Wednesday, April 10, 2013

#PRU13 #TolakPR : Yusmadi Jadi Mangsa Diktator Lim Guan Eng


Pengumuman calon baru PKR, untuk kerusi Balik Pulau yang dibuat oleh ketua pembangkang, Anwar Ibrahim baru-baru ini bukanlah merupakan satu perkara yang memeranjatkan. Ini kerana rata-rata pencacai dan penyokong PKR di Pulau Pinang telah lama merasai bahawa penyandang bagi kerusi tersebut Yusmadi Yusoff akan digugurkan.

Ia ekoran dari ‘perang dingin’ di antara Yusmadi dengan pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang yang telah berlarutan sejak sekian lama, kerana sering mengkritik dasar-dasar yang diperkenalkan oleh diktator yang bernama Lim Guan Eng.

Kelantangan anak muda yang juga merupakan seorang peguam itu yang kerap melemparkan kritikan terhadapan kepimpinan Guan Eng sebelum ini dikatakan sebagai punca utama tidak dipilih semula sebagai calon.

Namun secara dasarnya, tiada apa yang perlu dihairankan, kerana Setiausaha DAP itu sebelum ini memang diakui sebagai pemerintah kuku besi ala diktator. Inilah demokrasi ala Pakatan Rakyat, dipimpin oleh diktator!

Disebabkan itu, DAP dikatakan telah mendesak Anwar agar menggugurkan Yusmadi dari terus mempertahankan kerusi tersebut atas alasan sekiranya pakatan mahu mengekalkan kemenangan di kawasan berkenaan. Lebih malang lagi, kegagalan Yusmadi untuk mendapatkan lesen memandu, dikatakan turut dijadikan alasan dalam menyakinkan Anwar. Kah Kah Kah!

Malah ketika menjawab soalan pengikutnya di laman sosial Twitter mengenai alasan beliau tidak bertanding, Yusmadi secara berseloroh menjawab, "Setakat ini alasan yang saya ada dan mampu jawab ialah nak ambil lesen kereta yg masih saya gagal dapat."

Tidak cukup dengan itu, ada desas-desus yang mengatakan Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh yang juga MP Kuantan antara orang yang kuat berbisik kat telinga Anwar untuk menggugurkan anak jati Balik Pulau itu. Kesian Yusmadi jadi mangsa.

Selain itu Yusmadi turut mengesahkan bahawa beliau tidak dicalonkan di mana-mana kerusi sama ada peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN). Maka untuk mengambil hati Yusmadi yang terguris, Anwar memaklumkan Yusmadi akan beralih tugas di bahagian sekretariat parti itu agar dapat memainkan peranan yang lebih besar, ‘Coffee Boy’ yang baru barangkali.

Muka baru yang mendapat perkenan Anwar dan DAP ialah Muhammad Bakhtiar Wan Chik yang berasal dari Teluk Kumbar @ orang luar, merupakan seorang Ahli Majlis MPPP dari PKR. Baktiar yang juga merupakan Pengurus Sumber Manusia di Linear Semiconductor Sdn Bhd sebuah kilang di Bayan Baru adalah merupakan aktivis JIM (Pertubuhan Jemaah Islahdan) PKR sejak zaman era reformasi.

Kesimpulannya PKR ini hanya merupakan parti sampah bagi DAP, kerana mereka percaya parti ultra kiasu itu adalah dominan dan berhak untuk menentukan siapa naik dan siapa turun walaupun melibatkan parti sekutu. Hakikatnya Anwar tidaklah sehebat seperti yang digambarkan oleh geng pencacai, kerana realitinya dia tidak ubah seperti ‘lembu yang dicucuk hidungnya .

Kalau tak percaya, cuba tanya Pengerusi DAP Pusat, Karpal Singh yang juga merupakan penasihat dan peguam bela Anwar dalam kes-kes yang melibatkan salah laku moralnya. Kegagalan menurut semua kehendak DAP boleh menyebabkan rahsia peribadinya terlepas untuk pengetahuan umum.

#PRU13 - SPR Umum Penamaan Calon 20 April, Undi 5 Mei



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai hari penamaan calon manakala pengundian akan diadakan pada 5 Mei.

Kedua-dua tarikh itu ditetapkan pada mesyuarat khas yang diadakan sebentar tadi.

PRU 13

Tarikh Penamaan calon : 20 April (Sabtu)

Tarikh Mengundi Awal: 30 April 2013 (Selasa)

Tarikh Mengundi : 5 Mei 2013 (Ahad)

Sebanyak 8,789 pusat pengundian akan dibuka untuk PRU 13

#PRU13 #Vote4BN PM Jumpa Calon BN Tengah Hari Ini


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan pertemuan tertutup dengan calon-calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada pukul 12 tengah hari ini.

Terdahulu, pagi ini, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun sedang menyampaikan taklimat tertutup kepada semua yang hadir.

Semoga yang terpilih akan memberi kemenangan mutlak kepada BN.

Hidup BN! Hidup BN! Undilah BN demi kesejahteraan dan kemamkruan rakyat.

#PRU13 #TolakPR Hadi Masih Enggan Namakan Calon PM


Dengan cita-cita beliau untuk menjadi PM, Presiden PAS Abdul Hadi Awang masih enggan menamakan calon PM Pakatan sekiranya menang PRU13. Namun pada hakikatnya Anwar? Hadi? Lim Kit Siang? Tak seorang pun yang layak untuk jadi PM Malaysia!

Memetik laporan TMI - Teka-teki bakal calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat (PR) masih belum terjawab walaupun Pilihan Raya 2013 akan berlangsung tidak lama lagi apabila Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih enggan mengulas berkenaan parkara itu.

Abdul Hadi dilihat mengelak ketika ditanya pemberita berkenaan perkara itu sebaliknya menegaskan perkara berkaitan calon perdana menteri daripada pakatan pembangkang hanya akan diselesaikan apabila pilihan raya umum ke-13 berakhir.

“Saya tidak boleh mendahului rakyat, kita perlu menangkan dulu, baru kita tahu siapa (perdana menteri),” katanya menjawab pertanyaan pemberita selepas Bicara Minda anjuran Sinar Harian di Kompleks Karangkraf.

Tambah presiden PAS itu lagi, beliau tidak sepatutnya mendahului rakyat dan sebagai menghormati sistem Raja Berperlembagaan, beliau tidak sepatutnya mengulas berkenaan perkara tersebut.

“Kita ada raja perlembagaan, tak boleh dahului, ini adab kita ... saya tak boleh kata saya sedia, saya hanya sedia jadi khadam kepada rakyat,” katanya lagi.

DAP sebelum ini telah bersetuju untuk melantik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sekiranya pembangkang berjaya menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam PRU 13 akan datang.

Isu itu kemudiannya kembali berbangkit apabila Muktamar PAS di Kelantan pada November tahun lalu melihatkan pemimpin dari Dewan Muslimat dan Dewan Ulama PAS mencadangkan agar Abdul Hadi dilantik menjadi perdana menteri.

“Siapa jadi perdana menteri yang penting mesti orang Islam yang diterima rakyat,” tegas Abdul Hadi lagi.

The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan pemimpin PAS telah mempersoalkan pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri sekiranya PR berjaya memenangi kerajaan persekutuan pada Pilihan Raya 2013, dengan satu sumber mengesahkan mereka telah menawarkan kepada pemimpin Umno Tengku Razaleigh Hamzah jawatan tertinggi tersebut.

Sumber berkenaan berkata, persoalan tersebut timbul dalam satu mesyuarat tertutup antara PAS dan PKR selepas kenyataan Abdul Hadi bahawa parti Islam itu tidak teragak-agak meninggalkan PR sekiranya pakatan tersebut merugikan orang-orang Melayu dan Islam.

“Pemimpin tertinggi PAS itu mengatakan ‘haram’ bagi Anwar untuk meminta jawatan perdana menteri,” kata satu sumber PR yang tidak mahu dinamakan kepada The Malaysian Insider.

“Kemudian seorang pemimpin tertinggi PKR menjawab, Anwar tidak pernah meminta jawatan sebagai perdana menteri sebaliknya rakyat yang mengangkatnya dan ini sudah dipersetujui oleh PAS dan DAP semenjak pilihan raya umum 1999,” tambah sumber tersebut.

Menurut satu sumber lain dari PR, satu pertemuan telah dilakukan diantara pemimpin tertinggi PAS dengan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah bagi menjemput bekas menteri kewangan itu untuk menjadi perdana menteri sekiranya PR berjaya mendapatkan majoriti kerusi parlimen selepas pilihan raya akan datang.

Isu siapa bakal perdana menteri PR sekiranya dapat merampas Putrajaya timbul apabila dilaporkan Majlis Syura Ulama PAS dalam sebuah perbincangan tertutup melibatkan beberapa anggota majlis tersebut menolak Anwar sebagai calon perdana menteri PR dan berkemungkinan melantik calon dari luar bagi menggalas jawatan tersebut.

Perkara itu bagaimanapun ditolak Pengerusinya Datuk Nik Aziz Nik Mat dan menyifatkan dakwaan tersebut sebagai satu fitnah yang cuba dilemparkan terhadap PAS bagi melaga-lagakan parti tersebut dengan rakan sekutunya dalam PR, menurut agensi berita Bernama.

Pengerusi DAP Karpal Singh masih menegaskan Anwar akan menjadi perdana menteri jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya 2013.

PAS akan bertanding 70 daripada 222 kerusi parlimen dalam Pilihan Raya 2013 yang perlu diadakan tidak lama lagi dan membiarkan selebihnya untuk ditandingi oleh rakan PR, DAP dan PKR.

#PRU13 : #ManifestoBN Mendapat Pujian Dari Pakar Ekonomi! #BetterNation

Sejak dilancarkan 6 April yang lalu, Manifesto BN terus mendapat pujian dari segenap lapisan masyarakat, termasuk dari pakar-pakar ekonomi.

ManifestoBN "Aku Janji" lebih banyak bawa faedah untuk rakyat Sabah dan Sarawak berbanding "Manifesto Bukan Janji" Pakatan.

Antara laporan tersebut boleh baca di pautan di bawah:

Economists praise BN manifesto for 'clear direction'

Reactions: BN Manifesto Is Far Better Than Pakatan's









#PRU13 #TolakPR Ceramah Tian Chua, Bob Lokman Hambar!

Berikut gambar-gambar sekitar program ceramah YB Tian Chua, Parlimen Batu dan Bob Lokman yang tidak mendapat sambutan langsung daripada penduduk sekitar. Ini menunjukkan rakyat Batu sudah muak dengan helah Pakatan Haram.








Ternyata rakyat Batu sudah bosan dengan bekas YBnya jarang turun padang, tiada sumbangan di dalam pembangunan Batu dan hanya asyik berceramah menghentam dan mencari salah Kerajaan. Nampak mulut celupar Tian Chua yang mengatakan Tragedi Lahad Datu hanya sandiwara UMNO memberi kesan yang mendalam di hati penduduk. Kali ini Parlimen Batu milik Barisan Nasional. insyaallah!!!

#PRU13 #TolakPR - Regim Pembangkang Semakin Sasau Rebut Kuasa!


Semasa pilihanraya-pilihanraya lampau sebelum 2008 jarang sekali dengar kisah kalangan pembangkang atau sesama dalam parti bergeser pasal kerusi.

Nampak gaya bahang kuasa boleh membuat siapa saja jadi sasau.Tsunami politik PRU 2008 bikin mereka terasa 'lain macam'...seolah Putrajaya sudah terawang-awang.

Makanya semangat siapa cepat dia dapat sudah menghantui diri.

Dicelah-celah pergelutan ini...timbulah berbagai hal yang dulu tidak pernah dengar.

Ikut ceritanya kem Tan Sri Khalid Ibrahim agak terkejut. Ini gara-gara khabar yang berlegar mengatakan nama Menteri Besar Selangor itu kini disenaraikan bertanding untuk kerusi DUN Pelabuhan Klang bukan Ijok yang kini beliau wakili.

Intrik politik, perebutan kerusi dan kedahagaan kepada kuasa kini kian menjadi penyakit yang mengelegak dalam pakatan pembangkang.

Bukan sahaja antara PAS-PKR-DAP...misalnya dalam kes di Selangor, sesama sendiri.

Al-kisahnya Khalid ditolak oleh PKR Ijok yang mana beliau merupakan ketuanya.Kalau bertanding semula di kawasan tersebut, beliau akan kalah dan untuk menyelamatkannya dihantar ke DUN Pelabuhan Klang.

Sumber-sumber kata setiausaha politik Khalid, Faekah Husin sudah menghidu langkah tersebut lebih awal.

Kem Khalid dikatakan menawarkan kerusi Pelabuhan Klang untuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bagi mereka, Khalid tetap akan mempertahankan Ijok dan tidak ada sebab untuk beliau berpindah ke Pelabuhan Klang, kerusi PKR yang mana wakilnya Badrul Hisham telah keluar parti dan menjadi YB Bebas.

Itu antara cerita di Selangor. Ketegangan juga sedang berlaku di dalam pakatan pembangkang di negeri-negeri lain mengenai soal siapa calon PR untuk setiap kawasan Parlimen dan DUN..

Ada yang dikatakan mendakwa kononnya mereka sudah buat persiapan lama untuk PRU13.

Suasana perang dingin timbul hampir di semua negeri kecuali Kelantan yang mana PKR dan DAP tidak kuat banding dengan PAS.

Paling ketara adalah di Johor, Terengganu. Pulau Pinang, Perlis, Negeri Sembilan dan Sabah.

Di Johor isu yang bermula dari kerusi Gelang Patah antara PKR dan DAP, kini merebak ke Segamat apabila DAP Johor meminta PKR ganti satu kerusi selepas Chua Jui Meng dinamakan calon PKR di kerusi DAP tersebut Isnin malam.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri mengumumkan bahawa Chua Jui Meng akan bertanding di Segamat.

Pagi Selasa bos DAP Johor Dr Boo Cheng Hau menuntut kerusi ganti kepada DAP berikutan penyerahan Segamat kepada PKR.

Tuntutan DAP Johor itu dibuat dalam suasana Dr Boo dan beberapa lagi pimpinan DAP negeri sudah menghantar surat perletakan jawatan masing-masing.

Agendadaily difahamkan ia sebagai 'push factor' kepada tuntutan DAP negeri.

Di Terengganu, pengumuman ketua PKR negeri, Azan Ismail pada Rabu lepas bahawa parti itu akan bertanding di 11 kerusi DUN dan tiga kerusi Parlimen telah disangkal oleh Pesuruhjaya PAS, Abdul Wahid Endut.

Abdul Wahid pada hari berikutnya berkata PAS akan bertanding tujuh daripada lapan kerusi parlimen, meninggalkan hanya satu kepada PKR, menyebabkan Azan tidak berpuas hati.

Azan, yang merupakan Ahli Parlimen Indera Mahkota mungkin akan ke Kemaman, menunjukkan bahawa beliau berusaha untuk lebih kerusi bagi PKR, khususnya di kawasan parlimen Setiu atau Kuala Nerus.

Di Pulau Pinang, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Rawa berkata, calon PAS akan bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh.

Ini disangkal oleh Naib Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Abdul Kassim.

Di Perlis, PKR dan PAS berebut kerusi Kangar, secara tradisinya ditandingi oleh PKR.

Pengerusi Negeri PKR, Mohd Faisol Abd Rahman berkata, beliau kecewa bahawa Pesuruhjaya PAS Perlis Hashim Jasin baru-baru ini mengumumkan Baharuddin Ahmad sebagai calon bagi kerusi itu.

Mohd Faisol berkata, PKR tidak akan memberi laluan kepada DAP bagi majoriti Cina kerusi DUN Indera Kayangan.

Di Sabah, kepimpinan Pakatan sedang cuba untuk berbincang bagi berkongsi kerusi dengan sekutunya Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pakatan Perubahan Sabah (PPS).

Tetapi yang berlaku sebaliknya, Ketua PKR Tuaran, Ansari Abdullah pada Khamis lalu mengumumkan bahawa beliau akan bertanding di Tuaran yang bertentangan dengan kenyataan Anwar yang akan mengumumkan Ketua APS Datuk Seri Wilfred Bumburing sebagai calon bagi kerusi itu.

Ansari mempertahankan tuntutan beliau, termasuk enam kerusi lain untuk PKR, dengan ancaman bahawa beliau akan bertanding sebagai calon bebas sekiranya permintaan itu tidak dipenuhi.

Bagi bekas Naib Presiden PAS, Datuk Dr Hassan Ali, apa yang berlaku kini pakatan pembangkang tidak lagi menghormati formula pembahagian didasarkan kepada amalan semasa PRU ke 12.

"(Mereka) sebaliknya berlumba-lumba membuat pengumuman bersendirian untuk "mengecup" kawasan-kawasan Parlimen dan DUN yang sebelum ini telah diperuntukkan kepada masing-masing parti dalam Pakatan,"katanya.

Beliau memberikan contoh, Parlimen Bagan Serai yang dikatakan milik PAS tetapi Ketua Umum PKR telah terlebih dahulu mengisytiharkan tanpa merujuk kepada PAS bahawa kawasan Parlimen tersebut akan ditandingi oleh PKR yang akan meletakkan Ketua Penerangannya Dr Mohd Nur Manuti.

Begitu juga Parlimen Labuan, Setiawangsa dan Bera yang diperuntukkan kepada PAS telah disambar bila Timbalan Presidennya Azmin Ali membuat pengumuman tanpa terlebih dahulu merujuk kepada PAS.

"Dikhabarkan baru-baru ini pimpinan tertinggi parti komponen sengaja memilih untuk tidak hadir dalam mesyuarat penentuan kerusi sebagai tanda protes terhadap sifat angkuh, tamak dan mengenepikan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh pimpinan tertinggi PKR khasnya,"ujar Dr Hassan.

Menurut beliau, ada berita yang mengatakan bahawa ada pimpinan tertinggi dari komponen parti yang telah bertindak untuk mengugut  bahawa mereka bersedia untuk melihat kerusi-kerusi yang berlaku pertindihan calon tersebut dipertandingkan secara tiga penjuru.

"Masalah pembahagian kerusi adalah masalah pra kemenangan. Seandainya ditakdirkan PR berjaya menawan Putrajaya, bayangkan betapa getirnya perbalahan di antara pimpinan Pakatan untuk membentuk kerajaan sekaligus menamakan anggota kabinet dan melantik Perdana Menteri,"katanya.

Ada 222 kerusi Parlimen yang menjadi rebutan dalam PRU 13 ini, selain 505 kerusi DUN seluruh negara kecuali Sarawak yang telah mengadakan PRN pada 2010.

SPR akan menetapkan hari penamaan calon dan hari mengundi dalam mesyuarat khas.

-Helme Hanafi

Tuesday, April 9, 2013

#PRU13 #TolakPR : @Chegubard Budak Hingusan Yang Tidak Habis Pengajian - MB


Siapa tak kenal si pencacai yang bernama Chegu Bard? Dia dikenali sebab mulut longkangnya sering mengeluarkan fitnah yang tak mempunya fakta! Segala tuduhan dari Chegu Bard adalah fitnah semata-mata.... Itulah sebabnya nama Chegu Bard tidak tersenarai sebagai calon PKR!

Memetik laporan Utusan Online hari ini, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini menganggap Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin umpama budak yang tidak menamatkan pengajiannya di universiti.

Ini berikutan tindakan aktivis sosial itu yang membuat tuduhan melulu kononnya Menteri Besar telah membawa keluar dokumen-dokumen penting kerajaan sejak dua minggu lalu.

"Adakah dia (Badrul Hisham) yakin sangat menang, bercakap seperti budak-budak yang tidak habis pengajiannya. Tiada apa yang hendak disorokkan kerana apa yang dilakukan selama ini dibuat secara terbuka," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis makan tengah hari bersama ketua-ketua jabatan di Hotel Royale hari ini.

Mohamad mengulas kenyataan yang dibuat Badrul Hisham dalam ceramahnya di Taman Melor, Senawang dekat sini malam tadi, kononnya Menteri Besar telah membawa keluar dokumen penting kerajaan sejak dua minggu lalu.

Mohamad yang juga Pengerusi BN negeri berkata, dakwaan yang dibuat oleh Badrul Hisham itu tidak masuk akal kerana semua dokumen kerajaan terletak di setiap jabatan yang menguruskan kemajuan negeri.

"Oleh itu pejabat saya tidak ada menyimpan sebarang dokumen, kerana ia pejabat Menteri Besar. Tidak timbul saya atau pegawai saya keluarkan dokumen tersebut daripada pejabat berkenaan," katanya.

Pada masa yang sama juga, Mohamad berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kakitangan kerajaan sepanjang dua penggal beliau menjadi Menteri Besar.

#PRU13 #SaveKedah - Pendedahan CM Afghani Kucar-kacirkan Pas Kedah


Bila sebut nama Zainon Ahmad mungkin ramai yang tidak mengenali beliau kerana beliau lebih sinonim dengan panggilan CM Afghani yang menggemparkan PAS apabila bekas ahli PAS seumur hidup itu secara terbuka mempersoalkan kepimpinan PAS mengenai kemana lesapnya wang tabung Memali.

Insiden Memali berlaku pada 19 november 1985, insiden berdarah di Memali berlaku di Kampung Memali, Baling menyaksikan pertempuran antara 200 anggota polis dengan 400 penduduk, yang didakwa pengikut Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Kejadian tersebut menyebabkan 14 orang awam dan empat anggota polis terkorban manakala 159 lagi ditahan dengan 36 antaranya dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ekoran insiden tersebut PAS kemudiannya menubuhkan Tabung Memali yang dikatakan akan digunakan bagi membantu balu, isteri, dan anak-anak yang terjejas dengan insiden tersebut.

CM Afghani atau Cikgu Non kemudiannya bangkit mempersoalkan kepada pemimpin ke mana hilangnya dana tabung tersebut, namun persoalan itu masih dibiarkan terawang-awang tanpa jawapan, malah cabaran beliau untuk berdebat bagi menegakkan keberan juga tidak dilyan pemimpin PAS.

PAS jelasnya perlu menyahut cabaran tersebut dan menjelaskan dakwaan penyelewengan wang Tabung Memali yang bernilai jutaan ringgit.

Afghani sebelum ini pernah membongkar penyelewengan yang dilakukan PAS dalam isu Tabung Memali ekoran ramai balu serta waris mangsa insiden tersebut tidak mendapat bantuan yang sepatutnya diterima.

Beliau juga turut menggesa kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat pendedahan yang dilakukannya agar pihak yang terbabit mendapat pembelaan sewajarnya.

Beliau juga terlibat dalam cubaan untuk menyerang bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akibat terpengaruh dengan amanat Hadi Awang juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama enam tahun kerana dakwaan terlibat mengetuai Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM)

Akibat cuba mendedahkan isu penyelewengan beliau telah dipecat dari Pas.

Meskipun pemimpin PAS menganggap beliau bukanlah nama besar, dan tidak berpengaruh, tetapi perjuangannya turut mendapat perhatian ahli PAS apabila 400 ahli PAS di Kuala Berang keluar parti secara beramai-ramai.

Amanat Hadi Awang dan penyelewengan Tabung Memali nyata menggoyangkan PAS Kedah yang kini ditadbir Azizan.

Beberapa kejadian telah membuktikan betapa pendedahan-pendedahan yang dibuat oleh beliau tentang parti itu telah membuatkan ramai penyokong serta ahli fanatik PAS membuta mata dan hati.

PAS perlu membuat penjelasan berkenaan tabung berkenaan dan amanat Hadi yang nyata mengkucar-kacirkan masyarakat Melayu Islam di negara ini, terutamanya pengikut PAS.

Ke mana duit hasil kutipan tabung berkenaan. Sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

#PRU13 #TolakPR - Hadi Bertanding Di Marang, Husam Bakal Dikorbankan Di Putrajaya


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memilih kerusi selamat kekal bertanding di parlimen Marang manakala naib presiden Datuk Husam Musa bakal dikorbankan di parlimen Putrajaya.

Sementara itu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan bertanding di kerusi Pendang, Datuk Mahfuz Omar di Pokok Sena dan Salahuddin Ayub disahkan untuk bertanding di Pulai.

Perkara itu diumumkan kepimpinan PAS dalam sidang media sebentar tadi.

Antara senarai lain yang turut disahkan termasuk bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari (Larut), seorang arkitek, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah (Kuala Terengganu), penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin (Jempol).

Hadi walau bagaimanapun berkata masih tidak menetapkan sama ada akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Saya sendiri tidak boleh umumkan, biar negeri yang umumkan,“ katanya kepada pemberita.

Hadi dalam pada itu berkata PAS masih berpegang dengan pendiriannya untuk bertanding 76 kerusi parlimen seluruh negara.

#PRU13 Sasaran Pelaburan #Akujanji BN vs #ManifestoBukanJanji Pakatan!


Rakyat nak tahu secara spesifik sasaran BN dan juga Pakatan untuk menjana ekonomi. Salah satu ukuran adalah sasaran pelaburan yang spesifik.

Sasaran ini memberi keyakinan kepada rakyat kerana ia menggambarkan perancangan yang teliti untuk menarik pelaburan dari luar negara dan juga dari syarikat-syarikat tempatan.

Sasaran BN bukanlah angka yang tidak berasas. Kalau rajin boleh melayari etp.pemandu.gov.my Maklumat terperinci semua ada, menjelaskan bagaimana sasaran BN dapat ditepati. Inilah maksud perancangan yang teliti yang meningkatkan keboleh percayaan rakyat terhadap BN.

Bandingkan ini dengan Pakatan. Berapa banyak pelaburan yang mereka janji boleh menarik jika menang? Err... langusung tak sebut. Kenapa? Tiada perancangan yang teliti. Manifesto pakai hentam, tabur janji populis. Tapi perkara asas - bagaimana nak menjana eknomi untuk membiayai janji-janji manis mereka, langsung tak sebut.

Oh, ya. Mugkin mereka akan jawab: "Hey! Pelaburan tu semua datang ke Selangor dan Penang la der!" Tidak dinafikan Selangor dan Penang banyak dapat pelaburan.

Tapi kena ingat: Zaman BN memerintah negeri Selangor dan Penang pun negeri-negeri ini selalu menerima pelaburan yang paling banyak! Ini disebabkan polisi kerajaan pusat membangunkan negeri-negeri ini sebagai pusat industri dan perdangangan. So, tak perlu la pakai hujah tu...

Jadi, inilah dia perbandingan Akujanji BN dan Manifesto Pakatan mengenai pelaburan.

Tolong sebar kepada rakan-rakan. Mohon like www.facebook.com/khairykj untuk ulasan lanjut mengenai Akujanji BN.

Sumber : Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO

#PRU13 #TolakPR 3 Pemimpin DAP Johor Letak Jawatan, 5 Bakal Menyusul


Belum pun mengundi, jauh sekali menang dan menjadi kerajaan, hendak menamakan calon juga Pakatan Rakyat sudah kelam-kabut, atau lebih tepat, gagal sama sekali.

Jika di Perlis kita menyaksikan PKR dan PAS berbalah, di Kedah PAS dan DAP berbalah, yang terkini, di Johor kita boleh menyaksikan bagaimana DAP dan DAP serta PKR pula berbalah.

Pergolakan dalaman parti sendiri dan pertelagahan antara rakan sekutu sudah tidak dapat ditutup lagi, sehingga Anwar sendiri terpaksa mengaku di dalam ceramahnya di Melaka semalam bahawa terdapat gaduh-gaduh ‘sedikit’, namun boleh diselesaikan.

Kerana ‘gaduh-gaduh sedikit itulah’ maka hari ini 3 pemimpin DAP telah sah meletakkan jawatan akibat tidak berpuas hati dengan tindakan anak beranak kuku besi Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng yang masuk campur dalam urusan parti itu di Johor. Mereka yang meletakkan jawatan adalah Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Chen Hau, Timbalannya Norman Fernandez dan Setiausahanya, Tan Chen Choon.

Jelas, ‘gaduh-gaduh’ itu bukanlah sedikit seperti kata Anwar, tetapi benar-benar serius.

Bayangkan, mereka yang meletakkan jawatan itu bukannya calang-calang tetapi merupakan pemimpin DAP peringkat tinggi di negeri itu. Justeru, tidak hairanlah apabila 5 lagi dikhabarkan telah bersedia untuk menurut langkah mereka, antaranya, ADUN Mengkibol, Ng Lam Hua.

Dr. Boo Chen Hau diketahui bermati-matian mempertahankan DAP sehingga bergaduh sakan dengan Datuk Chua Jui Meng. Namun, setelah mendapat keyakinan untuk menang, DAP sanggup menolak Dr. Boo bagi memberi laluan kepada ‘orang-orang pilihan’ keluarga Lim. Sehingga meletakkan jawatan, Dr. Boo masih belum disahkan sama ada akan bertanding.

Dari situ, pergolakan dalaman DAP turut menular kepada PKR apabila calon PKR sendiri terpaksa mengalah dan tercampak ke kawasan-kawasan yang kurang selamat lalu menyebabkan ketidakpuasan hati semakin memuncak. Antara pemimpin PKR yang menjadi mangsa ialah Chua Jui Meng sendiri, di mana beliau telah ‘ditendang’ ke Segamat daripada kawasan selesanya, Gelang Patah, atas keterpaksaan untuk memberi laluan kepada Tokong Lim Kit Siang.

Sebelum ini, Chua pernah meminta antara parlimen Bakri atau Kulai apabila dinafikan pencalonan di Gelang Patah. Tetapi, permintaan Chua telah ditolak mentah-mentah di mana DAP bertegas tetap akan meletakkan calonnya di kedua-dua kerusi itu juga.

Selain itu, kita juga menyaksikan perebutan kerusi Johor Jaya di mana kedua-dua DAP dan PKR telah mengumumkan calon masing-masing, iaitu Liow Cai Tung dan Jimmy Phua. Setakat ini, masih tiada kata putus mengenai pertindihan kerusi tersebut.

Desas-desus mengkhabarkan bahawa akan berlaku lagi perletakan jawatan oleh beberapa pemimpin DAP negeri itu dalam masa terdekat. Jumlah yang dianggarkan ialah 8 orang, termasuk yang telah dinamakan sebagai calon kerana tidak puas hati dengan kawasan yang diberi. Dalam pada itu, dalam satu program minggu lepas, ahli DAP sendiri telah berpiket kerana tidak puas hati terhadap kepimpinan yang meletakkan calon luar.

PKR juga dikhabarkan sudah mula memboikot semua program DAP dan hanya memberi kerjasama di dalam program-program PAS.

Dari senario di atas, apa yang dapat kita simpulkan ialah Lim Kit Siang benar-benar seorang kuku besi dan Anwar Ibrahim langsung tidak dihormati oleh DAP sebagai bakal Perdana Menteri PR.

Anwar tidak mampu mempertahankan parti dan calon pilihannya, Anwar tidak mampu mengawal keadaan dan Anwar bukanlah seorang Ketua yang efektif. DAP pula terbukti sebagai parti chauvinis dan kiasu yang tidak menghormati sesiapa termasuk rakan dan ketua sendiri.

Lebih dari itu, ia memperlihatkan bagaimana PR tidak mampu duduk semeja, berbincang dan membuat keputusan yang kemudiannya dipatuhi oleh semua pihak.

Justeru, rakyat kini dapat menilai sendiri di mana adalah mustahil PR akan mampu menguruskan negara sekiranya mereka memerintah, sedangkan untuk mengurus gerak kerja awal pilihanraya juga, mereka telah gagal sepenuhnya.

#PRU13 #SaveKedah Panas - Senarai Nama Calon PAS Terkini Selepas Azizan Jumpa Hadi


Senarai terkini calon PAS yang dikatakan semakin panas di kawasan DUN masing-masing... ada yang terima ada yang dah nak tutup bilik Gerakan Pilihanraya UPU... ada juga yang berhasrat untuk meninggalkan parti kerana tidak berpuas hati dengan senarai nama calon tersebut.

Senarai ini keluar selepas Azizan berjumpa Presiden PAS Hadi yang datang ke Kedah baru-baru ni...  Walaubagaimana pun senarai ini masih dalam pertimbangan Hadi... Dipercayai bermungkinan akan berlaku sabotaj dari pihak dalaman yang tidak berpuashati dengan senarai nama calon ini.

Sg Limau - Azizan Razak
Guar Chempedak - Musoddak Ahmad
Belantik - Md Isa Shafie
Jeneri - Yahaya Abdullah
Pkln Kundor - Phahrolrazi Zawawi
Kbg Rotan - Nasir Mustafa
Anak Bukit - Amiruddin Hamzah
Ayer Itam - Abd Ghani Ahmad
Bukit Pinang - Mahfuz Omar
Bukit Lada - Ahmad Izzat Shauki
Tokai - Taulan Rasul
Sg Tiang - Mohd Hayati Othman
Alor Mengkudu - Ahmad Yahaya
Tg Dawai - Hamdan Khaleb
Pantai Merdeka - Abdullah Jusoh
Kuala Ketil - Md Zuki
Kupang - Johari Abdullah
Bayu - Rosli Azmi
Merbau Pulas - Aishah Ghazali
Bandar Bharu - Hassan Razak
Kota Siputeh - Cikgu Azhar
Kuala Nerang - Ust Azam

Kami masih memburu senarai nama calon Parlimen PAS pula...

#TolakPR PAS Menipu Duit Kutipan Tabung Perajurit Tragedi #LahadDatu


Tindakan mengutip derma untuk atas nama anggota keselamatan yang terkorban di Lahad Datu menggunakan akaun parti politik merupakan satu tindakan pecah amanah yang serius. Ini kerana adalah mustahil untuk sesebuah parti atau pertubuhan mengetahui yang mana satu derma untuk pertubuhan mereka yang mana satu derma untuk perajurit.

Tindakan Parti Islam se-Malaysia mengutip derma untuk perajurit yang terkorban di Lahad Datu menggunakan akaun parti sendiri merupakan satu kesalahan serius. Malahan tidak mustahil sumbangan dan derma tersebut telah pun disalahgunakan.

Apakah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan mendiamkan diri dengan perbuatan sebegini?

Sudah puas menghina dan mempermainkan perasaan wira-wira negara yang berjuang mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah, puak-puak PAS cuba membuat “damage control” dengan umpan “tabung Lahad Datu” versi Pakatan Haram.

Terpampang di media online rasmi PAS, Harakahdaily, tentang kempen “tabung Lahad Datu” yang kononnya dikutip untuk waris-waris wira negara yang terkorban dari “sandiwara Tian Chua” itu.

Kononnya, “tabung” mereka itu adalah “tabung khas” yang sama seperti “Tabung Wira Lahad Datu” yang dianjurkan Kumpulan Media Prima. Betulkah begitu? Dan apakah hasil derma dan sumbangan itu akan terus disalurkan kepada waris-waris mangsa?

Di iklan “tabung” anjuran PAS itu tertera nombor akaun Maybank bernombor 5640 2540 0414. Cuba bawa wang RM10 dan cuba tekan nombor tersebut di mesin “cash deposit” di bank berkenaan.

Jangan terkejut “beruk” sekiranya anda dapati bahawa akaun “tabung khas PAS” itu didaftarkan di atas nama “Parti Islam Se-Malaysia” atau lebih dikenali sebagai PAS!

Ia berbeza dengan akaun Maybank anjuran Kumpulan Media Prima yang bernombor 5142 7133 9000, di mana jelas menunjukkan bahawa akaun itu didaftarkan khas di atas nama “Tabung Wira Lahad Datu”.

Sebenarnya, saya was-was dengan segala tabung yang dicipta atau dianjurkan oleh PAS. Sejarah menunjukkan PAS sememangnya “pantang” dan “allergic” dengan perkataan “tabung” dan sebarang perkara yang berkaitan dengannya.

Misalnya, “Tabung Memali”. Tabung tersebut kononnya dikutip oleh PAS dan dikhaskan untuk membantu waris-waris tragedi Memali di Baling, Kedah, beberapa puluh tahun dulu. Namun “tabung” tersebut lesap entah ke mana.

Malah waris-waris tragedi Memali sendiri merungut dan kecewa apabila hak mereka dinafikan dan wang yang terkumpul untuk mereka itu tidak disalurkan secara telus. Mesing jahit yang kononnya dibeli untuk mereka menyara diri pun habis dijual puak-puak PAS!

Kalau jumlah kutipan tabung Memali itu hanya berjumlah RM2, mungkin kita boleh tolong gantikan. Tapi kalau hasil kutipannya yang berjumlah berjuta-juta ringgit, padanlah PAS bersikap “kelam mata” dan memaksa Cikgu Non untuk tutup mulut, bukan?

Selain itu, tabung Koperasi Kohilal yang ditubuhkan PAS yang kononnya bertujuan untuk meningkatkan ekonomi para pengikut ajaran mereka juga khabarnya diseleweng teruk dan didiamkan begitu saja.

Sehingga kini, tiada sesiapa pun di dalam PAS yang mampu merungkai kehilangan dan kerugian yang ditanggung oleh Kohilal. Kehilangan wang itu kekal menjadi “misteri” yang mungkin “ghaib” bagaikan “dicuri bunian kayangan”…

Jadi, apakah kita boleh percaya dengan Tabung Perajurit Tragedi Lahad Datu yang dianjurkan PAS itu?

Sudahlah didaftarkan di atas nama “Parti Islam Se-Malaysia”, kita khuatir dan ragu-ragu sekiranya wang tersebut sebenarnya akan digunakan sebagai dana PRU ke-13 bagi membiayai kempen PAS kali ini di seluruh Malaysia.

Saya faham, mungkin PAS tak cukup lagi mengutip wang dari para pengikutnya menerusi tabung, tong, karung dan guni yang diedarkan ketika mereka mengadakan majlis ceramah. Tapi kalau terdesak sangat pun nak pakai duit, tak payahlah buat cara begini. Buruk sangat caranya…

Kalau betul nak kutip wang untuk waris-waris wira Lahad Datu, apa kata kalau PAS pergi bertemu sendiri dengan waris-waris berkenaan dan minta nombor akaun mereka. Siarkan nombor akaun tersebut supaya wang sumbangan itu terus disalurkan ke akaun yang terlibat. Susah sangat, kah?

Bukan apa, melalui sejarah “tabung” yang dianjurkan PAS, saya yakin ramai rakyat di negara ini yang was-was dan tidak percaya dengan cara parti itu mengendalikan amanah rakyat itu. Kalau duit pengikut sendiri pun PAS “kebas”, apatah lagi wang rakyat? Lesap lagilah nampaknya…

Sumber: MyKMU