Sunday, March 31, 2013

#TolakPR - Lebih 120,000 Tonton Video Animasi Mr. Mansuh

Video animasi pendek bertajuk Mr. Mansuh yang dikatakan membabitkan seorang pemimpin pakatan pembangkang di laman YouTube terus mendapat sambutan hangat selepas ia ditonton lebih 120,000 kali sejak dimuat naik sebulan lalu.

Lebih menarik, setakat 4.30 petang ini, 5,792 penonton menekan butang Like menandakan mereka tidak menyokong tindakan pemimpin itu yang berjanji memansuhkan pelbagai dasar kerajaan selama ini jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum akan datang.

Walau bagaimanapun, sebanyak 3,813 penonton pula memilih butang Dislike bagi menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap pemimpin itu dan pakatan pembangkang.

Video animasi Mr. Mansuh menjadi perbualan hangat masyarakat selepas dimuat naik ke laman perkongsian video tersebut kira-kira sebulan lalu.

Menerusi video itu, watak 'super hero' berkenaan digambarkan mampu terbang untuk menabur janji kepada rakyat termasuk memansuhkan pelbagai dasar yang dilaksana kerajaan selama ini.



-Utusan

3 comments:

Anonymous said...

Saya juga menontonnya. Saya menonton bukan kerana saya menyokong tetapi saya meluat. Tidak lebih dari perasaan ingin tahu apa propa songsang dlm video ni. Saya rasa ramai yg menonton berperasaan sama dgn saya, jadi tak payah dibanggakan dengan penonton walau 1juta. Saya berharap sgt BN hilang kuasa dan negara dpt dibersihkan dari penjenayah2 bertopengkan pemimpin. Selagi BN berkuasa Msia dipimpin dan ditadbir oleh penjenayah2.

Anonymous said...

hahahaha puak aljuburi kepasana rupanya....

Anonymous said...

gua terhibur!