangi akan mencetuskan kekecohan.

Wakil penduduk Taman Wira, Mohd Zubir Abd Rahman, 43, berkata, penduduk taman menentang keras kehadiran Anwar kerana ceramah boleh menggangu ketenteraman mereka.

"Kedudukan padang bola di tengah-tengah kawasan taman perumahan sudah tentu mengganggu anak-anak yang mengulang kaji pelajaran pada waktu malam untuk menghadapi peperiksaan.

"Kita tahu Anwar bila mai (datang), orang-orang dia agresif... semua penduduk menjadi tidak selesa. Kalau dia nak tawan Putrajaya bukan di sini tempat untuk berceramah," katanya sambil mendakwa ceramah itu tidak mendapat permit.

Antara sembilan NGO itu ialah Badan Generasi Perihatin (BG3R), Pegerakan Pemuda Umno Cawangan Blok B Taman Wira, Skim Rondaan Sukarela Perumahan Awam Mergong dan Perkasa Kota Setar.

-Bernama